Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROJEK MURAL

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL


SK KELAPA SAWIT NO.3, SUBIS
98150 BEKENU

TAJUK PROJEK:
Projek Mural Sekolah

LOKASI:
Blok Pentadbiran SK Kelapa Sawit No.3

DISEDIAKAN OLEH:
Farhana binti Maliki
Panitia PSV, SK Kelapa Sawit No.3

TARIKH:
18 September 2017

1.0 PENGENALAN

0
Sukan Futsal merupakan acara sukan mirip bola sepak tetapi dimainkan
oleh 3 hingga 5 orang pemain. Sukan ini mempunyai peraturan seakan-akan sama
dengan peraturan bola sepak biasa. Saiz gelanggang futsal adalah separuh
daripada saiz padang bola sepak penuh. Gelanggang Futsal yang berstandard
dunia mesti mempunyai saiz maksimum 80 x 50 kaki dan saiz minimum ialah 60
x 40 kaki.

Memandangkan SK Kelapa Sawit No.3 adalah sekolah kurang murid


maka, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berpendapat
bahawa sukan futsal ini sangat sesuai diwujudkan di sekolah ini. Namun begitu,
ketiadaan kemudahan prasarana yang sempurna di SK Kelapa Sawit No.3
menyebabkan murid-murid tidak dapat memperkembangkan potensi diri dalam
sukan ini. Oleh sebab itu, pihak PIBG dengan kerjasama Unit Kokurikulum SK
Kelapa Sawit No.3 telah mengambil inisiatif untuk merangka satu kertas kerja
projek bagi mewujudkan sebuah gelanggang futsal. Diharapkan dengan
kewujudan gelanggang futsal ini akan memberi manfaat kepada murid dan secara
tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan tersebut.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan murid
beriadah.
2.2 Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru.
2.3 Menjadikan Sukan Futsal sebagai kebitaraan sekolah.
2.4 Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain.
2.5 Memperkembangkan potensi diri murid dalam pelbagai bidang sukan dan
permainan.
2.6 Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan terhadap
aktiviti Kokurikulum.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membina sebuah Gelanggang Futsal bersimen konkrit bersaiz 60 x 40 kaki
(223 meter persegi) dan setebal 4 inci di SK Kelapa Sawit No.3.

4.0 RASIONAL

1
Sekolah cemerlang memerlukan program-program yang berkesan untuk
direalisasikan. Program tersebut memerlukan kos yang tinggi dan prasarana yang
lengkap. Bagi projek membina gelanggang futsal ini, pihak PIBG SK Kelapa
Sawit No.3 dengan kerjasama Unit Kokurikulum sekolah telah berganding bahu
merancang satu kertas kerja lengkap bagi memastikan projek ini dapat
direalisasikan untuk kegunaan murid bersama.

5.0 PELAKSANAAN PROJEK

5.1 LOKASI
 Lokasi yang strategik – di sebelah dataran perhimpunan (berhampiran
tapak perkhemahan)
 Dengan siapnya gelanggang ini nanti akan mewujudkan prasarana
kemudahan sukan secara berpusat di mana kemudahan Kokurikulum
yang telah ada di sekitar kawasan tersebut adalah seperti tapak
perkhemahan, Gelanggang Bola Tampar dan Gelanggang Badminton.

5.2 PROSES PEMBINAAN


 Pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk pembelian
bahan-bahan binaan. ( Sila lihat lampiran bajet)
 Pembinaan melibatkan bahan bancuhan konkrit asas seperti simen, batu
kerikil dan pasir, dawai untuk sokongan, penyewaan JCB dan upah
kerja.
 Kadar keluasan adalah 60 x 40 kaki (223 meter persegi) setebal 4 inci.

5.3 JANGKAMASA SIAP


 1 bulan

6.0 ANGGARAN KOS

2
BIL. BAHAN KOS / UNIT JUMLAH JUMLAH
UNIT
1 Bancuhan Konkrit RM1200/ lori 16 lori RM 19,200.00
(simen, batu kerikil, pasir)
2 Dawai (VRC) RM 800.00

3 Sewa JCB RM 40.00/ 5 jam RM 200.00


jam
4 Upah Kerja Kontrak RM 3000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 23,200.00

7.0 PENUTUP

Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Unit Kokurikulum
khususnya berharap semoga projek ini akan menjadi kenyataan kerana dengan
pembinaan Gelanggang Futsal akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan
prasarana dan memberikan manfaat kepada pembangunan diri murid.

Hal ini merupakan satu kemudahan kepada murid dan diharapkan menjadi
perangsang kepada murid untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di
peringkat sekolah dan daerah seterusnya, ke peringkat negeri selaras penekanan
yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan
murid dalam Kokurikulum.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

3
………………………………… …………………………………
(FARHANA BINTI MALIKI) (JAMAN ANAK KELAMBU)
Setiausaha, Yang di-Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Kelapa Sawit No.3, Subis, SK Kelapa Sawit No.3, Subis,
98150 Bekenu, Sarawak. 98150 Bekenu, Sarawak.

Disemak oleh:

…………………………………
(LINGGIE ANAK EMPADING)
Guru Besar
SK Kelapa Sawit No.3, Subis,
98150 Bekenu, Sarawak.

You might also like