Kronologi Tudung PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

1

Isi Kandungan

No Tajuk Muka Surat


1. Sejarah Kewujudan Tudung/Hijab 3
2. Tudung Dan Syariat 4
3. Konsep Menutup Aurat- Panduan Syariat 5-6
4. Hijab Satu Sosial Yang Lengkap 7
5. Hijab Dan Sains 8
6. Sinopsis 9

2
Sejarah Kewujudan Tudung/Hijab
kewujudan hijab ataupun tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum
kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan
oleh rahib wanita mereka. Apabila kedatangan islam, wanita diperintahkan oleh Allah untuk
melabuhkan tudung kepala mereka sehinga menutupi belahan dada. Menurut hadis yang
diriwayatkan Bukhari, Aisyah r.a menceritakan kisah ketika Surah An-Nuur ayat 31, “dan
katakanlah kepada permpuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah
mereka menutupi belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan suami mereka.” Demikianlah bunyi
Surah An-Nuur ayat 31 yang telah diturunkan di Madinah. Wanita mukmin Ansar dan
Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta merta.

Dengan berlalunya masa, Sha Iran pada tahun 1936, telah memulahkan polisi untuk
membuka tudung wanita dan memaksa mereka untuk berpakaian secara Barat. Pemandu
teksi akan dikenakan denda sekiranya membawa wanita bertudung, malahan polis akan
mengarahkan agar mencabut tudung wanita yang berjalan di jalan raya. Malah arahan
diberikan juga agar tudung wanita ini dikoyakkan sekiranya mereka memakainya di khalayak
umum. Di Malaysia sebelum tahun 1970-an, amat jarang wanita memakai tudung kecuali
mereka yang tinggal di pedalaman dengan fesyen menampakkan jambul.

Dengan bermulanya era kebangkitan islam pada zaman 1970-an dan 1980-an, wanita
kembali kepada penghayatan islam yang sebenar. Mereka menyedari kewajiban menutup
aurat dan kerelaan sendiri mereka mula memakai tudung. ‘Tudung dakwah’ adalah sinonim
dengan cara pemakaian tudung yang betul mengikut syariat selari dengan golongan dakwah
yang mengamalkannya. Lama-kelamaan amalan ini meresap ke dalam masyarakat sehingga
menjadi semacam kewajiban yang tersirat dan dijadikan sebahagian pakaian seragam sekolah.
Akibatnya, kian ramai yang mengenakan tudung hanya kerana terpaksa, sebagai pakaian
seragam ataupun kerana mengikut perkembangan fesyen semasa dan bukannya bersandarkan
kefahaman dan kesedaran untuk mengamalkan syariat Allah. Tidak sedikit yang mencemari
kesucian tudung yang dipakai dengan terlibat dalam pelbagai kelakuan yang tidak bermoral.

3
Tudung Dan Syariat

Isu tudung tidak seharusnya menjadi polemik dalam masyarakat kerana ia bukan soal
etika berpakaian. Bagi Muslim, menutup aurat adalah perintah agama yang wajib
dilaksanakan. Orang yang menggunakan ayat Allah dalam permulaan ayat 256 Surah Al
Baqarah yang bermaksud “Tiada paksaan dalam agama” sebagai sandaran tidak boleh
menguatkuasakan perintah bertudung telah melakukan kebatilan dalam agama. Memang
benar tiada paksaan dalam menganut agama Islam. Namun, setelah yakin Islam adalah ajaran
hidup yang benar, semua umat Islam tidak terkecuali daripada menjalankan peritah Allah
secara keseluruhannya sebagaimana firman Allah dalam surah yang sama pada ayat awal
dari surah Al Baqarah ayat 208 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan
janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu"

Perihal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah dalam surah An
Nur ayat 31 bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan


mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka;

