Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TUTORIAL 11 SEPTEMBER 2018

1. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah


pembelajaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
Kategori murid bermasalah pembelajaran merangkumi murid disleksia,
autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan slow
learner.

(a) Terangkan ciri-ciri murid autisme.

Autisme berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme
yang bermakna aliran. Jadi autisme bermaksud kanak-kanak yang berada
dalam dunianya sendiri. Gangguan perkembangan yang kompleks
disebabkan oleh adanya kerosakkan pada otak sehingga mengakibatkan
gangguan pada perkembangan komunikasi, tingkah laku, kemampuan
sosialisasi dan belajar. Menghadapi kesukaran untuk melihat sesuatu dari
perspektif individu lain yang membuatkan kanak-kanak ini sukar untuk
bersosial dengan kanak-kanak lain. Antara ciri-ciri murid autism ialah mereka
mempunyai masalah komunikasi. Mereka lambat bercakap atau gagap.
Mereka juga susah memahami percakapan orang lain, bercakap dalam nada
pelik dan suka bercakap sendirian. Murid-murid ini juga mempunyai
masalah emosi . Mereka sangat sukar diramal dan berubah-ubah sehingga
boleh menyerang atau meroasakkan apa sahaja yang berhampiran
dengannya jika emosi mereka terganggu. Ada kalanya mencederakan diri
sendiri. Tambahan lagi, Interaksi sosial . mereka tidak menghiraukan orang
lain seperti menjauhkan diri, tidak mahu bertentang mata apabila bercakap
Susah berkerjasama dan tidak suka bermain dengan rakan sebaya.

(5 markah)

(b) Huraikan dengan bersertakan contoh cara guru meningkatkan


perkembangan sosial murid autisme.

Murid-murid mempunyai masalah autism juga perlu mempunyai


perkembangan social yang baik. Sebagai seorang guru, kita hendaklah
mempunyai cara untuk meningkatkan perkembangan social murid autism ini.
Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme
di sekolah. Antara cara guru meningkjatkan perkembangan social murid
autism ialah guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit
dan menggunakan objek yang maujud. Contohnya memgemukakan soalan
yang berbentuk fakta seperti “Apa yang berlaku di sini? Apa yang akan
berlaku seterusnya? Perlu ditanyakan oleh guru kepada murid.Hal ini kerana,
penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh
kanak-kanak autism dan mempunyai pemikiran imaginasi yang rendah.
Selain itu, guru perlu menjadikan aktiviti membaca untuk kanak-kanak autism
suatu yang menyeronokkan dengan menggunakan Authentic High Interest
Visual Material. Hal ini kerana kanak-kanak autism memiliki pemikiran visual.
Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.
Tambahan lagi, guru perlu memulakan pengajaran kanak-kanak autism
mengikut minatnya terlebih dahulu. Contohnya, guru meminta kanak-kanak
melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun
tersebut di bawah gambar tersebut.
Seterusnya, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto,
gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan
perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka
adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah
laku mereka cenderung ke arah negative seperti mencederakan diri atau
orang lain. Guru juga perlu berkolaborasi dengan ibu bapa dalam membantu
kanak-kanak autistic menangani ketidakupayaan mereka. Pendidikan yang
berterusan di rumah dapat memberikan impak yang positif kepada kanak-
kanak tersebut. Kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-
kanak di samping potensi perkembangan. Oleh itu, guru perlu membina
hubungan baik dengan ibu bapa agar kebajikan kanak-kanak terjamin. Akhir
sekali, guru boleh menggunakan pelbagai terapi ketika membuat pengajaran
di kelas. Terapi muzik dalam pengajaran dapat membantu kanak- kanak
autism memperkembang potensi pertuturan mereka.

(10 markah)

2. Cikgu Reina mengajarkan mata pelajaran Sains untuk Tahun 3. Beliau


mengajarkan topik pokok dan menunjukkan gambar rajah pelbagai
bahagian pokok kepada murid. Pada akhir pengajaran, beliau mendapati
bahawa ramai muridnya tidak dapat membuat tugasan yang diberikan.
Hal ini menunjukkan bahawa murid tidak memahami topik yang
diajarnya.

Berdasarkan prinsip Teori Piaget, analisis masalah yang dihadapi oleh


murid Cikgu Reina dan cadangkan tindakan yang boleh diambil untuk
membantu muridnya.

Cikgu Riena menggunakan pendekatan gambar rajah sebagai medium pengajaran


untuk mengajar topik pokok. Namun begitu, para pelajar tidak memahami topik yang
diajar. Hal ini kerana, masalah yang mungkin ada pada pelajar ialah mereka tidak
mampu mengolah dan mentafsir gambar rajah secara mental, menyebabkan
akhirnya pelajar tidak mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan. Menurut Jean
Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah mampu untuk menyelesaikan masalah
separa kompleks. Namun begitu, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas
kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir
secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang
kompleks. Pada peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih
bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
Pendekatan gambar rajah yang digunakan oleh Cikgu Riena adalah bukan dalam
bentuk konkrit. Oleh itu, pengajaran yang disampaikan tidak berkesan.

Tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
pelajar Tahun 3 Cikgu Riena ialah dengan menjalankan pengajaran berbentuk
konkrit dan menggunakan pendekatan bahan-bahan maujud. Contohnya, Cikgu
Riena membawa para pelajar untuk melihat sendiri bahagian-bahagian pada pokok.
Oleh itu, pelajar boleh belajar melalui pengalami dan mentafsir sendiri objek maujud
iaitu pokok untuk membuat persirian secara mental.
(20 markah)
2. Sharmie ialah seorang murid berusia lapan tahun. Dia lebih suka
bersendirian dan mengasingkan dirinya daripada rakan-rakan. Dia
seorang yang pemalu dan sangat pasif di dalam kelas. Dia tidak
mempunyai keyakinan untuk memberikan jawapan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri di atas menunjukkan Sharmie
mempunyai konsep kendiri yang rendah.

Huraikan berserta contoh faktor-faktor yang menyebabkan konsep kendiri


rendah dan tindakan yang anda boleh ambil untuk meningkatkan konsep
kendiri Sharmie.

(20 markah)

3. Aziz ialah seorang murid yang mempunyai bakat luar biasa dalam
Pendidikan Seni tetapi dia mempunyai masalah dalam kemahiran bahasa.
Aziz akan melihat wajah orang dengan rapat ketika berkomunikasi dan
dia juga sering tidak memahami perkara yang diperbualkan dengan tepat.
Apabila dia bercakap, suaranya aneh tanpa intonasi (monotone) dan tiada
ekspresi serta bunyi berongga (kosong) ke dalam kerongkong.

Analisis jenis keperluan khs yang Aziz alami dan hurafikan berserta
contoh aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk
membantu Aziz dalam pembelajarannya.
Bagi kanak-kanak diskleksia, pembelajaran harus melibatkan penggunaan
pebagai deria seperti mendengar, bercakap, menyentuh dan lain-lain. Guru boleh
menyediakan aktiviti pembelajaran menggunakan unsur visual iaitu penggunaan
gambar dan bahan multi media. Misalnya menunjukkan gambar-gambar di dalam
buku terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti membaca dan mengira. Di samping
itu, guru juga boleh menggunakan warna dalam membezakan suku kata dalam
perkataan bagi memudahkan kanak-kanak untuk membaca.

Selain itu, guru perlulah sentiasa memberikan arahan secara perlahan-lahan


dengan suara yang kuat dan pengulangan terhadap arahan tersebut supaya kanak-
kanak dapat memahami arahan dengan betul dan terlatih untuk memahaminya.
Melalui kaedah ini, ia dapat meningkatkan lagi tahap keupayaan pendengaran
kanak-kanak diskleksia. Akhir sekali, guru perlulah membantu kanak-kanak ini dalam
menguasai maklumat secara beransur-ansur dengan membuat pengulangan semasa
belajar. Guru boleh menggunakan video dan sebagainya.
4. Huraikan ciri-ciri perkembangan moral Lawrence (bagi ketiga-tiga
peringkat)

Peringkat pertama iaitu Pra-Konvensional lebih berfokuskan kepada individu


berumur 0 hingga 9 tahun. Pemikiran tahap pertama melibatkan orientasi kepatuhan
dan hukuman. Pada tahap ini, kanak-kanak lebih bersifat egosentrik yang
mementingkan diri sendiri. Kanak-kanak mematuhi dan mengikut arahan kerana
takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan. Contohnya,
kanak-kanak cenderung menyiapkan kerja rumah kerana takutkan denda daripada
guru. Seterusnya berasaskan orientasi ganjaran peribadi. Individu melakukan
sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Hal ini disebabkan
tingkah laku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri. Contohnya, murid
berusaha mendapat hadiah apabila mendapat kedudukan teratas dalam kelas.

Peringkat kedua ialah konvensional yang berasaskan orientasi perlakuan baik


pada umur 10 hingga 20 tahun. Kanak-kanak atau remaja mengaplikasikan ukuran
moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau komuniti. Sebagai contoh, adat
melayu mengajar anak-anak untuk makan dengan tangan supaya dianggap baik.
Peringkat ini juga melibatkan akur kepada sistem social dan etika peraturan.
Perlakuan moral berdasarkan peraturan, undang-undang dan ketetapan yang telah
ditetapkan oleh masyarakat. Individu percaya terhadap keutuhan undang-undang.
Contohnya, mengikut peraturan norma masyarakat.

Peringkat ketiga ialah peringkat pos-konvensional iaitu merujuk kepada


mereka yang berumur 20 tahun ke atas. Pada peringkat ini, individu mementingkan
hak individu dan beretika kontrak sosial. Individu berhujah menggunakan nilai, hak
dan prinsip. Pemikiran moral tahap ini adalah berkaitan dengan usaha
mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam masyarakat.
Contohnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara dalam masyarakat. Peringkat
ini juga melibatkan etika prinsip sejagat seperti mempunyai kod-kod moral dan etika
tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat. Sebagai contoh, setiap orang
mempunyai prinsip dalam diri masing-masing seperti tidak merokok.

2. Bincangkan cara yang berkesan untuk guru membantu perkembangan


sosioemosi kanak-kanak di sekolah rendah.

You might also like