Tugas Ketua Tingkatan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

FAIL GARIS PANDUAN GURU (6) CBN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT NANAS


KUALA LUMPUR
TUGAS-TUGAS KETUA TINGKATAN

1. Memastikan bahawa kehadiran pelajar diberi kepada Guru Tingkatan sebelum


perhimpunan tamat.

2. Mengambil buku pink (buku kedatangan pelajar untuk tiap-tiap waktu kelas) bersama
buku merit demerit daripada pengawas sewaktu sesi membaca dan mengembalikan
kedua-duanya ke dalam almari di luar Bilik Mesyuarat apabila tamat waktu
persekolahan. Borang mestilah diisi lengkap semasa sesi membaca. Sila pastikan
borang telah diisi oleh guru-guru matapelajaran sebelum beliau meninggalkan kelas
anda. Sila pastikan senarai nama pelajar dikepilkan di dalam buku pink setiap awal
bulan.

3. Memastikan pelajar beratur mengikut senarai nama di dalam buku kedatangan semasa
perhimpunan.

4. Menjaga disiplin di dalam kelas setiap masa. Menentukan bahawa pelajar-pelajar


tidak meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru.

5. Mengingatkan pelajar-pelajar kelas anda supaya mengikuti peraturan-peraturan


sekolah. Mengambil nama pelajar yang makan di dalam kelas dan yang meninggalkan
kelas tanpa kebenaran.

6. Sila beritahu Guru Tingkatan sekiranya ada pelajar yang datang lewat ke sekolah
supaya pembetulan dapat dilakukan di dalam buku Kedatangan. Pelajar yang lewat
diminta ke pejabat untuk mengisi borang datang lewat ke sekolah.

7. Menentukan bahawa pelajar-pelajar yang bertugas menjalankan tugas masing-masing


seperti menyapu, menyusun meja dan lain-lain. Sila pastikan sampah telah dibawa
bersama pelajar bertugas apabila sesi sekolah berakhir dan dibuang di dalam tong di
luar pagar sekolah. Sila pastikan juga kelas dan kaki lima di luar kelas anda sentiasa
bersih.

8. Menentukan bahawa perabot-perabot di dalam kelas seperti meja, kerusi dan almari
sentiasa berada dalam keadaan baik dan disusun dengan betul dan sentiasa bersih.

9. Menolong guru-guru untuk mengumpul maklumat mengenai pelajar-pelajar di dalam


kelas anda.
10. Mengambil tempahan dan mengutip wang untuk barang-barang tempahan seperti
kemeja-T, baju sukan, tag nama dan lain-lain.
11. Memberitahu pelajar-pelajar kelas mengenai perkara-perkara yang dibincangkan
semasa mesyuarat Ketua Tingkatan.

12. Menentukan bahawa semua pintu dan tingkap ditutup, suis lampu dan kipas ditutup
sebelum meninggalkan kelas. Memastikan bahawa pelajar-pelajar kelas anda berjalan
dalam satu barisan dengan cepat dan senyap dan sentiasa berjalan di sebelah kiri kaki
lima.

13. Mengingatkan AJK matapelajaran supaya mencari guru matapelajaran sekiranya


beliau lewat masuk ke kelas.

14. Apabila seorang pelajar kelas anda sakit, tentukan bahawa slip “Kemasukan Bilik
Sakit” (2 salinan) diisi dan ditandatangani oleh guru yang sedang mengajar sebelum
mengiringi pelajar itu ke Bilik Sakit. Isikan butir-butir pelajar tersebut ke dalam Buku
Daftar Masuk Bilik Sakit (Sesi Petang) di Pejabat Sekolah. Stapelkan satu salinan
slip di dalam buku pink.

15. Jika pelajar yang sakit hendak balik awal, sila beritahu Guru Bertugas/Guru Tingkatan
supaya ibubapa atau penjaga pelajar itu dapat dihubungi untuk mengambil pelajar itu
pulang ke rumah.

16. Sekiranya ada kecemasan, anda hendaklah memberitahu Guru Bertugas/Guru


Tingkatan dan Penolong Kanan Petang supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

17. Apabila seorang pelajar kelas anda hendak balik awal, dia mesti memberitahu Guru
Tingkatan terlebih dahulu. Selepas ibubapa/penjaga telah sampai untuk mengambil
pelajar itu pulang, pastikan satu salinan borang “Kebenaran Meninggalkan Sekolah”
yang telah diisi dan ditandatangani oleh Penolong Kanan Petang atau pihak Pentadbir
yang lain, diserahkan kepada anda dan stapelkan borang itu di dalam buku pink.

18. Sekiranya berlaku kebakaran, beri buku pink kelas anda kepada guru matapelajaran
waktu tersebut untuk dibawa keluar. Sila pastikan pelajar kelas anda meninggalkan
kelas dengan cepat dan keluar kawasan sekolah mengikut pelan Latihan Kebakaran.
Anda hendaklah membantu guru matapelajaran mengambil kedatangan pelajar selepas
berkumpul di luar kawasan sekolah.

19. Sila laporkan kepada Guru Tingkatan/Guru Disiplin dan Penolong Kanan Petang
sekiranya terdapat salah laku disiplin yang tidak terkawal di kalangan pelajar kelas
anda seperti pergaduhan, buli dan lain-lain.

You might also like