Perubahan Perkembangan Sosioekonomi Semasa Penjajahan British Di Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Perubahan Perkembangan Sosioekonomi Semasa Penjajahan British di Tanah

Melayu,Sabah dan Sarawak

3.0 Pengenalan

Episod sejarah sosio-ekonomi Malaysia sering dikaitkan dengan pengalamannya

dalam era penjajahan khususnya semasa dalam cengkaman Inggeris. Senario yang

mewarnai susur galur sejarahnya menunjukkan ada perubahan yang secara tidak

langsung mencerminkan ekonomi negara yang ada pada masa kini. Perdebatan dalam

kalangan sejarawan banyak membuktikan bahawa struktur ekonomi ketika itu banyak

dipengaruhi oleh unsur dari barat iaitu British. Bermula ketika Penjanjian Pangkor 1874,

golongan kulit putih ini telah berusaha mengaut sebanyak mungkin hasil perut bumi

Tanah Melayu. Aktiviti ini berterusan sehingga kepada Malaysia mencapai

kemerdekaan pada 1957.

3.1 Struktur Masyarakat

Penguasaan British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak telah membawa

perubahan yang besar kepada sosioekonomi masyarakat Melayu,bumiputera dan

bangsa asing yang menetap di Tanah Melayu.Apabila kita melihat pada sistem lapisan

masyarakat dan struktur masyarakat Melayu dapat kita lihat perubahan ketara dan

menonjol.Dahulu di mana kelompok tertinggi lapisan masyarakat adalah golongan

pemerintah yang terdiri daripada bangsa Melayu tetapi telah mengalami perubahan di

mana kelompok tertinggi terdiri daripada orang Inggeris .

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
Selain itu,British telah mengubah corak pentadbiran di Tanah Melayu .

Pemerintah tertinggi pada zaman tradisional iaitu raja telah hilang kekuasaannya dan

kedaulatannya di mana selepas kedatangan British peranan raja telah berkurangan .Hal

ini kerana British memperkenalkan sistem Residen yang diperkenalkan di

Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang . Melalui sistem ini kuasa mutlak sultan

telah digantikan dengan kuasa Residen Inggeris yang telah menguasai kesemua kuasa

sultan kecuali dalam perkara yang berkaitan agama Islam adat istiadat orang Melayu .

Pada peringkat awal peranan residen sebagai pelindung rakyat British dan pedagang

asing .Mereka juga menguruskan hal ehwal luar negeri-negeri Melayu dan agen

perubahan dalam membentuk birokrasi pentadbiran corak Barat serta pelaksana dasar-

dasar kerajaan . Berdasarkan Perjanjian Pangkor, residen akan menasihatkan sultan

dalam semua hal ehwal kerajaan negeri kecuali yang menyentuh soal agama dan adat

istiadat Melayu.

3.2 Sistem Ekonomi

Pentadbiran Inggeris telah memperkenalkan sistem ekonomi moden yang

berasaskan perdagangan antarabangsa atau komersial telah dilaksanakan .

Perkembangan ekonomi tanah Melayu khususnya Pulau Pinang dan Singpura muncul

sebagai pelabuhan perdagangan penting di bawah pentadbiran yang mengamalkan

dasar ekonomi laissez fair telah mewujudkan sistem ekonomi duaan atau dual di Tanah

Melayu . Dual atau dwi-ekonomi bermaksud terdapat dua corak kegiatan ekonomi yang

diamalkan iaitu ekonomi komersial dan sara diri . Perkembangan ekonomi Tanah

Melayu juga bergantung kepada meningkatnya kemasukan pelaburan daripada

saudagar-saudagar Cina Negeri-negeri Selat dan kemudiannya modal Barat .


https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
Seterusnya,kemasukan buruh Cina dan India,penggunaan teknologi pengeluaran lebih

baik yang menjimatkan kos dan meningkatkan pengeluaran.Sistem pengurusan

lombong dan ladang yang baru serta institusi kewangan dan bank yang menjadi punca

modal .

