Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAMBANG JATA NEGARA DAN MAKSUDNYA

 Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13

buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan,

 Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima

bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah,

Perlis, Kelantan dan Terengganu).

 Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan

bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-

dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.

 Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam

dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan

kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah

negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

 Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan

Sarawak di sebelah kanan.

 Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.


 Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu

Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.

 Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan

Jawi di sebelah kanan.

 Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia

Raja-raja.
COGAN KATA PADA JATA NEGARA BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU

Bermaksud: Perpaduan dapat menjamin keharmonian hidup

KENAPA JATA NEGARA PENTING KEPADA NEGARA?

• lambang kemegahan penduduk• lambang rasmi negara• identiti

sesebuah negara• menjadi kebanggaan warga negara• simbol

perpaduan• lambang kedaulatan negara• memangkin semangat patriotik

rakyat

KEPENTINGAN MENGHORMATI JATA NEGARA

• Lambang kemegahan rakyat• Lambang rasmi negara• Identiti sesebuah

negara• Menjadi kebanggaan warga negara• Simbol perpaduan•

Lambang kedaulatan negara• Memangkin semangat patriotik rakyat

JATA NEGARA SEBAGAI LAMBANG PERPADUAN

• Jata negara menggambarkan gabungan NNS, NNMB dan NNMTB iaitu

seluruh negeri dalam Malaysia.• Gabungan ini melambangkan seluruh

negeri dalam Malaysia adalah satu dimana akan membentuk perpaduan

antara semua rakyat yang berbilang kaum.• Termaksuklah kaum melayu,

cina, india dan lain-lain.

You might also like