Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Cikgu Riena menggunakan pendekatan gambar rajah sebagai medium pengajaran untuk

mengajar topik pokok. Namun begitu, para pelajar tidak memahami topik yang diajar. Hal ini kerana,
masalah yang mungkin ada pada pelajar ialah mereka tidak mampu mengolah dan mentafsir gambar
rajah secara mental, menyebabkan akhirnya pelajar tidak mampu menyelesaikan tugasan yang
diberikan. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah mampu untuk menyelesaikan
masalah separa kompleks. Namun begitu, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada
konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu,
mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Pada peringkat ini, kebanyakan aktiviti
pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara
langsung. Pendekatan gambar rajah yang digunakan oleh Cikgu Riena adalah bukan dalam bentuk
konkrit. Oleh itu, pengajaran yang disampaikan tidak berkesan.

Tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahun 3
Cikgu Riena ialah dengan menjalankan pengajaran berbentuk konkrit dan menggunakan pendekatan
bahan-bahan maujud. Contohnya, Cikgu Riena membawa para pelajar untuk melihat sendiri
bahagian-bahagian pada pokok. Oleh itu, pelajar boleh belajar melalui pengalami dan mentafsir
sendiri objek maujud iaitu pokok untuk membuat persirian secara mental.

You might also like