Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 44

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

WD4043
Fiqh Mu'amalat
(Minggu 1)

PENSYARAH:
Ustazah Dr Nek Mah Batri
PhD – PendidikanAgama Islam (UMM)
PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
FIQH MUAMALAT
Sinopsis: Matlamat modul ini menjelaskan kepada
pelajar konsep muamalat dalam Islam, prinsip-
prinsip, tatatertib dan pertaturan, dan pelbagai
jenis-jenis kontrak jual beli yang terdapat dalam
perundangan Islam disamping penjelasan tentang
jenis-jenis yang dilarang dan bertentangan dengan
syariat Islam. Di akhir modul ini diharapkan pelajar
lebih peka dan mampu membuat penilaian dari
perspektif Islam pelbagai jenis urusan perniagaan
dan kontrak jual beli yang dilakukan dalam
kehidupan sehariannya

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI FIQH MUAMALAT
Menurut Abdul Sattar Fathullah Sa'id
"Fiqh muamalat ialah hukum syari'ah
yang berkatian dengan transaksi
manusia mengenai jual beli, gadai,
perdagangan, pertanian, sewa,
menyewa, perkongsian"

Al Muamalah Fil Islam, Makkah, Rabithhah alam Al-Islami, lm 12

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


ASAS FIQH MUAMALAT

Jual Beli
Jual Beli
Pinjaman
Saham

AFM
Riba Hutang

Sewaan Gadaian

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


Definasi dari sudut Bahasa: Buyu’ ‫ بيوع‬adalah
kata jama’ daripada bai’ ‫ بيع‬yaitu mengambil sesuatu dan
memberi sesuatu.

Kalimah ini digunakan dengan 2 makna samada \


pembelian atau juga penjualan sebagaimana
perkataan Syira’ di gunakan menggunakan kedua makna.

Definasi dari sudut syara’ adalah pertukaran sesuatu


harta dengan harta dengan tujuan pemilikan dengan
apa yang menandakan keatasnya sighah / bentuk
akad perkataan dan apa yang menunjukkan keatasnya
dengan perbuatan. Ijab dan qabul
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ustazah Dr Nek Mah Batri
 Al Kitab:
 Al Sunnah
 Al Qiyas

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


JUAL BELI

Akad dalam tukaran sesuatu harta dengan


harta yang lain bagi tujuan pemilikan.

Hukum – harus

Rukun jual beli


1. Penjual & pembeli
2. Barang Jualan
3. Harga
4. Ijab & Qabul

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


JUAL BELI TIDAK SAH
Jual beli barangan yang haram untuk kegunaan maksiat
atau keburukan.

Mempunyai unsur perjudian / penipuan

Jual beli yang mempunyai 2 akad dalam 1

Jual beli dengan hutang

Barangan yang tidak sempurna hak milik

Jual beli barangan yang belum wujud

Jual beli barangan dengan bersyarat.

Ustazah Dr Nek Mah Batri


 Ijaab ialah kata yang dikeluarkan oleh penjual
seperti aku jual kepadamu
 Qabul ialah kata yang dikeluarkan oleh pembeli
seperti aku beli daripadamu
 Hanabilah membenarkan agar akadnya dalam
bentuk sighah perbuatan ini dinamakan sebagai
bai’u mu’athoh yaitu hanya dengan meletakkan
harga dan diambil barangnya atau hanya salah
seorang sahaja yang berkata.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


HUKUM JUAL BELI
 Kaedah al aslu fi asya’I
 Jual beli yang diharamkan kembali kepada 3
sebab asas :

1. Kaedah riba
2. Kaedah al gharar dan jahalah
3. Kaedah al khidaa’ dan taghrir

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


KAEDAH RIBA
Tambahan wang atas modal yang diperolehi dengan cara yang dilarang
oleh syara, sama ada dengan jumlah tambahan yang sediri ataupun
dengan jumlah tambahan banyak.

Riba menurut syariat ialah setiap pinjaman wang yang menghasilkan bunga
berlipat-ganda, Makan riba juga ialah memungut bunga wang yang
berlebihan.

