Tawau Soalan Percubaan Berpusat P1 PPD Tawau 2016 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

2

Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan.

1 Yang manakah menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara berdaulat


A Penduduk yang berbilang kaum
B Mempunyai sistem pemerintahan yang teratur
C Sistem ekonomi yang kukuh
D Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain

2 Yang manakah benar tentang Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama?
SENARAI
Bersama Negeri Persekutuan
A Kebajikan Masyarakat Telur Penyu Syarikat Koperasi
B Keselamatan Bangunan Kesihatan Awam Pemeliharaan Warisan
C Siasatan dan Penyelidikan Pertaniandan Perhutanan Lesendan Permit Perlombongan
D Pemulihan Tanah Lombong Penerbitan Akhbar Ternakan Binatang

3 “Pindaan terhadap beberapa perkara tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan hanya


dianggap lulus jika mendapat sokongan majoriti 2/3 Majlis Parlimen pada bacaan kali
kedua dan ketiga dan juga persetujuan Majlis Raja-raja.”

Yang manakah tertakluk kepada penyataan tersebut?


I Keistimewaan Parlimen
II Persempadanan kawasan pilihanraya
III Perubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia
IV Kelulusan belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

4 Encik Z berasal dari India dan telah bermastautin di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1960. Encik Z boleh memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara
A Masukan
B Pendaftaran
C Percantuman wilayah
D Kuatkuasa undang-undang

STPM 2016 – 900/1/P1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3

5  Pilihan Raya Kecil Kulim Bandar Baharu, Kedah


 Ditandingi oleh tiga parti
 Salah satu parti yang bertanding ditolak pencalonannya

Apakah punca penolakan sesuatu pencalonan?

I Calon didapati memiliki kewarganegaraan asing


II Calon mempunyai harta benda di luar negara
III Calon telah mengisi borang pencalonan dengan kesilapan kecil
IV Calon didapati terlibat dengan kesalahan menerima rasuah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6 Yang manakah penyataan yang benar tentang Dewan Negara dan Dewan Rakyat?
Dewan Negara Dewan Rakyat
I Tempoh sepenggal tiga tahun Tempoh sepenggal empat tahun
II Tempoh maksimum enam tahun Tempoh maksimum 10 tahun
III Ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Ahli dipilih melalui pilihanraya
IV Memulakan semua rang undang-undang kecuali Mempunyai kata pemutus dalam rang
rang undang-undang kewangan undang-undang perbekalan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Yang manakah benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong?


I Mempertimbangkan soal-soal dasar negara
II Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
III Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semananjung Malaysia
IV Memperkenankan rang undang-undang atau pindaan perlembagaan yang telah diluluskan
oleh Parlimen
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

STPM 2016 – 900/1/P1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
4

8 
Mematahkan cubaan menyeludup 85 buah kereta mewah yang membabitkan cukai
sebanyak RM 12 juta di Putrajaya pada 15 Julai 2008
 Menyekat sindiket yang mencuba menyeludup barang ke luar negara
Pihak yang mengendalikan perkara di atas ialah
A Polis Diraja Malaysia
B Jabatan Imigresen Malaysia
C Lembaga Hasil Dalam Negeri
D Jabatan Kastam Diraja Malaysia

9 Agensi Pusat Peranan


P Unit Inovasi Khas I Menyelaras, memantau dan menilai
Program / Projek Kesejahteraan Rakyat
Q Unit Penyelarasan Pelaksanaan II Memacu kemajuan Program
Transformasi Kerajaan dan Program
Transformasi Ekonomi
R Unit Kerjasama Awam Swasta III Meningkatkan daya saing Malaysia bagi
mencapai matlamat Model Baru
Ekonomi
S Unit Pengurusan Prestasi dan IV Menyelaras pembangunan di lima
Pelaksanaan koridor pembangunan

Yang manakah padanan yang betul antara agensi pusat dengan peranannya?
P Q R S
A I II III IV
B II III IV I
C III I IV II
D IV III I II

10 Yang manakah kuasa kerajaan negeri terhadap Kerajaan Tempatan?


I Meluluskan anggaran belanjawan tahunan
II Membuat pelantikan kakitangan
III Menambah perjawatan ahli majlis
IV Mengutip cukai dan mengenakan sewa
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

STPM 2016 – 900/1/P1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
5

11 Yang manakah merupakan sumber kewangan Kerajaan Negeri?


I Cukai jalan
II Cukai hiburan
III Cukai kuari dan lombong
IV Bayaran pembaharuan passport
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12  Majlis Tanah Negara


 Majlis Kewangan Negara
 Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

Badan-badan di atas berfungsi untuk

I Membantu kerajaan negeri melaksanakan undang-undang


II Mengawal jabatan atau agensi yang berkaitan di peringkat negeri
III Menghubungkan kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri
IV Menyeragamkan program-program yang berkaitan antara Kerajaan Negeri
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

13  Membicarakan kesalahan di bawah Akta Penculikan dan Akta Senjata Api


 Mengarahkan mahkamah yang lebih rendah untuk mengadakan ulang bicara
Bidang kuasa di atas merujuk kepada
A Mahkamah Sesyen
B Mahkamah Tinggi
C Mahkamah Rayuan
D Mahkamah Persekutuan

STPM 2016 – 900/1/P1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
6

14 Yang manakah benar tentang matlamat tadbir urus negara?


I Menjamin perkembangan ekonomi berada pada tahap yang maksimum
II Mengatur sistem birokrasi yang melibatkan lebih banyak pihak dan peringkat
III Memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sistem perkhidmatan awam
IV Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan untuk melaksanakan dasar
yang dimandatkan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Yang manakah strategi digunakan bagi mewujudkan ketelusan dalam pentadbiran?


I Penetapan harta dalam perkhidmatan
II Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional
III Pengisytiharan harta oleh kakitangan awam
IV Penyiasatan terpilih oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

STPM 2016 – 900/1/P1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
7

Bahagian B [15 markah]

Jawab semua soalan.


16. Nyatakan tiga fungsi Badan Kehakiman. [3]
(i) …………………………………………………………………………………………...
( ii ) …………………………………………………………………………………………...
( iii ) …………………………………………………………………………………………...

17. Terangkan dua faktor yang membolehkan seseorang itu mengundi secara pos. [4]

(i) ................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
( ii ) .................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................

18. Yang di-Pertuan Agong

Majlis Raja-Raja

Kabinet

( a ) X ialah pegawai tadbir utama dalam perkhidmatan awam Persekutuan. Nyatakan X. [1]

.....................................................................................

( b ) Senarai tiga tugas X [3]


( i ) ........................................................................................................................................
( ii ) ........................................................................................................................................
( iii ) ........................................................................................................................................

19.
Tadbir urus yang terbaik akan menjamin kesejahteraan negara

Terangkan dua aspek yang diberi tumpuan untuk menghasilkan tadbir urus yang terbaik dalam
sektor awam. [4]

( i ) .....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
( ii ) .....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................

STPM 2016 – 900/1/P1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
8

Bahagian C [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

20. Amalan makanan dan pemakanan yang tidak sihat menyebabkan pelbagai penyakit
berbahaya. Namun begitu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan perkara ini
berlaku. Bincangkan.

21. Transformasi dalam perkhidmatan awam penting bagi mewujudkan perkhidmatan yang
lebih berkualiti. Beberapa langkah perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat
transformasi ini. Bincangkan.

22. Kadar inflasi memberi kesan kepada pembangunan ekonomi negara. Kerajaan harus
mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.
Bincangkan.

STPM 2016 – 900/1/P1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like