Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PELAN PERNIAGAAN PENTERNAKAN BIRI-BIRI

DIKEMUKAKAN KEPADA
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

HUMYRA INTERNATIONAL SDN BHD


KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN
2. TUJUAN
3. PENGENALAN SYARIKAT
4. RINGKASAN PROJEK
5. STATUS PENTERNAKAN BIRI-BIRI DI MALAYSIA
6. OBJEKTIF PROJEK
7. JUSTIFIKASI PROJEK
8. ANALISIS ‘SWOT’
9. PELAN OPERASI
10. PELAN SUMBER MANUSIA
11. PELAN PEMASARAN
12. PELAN KEWANGAN
13. KESIMPULAN

1
PELAN PERNIAGAAN PENTERNAKAN BIRI-BIRI

1. PENDAHULUAN

Penternakan merupakan satu aktiviti ekonomi yang menguntungkan jika dibuat secara
komersil, bersesuaian dengan seruan kerajaan – Pertanian adalah Perniagaan. Justeru,
syarikat Humyra International Sdn Bhd yakin bahawa penglibatan syarikat di dalam bidang
penternakan akan membuka peluang untuk syarikat lebih berkembang dan berdaya maju.

2. TUJUAN

Kertas kerja ini merupakan pelan perniagaan yang dikemukakan kepada Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi sebagai sokongan terhadap permohonan
penggunaan kawasan padang ragut seluas 20 ekar untuk tujuan penternakan biri-biri secara
separa intensif.

3. PENGENALAN SYARIKAT
3.1. NAMA SYARIKAT
Humyra International Sdn Bhd

3.2. NOMBOR PENDAFTARAN


846791-M

3.3. ALAMAT/ TELEFON/FAX


37-A, Jalan Impian Emas 5/1, Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor Bharu, Johor.
Tel: 019 7428088

3.4. MODAL
3.4.1. MODAL BERBAYAR
3.4.2. MODAL DIBENARKAN
3.5. PEMEGANG SAHAM
3.6. MAKLUMAT PENGARAH SYARIKAT
3.7. NAMA UNTUK DIHUBUNGI/ TELEFON/ EMAIL

4. RINGKASAN PROJEK

2
Projek yang dicadangkan adalah penternakan biri-biri secara separa intensif dalam kawasan
padang ragut Jabatan Perkhidmatan Veterinar seluas 20 ekar. Daripada penternakan ini, hasil
yang akan didapati untuk jualan adalah:

 Biri-biri hidup untuk daging biri-biri


 Biri-biri hidup untuk qurban dan aqiqah
 Tinja/ baja organik.

5. STATUS PENTERNAKAN BIRI-BIRI DI MALAYSIA

Biri-biri adalah salah satu spesies ternakan yang memberikan sumber protein kepada
penduduk Malaysia.

JADUAL 1: STATISTIK UTAMA BIRI-BIRI MALAYSIA (2000-2014)

2000 2011 2012 2013 2014


1 POPULASI BIRI-BIRI 123,475 126,412 131,923 141,918 139,670
2 POPULASI KAMBING 498,385 479,444 462,510 434,202 455,737
3 JUMLAH POPULASI
621,860 605,856 594,433 576,120 595,407
KAMBING/BIRI-BIRI
4 PENGELUARAN MUTTON
1,671 1,921 3,650 2,880 3,024
TEMPATAN (TM)
5 NILAI PENGELUARAN MUTTON
47.36 54.46 110.96 93.05 99.11
TEMPATAN (RM JUTA)
6 PENGGUNAAN MUTTON (TM) 19,669 19,199 25,276 29,859 43,703
7 KADAR SARA DIRI MUTTON (%) 8.5% 10.01% 14.44% 9.65% 6.92%
8 JUMLAH IMPORT MUTTON (TM) 22,116 18,143 20,543 25,557 27,248
9 NILAI IMPORT MUTTON (RM
324.28 297.68 296.34 359.14 382.90
JUTA)
SUMBER: KEMENTERIAN PERTANIAN (2014). PERANGKAAN AGRO-MAKANAN 2014

5.1. POPULASI

Ruminan kecil yang terdiri dari kambing dan biri-biri adalah berjumlah 595,407 pada
tahun 2015, menurun daripada jumlah pada 2000 iaitu 621,860. Namun begitu,
populasi biri-biri adalah bertambah dalam tempoh yang sama,iaitu 123,475 pada 2000
kepada 139,670.