Dalam istilah sayak, riba mengandungi 3 bentuk takrif:


i) Hutang iaitu bayaran lebih daripada pokok
mengikut perjanjian yang telah disyaratkan.
ii) Jual beli riba iaitu akad keatas pertukaran yang t
tidak diketahui persamaan pada timbangan atau
sukatan yang diakui oleh syarak.
iii) Pertukaran mata wang dan bahan-bahan hasil jenis ruba seperti
menangguhkan penyerahan salah satu bahan yg ditukarkan atu
dijual beli.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM GHARAR & JAHALA
Dalam sistem jual beli gharar ini terdapat unsur
memakan harta orang lain dengan cara batil.
Padahal Allah melarang memakan harta orang lain
dengan cara batil sebagaimana tersebut dalam
firmanNya.

“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebahagian


yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan
(janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada
hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada
harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa,
padahal kamu mengetahui” [Al-Baqarah / 2 : 188]

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


 Dalam syari’at Islam, jual beli gharar ini
terlarang. Dengan dasar sabda Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits
Abu Hurairah:
“Rasulullah Shallallahu „alaihi wa sallam
melarang jual beli al-hashah dan jual beli
gharar”

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


KAEDAH AL KHIDAA’ & TAGHRIR
Merupakan satu tipu daya (al-Khidaa’) dan Taghrir
iaitu situasi di mana terjadi incomplete information
kerana adanya ketidakpastian dari kedua belah
pihak yang bertransaksi.

Taghrir terjadi bila pihak yang bertransaksi merubah


sesuatu yang seharusnya bersifat pasti menjadi
tidak pasti. Dalam hal ini ada beberapa hal yang
bersifat tidak pasti, iaitu quantiti dan kualiti, harga
(price), ataupun waktu penyerahan (time of delivery)
atas barang/objek yang ditransaksikan.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


1. Ridha diantara kedua pihak
2. Keahliaan yang menjalankan akad
3. Adanya yang diaqadkan
4. Hendaklah yang menjalankan akad itu memiliki apa
yang hendak diakadkan.
5. Hendaklah yang diakadkan dalam kemampuan
untuk diberikan.
6. Hendaklah yang dijual beli dimaklumi dan bukan
dijahili.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


Khiyar Majlis Khiyar Aib

Khiyar Syarat

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


KHIYAR MAJLIS
 Kedua-dua pihak berhak menarik balik
kontrak jual beli tersebut walaupun kontrak
tersebut telah dipersetujui dan disahkan.
Dengan syarat ia dilakukan di majlis yang
sama dan secara fizikalnya, mereka belum
berpisah.
 Jika mereka telah berpisah daripada majis
jual beli, khiyar ini tidak dibenarkan dan
kontrak tersebut perlu dilaksanakan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
CARA BERPISAH DALAM
MAJLIS JUAL BELI

 Jika kontrak dimeterai di dalam sebuah rumah yang


besar, sekiranya salah satu pihak keluar dari bilik ke
halaman rumah atau sebaliknya, mereka dianggap
berpisah.

 Jika mereka berada di dalam rumah yang kecil,


perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak
keluar dari rumah tersebut.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


CARA BERPISAH DALAM
MAJLIS JUAL BELI

 Jika mereka berada di pasar atau kawasan lapang


atau di atas kapal atau sebagainya, perpisahan
dianggap berlaku apabila salah satu pihak berpusing
ke belakang dan melangkah beberapa tapak.

 Sekiranya mereka berdua keluar bersama-sama atau


berjalan bersama-sama, majlis tersebut masih
berterusan dan mereka masih berhak menuntut
khiyar.

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD


DALIL KHIYAR MAJLIS
 Sabda Rasulullah s.a.w “Dua pihak yang berjual
beli boleh membuat pilihan selagi mereka tidak
berpisah dan sebelum itu mereka bertemu, atau
salah seorang di antara mereka memberi pilihan
kepada seorang lagi” (Riwayat al-Bukhari, Muslim)
 Ibnu Umar telah menafsirkan hadis ini melalui
perbuatannya kerana beliau adalah periwayat
hadis ini.
 Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ rh.a katanya :
“Jika Ibnu Umar membeli sesuatu yang disukainya,
dia akan meninggalkan penjualnya” (Riwayat al-
Bukhari)

