Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh Bilangan adalah kata yang digunakan bagi menyatakan bilangan sesuatu benda,
tumbuhan haiwan dan manusia.

ORANG – digunakan untuk MANUSIA


Contoh : Seorang - murid, guru, anak, polis, doctor.

ANGKATAN – digunakan untuk MANUSIA atau BENDA


Contoh : Seangkatan - Belia, tentera, askar, kapal perang, kapal laut.

KAWAN – digunakan untuk HAIWAN


Contoh : Sekawanan – Burung, gajah, kuda,lembu, monyet

EKOR – digunakan untuk semua jenis HAIWAN


Contoh : Seekor – Beruang, harimau, tapir, ular, singa

GULUNG – digunakan untuk semua BENDA yang nipis dan panjang


dan boleh digulung.
Contoh : Segulung – Tikar, permaidani, kain, filem, sijil.

GENGAM – digunakan untuk BENDA yang boleh digengam.


Contoh : Segengam – Gula, padi, beras, pasir, garam

CUBIT – digunakan untuk BENDA yang boleh dicubit


Contoh : Secubit – Gula, garam

GUMPAL– digunakan untuk BENDA yang bergumpal.


Contoh : Segumpal – Awan, kapas, asap, tanah, kekabu.
PASUKAN – digunakan untuk kumpulan MANUSIA yang berpakaian seragam.
Contoh : Sepasukan – Polis, pengakap, pemain bola, tentera, askar.

URAT – digunakan untuk BENDA yang panjang dan halus.


Contoh : Seurat – Gelang, rantai, rotan, dawai, rambut.

BIJI – digunakan untuk BUAH-BUAHAN DAN BENDA yang kecil


Contoh : Sebiji – Durian, epal, limau, cawan, bola.

ULAS – digunakan untuk ISI BUAH-BUAHAN


Contoh : Seulas – Durian, cempedak, manggis, nangka, limau.

LONGGOK – digunakan untuk BENDA dan BUAH yang berlonggok.


Contoh : Selonggok – Durian, batu, sampah, pasir, kayu.

TANDAN – digunakan untuk BUAH – BUAHAN yang bergugus.


Contoh : Setandan – Kelapa, kelapa sawit, pinang, pisang, nipah.

RUMPUN – digunakan untuk TUMBUH – TUMBUHAN yang tumbuh berkelompok.


Contoh : Serumpun – Serai, lalang, padi, buluh, tebu.

BUAH – digunakan untuk BENDA yang tidak tentu bentuknya.


Contoh : Sebuah – Rumah, kerusi, almari, katil, kereta.

HELAI – digunakan untuk BENDA yang nipis, lembut dan lebar.


Contoh : Sehelai – Baju, kain, seluar, tudung, sapu tangan
BILAH – digunakan untuk BENDA yang tajam dan runcing.
Contoh : Sebilah – Kapak, parang, gunting, pisau, keris.

GUGUS – digunakan untuk BUAH dan BENDA dalam setangkai.


Contoh : Segugus – Kunci, pinang, langsat, anggur, rambai.

BARIS – digunakan untuk MANUSIA dan BENDA yang berbaris.


Contoh : Sebaris – Kedai, murid, kerusi, rumah, gigi.

KUNTUM – digunakan untuk pelbagai jenis BUNGA.


Contoh : Sekuntum – Bunga mawar, bunga raya, bunga kekwa, bunga melur,
bunga cempaka.

PASANG – digunakan untuk MANUSIA dan BENDA yang berpasangan.


Contoh : Sepasang – Stoking, kasut,suami isteri, subang, benda.

HIRIS – digunakan untuk BENDA yang dipotong nipis – nipis


Contoh : Sehiris – Timun, bawang, lobak, daging, tomato.

BATANG – digunakan untuk BENDA yang panjang.


Contoh : Sebatang – Sungai, tiang, pokok, kayu, pensel.

BIDANG – digunakan untuk BENDA yang luas dan rata.


Contoh : Sebidang – Tanah, kain layar, permaidani, sawah, tikar.

BUTIR – digunakan untuk BENDA yang bulat atau kecil.


Contoh : Sebutir – Telur, permata, mutiara, beras, peluru.
BUNGKUS – digunakan untuk BENDA yang dibungkus.
Contoh : Sebungkus – Roti, nasi lemak, keropok, kacang, kerepek.

DERET – digunakan untuk BENDA yang tersusun dan berada dalam barisan.
Contoh : Sederet – Lampu jalan, tiang elektrik, kereta, kedai rumah.

LINGKAR – digunakan untuk BENDA yang berlingkar.


Contoh : Selingkar – Akar, tali, rotan, ubat nyamuk, dawai.

POTONG – digunakan untuk BENDA yang sudah dipotong.


Contoh : Sepotong – Kek, kuih, pizza, roti, daging.

GELUNG – digunakan untuk BENDA panjang yang digelung.


Contoh : Segelung – Dawai, kabel, tali, hos getah, wayar.

KEPING – digunakan untuk BENDA nipis dan lebar.


Contoh : Sekeping – Biskut, kertas, gambar, roti, cek.

UNTAI – digunakan untuk BENDA yang berangkai.


Contoh : Seuntai – Rantai, manik, kalung, pantun, sajak.

BUKU – digunakan untuk BENDA yang berbuku.


Contoh : Sebuku – Roti, sabun.

You might also like