5.2. PENGELUARAN

3
Pengeluaran mutton (daging kambing dan biri-biri) telah meningkat dari 1,671 tan
metrik pada 2000, dengan nilai RM47.36 juta di peringkat ladang kepada 3,024 tan
metrik pada 2014 dengan nilai RM99.11 juta. Ini bermakna penternakan biri-biri telah
mendapat tempat di kalangan usahawan tani.

5.3. PENGGUNAAN

Penggunaan mutton pula adalah 19,669 tan metrik pada 2000 dengan kadar sara diri
sebanyak 10.6%. Pada tahun 2014, jumlah penggunaan telah meningkat kepada 43,703
tan metrik, dengan kadar sara diri sebanyak 6.92%, tahap sara diri paling rendah bagi
tempoh 2000-2014. Kadar sara diri yang rendah ini adalah disebabkan kadar
penggunaan berkembang lebih pesat daripada kadar pengeluaran.

5.4. KADAR SARA DIRI

Jika dilihat daripada kadar sara diri mutton, Malaysia hanya mampu mengeluarkan
antara 6% hingga 14% mutton yang diperlukan oleh pengguna, dan selebihnya di
import. Ini bermakna banyak lagi ruang yang ada bagi pengeluar dan pengusaha untuk
menambah pengeluaran bagi mengisi permintaan tempatan.

5.5. IMPORT DAGING KAMBING/BIRI-BIRI

Jumlah import mutton adalah meningkat tahun demi tahun, iaitu daripada 22,116 tan
metric pada tahun 2000 kepada 27,248 tan metric pada tahun 2014. Dari segi nilai, iaitu
daripada RM324.28 juta pada tahun 2000 kepada 382.90 juta pada tahun 2014, yang
merupakan peningkatan sebanyak 18% bagi tempoh 2000-2014.

6. OBJEKTIF PROJEK

Objektif-objektif projek adalah:

i. Memperkasakan sektor pertanian sebagai perniagaan


ii. Memenuhi tanggungjawab fardu kifayah dalam menyediakan makanan halal.
iii. Memenuhi tanggubgjawab fardu kifayah dalam menyediakan ternakan
aqiqah/korban kepada umat Islam dengan harga yang mampu beli.
iv. Sebagai sumber pendapatan syarikat dan mempelbagaikan sektor yang diceburi oleh
syarikat.

7. JUSTIFIKASI PROJEK

4
i. Tempoh gestation yang pendek iaitu 6 hingga 8 bulan untuk memperolehi
pendapatan, berbanding dengan ternakan lembu yang memerlukan tempoh
sehingga 3 tahun.
ii. Tidak memerlukan modal yang besar
iii. Boleh diusahakan secara system separa-intensif
iv. Kadar sara diri nasional yang rendah, dengan permintaan yang sentiasa meningkat
v. Perusahaan dengan persaingan yang rendah

8. ANALISIS ‘SWOT’
KEKUATAN KELEMAHAN
1 Pengalaman dalam mengurus 1 Sumber tenaga kerja tempatan
perniagaan ternakan pada masa lalu yang terhad. Ini diatasi dengan
menggunakan sistem pengurusan
separa-intensif, di mana
penggunaan tenaga kerja adalah
rendah.
2 Syarikat mempunyai pasaran baja
organik, yang boleh dihasilkan daripada
tinja biri-biri
PELUANG ANCAMAN
1 Mempunyai peluang pemasaran yang 1 Ancaman daripada daging
masih luas, di mana pengeluaran mutton import. Ini diatasi dengan
tempatan hanya memenuhi kurang menwarkan daging berkualiti
daripada 15% dari permintaan tempatan dengan harga yang mampu beli
oleh pengguna
2 Kadar tukaran asing yang semakin tinggi
yang menyebabkan kos daging import
menjadi semakin mahal. Ini bermakna
daging tempatan mempunyai kelebihan
dari segi harga.