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


DALIL KHIYAR MAJLIS

 Juga diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a katanya :


“Saya menjual kepada Amirul Mukminin Uthman
sejumlah harta di al-wadi dengan sejumlah
harta miliknya di Khaibar. Setelah selesai kami
berjual beli, saya segera berpaling dan keluar
dari rumahnya kerana saya bimbang dia akan
meminta semula jualannya. Menurut sunnah,
dua orang yang berjual beli boleh membuat
pilihan sehinggalah mereka berpisah” (Riwayat
al-Bukhari)

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


KHIYAR SYARAT

 Berlaku apabila salah satu atau kedua-dua pihak


menetapkan syarat dia mempunyai khiyar iaitu
hak untuk membatalkan kontrak dalam tempoh
tertentu.

 Syarat ini boleh dinyatakan ketika memeterai


kontrak atau pun selepas daripada itu, tetapi
mestilah sebelum mereka berpisah dari majlis
tersebut.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


SYARAT-SYARAT KHIYAR SYARAT

1. Mestilah terhad kepada tempoh tertentu.


2. Tempoh yang ditetapkan tidak boleh
melebihi tiga hari jika barangan tersebut
tidak mudah rosak dalam tempoh
tersebut.
3. Tempoh mestilah berturutan dan
bersambung dengan kontrak.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


TEMPOH TAMAT KHIYAR SYARAT

1. Tamat tempoh yang disyaratkan


2. Jual beli tersebut diteruskan dan dipersetujui
dalam tempoh khiyar.
3. Apabila pemegang hak khiyar melakukan
sesuatu yang pada kebiasaannya hanya
dilakukan oleh seorang pemilik.
4. .

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


BAGAIMANA DENGAN BARANGAN
YANG DIBELI DALAM TEMPOH KHIYAR

 Jika kedua-dua pihak memegang hak khiyar


maka hak milik barangan dibekukan sehingga ada
keputusan sama ada kontrak tersebut diteruskan
atau dibatalkan
 Sekiranya kontrak tersebut dibatalkan, hak milik
barangan tersebut kekal sebagai hak milik penjual.
 Jika jual beli tersebut diteruskan, barangan
tersebut menjadi hak milik pembeli bermula
daripada tarikh kontrak dimeterai dan bayaran
kepada barangan tersebut menjadi milik penjual.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
BAGAIMANA DENGAN BARANGAN
YANG DIBELI DALAM TEMPOH KHIYAR
 Sekiranya kontrak tersebut dibatalkan, hak milik
barangan tersebut kekal sebagai hak milik penjual.
 Jika jual beli tersebut diteruskan, barangan
tersebut menjadi hak milik pembeli bermula
daripada tarikh kontrak dimeterai dan bayaran
kepada barangan tersebut menjadi milik penjual.
 Jika pemegang khiyar hanya dimiliki oleh satu
pihak sahaja maka barangan tersebut menjadi hak
miliknya kerana hanya dia sahaja yang mempunyai
hak menggunakan barangan tersebut.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


BILA BERLAKU KEROSAKAN/KECACATAN
PADA BARANGAN YANG DIBELI

Jual beli tersebut terbatal dan hak khiyar dilucutkan


kerana barang tersebut di dapat diserahkan oleh
penjual kepada pembeli. Penjual terpaksa
menanggung kerugiannya.

Jika kerosakan berlaku selepas barangan diterima


oleh pembeli maka jual beli tersebut tidak terbatal.
Hal ini kerana kerosakan barangan di bawah
tanggungan pembeli disebabkan barangan di
bawah tangannya.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


BILA BERLAKU KEROSAKAN/KECACATAN
PADA BARANGAN YANG DIBELI
 Khiyar masih diteruskan, tidak kira sama ada
pemegang hak khiyar adalah pembeli ataupun
penjual kerana keperluan untuk menjaga
kepentingan kedua-dua pihak daripada penipuan
masih wujud.
 Pihak yang memegang hak khiyar masih berhak
meneruskan atau membatalkan jual beli tersebut.
 Apabila kontrak tersebut dimeterai, pihak pembeli
perlu membuat bayaran kepada penjual kerana
barangan itu kini sah miliknya.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


BILA BERLAKU KEROSAKAN/KECACATAN
PADA BARANGAN YANG DIBELI

Jika jual beli dibatalkan, pihak pembeli perlu


menggantikan barangan yang sama atau
membayar nilai barangan pada waktu kerosakan
berlaku.

