Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kekuatan

• Memanfaatkan guru khususnya guru permulaan. Sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan
diluluskan oleh pihak pentadbir, guru tidak perlu fikirkan bagaimana untuk menangani
tingkahlaku bermasalah yang timbul kerana sudah mempunyai satu rujukan sedia ada.

• Keberkesanan satu-satu program disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah
murid-murid daripada melakukan salah laku. Murid-murid perlu diajar bagaimana dan betapa
penting menjadi seorang murid yang berkelakuan baik.

Kelemahan

· Merupakan tindakan ke atas tingkahlaku murid dan bukan wataknya. Apabila peraturan bilik
darjah dilanggar, guru menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif
berhubung peribadi murid yang berkenaan

· Mewujudkan persekitaran yang bersifat authoritarian di mna murd hanya akur kepada
kehendak guru.Murid terpaksa memikul tanggung jawab atas sebarang salah laku yang timbul
Menurut Dreikurs mencadangkan kepada guru supaya mengenal pasti matlamat murid yang
salah. Dreikurs meminta guru agar melibatkan murid-murid bekerjasama dalam membentuk
rutin dan peraturan bilik darjah. Dreikurs menyatakan bahawa guru tidak perlu atau tidak
sepatutnya menggunakan dendaan serta cuba mengelakkan pujian kepada murid-murid.
Sebaliknya memberi galakan kepada murid-murid.

Hukuman bukan satu kaedah yang sesuai untuk menangani masalah. Tindakan hukuman
merupakan balas dendam kepada murid. Kesan hukuman boleh membawa kehinaan dan malu
kepada murid

Cadangan Dreikurs tentang strategi yang terbaik menangani masalah disiplin iaitu melalui
strategi pencegahan serta memfokuskan kepada tingkah laku konstruktif dan bukannya disiplin
paksaan.

Cara :

I. Pembinaan bilik darjah yang demokratik

II. Menurunkan kekuasaan guru

Kesan :

I. Murid merasa dirinya sebagai penyumbang dalam kelas

II. Meningkatkan minat sosial

III. Memahami bertapa dirinya bermanfaat kepada semua


Model Kounin, ianya lebih ingin guru terlebih dahulu mengawal setiap perkara yang berlaku di
dalam bilik darjah. Hal ini bermaksud guru akan sentiasa peka dan sedar terhadap pergerakan
dan keadaan yang berlaku di dalam bilik darjah. Di samping itu, guru juga mampu menjangka
masalah yang timbul serta dapat menghalang masalah tersebut daripada menjadi lebih serius.
Contohnya, semasa guru membahagi-bahagikan murid kepada beberapa kumpulan, terdapat
murid yang bergaduh dalam kumpulannya. Sebelum keadaan itu menjadi lebih serius, guru
telah mengambil keputusan untuk meletakkan kedua-dua murid tersebut kepada kumpulan
yang berbeza bagi mengelakkan keadaan menjadi serius.

Semasa murid melakukan salah laku, guru akan terus memarahi murid agar murid dapat
melihat bahawa guru memberikan arahan yang tegas untuk dipatuhi. Dalam model Kounin,
beliau menyarankan bahawa guru perlu memberikan teguran yang jelas, tegas dan serius.
Selain itu, guru disarankan untuk menggunakan Kesan Gelombang atau Ripple Effect ketika
memberi teguran dan mengenakan tindakan disiplin kepada murid yang bermasalah. Kesan
Gelombang bermaksud semasa guru memberikan teguran kepada murid yang melakukan salah
laku, secara tidak langsung, murid-murid yang lain akan mengambil iktibar daripada tindakan
tersebut. Hal ini membolehkan guru untuk mengurus disiplin bilik darjah secara lebih berkesan.

Kekuatan

 Fokus terhadap pengurusan kelompok mewujudkan suasana bilik darjah dan


persekitaran pembelajaran yang kondusif.
 Tidak berunsurkan hukuman yang hanya berkesan dalam jangka masa yang singkat.
 Menitik beratkan variasi dari segi strategi dan teknik pengajaran yang dapat kekalkan
minat dan semangat murid untuk blajar.

Kelemahan

 Tidak mementingkan atribut-atribut guru seperti beramah mesra, sabar, prihatin dan
sebagainya.
 Agak mencabar bagi guru yang perlu mengambil tindakan terhadap 2 atau lebih
kelompok pada satu masa yang sama.
 Agak sukar untuk guru permulaan mengawal gerak-geri murid dengan rapi.
Secara peribadi bersetuju dengan teori Pilihan dan teori Realliti Glasser. Glasser telah
menggariskan pelan pengurusan bilik darjah yang boleh digunakan oleh guru bagi mengurus
kelas dengan baik. Antaranya ialah guru hendaklah melapangkan masa untuk mengenal pasti
punca tingkah laku murid yang bermasalah. Seterusnya, guru perlu mempertimbangkan cara
penyelesaian. Salah laku boleh dicegah melalui dua cara iaitu dengan memberikan latihan yang
menarik dan yang kedua dengan membina hubungan positif dengan murid. Selain itu, cara
penyoalan perlu dipertingkatkan disamping mengadakan perbincangan dengan murid-murid.
Selanjutnya, murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif
dengan bantuan guru. Murid juga boleh diasingkan dengan menggunakan time-out atau
dihantar ke satu lokasi selesa dibawah seliaan seseorang seperti kaunselor. Ibu bapa akan
dihubungi untuk berpindah sekolah sekiranya murid berada diluar kawalan. Malah, bagi kes
yang serius, murid akan dirujuk kepada pihak yang berkuasa.

Glasser juga turut menyertakan elemen disiplin yang berkesan bagi membentuk tingkah
laku positif murid. Menurut Glasser dalam Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013),
murid perlu dibantu untuk membuat pilihan yang wajar. Guru juga perlu mengajar murid untuk
memikul tanggungjawab secara peribadi dan menangani tingkah laku masa kini, bukannya
pada masa yang lampau. Seterusnya, murid juga perlu membuat penghakiman berunsurkan
nilai terhadap tingkah laku mereka. Bukan itu sahaja, guru juga seharusnya membantu murid
merancang ke arah perubahan tingkah laku dan sematkan dihati bahawa murid boleh berubah
ke arah positif.

Kekuatan yang terdapat pada model ini ialah ianya memberi penekanan terhadap disiplin
kendiri berbanding dengan hukuman. Hal ini bermakna, ianya memberi fokus kepada
pembentukan nilai murni yang ada pada diri murid. Malah, pelan pengurusan bilik darjah
seperti yang dicadangkan oleh Glasser adalah sangat sistematik dan berstruktur. Perkara ini
akan memudahkan guru bagi merujuk kembali pelan tersebut dalam mengambil apa jua
tindakan secara sistematik. Selain itu, Menitikberatkan suasana berupaya menyelesaikan positif
serta saling percaya masalah sendiri antara guru-murid.

You might also like