9. PELAN OPERASI
9.1. JENIS TERNAKAN

Syarikat akan menternak biri-biri jenis Dorper. Dorper adalah biri-biri yang telah
diternak di Afrika Selatan dan Australia, dan kebelakangan ini telah di ternak di
Malaysia secara komersil.

Antara sebab mengapa biri-biri Dorper dipilih sebagai ternakan komersil:

5
 Daya keibuan yang sangat baik
 Tahan lasak
 Daya tahan penyakit yang tinggi
 Kadar tumbesaran yang tinggi antara 120 – 200 gm sehari seekor dengan
mencapai 35kg dalam masa 6 bulan.
 Kadar kelahiran yang tinggi (90%) dengan kelahiran kembar 30%
 Boleh disembelih untuk aqiqah dan korban dengan umur 1 tahun , berbanding
umur 2 tahun untuk kambing.

6
BIRI-BIRI JENIS DORPER

9.2. KELUASAN TANAH

Keluasan tanah yang dipohon adalah 20 ekar.

9.3. BILANGAN TERNAKAN

Jika diandaikan kadar muatan sebanyak 5 ekor biri-biri seekar apabila diternak secara
ekstensif (meragut sahaja), jumlah biri-biri yang boleh dibela dalam kawasan tersebut
adalah 100 ekor. Apabila biri-biri diberi dengan makanan tambahan (dedak), kadar
muatan boleh ditambah kepada 10 ekor biri-biri seekar, dan jumlah yang boleh
diternak dalam kawasan tersebut adalah 200 ekor.

Bilangan ternakan permulaan adalah 105 ekor, iaitu 5 pejantan dan 100 ekor induk.
Anggaran aliran populasi ternakan ditunjukkan oleh Lampiran 1, di mana bilangan induk
akan dikekalkan sebanyak 200 ekor.

Anak jantan yang dilahirkan akan dijual, manakala anak betina akan disimpan untuk
menjadi induk sehingga jumlah induk adalah 200 ekor. Anak betina juga akan manjadi
induk pengganti, di mana sebanyak 20% daripada induk akan di takai setiap tahun.
Anak betina yang berlebihan akan dijual sebagai induk. Induk takai juga akan dijual.

Adalah dijangkakan, dengan pengurusan yang baik, kadar kelahiran ialah 200%, dan
bilangan anak yang dihasilkan setiap tahun adalah 180 ekor, setelah ditolak kadar
kematian.

Pejantan akan ditakai setiap 2 tahun sekali untuk mengelak daripada ‘in-breeding’. Oleh
itu syarikat perlu membeli pejantan yang bermutu untuk menjadi pengganti kepada
pejantan yang ditakai.

7
9.4. PENGURUSAN TERNAKAN
9.4.1. SISTEM PENTERNAKAN

Syarikat mencadangkan akan menggunakan sistem separa-intensif di mana


kawasan ladang akan dilengkapi dengan kandang yang bersesuaian dengan
jumlah ternakan, dan perimeter ladang dipagar

Sebagai sumber makanan, kawasan ladang juga akan ditanam dengan pastura
terpilih di sekeliling kandang. Kawasan pastura ini akan dibahagikan kepada
beberapa padok dan untuk setiap padok akan dihadkan tempoh bagi biri-biri
meragut.

Ternakan juga akan diberikan makanan tambahan sebagai penambahan kepada


zat pemakanan sedia ada. Dengan ini ladang boleh meningkatkan bilangan/
populasi ternakan yang diternak dua atau tiga kali ganda jika dibandingkan
dengan sistem ragutan semata-mata.

