Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

2018 BCL-KKPP

MODUL ULANGKAJI SPM – PENYATA PENYESUAIAN BANK – PERCUBAAN SPM KEDAH 2018

Penyata Bank yang diterima oleh Perniagaan Lawa bagi bulan berakhir 31 Mei 2018
menunjukkan baki overdraf RM738. Baki ini berbeza dengan Buku Tunai yang berbaki debit
RM54 pada tarikh yang sama. Selepas membuat perbandingan antara kedua-dua Penyata Bank
dan Buku Tunai, didapati bahawa :

i. Cek bernombor 100832 bernilai RM2 321 yang diterima daripada Kedai Haris belum
dikreditkan.
ii. Cek bernombor 421357 yang telah dibayar kepada Pembekal Mamat bernilai RM1 150
belum dikemukakan.
iii. Perniagaan Jazlina telah membuat bayaran melalui pindahan kredit ke Akaun Semasa
Perniagaan Lawa sebanyak RM435.
iv. Caj perkhidmatan bank berjumlah RM40.
v. Cek yang diterima daripada Danial Enterprise bernilai RM634 telah dikembalikan dengan
nota "rujuk penyuruh bayar".
vi. Didapati belian dengan cek bernilai RM638 telah dicatat sebagai RM683 dalam Buku
Tunai.
vii. Faedah atas overdraf ialah RM38.
viii. Dividen atas pelaburan ialah RM611.

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Mei 2018 tanpa
mengemaskini Buku Tunai.

HURAIAN JAWAPAN

Penyata Bank yang diterima oleh Perniagaan Lawa bagi bulan berakhir 31 Mei 2018
menunjukkan baki overdraf RM738. Baki ini berbeza dengan Buku Tunai yang berbaki debit
RM54 pada tarikh yang sama.

Analisis: Baki di Penyata Bank ialah negatif RM738 manakala baki Buku Tunai ialah positif RM54.

Pelajar boleh memilih untuk memulakan jawapan Penyata Penyesuaian Bank sama ada bermula
dengan baki Buku Tunai atau Penyata Bank kerana kedua-dua angka diberikan dalam soalan.

Langkah-langkah menjawab

Untuk menjawab soalan Penyata Penyesuaian Bank bentuk pernyataan urus niaga, pelajar
digalakkan membina semula Buku Tunai dan Penyata Bank secara ringkas untuk
menentukan kedudukan setiap item punca perbezaan yang diberikan. Tentukan setiap item
sama ada ianya item Buku Tunai atau Penyata Bank dan sama ada kedudukannya di sebelah
debit atau sebelah kredit dalam buku-buku tersebut.

19
2018 BCL-KKPP

Ingat kembali format Buku Tunai dan Penyata Bank (ringkas)

Buku Tunai Penyata Bank


Debit Kredit
+ ̶
̶ +

Item Buku Tunai

Item debit Buku Tunai (+) Item kredit Buku Tunai ( ̶ )


Cek bernombor 100832 bernilai RM2 321 Cek bernombor 421357 yang telah dibayar
yang diterima daripada Kedai Haris belum kepada Pembekal Mamat bernilai RM1 150
dikreditkan. belum dikemukakan.
Cek yang diterima daripada Danial Didapati belian dengan cek bernilai RM638
Enterprise bernilai RM634 telah dikembalikan telah dicatat sebagai RM683 dalam Buku
dengan nota "rujuk penyuruh bayar". Tunai.

Buku Tunai yang dibina semula. Fahami kesan setiap item ini ke atas baki Buku Tunai.

Buku Tunai Sudah ̶


Sudah + Kedai Haris 2 321 Pembekal Mamat 1 150 di BT
di BT Danial Enterprise 634 Baki Buku Tunai
Baki Buku Tunai KURANG
LEBIH Belian 45
Buku Tunai
Untuk item kesilapan, hanya
masukkan perbezaan angka terlebih tolak,
sahaja (683 – 638) Baki Buku Tunai
KURANG
Item Penyata Bank

Item debit Penyata Bank ( ̶ ) Item kredit Penyata Bank (+)


Perniagaan Jazlina telah membuat bayaran
Caj perkhidmatan bank berjumlah RM40. melalui pindahan kredit ke Akaun Semasa
Perniagaan Lawa sebanyak RM435.
Faedah atas overdraf ialah RM38. Dividen atas pelaburan ialah RM611.

Penyata Bank yang dibina semula. Fahami kesan setiap item ini ke atas baki Penyata Bank.

Penyata Bank
Debit Kredit
Caj perkhidmatan 40
Faedah atas overdraf 38 Sudah +
Perniagaan Jazlina 435 di PB
Dividen atas pelaburan 611 Baki Penyata
Bank LEBIH
Sudah ̶
di PB
Baki Penyata
Bank KURANG

20
2018 BCL-KKPP

BINA FORMAT PENYATA PENYESUAIAN BANK Tips!! Panduan untuk


memasukkan jawapan. Pelajar
Bermula dengan baki Buku Tunai: boleh lukis lajur ini dalam jawapan

Bermula
Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Mei 2018 BAKI
dengan baki Baki debit di Buku Tunai 54 lebih kurang
Buku Tunai. Tambah:
Pastikan
perkataan
debit ditulis.

( ̶ ) (+)

Tolak:

Baki ________ di Penyata Bank kurang lebih


BAKI

Masukkan jawapan berdasarkan kesan baki Buku Tunai atau Penyata Bank berdasarkan lajur
panduan di atas.

Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Mei 2018 BAKI


Baki debit di Buku Tunai 54 lebih kurang
Tambah:
Pembekal Mamat 1 150
Belian 45
Item ditolak

Item ditambah
( ̶ ) (+)

Tolak:
Kedai Haris 2 321
Danial Enterprise 634

Baki ________ di Penyata Bank kurang lebih


BAKI

21
2018 BCL-KKPP

Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Mei 2018 BAKI


Baki debit di Buku Tunai 54 lebih kurang
Tambah:
Pembekal Mamat 1 150
Belian 45
Perniagaan Jazlina 435
Dividen atas pelaburan 611
( ̶ ) (+)

Tolak:
Kedai Haris 2 321
Danial Enterprise 634
Caj perkhidmatan 40
Faedah atas overdraf 38

Baki ________ di Penyata Bank kurang lebih

Item ditolak
BAKI

Item ditambah
JAWAPAN AKHIR

Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Mei 2018


Baki debit di Buku Tunai 54
Tambah:
Pembekal Mamat 1 150 (+)
Belian 45
Perniagaan Jazlina 435
Dividen atas pelaburan 611 2 241 Selesaikan pengiraan

2295
Tolak:
Kedai Haris 2 321 ( ̶ )
Danial Enterprise 634
Caj perkhidmatan 40
Faedah atas overdraf 38 3 033

Baki debit di Penyata Bank (738) Angka akhir ialah negatif,


bermaksud Penyata Bank
berbaki debit.

22

You might also like