Kertas Kerja Minggu RBT 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) PALONG 9

73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN.


TEL : 06 - 4668384
FAX : 06 - 4668182

KERTAS KERJA

PROGRAM

MINGGU REKA BENTUK & TEKNOLOGI

14 – 18 OKTOBER 2019

ANJURAN :

PANITIA RBT
KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU RBT

1. PENDAHULUAN

Sejajar dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu “ Membangun


Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Reka Bentuk & Teknologi,
Sekolah Kebangsaan (F) Palong 9 mengambil inisiatif melaksanakan “Minggu RBT”.
Program ini disusun bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan
menghayati mata pelajaran RBT. Bidang ini biasanya di label sebagai bidang yang
kurang penting di kalangan murid. Ini berpunca daripada ketiadaan kemahiran atau
keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid.

Justeru, bagi ‘memanggil’ semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan
lebih mesra, Minggu RBT diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan
bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran RBT dengan lebih
baik daripada sebelumnya. Oleh itu, pelbagai aktiviti disusun ke arah mencapai matlamat
tersebut.

2. OBJEKTIF
 Membuka minda murid bahawa reka bentuk dan teknologi adalah fenomena yang
berlaku di sekeliling mereka.
 Menyedarkan murid bahawa reka bentuk dan teknologi adalah pelajaran yang
menyeronokkan.
 Mencungkil bakat terpendam di kalangan murid.
 Membuka peluang meneroka alam reka bentuk dan teknologi di luar bilik darjah
melalui pertandingan dan aktiviti.
 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti
yang dianjurkan.

3. KUMPULAN SASARAN
Murid - murid Tahun 1 hingga Tahun 6

4. PERLAKSANAAN
4.1. Tarikh : 14 Oktober 2019 hingga 18 Oktober 2019
4.2. Hari : Isnin hingga Jumaat
4.3. Tempat : SK (F) Palong 9
5. JAWATANKUASA PROGRAM
5.1. Penasihat : En. Norhisham bin Aziz (Guru Besar)
5.2. Pengerusi : En. Mohd Nasirrudin bin Zakaria (GPK Kurikulum)
5.3. Penyelaras : Pn. Rafiha binti Samsudin ( Ketua Panitia RBT)
5.4. Setiausaha : En. Muhammad Afnan bin Tumiran

6. JADUAL PELAKSANAAN
TARIKH /
AKTIVITI TINDAKAN TEMPAT
HARI / MASA

Majlis Pelancaran Pn. Rafiha


ISNIN Dewan
Minggu RBT En. Muhammad Afnan
14 OKT 2019 Rafflesia
-Taklimat ringkas

Pertandingan Memasak Pn. Rafiha


SELASA
(Berkumpulan) En. Muhammad Afnan Dewan terbuka
15 OKT 2019
- Sajian Minum Petang Guru Kelas

Hari Usahawan Sekolah Pn. Rafiha Tapak parkir


RABU En. Muhammad Afnan
16 OKT 2019 Pertandingan Kereta Semua Guru Gelanggang
Control (terbuka) Sepak Takraw

Rekacipta bahan kitar


semula (tahap 2 -
berkumpulan) Dewan
- Ciptaan boleh digunakan Rafflesia
semula mengikut
KHAMIS Pn. Rafiha
kteativiti
17 OKT 2019 En. Muhammad Afnan
Mencantum LEGO Dewan Tuan
(Tahap 1 – berkumpulan) Aziz
- Mencantum lego
mengikut kreativiti

JUMAAT Penutupan Minggu RBT Dewan


Semua guru
18 OKT 2019 -Penyampaian hadiah Rafflesia
7. ANGGARAN KOS
BIL BAHAN KOS (RM) JUMLAH (RM)
Pertandingan Memasak
Tempat Pertama : RM 7 x 3 21.00
Tempat Kedua : RM 6 x 3 18.00
1. 69
Tempat Ketiga : RM 4 x 3 12.00
Saguhati : RM 3 x 6 18.00

Pertandingan Rekacipta
Tempat Pertama : RM 6 x 3 18.00
Tempat Kedua : RM 5 x 3 15.00
2. 63
Tempat Ketiga : RM 4 x 3 12.00
Saguhati : RM 3 x 6 18.00

Pertandingan Mencantum LEGO


Tempat Pertama : RM 6 x 3 18.00
3. Tempat Kedua : RM 5 x 3 15.00
63
Tempat Ketiga : RM 4 x 3 12.00
Saguhati : RM 3 x 6 18.00

Pertandingan Kereta control


Tempat Pertama : RM 7 x 1 orang 7.00
Tempat Kedua : RM 5 x 1 orang 5.00
4. 25
Tempat Ketiga : RM 4 x 1 orang 4.00
Saguhati : RM 3 x 3 orang 9.00

JUMLAH BESAR 220

8. PENUTUP
Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
mendapat kerjasama padu daripada semua guru dan murid bagi mencapai objektif yang
ditetapkan.

Disediakan oleh, *Diluluskan / Tidak Diluluskan

………………………………. …………………………….
(RAFIHA BINTI SAMSUDIN) (NORHISHAM BIN AZIZ)
KETUA PANITIA RBT Guru Besar
Sek. Keb. (F) Palong 9 Sek. Keb. (F) Palong 9
Tarikh : Tarikh :

You might also like