Dengan sistem separa intensif ini, syarikat akan:

i. Mengurangkan penggunaan tenaga kerja. Justeru syarikat boleh


meggunakan tenaga kerja tempatan dan tidak memerlukan tenaga asing.
ii. Memudahkan kerja-kerja pembersihan kandang
iii. Memberikan suasana yang tabii dan mengurangkan tekanan kepada
ternakan.

Walaupun begitu, dengan mengamalkan sistem separa-intensif ini, ternakan


adalah terdedah kepada serangan parasit dan ini memerlukan rawatan dan
pencegahan tambahan.

9.4.2. KANDANG

Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan rupa rumah serta kandang biri-biri.
Setiap sesuatu rekaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-
masing. Namun demikian, setiap binaan berkenaan perlu memberikan
persekitaran yang selesa untuk didiami oleh ternakan. Di samping itu,
binaan rumah berkenaan sebaik- baiknya membantu mempermudahkan
kerja-kerja pengurusan harian ternakan dilakukan.

8
CONTOH KANDANG BIRI-BIRI

Rumah biri-biri perlu mengikuti susunatur memanjang yang bertentangan


dengan arah pergerakan matahari. Sebaik-baiknya cahaya matahari di waktu pagi
dan petang boleh mencecah di bahagian tengah rumah. Ini bertujuan
merendahkan kadar kelembapan dan menjadikan rumah biri-biri sentiasa
kering.

Jarak minima perumahan biri-biri di antara satu dengan yang lain perlu sekurang-
kurangnya 30 kaki atau sama dengan lebar rumah kambing berkenaan. Ini
bertujuan memberi ruang aliran udara di antara perumahan yang baik dan
merendahkan perpindahan penyakit melalui udara dari satu rumah ke rumah lain.

Jarak di antara lantai kandang dan lantai bawah di permukaan tanah sebaik-
baiknya di antara 5 – 5.5 kaki. Jarak yang lebih rendah akan memungkinkan
kambing menghadapi masalah kesihatan seperti mata berair, batuk dan sukar
bernafas berpunca dari tinja yang terkumpul di bawah kandang. Jarak yang
bersesuaian pula akan memudahkan pengumpulan tinja bagi tujuan pengeluaran
baja organik.

Ruang lantai bumi sebaik-baiknya disimen dan mempunyai kecerunan


lebihkurang 2%. Ini bertujuan menjadikan kerja-kerja pembersihan dan
pengumpulan tinja di bahagian hujung kandang lebih mudah kerana dibantu oleh
9
perbezaan titik graviti. Baja organik yang dihasilkan dari tinja yang dikutip dari
lantai bersimen adalah lebih berkualiti berbanding lantai bumi yang cuma dilapisi
pasir atau tanah

Keluasan yang bersesuai untuk seekor biri-biri betina dewasa ialah di antara 12
hingga 15 kaki persegi.

Setiap kandang perlu disediakan palong makanan dan palong minuman yang
bersesuaian.

9.4.3. PEMAGARAN

Kawasan projek penternakan adalah perlu dipagar bagi mengelakkan berlaku


perkara yang tidak diingin seperti kehilangan ternakan akibat kecurian atau
pemangsaan haiwan lain dan kemasukan agen-agen perosak yang berpotensi
membawa penyakit dan kecederaan.

SISTEM PAGAR

9.4.4. PEMAKANAN

Survival projek penternakan adalah bergantung kepada keupayaan untuk


menyediakan makanan ternakan yang cukup kandungan nutriennya dan murah
daripada sudut kos pengurusan. Ini adalah kerana lebih dari 70 peratus kos
pengurusan datang dari kos makanan ternakan. Kenaikan harga bahan makanan
ternakan kesan dari kenaikan harga bahan bakar dunia menyukarkan pengusaha

10
projek ternakan untuk meletakkan pergantungan ke atas sumber makanan
ternakan komersil.

