Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

FAEDAH MAKAN ULAM-ULAMAN TEMPATAN.

Bincangkan

Sebut sahaja ulam-ulaman pasti terbayang akan keenakan dan kesegarannya. Hidangan ulam-ulaman ini sangat popular dalam
kalangan masyarakat Malaysia dan menjadi kewajipan ibu menyediakannya dalam setiap hidangan makan tengah hari mahupun
malam. Namun apakah definisi sebenar ulam-ulaman ini ? Ulam sebenarnya merupakan sayuran atau tumbuhan yang merangkumi
daripada pelbagai bahagian sayuran tersebut seperti batang, bunga, buah, biji, umbut dan lain-lain lagi. Bahagian daun dan pucuk
adalah bahagian tumbuhan yang selalu dipilih untuk dijadikan ulam dan bahagian tersebut menjadi kegemaran bagi peminat ulam-
ulaman.

Antara faedah makan ulam-ulaman ialah ulam-ulaman ini menjadi pembuka dan penambah selera semasa menjamu selera kerana
jika tiada ulam-ulaman pasti akan teringat-ingat ketika makan dan jika ada pasti makan akan bertambah-tambah dek kerana
penangan ulam-ulaman tersebut. Ulam-ulaman biasanya dimakan mentah namun boleh juga dihidangkan dalam keadaan direbus,
distim mahupun dicelur. Kita akan lebih kerap melihat orang ramai makan ulam dalam keadaan mentah kerana terdapat lebih
banyak khasiat, lebih segar dan rasa yang lebih enak. Ulam-ulaman juga boleh dimakan dengan mencecahnya terlebih dahulu
dengan makanan tradisional orang Melayu seperti budu, sambal belacan, cencaluk, mayonis, dan pencecah lain sebelum disertakan
dengan nasi dan lauk-pauk. Sesungguhnya ulam-ulaman penting sebagai penambah dan pembuka selera makan

Seterusnya ulam-ulaman sangat berkhasiat kepada kesihatan diri kita. Jika dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama
kerana kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang ada dalam ulam
tidak dimusnahkan oleh haba. Namun secara berasingan pula, setiap jenis ulam-ulaman mempunyai khasiat masing-masing yang
membawa kebaikan kepada kesihatan manusia. Ulam yang cukup popular dan amat mudah diperoleh adalah jering, petai, kerdas,
rebung, cekur manis, ulam raja, pucuk ubi kayu, pucuk pegaga, pucuk serai kayu dan lain-lain.Sementara ada ulam kurang dikenali
dan sukar diperoleh seperti beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus. Ternyata ulam mempunyai khasiat tertentu dalam
penjagaan kesihatan, sipenggunanya atau sipeminat ulam-ulaman itu

Selanjutnya kajian pakar perubatan menunjukkan sesetengah ulam menjadikan diri kita sentiasa awet muda. Kulit jadi licin, mata
jadi cerah, rambut jadi hitam dan lebat. Jika kita amalkan makan ulam, ulam akan, menyerikan wajah, mengecutkan peranakan,
melancarkan peredaran darah, melancarkan suara, menambahkan kekuatan fizikal, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka Petai
yang amat berkhasiat, berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan
lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain,. Peminat ulam-ulaman kelihatan berseri pada wajah dan sentiasa awet
muda.Apabila diamalkan setiap hari sudah pasti wajah akan tambah berseri-seri Hakikatnya ulam menjadi makananpenyeri wajah,
dan membantu proses awet muda.

Di samping itu, makan ulam-ulam dapat mengurangkan berat badan, meningkatkan kecergasan minda, menyembuhkan demam,
merawat penyakit nyanyuk, merawat pitam dan lain-lain. Pucuk ulam raja amat berguna untuk memperbaiki peredaran darah,
mencuci bahan toksik dalam darah, mencuci darah, menguatkan tulang, melemahkan aktiviti sesetengah bakteria dan lain-lain.
Pucuk betik pula dapat mengurangkan kadar lemak berlebihan di dalam badan. Makan ulam, pucuk daun betik terbukti boleh
menurunkan berat badan dan mendapat potongan badan idaman. Ulam-ulam membantu proses pencernaan yang sekali gus
memudahkan kita menjaga berat badan dan tidak berlaku masalah obesiti. Jelaslah, ulam-ulam banyak membantu kita dalam
usahamenurunkan berat badan, mengelakkan obesiti

Selain itu ulam-ulam jika dijadikan amalan harian, kita kurang menghadapi masalah sakit gigi dan badan berbau. Bau badan akan
hilang secara beransur-ansur apabila limau nipis dipotong halus, direndam di dalam kicap, dimakan bersama-sama nasi . Ohohh...
rasanya sungguh enak hingga menjilat jari. Jadikan amalan kerana telah menjadi buah mulut anak-anak desa, bahawa makan ulam
putik limau kasturi atau limau nipis terbukti dapat menyembuhkan sakit gigi , mengukuhkan gigi dan yang terbaharu dikatakan boleh
mengurangkan bau badan hingga ke tahap sifar bau. Kita rasa selesa berkumpul bersama-sama rakan dengan aroma badan yang
menyegarkan Hakikatnya amalan makan ulam –ulaman boleh mengurangkan bau badan dan memantapkan gigi kita.

Kesimpulannya, kata orang tak kenal maka, tak cinta. Jadi kenalilah ulam-ulam yang terdapat di negara kita dan belajarlah mencintai
dan menggemarinya. Sekali rasa pasti hendak lagi. Jadikanlah ulam-ulaman sebagai sajian harian, menu wajib untuk keluarga kita.
Kalau berasa hendak makan ulam-ulaman cecah budu, jemputlah ke rumah saya. Kita makan nasi kerabu yang sungguh enak dan
lazat tidak terkata. Saya yakin dan semua pasti setuju, makanan sihat dapat melahirkan masyarakat yang sihat sejahtera,

You might also like