Sementara bayaran yang telah dibayar oleh


pembeli perlu dikembalikan.
Ini kerana jelas barangan tersebut belum lagi
menjadi milik pembeli.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


KHIYAR AIB
Apabila kontrak jual beli telah dimeterai dan pembeli telah
memperolehi barangan yang dijual tanpa dinyatakan kecacatan
pada barangan tersebut kemudian baru disedari wujudnya
kecacatan pada barangan tersebut, jual beli tersebut masih sah.

Walau bagaimanapun pembeli diberikan pilihan sama ada


merelakan kecacatan yang ada atau memulangkan semula
barangan tersebut kepada penjual dengan dia membatalkan jual
beli tersebut dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat.

Dia dibenarkan berbuat demikian sekiranya dia tidak


mengetahui kecacatan tersebut wujud ketika kontrak dimeterai
mahupun ketika penerimaan.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


KHIYAR AIB
Jika barangan yang dijual tidak dapat
digunakan kerana kecacatan yang ada, ini
bermakna tujuan pembelian tersebut tidak
tercapai dan tidak bertepatan dengan
persetujuannya.

Dengan ini, pembeli berhak membatalkan


kontrak tersebut dan memulangkan semua
barangan yang dibeli dan mengambil
semula bayaran yang telah dibuat.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


DALIL KHIYAR AIB
1. Hadis Aisyah r.a ; Seorang lelaki telah membeli seorang
hamba. Ketika menggunakan khidmat hamba ini,
didapatinya hamba ini cacat. Lantas dia mengembalikan
hamba ini kerana kecacatannya. Namun penjual berkata :
Dimana keuntungan hamba saya ini ? Nabi s.a.w
bersabda : “Keuntungan menurut tanggungan” (Riwayat
Ahmad)

2. Berpandukan kepada rasional ;


Pada dasarnya, jual beli mestilah melibatkan barangan
yang sempurna. Pihak pembeli akan membuat bayaran
penuh bagi memperolehi barangan yang sempurna.
Dengan ini barulah wujud timbal balik antara bayaran yang
dibuat dengan barangan yang dijual.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
SYARAT DIBENARKAN KHIYAR AIB

1. Dapat dibuktikan kecacatan tersebut


sememangnya sedia ada.
2. Berdasarkan amalan perniagaan,
kecacatan tersebut dianggap sebagai
kecacatan yang boleh menjejaskan nilai
barangan.
3. Pada kebiasaannya, kecacatan tersebut
tidak wujud.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


BILA TERDAPAT KECACATAN/KEROSAKAN
PADA BARANGAN
 Hak memulangkan semula barangan kerana khiyar aib
diberikan sebaik sahaja kecacatan tersebut dikenal pasti,
namun ia perlu menurut amalan setempat (uruf) yang diguna
pakai.

 Jika kecacatan disedari ketika pembeli sedang makan atau


solat, pemulangan boleh dilewatkan sehingga dia selesai.

 Jika disedari pada waktu malam, dia boleh memulangkannya


pada waktu pagi.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


BILA TERDAPAT KECACATAN/KEROSAKAN
PADA BARANGAN

Jika dia lewat memulangkan barangan tersebut sedangkan


dia mampu melakukannya lebih awal, hak khiyarnya
digugurkan.

Hak ini juga gugur jika pembeli menggunakan barangan


tersebut setelah menyedari kecacatannya dan sebelum
menggunakannya, dia mampu memulangkannya.

Ini kerana kelewatan memulangkan barangan tersebut


menjadi tanda dia memilih untuk meneruskan jual beli
walaupun menyedari wujudnya kecacatan.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


JIKA TERDAPAT KECACATAN TAMBAHAN
KEPADA KECACATAN SEDIA ADA

Jika berlaku kecacatan baru selain daripada kecacatan sedia


ada, hak pembeli untuk memulangkan semula kepada penjual
secara paksa digugurkan.