Air adalah antara komponen terbesar di dalam badan ternakan. 70% daripada
badan terdiri daripada air. Oleh yang demikian, adalah wajar supaya ternakan
sentiasa diberikan sumber air minuman bersih sepanjang masa.

Sumber makanan kambing secara amnya boleh dibahagi kepada 2 iaitu makanan
utama: rumput atau dedaunan hijau dan makanan tambahan.

Syarikat akan menanam rumput pastura bermutu tinggi iaitu rumput Guinea atau
Panicum maximum. Ini adalah kerana tanaman ini mempunyai pengeluaran
yang tinggi dan sangat sesuai ditanam sumber makanan biri-biri.

Makanan tambahan juga akan diberikan kepada biri-biri di dalam kandang.

RUMPUT PASTURA GUINEA (PANICUM MAXUMUM)

11
BIRI-BIRI DORPER MERAGUT DALAM KAWASAN KELAPA

9.4.5. PENGURUSAN TERNAKAN

Secara am, kitaran pengurusan ternakan bermula dengan kelahiran kepada


pembiakan seterusnya kebuntingan dan beranak kembali. Berikut adalah
peringkat-peringkat pengurusan ternakan:-

i. Peringkat kelahiran.

Selepas kelahiran, anak biri-biri mesti diberikan susu awal ataupun


kolostrum. Pemberian susu ini adalah penting kerana susu awal biri-biri yang
dihasilkan di sepanjang 3 hari pertama selepas kelahiran mengandungi
antibodi yang diperlukan bagi melindungi dari serangan penyakit. Selain
daripada itu kolostrum mengandungi zat protein yang tinggi diperlukan oleh
badan untuk tumbesaran. Pada kebiasaannya, anak biri-biri akan
menghisap sendiri. Sekiranya anak biri-biri lemah atau tidak berbuat

12
sedemikian, tindakan memerah dan menggunakan botol susu atau syringe
perlu dilakukan bagi memastikan anak biri-biri kolostrum secukupnya.

Selain daripada memastikan anak biri-biri mendapat kolostrum, talipusat


anak biri-biri yang didapati panjang perlulah dipotong sekurang-kurangnya
setengah inci dari badan. Iodin perlu disapukan pada pusat berkenaan
bertujuan mengelakkan menjadi sumber laluan kepada agen penyakit. Di
masa awal peringkat kelahiran dalam tempoh 4 hingga 6 minggu pertama,
makanan yang secukupnya perlu disediakan secara potong angkut kepada
ibu biri-biri. Ini membolehkan induk berkenaan berehat dan memulihkan diri
untuk bersedia pada peringkat seterusnya.

ii. Peringkat cerai susu.

Cerai susu adalah peringat anak biri-biri dipisahkan daripada ibunya. Namun
demikian, peringkat ini perlu dilakukan secara beransur-ansur. Pada ketika
anak biri-biri berusia menghampir 3 atau 4 bulan, sumber makanan seperti
rumput atau dedaunan hijau boleh diberikan secara sedikit demi sedikit.
Selalunya pada usia ini anak biri-biri sudah mulai belajar memamah
dedaun hijau. Pada lingkungan usia selewat 4 bulan, anak biri-biri
sepatutnya sudah dipisahkan dari ibunya. Selalunya kelewatan melakukan
cerai susu kepada anak biri-biri menyebabkan prestasi biri-biri berkenaan
seperti berat badan dewasa, tempoh kematangan dan pembiakan akan
terjejas. Anak-anak biri-biri jantan yang mencapai usia 9 bulan perlu
dipisahkan daripada anak-anak biri-biri betina. Ini adalah kerana umur ini
adalah untuk yang mana biri-biri jantan mula mencapai kematangan seksual
dan berkebolehan untuk membiak.

iii. Penjagaan biri-biri dewasa

Biri-biri-biri-biri dewasa dikandangkan mengikut jantina. Biri-biri jantan


dan betina dicampurkan hanya apabila hendak dibiakkan. Nisbah biri-biri
jantan kepada biri-biri betina ialah satu ekor jantan untuk 20 hingga 25
ekor biri-biri betina. Pada ketika tidak dibiakkan, biri-biri jantan perlu
diletakkan di dalam kandang individual dan tidak dicampurkan dengan
biri-biri jantan yang lain. Ini bertujuan untuk mengelakkan pemangsaan
akibat dominasi biri-biri jantan yang lain.