Walaupun wujud perkembangan ekonomi tetapi kegiatan ekonomi orang Melayu

masih berkisar di sektor pertanian ,menangkap ikan dan pertukangan atau kerja tangan.

Kegiatan pertanian komersial lebih banyak melibatkan orang Cina dan bermula sejak

abad ke-19 . Tanaman komersial peringkat awal iaitu tebu,ubi kayu,sagu dan

gambir.Kemudian the dan kopi pula menarik minat pengusaha . Tanaman komersial

peringkat kedua iaitu kelapa,getah dan kelapa sawit . Peringkat ini melibatkan modal

dan kawasan tanah yang lebih luas . Walaupun orang Melayu terlibat dalam sektor

pertanian ini tetapi hanya sebagai pekebun kecil.

Campur tangan British didorong oleh kekayaan hasil bumi tanah Melayu .

Seterusnya,perkembangan Revolusi Industri di England dan ketidakstabilan politik di

negeri-negeri Melayu. British menjalankan langkah yang lebih agresif bagi

meningkatkan pengeluaran ekonomi dan keuntungan dengan memperkenalkan

kegiatan ekonomi berasaskan eksport,memberi perhatian terhadap sektor

perlombongan,pembukaan ladang tanaman secara besar-besaran dan penyediaan

pelbagai bentuk kemudahan

British melakukan pelbagai pembangunan sosio-ekonomi seperti pembentukan

infrastruktur, khasnya sistem perhubungan. Melihat kepada konteks ini pelbagai

kemudahan termasuk jalan raya, telegraf, dermaga dan keretapi telah di bina bagi

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
memudahkan aliran perdagangan. Pekara yang perlu dipastikan bahawa kesemua ini

hanya dilakukan atas kepentingan ekonomi sahaja.Kemudahan-kemudahan yang

disediakan adalah bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan perkembangan

ekonomi.Umum mengetahui bahawa British mempunyai matlamat tersendiri di sebalik

penjajahannya di Tanah Melayu iaitu mengaut seberapa banyak secara maksimum

keuntungan daripada pengeksploitasian terhadap kekayaan hasil bahan mentah

khususnya bijih timah di Tanah Melayu dan objektif ini sebenarnya dapat dicapai

melalui kemajuan dalam infrastruktur iaitu dengan mewujudkan beberapa jaringan

perhubungan bagi memudahkan proses penghantaran sumber secara berkesan serta

efisien.

Perkembangan infrastruktur ini telah memberi kesan terhadap sosioekonomi

masyarakat tradisional tempatan kerana dahulunya mereka menggunakan

pengangkutan air untuk perhubungan. Hal ini dapat dibuktikan bandar Kuantan di

Pahang didirikan berhampiran Sungai Kuantan, bandar Diraja Pekan terletak

berhampiran Sungai Pahang, Kuala Kangsar berhampiran Sungai Perak, Kota Tinggi

berhampiran Sungai Johor, bandar Kuching berhampiran Sungai Sarawak,

Kinabatangan berhampiran Sungai Kinabatangan dan bandar-bandar yang lain.

Perkembangan infrastruktur ini adalah kesan kolonilisme British yang memberi

perubahan dalam landskap sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan.

Di samping itu, kemajuan dalam bidang komunikasi juga wujud dalam Tanah Melayu

yang telah wujud talian telegraf antara Kuala Lumpur dengan Melaka pada tahun 1886.

Penubuhan persekutuan 1895 telah memantapkan sistem perhubungan serta

komunikasi setiap negeri di bawah British dengan terbinanya sambungan sistem


https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
perhubungan yang sedia ada di setiap negeri bagi meningkatkan keberkesanan

eksploitasi terhadap sumber alam khususnya bijih timah dan ladang getah di negeri-

negeri berkenaan kerana kos pengangkutan bijih timah akan dapat dikurangkan dan

diangkut dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat untuk dieksport.