Namun pembeli hanya boleh memulangkannya sekiranay


penjual bersetuju untuk menerimanya.

Jika pembeli bersetuju menerima kecacatan tersebut pembeli


boleh menggunakan terus.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


JIKA TERDAPAT KECACATAN TAMBAHAN
KEPADA KECACATAN SEDIA ADA
Jika kedua-dua pihak tidak bersetuju pilihan yang ada sama
ada pembeli membayara ganti rugi bagi kecacatan baru dan
memulangkan semula barangan tersebut kepada penjual
atau penjual pula perlu membayar gantirugi bagi kecacatan
sedia ada kepada pembeli.

Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan salah satu


penyelesaian ini, mereka boleh menggunakannya. Ini kerana
masing-masing mempunyai hak dan persetujuan kedua-dua
pihak adalah perlu

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


JIKA TERDAPAT KECACATAN TAMBAHAN
KEPADA KECACATAN SEDIA ADA

Jika mereka masih tidak mencapai persetujuan; Penjual


menuntut supaya barangan itu dipulangkan kepadanya dan
meminta pembeli membayar gantirugi bagi kecacatan yang baru
terjadi, Sementara pembeli pula mahu terus memiliki barangan
tersebut dan meminta penjual membayar gantirugi bagi
kecacatan yang sedia ada.

Atau pun pembeli mahu memulangkan semula barangan


tersebut dan bersedia membayar gantirugi bagi kecacatan baru,
sementara penjual pula mahu pembeli terus mengambil
barangan tersebut dan dia juga bersedia membayar gantirugi
bagi kecacatan yang sedia ada.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
JIKA TERDAPAT KECACATAN TAMBAHAN
KEPADA KECACATAN SEDIA ADA

Dalam kedua-dua kes ini, pihak yang menuntut


supaya kontrak tersebut dikekalkan akan
diberikan hak.

Dalam kes pertama pembeli akan diberikan hak.


Manakala dalam kes kedua, penjual diberikan
hak.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


SEKIRANYA PENJUAL MELETAKKAN
SYARAT KETIKA KONTRAK TIDAK
BERTANGGUNG JAWAB
Jika barangan tersebut tidak bernyawa: Syarat tersebut
tidak terpakai. Jadi pembeli masih berhak memulangkan
semula dan penjual perlu bertanggungjawab terhadap
sebarang kecacatan yang wujud pada barangan tersebut.

Jika barangan yang dijual tersebut bernyawa : Penjual


boleh melepaskan sebarang tanggungjawab terhadap
sebarang kecacatan yang tidak nyata sahaja pada barangan
tersebut pada masa kontrak dan di luar pengetahuannya.
Sebabnya, pada kebiasaannya benda yang bernyawa
mepunyai kecacatan tidak nyata.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
SEKIRANYA PENJUAL MELETAKKAN
SYARAT KETIKA KONTRAK TIDAK
BERTANGGUNG JAWAB
Jika kecacatan itu kelihatan dengan jelas, penjual tidak
berhak melepaskan tanggungjawabnya kerana kecacatan
tersebut mudah dilihat.

Demikian juga jika kecacatan itu diketahui oleh penjual,


penjual bertanggungjawab memberitahu mengenainya. Jika
tidak, dia dianggap telah menipu.

Demikian juga jika pembeli tidak tahu tetapi kecacatan tersebut


kelihatan dengan jelas.

Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD


SEKIRANYA PENJUAL MELETAKKAN
SYARAT KETIKA KONTRAK TIDAK
BERTANGGUNG JAWAB

Penjual juga tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya jika


kecacatan tersebut berlaku selepas kontrak dimeterai dan
barangan tersebut belum diterima oleh pembeli.

Ini kerana syarat tersebut hanya merujuk kepada kecacatan


yang ada ketika kontrak.

Jika penjual meminta pelepasan tanggungjawab daripada


kecacatan yang akan berlaku, permintaannya tidak dibenarkan
kerana permintaan tersebut dianggap menggugurkan sesuatu
yang belum berlaku.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
PERBINCANGAN KELOMPOK

TERIMA KASIH

You might also like