Jika dilepaskan untuk meragut, anak-anak jantan ini dilepaskan dalam


padok yang berlainan.
13
iv. Penjualan

Kelansungan survival ladang juga bergantung kepada pendapatan yang


diperolehi. Oleh itu syarikat perlu memastikan anak biri-biri jantan dapat
dijual apabila cukup umur antara 9-12 bulan, serta biri-biri betina yang
tidak menjadi pengganti induk, serta pejantan yang ditakai juga dapat di
pasarkan sebagai daging atau baka.

9.5. PENGURUSAN PENYAKIT

9.6. TEMPOH PENTERNAKAN

Tempoh penternakan akan bergantung kepada produk jualan dan sasaran pasaran:

JENIS TERNAKAN TEMPOH PENTERNAKAN SASARAN PASARAN


i anak jantan 9-12 bulan daging, aqiqah, kurban
ii anak betina 9-12 bulan daging, induk
iii pejantan takai 2 tahun baka
iv induk takai 2 – 5 tahun baka, daging

10. PELAN SUMBER MANUSIA

14
Struktur organisasi ladang adalah seperti berikut:

PENGURUS BESAR SYARIKAT

PENGURUS

PEKERJA (PASTURA PEKERJA


& PAGAR) (TERNAKAN &
KANDANG)

Ladang akan diketuai oleh pengurus ladang dan dibantu oleh 2 orang pekerja.

11. PELAN PEMASARAN


11.1. ANGGARAN HASIL UNTUK JUALAN

Secara purata jumlah ternakan untuk jualan dalam tempoh setahun,


berdasarkan kepada 200 ekor induk, adalah:

 Anak jantan 174


 Induk 155
 Pejantan takai 3
 Induk takai 20
 Jumlah jualan setahun 351

11.2. PENGIKLANAN DAN PROMOSI

Promosi serta jualan yang mantap serta menarik akan menjamin kejayaan projek
ini. Tanpa pelan pemasaran yang berjaya pasti projek ini akan mengalami
kegagalan. Aspek pemasaran dan promosi merupakan satu espek yang amat
penting dan peruntukan untuk promosi serta pemasaran amat perlu bagi
menjayakan projek ini.

Fasa promosi akan dijalankan pada pengujung bulan Jun 2005 selepas segala fasa
selesai dijalankan. Ianya perlu dijalankan dengan cepat supaya kos operasi dapat
ditampung dengan aktiviti jualan yang rancak serta promosi yang menarik.
15
Pemasaran yang dirancang akan terbahagi kepada 5 fasa:

Fasa 1- Iklan Statik – Penggunaan papantanda ladang ternakan serta papantanda


jalan. Fasa 2- Promosi Brochures – Penghantaran brochures kepada pejabat –
pejabat serta syarikat - syarikat.

Fasa 3 – Temujanji serta lawatan – Lawatan serta perbincangan untuk


pembekalan secara kontrak/pukal dengan pihak hotel/restoran serta penjual
daging mentah di pasar – pasar.

Fasa 4 – Permohonan pembekalan baka kambing dengan mendaftar sebagai


pembekal baka kambing dengan Kementerian Kewangan serta Jabatan
Perkhidmatan Haiwan

Fasa 5 – Aktiviti membungkus daging untuk tujuan jualan di Pasaraya serta kedai
dinginbeku.

