Penulisan Reflektif SDP

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SENI DALAM PENDIDIKAN 1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 PENULISAN REFLEKTIF 2-3

3.0 KEPENTINGAN KIT PERSEMBAHAN SEBAGAI BAHAN

BANTU MENGAJAR 3

4.0 RUMUSAN 3-4

RUJUKAN 5
SENI DALAM PENDIDIKAN 2

1.0 PENGENALAN
Kursus Seni dalam Pendidikan (BMMB3052) telah menekankan gabungan tiga unsur
seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh guru. Unsur-unsur ini perlu
digabungkan bagi memastikan murid-murid melibatkan diri secara aktif semasa proses PdP
dengan bantuan penghasilan kit sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Oleh itu, kursus ini
meminta setiap pelajar yang mengambil kursus ini menyediakan sebuah kit persembahan
dalam mengaplikasikan ketiga-tiga unsur seni di dalam satu BBM. Tugasan kali ini memberi
pelaung kepada saya berkongsi pengalaman dan ilmu yang telah saya peroleh sepanjang
menghasilkan kit persembahan ini.

2.0 PENULISAN REFLEKTIF


Sepanjang saya menghasilkan kit persembahan ini, saya telah memperoleh pelbagai
faedah yang berguna untuk diri saya sebagai seorang bakal guru. Proses penghasilan kit
persembahan ini juga telah memberi banyak pengalaman kepada saya supaya dapat
dijadikan panduan dalam menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) kelak di sekolah. Pada
peringkat permulaan, saya mencari pelbagai maklumat yang berkaitan dengan tajuk kit
persembahan tersebut dengan melakukan kajian perpustakaan dan juga internet. Seterusnya,
saya telah menetapkan Standard Pembelajaran (SP), Standard Kandungan (SK), objektif
pembelajaran, tema dan juga kemahiran yang ingin diaplikasikan di dalam kit persembahan
tersebut. Saya kemudiannya merangka bentuk kit persembahan yang ingin dihasilkan.
Seterusnya, saya mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan dengan membentangkan
rancangan awal masing-masing dan saling bertukar pandangan mengenai rancangan yang
telah dirangka. Kemudian, perbincangan bersama pensyarah Seni dalam Pendidikan
diadakan bagi memastikan kit persembahan yang dirancang betul-betul menepati kehendak
kerja kursus. Beberapa komen serta cadangan penambahbaikan dari pensyarah amat
membantu saya sepanjang proses penghasilan kit ini dijalankan. Sebuah kit yang dinamakan
‘Kotak Bercerita’ telah berjaya saya hasilkan setelah melalui beberapa lagi perbincangan
bersama pensyarah dan rakan-rakan. Kit ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu,
tayangan video, teks bacaan dan boneka bagi aktiviti bercerita. Bahan-bahan yang telah saya
siapkan bagi kit persembahan tersebut mencangkupi ketiga-tiga unsur seni yang telah pelajari
sepanjang mengikuti kursus Seni dalam Pendidikan ini. Unsur muzik yang diterapkan ialah
melalui tayangan video di mana murid-murid dapat menyanyi serta menari bersama karakter
yang terdapat di dalam video tersebut. Secara tidak langsung, aktiviti menari sambil menyanyi
itu juga melibatkan unsur pergerakan di dalam proses PdP. Seterusnya, unsur seni dijalankan
apabila murid-murid diminta melukis suasana berdasarkan tajuk yang diberi bagi menjalankan
aktiviti bercerita.
SENI DALAM PENDIDIKAN 3

Kekuatan bagi kit persembahan yang telah saya hasilkan antaranya ialah
penerapan ketiga-tiga unsur seni di dalam satu BBM. Penerapan ketiga-tiga unsur seni ini
mempamerkan bahawa murid dapat mengamalkan konsep bermain sambal belajar dengan
menggunakan kit persembahan yang telah guru sediakan sebagai BBM bagi mendapat
manfaat daripadanya. Selain itu, kit persembahan yang dihasilkan dimuatkan ke dalam
sebuah kotak yang bersaiz sederhana atau sebesar saiz kotak kasut. Kotak ini mudah dibawa
oleh guru ke kelas kerana saiznya yang praktikal dan kotak tersebut juga ringan.
Namun, di dalam setiap kekuatan pasti ada kelemahan. Kit persembahan yang telah
dihasilkan mempunyai beberapa kelemahan yang boleh saya jadikan iktibar dan perbaiki di
dalam penghasilan BBM yang seterusnya atau ketika sudah bergelar guru kelak. Kit tersebut
hanya menggunakan bahan boneka yang diperbuat daripada kertas dan dilamina dan
didirikan dengan kaki yang dibuat sendiri oleh saya. Boneka ini perlu diberi perhatian ketika
digunakan oleh murid-murid. Hal ini demikian kerana, murid-murid merupakan individu yang
masih aktif dan sentiasa ingin tahu mengenai keadaan sekeliling termasuklah boneka
tersebut. Penggunaan secara kerap boleh menyebabkan kerosakan terhadap boneka
tersebut.

3.0 KEPENTINGAN KIT PERSEMBAHAN SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR


Bahan Bantu Mengajar mempunyai pelbagai kepentingan dalam mencapai objektif
PdP. Menurut Kamarul Azmi Jasmi et. al. (2011), bahan bantu mengajar (BBM) dapat
membantu guru sebagai pemudah cara di dalam kelas sekaligus meningkatkan keberkesanan
pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran berpusatkan murid melibatkan komunikasi
dua hala sama ada di antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Hal ini akan
menambahkan lagi minat murid-murid ini untuk turut aktif dalam PdP tersebut. Selain itu, BBM
ini juga dapat membantu memberi kefahaman kepada murid mengenai konsep sesuatu
perkara yang dipelajari di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, BBM ini menjadi satu daya
tarikan kepada murid untuk belajar. BBM ini juga merupakan satu instrumen pemudah cara
dalam memahami satu- satu konsep yang sedang mereka pelajari. Sebagai contoh, murid-
murid sekolah rendah masih tidak memahami konsep kata apitan dengan jelas namun, melalui
bantuan BBM ini, guru mudah untuk menerangkan mengenai topik tersebut.

4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kursus Seni dalam Pendidikan ini mengajar saya mengenai ilmu
dalam menggabungkan tiga unsur seni iaitu seni visual, muzik dan seni pergerakan artistik
individu. Saya sebagai seorang bakal guru perlu cakna dalam mempelajari setiap langkah-
langkah supaya mudah mengaplikasikan setiap unsur seni tersebut dalam pengajaran agar
setiap murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih seterusnya
SENI DALAM PENDIDIKAN 4

dapat mencapai objektif PdP. Setiap murid lebih menyukai mempelajari perkara yang
melibatkan tiga unsur seni tersebut kerana pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan
guru juga boleh mengamalkan konsep bermain sambil belajar kepada murid-murid. Oleh itu,
sekiranya kemahiran seni diaplikasikan dengan baik proses PdP dari setiap subjek boleh
dijana ke arah yang lebih cerah dan lebih menyeronokkan.
SENI DALAM PENDIDIKAN 5

RUJUKAN

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.
(2011) Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang
pendidikan islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic
Education 3(1) 59-74.

Malaysia, Kementerian Pendidikan (2011). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran


bahasa Melayu sekolah rendah.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin. (2016). Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia Edisi Ketiga. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like