4
konsep Menutup Aurat – Panduan Sayriat

Kepastian agama Islam datang dari agama kebenaran (Ar.din’ulhaq) dan


agama Allah (Ar. Din’ul-Lah) seperti dalam ayat 19, surah Ali-Imran (3).
“Agama di sisi Allah itu adalah Islam”. Dengan itu sememangnya reka bentuk
hijab sebenar yang menurut syariat datang dari Al-Quran yang menuntut
menutup seluruh rambut, leher dan dada dan hanya boleh diperlihatkan muka
dan kedua belah tangan. Hakikat sebenar hijab bermaksud aurat dan perhiasan
untuk mengekalkan kesopanan dalam aspek kehidupan. Aurat adalah antara
aspek penting dalam setiap muslim. Kewajipan menutup aurat terpikul apabila
seseorang telah mencapai usia baligh. Aurat akan tertutup dengan pemakaian
hijab. Pemakaian hijab bukan sekadar aturan displin yang perlu dibuat untuk
memperlihatkan diri sebagai seorang Islam. Malah pemakaiannya adalah sebuah
keindahan yang bermaksud ketenangan dalam kehidupan. Reka bentuk hijab
yang dicipta oleh idea seseorang pereka seharusnya mempunyai prinsip yang
sama yang bersumber dari idea dan nilai ketuhanan dalam ajaran agama Islam.
Prinsip dan aturan inilah yang dilihat kepada keindahan hijab sebagai agama
dan budaya di mana penampilan seseorang dengan berhijab akan terkesan dan
terserlah dari reka bentuknya lebih tertutup dibandingkan dengan busana lain.
Idea yang hadir dari yang Maha Esa dalam pandangan Plato merupakan idea
yang tertinggi dan bersifat kebaikan. Keindahan dan kebaikan yang
dimaksudkan adalah kebenaran yang ada dalam jiwa yang mengalir sebagai
‘yang ada’ dalam keaslian yang tercermin dalam norma atau aturan yang
berprinsip. Imitatif pula dalam keagamaan sememangnya dituntut. Konsep
peniruan pemakaian hijab yang menurut syariat adalah lambang sebagai
ketaatan pada perintah agama Islam dari yang Maha Esa. Penjelasan konsep
imitatif menurut Plato bagi agama jelas sebagai inspirasi dari yang Maha Esa
sebagai budaya agama yang mutlak dan benar.

5
Al Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau
tudung (sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus digunakan
oleh wanita Muslim. namun, ulama memberikan garis panduan cara berpakaian
mengikut landasan syariat. Antaranya ialah:

1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam


2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna
3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk
tubuh
4. Tidak dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang
melampau mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga
membezakannya dengan orang lain dan menarik perhatian
5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh
sehingga menimbulkan ujub dalam diri
6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.

6
Hijab Satu Sistem Sosial yang Lengkap

Perintah untuk kita mengamalkan Islam secara keseluruhannya mempunyai makna


yang mendalam sebab Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap yang akan menjamin
kesejahteraan hidup umat manusia sekiranya dilaksanakan dengan sempurna. Salah satu
daripada peraturan hidup Islam adalah sistem hijab iaitu satu peraturan sosial yang mengatur
kehidupan manusia terutamanya dalam hal-hal yang membabitkan perhubungan dan
pergaulan antara lelaki dan wanita. Perintah ini tidak hanya untuk wanita, malah mesti
dilaksanakan dan dipatuhi oleh kaun lelaki sebagaimana penegasan Allah dalam sebelumnya
iaitu ayat 30 surah An Nur di mana arahan ini diperintahkan terlebih dahulu kepada kaum
lelaki yang beriman.
"Katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara
kemaluannya…"
Panduan yang merangkumi perintah untuk lelaki dan wanita termasuklah:
1. Menjaga dan menundukkan pandangan.
2. Menjaga kemaluan.
3. Memakai pakaian menutup aurat.
Sementara perkara berikut dikhususkan untuk wanita sahaja di atas hikmah tertentu:
1. Melabuhkan tudung ke dada.
2. Tidak mempamerkan perhiasan kecuali yang biasa nampak.
3. Tidak menghentakkan kaki untuk menunjukkan perhiasan yang tersembunyi.
4. Tidak bertabarruj atau bersolek termasuk memakai wangian di luar rumah.

Jelas di sini tiada diskriminasi jantina dalam Islam. Yang ada hanyalah peraturan
tertentu sesuai dengan perbezaan kejadian lelaki dan wanita. dasar kesamarataan antara insan
lelaki dan wanita dalam Islam termaktub jelas dalam Al Quran, antaranya dalam surah Al
Hujurat ayat 13 yang bermaksud:
"Wahai Manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan
seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar
kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah
ialah yang paling bertaqwa"
Sementara hakikat perbezaan kejadian dan tindakan lelaki dan wanita dinyatakan Allah di
dalam Al Quran dalam surah Al Lail ayat 3 dan 4yang bermaksud:
"Dan demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal usaha
kamu itu berbeza-beza"

7
Hijab dan Sains

Semenjak dahulu lagi hijab dikenakan dalam syariat Kristian dan lain-lain
syariat.Namun walaupun penafian terhadap hijab ini amat hebat ia tetap menepati ciri fitrah
manusia yang semulajadi membantu dalam gejala sosial, akhlaq dan kesihatan. Hijab punya
nilai tambah dalam soal kesihatan badan. Ini dilaporkan dalam artikel The Science Behind
The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns yang mengatakan:
“Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang
melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan
seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan
dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu
108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik
tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan
memberi beberapa kesan negatif kepada otak.”

Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga
menyatakan bahawa :
“Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat
berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala
hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas.”

Ya melihatkan fesyen pada baju kini kebanyakannya ditambahkan sekali penutup


kepala contohnya baju sejuk tebal yang berfungsi mengawal suhu badan dan mengelak
kehilangan haba badan serta kelupasan kulit. Ini adalah sebenarnya melihatkan faktor cuaca.
Namun Muslim bukan memakai sesuatu pakaian disebabkan faktor cuaca tetapi adalah
perintah Allah yang menuntut Muslim itu menutup auratnya.

8
Keindahan Hijab Dalam Budaya Agama Islam

Islam adalah kecantikan. Keindahan dalam agama Islam adalah


ketenangan. Prinsip kecenderungan terhadap kecantikan, keinginan untuk cantik
dan menarik kepada sesuatu yang cantik adalah naluri dan fitrah seseorang.
Keindahan hijab dalam budaya islam merupakan sesuatu yang sangat penting
bagi menunjukkan bahawa wanita muslimah itu memiliki perasaan taat, halus,
lembut, serta menghargai kualiti diri yang tinggi dalam diri. Perasaan cinta
terhadap Allah SWT dan ketaatan setia menurut segala suruhan yang termaktup
dalam Al-Quran adalah naluri yang tinggi yang dianugerahkan dari yang Maha
Esa. Namun perspektif keindahan yang dikurniakan oleh yang Maha Esa pada
setiap manusia khususnya wanita muslimah berbeza-beza dari segi keinginan,
pendapat dan cita rasa. Pemakaian hijab adalah identiti dan budaya Islam.
Keindahan hijab itu adalah sesuatu bentuk penerimaan muslimah terhadap Allah
swt. dan bukan penentangan. Berhijab adalah prinsip dalam bentuk penyerahan
diri muslimah terhadap perintah Allah swt. untuk mendapatkan keredhaan
dariNya. Hakikat setiap pengemar mahupun pengamal hijab jika pemakaian
hijabnya adalah atas dasar terhadap sesuatu budaya, maka tiada pahala baginya.
Oleh itu, keindahan hijab dalam budaya Islam adalah terletak pada akal fikiran
dan keredhaan Allah terhadap pemakainya. Makna ini jelas dalam konsep
keindahan G.W.F. Hegel dalam konsep keindahan yang menyatakan bahawa :

“Keindahan adalah kepunyaan idea pemikiran dan hanya pemikiran sahaja yang
berkebolehan untuk menampung kebenarannya”. (Zakaria Ali, 2012)

9
Sinopsis

Pemakaian tudung adalah suatu kewajiban syarak. Ia bukanlah isu pilihan


peribadi dan mengenai hak asasi. Tanggapan bahawa adalah salah menghukum
seseorang kerana ia tidak memakai tudung merupakan suatu tanggapan yang
terpesong. Tudung juga tidak boleh dianggap sebagai adat budaya orang
Melayu sahaja dalam konteks Malaysia ini. Orang Melayu dulu, memakainya
kerana agama Islam yang mereka anuti. Bagi umat Islam di Malaysia,
pendidikan mengenai tudung, hakikat syaraknya dan cara pemakaiannya yang
betul hendaklah diperbetul dan diperhebatkan. Ini adalah perlu sebab ramai
antara kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia tidak difahamkan dengan jelas,
samada oleh individu di sekelilingnya, masyarakat, keluarga mahupun
pemerintah tentang kewajiban mengenakan tudung dan pakaian menutup aurat
yang sah di sisi syarak. Dengan pemahaman ini, masyarakat akan lebih peka
mengenai aturan syarak dalam penutupan aurat. Seterusnya, ini akan
menimbulkan kepekaan yang amat tinggi dalam masyarakat, tegur-menegur atas
kebaikan, khususnya dalam isu pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat
yang betul akan berleluasa dan rahmat Islam akan menyelubungi seluruh umat.

10

You might also like