11.3. KUMPULAN SASARAN

Sasaran pasaran adalah:

pasaran Produk
i penternak Pejantan, induk, anak betina
ii Peraih/ penjual Anak jantan
daging
Iii Orang ramai Ternakan korban- anak jantan,
pejantan takai
iv Jabatan Veterinar Pejantan, induk, anak betina

12. PELAN KEWANGAN


12.1. KEDAYAMAJUAN PROJEK

Untuk mengkaji kedayamajuan projek, unjuran Aliran Tunai dan penyata Untung
Rugi Projek telah dibuat sepertimana yang ditunjukkanoleh Lampiran 2 dan 4,
manakala Lampiran 3 menunjukkan petunjuk kedayamajuan projek hasil
daripada Analisis Aliran Tunai.

12.1.1. ANALISIS ALIRAN TUNAI

Unjuran Aliran Tunai (Lampiran 2) menunjukkan projek akan memperolehi aliran


tunai sebanyak RM105,000 pada tahun 2017, dengan andaian pembanguan
projek bermula pada tahun 2016, dikuti dengan tunai masuk RM215,400 pada
16
tahun 2017. Mulai 2018, apabila aliran populasi ternakan projek telah stabil,
jumlah tunai masuk akan bertambah kepada RM217,400 setahun.

Modal aset permulaan dianggarkan RM188,300 dan perbelanjaan overhead dan


operasi pula adalah diantara RM100,000 hingga RM140,000 setahun.

Aliran Tunai bersih adalah diantara RM5,100 pada 2017 dan meningkat kepada
RM80,000 – 100,000 setahun. Unjuran Aliran Tunai ditunjukkan secara grafik oleh
Carta 1.

CARTA 1: UNJURAN ALIRAN TUNAI


800,000

700,000

600,000

500,000

400,000
ALIRAN TUNAI (RM)

300,000

200,000

100,000

0
2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 2025
-100,000

-200,000

-300,000
TAHUN

TUNAI MASUK TUNAI KELUAR TUNAI MASUK BERSIH TUNAI MASUK BERSIH TERKUMPUL

Petunjuk Kedayamajuan Projek digambarkan dalam Lampiran 3, dimana secara


keseluruhannya, projek adalah berdayamaju, seperti di bawah:
17
PETUNJUK NILAI IMPLIKASI
i. NILAI KINI BERSIH RM188,661 Menunjukkan bahawa
projek akan
menghasilkan nilai
bersih sebanyak
RM188,661 setelah
ditolak modal dan
semua perbelanjaan,
dengan mengambil kira
risiko dan nilai masa
untuk tempoh 10 tahun
ii KADAR PULANGAN 30% Menunjukkan kadar
DALAMAN pulangan tehadap
pelaburan.
iii. TEMPOH PULANGAN 1 TAHUN Projek memerlukan
BALIK tempoh 1 tahun untuk
dapat mengembalikan
modal awal .

12.1.2. PENYATA UNTUNG RUGI

Lampiran 4 pula menunjukkan unjuran Penyata Untung Rugi projek. Pada tahun
pertama (2017) projek mengalami untung kasar yang positif dengan margin kasar
sebanyak 68%, tetapi mengelami kerugian bersih setelah ditolak perbelanjaan
overhead dan susutnilai.

Walaupun begitu, mulai tahun kedua (2018), projek memberikan keuntungan-


baik untung kasar maupun untung bersih. Secara keseluruhan, projek mengalami
margin kasar sebanyak 70% dan margin keuntungan bersih 30%.

12.2. DANA PEMBIAYAAN

Projek akan dibiayai oleh dana dalaman dan pembiyaan oleh bank.

13. KESIMPULAN

18
Kertas kerja ini merupakan Pelan Perniagaan penternakan biri-biri Dorper akan akan
dilaksanakan di tapak tanah yang dipohon. Analisis kewangan menunjukkan projek adalah
berdayamaju dan mampu memberikan keuntungan kepada syarikat. Projek ini juga akan
menambah pengeluaran daging biri-biri di Negeri Johor.

Adalah diharapkan permohonan untuk memperolehi tanah seluas 20 ekar abgi tujuan
projek diberi perhatian sewajarnya dan seterusnya diberi kelulusan.

19

You might also like