Kepesatan perhubungan dapat dibuktikan dengan pendapat Amarjit Kaur yang

mengemukakan bahawa sejarah pembinaan jalan kereta api di Semenanjung terbahagi

kepada tiga fasa iaitu peringkat pertamanya pembinaan jalan kereta api yang pendek-

pendek pada tahun 1885 hingga 1896 dan akhirnya berkembang pesat. Akhirnya

dengan kemajuan sistem perhubungan telah mengubah struktur sosiekonomi

masyarakat tradisional tempatan kerana kewujudan sistem perhubungan tanpa

sempadan.

Selain itu, penyeragaman melalui Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

(NNMB) pada 1895, Frank Swettenham berjaya juga membuka jaringan jalan kereta api

merangkumi seluruh Tanah Melayu iaitu menghubungkan Taiping ke Sungai Larut terus

ke Port Weld yang dibina pada tahun 1885, diikuti jalan kereta api Kuala Lumpur ke

Sungai Kelang setahun kemudian dan dilanjutkan ke Kelang melalui jambatan

Connought pada tahun 1890. Keadaan ini membolehkan para pemodal menerokai

kawasan pertanian secara liberal atau bebas sekaligus mengubah corak kehidupan

masyarakat tradisional tempatan. Lantaran dasar British yang inginkan penguasaan

ekonomi akhirnya memberi kesan terhadap struktur sosioekonomi masyarakat

tempatan.

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
Terhadnya penghasilan ekonomi rakyat kerana terhadnya tenaga buruh . Ini

kerana tenaga buruh bergantung kepada buruh keluarga yang menjadi unit asas

pengeluaran

3.3 Sistem Sosial

Buruh adalah tenaga kerja yang dijadikan sebagai modal untuk hasilkan

produktiviti.Buruh berkepentingan dalam sektor

perladangan,perlombongan,pentadbiran,perkhidmatan dan ketenteraan.Kemajuan

sistem ekonomi telah memberi kesan di mana imigran Cina dan India telah dibawa

masuk secara beramai-ramai bagi memenuhi permintaan tenaga buruh dalam sektor

ekonomi moden. kemasukkan mereka disokong oleh pihak British. Ini kerana tenaga

mereka amat diperlukan untuk bekerja di lombong-lombong dan estet-estet. Pada tahun

1840an permintaan pada buruh-buruh luar terutama dari China dan India agak tinggi

berbanding buruh-buruh Melayu.Permintaan pada tenaga buruh ini tinggi kerana

terdapatnya permintaan yang tinggi bagi sektor tanaman komersil contohnya di Perak,

Negeri Sembilan dan Johor . Seperti tanaman lada hitam, gambir, tebu dan buruh-

buruh ini dibawa masuk secara beransur-ansur.

3.3.1 Kedatangan Imigran ke Tanah Melayu

Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan

kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah,

estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.Faktor ekonomi merupakan pendorong

utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau
https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.Kemasukan

imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka

untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lain-

lain.Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah

Melayu.

Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini.Imigran

China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat

perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk

berhijrah ke Tanah Melayu.Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat

membangun melalui perusahaan getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang

pekerjaan.Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah

British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah

Melayu

3.3.1.1 Kedatangan Buruh Cina

Kedatangan buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad

ke-19 yang kebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung,

Kwangsi dan Fukien.Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa

cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem

pengambilan rumah kongsi.

Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem

tiket Kredit.Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh

Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat


https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah

wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka.

Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan

nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada

bakal majikan imigran berkenaan.Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan

perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka

dijelaskan.Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang mereka

suka.

Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang

mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.Mereka

akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu

kepada pihak majikan.

Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindung

buruh dari China pada bulan Mac 1872.Ia adalah bertujuan untuk mengawasi

kemasukan buruh dan imigran dari China.Beberapa undang-undang telah dilaksanakan

bagi membaiki sistem pengambilan buruh.Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah

digantikan dengan dengan sistem pengambilan Kakitangan ataupun pengambilan

rumah kongsi.

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
Sistem Pengambilan Kakitangan

Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar

pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh.Segala tambang dan

perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.Pegawai yang dihantar tersebut

adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehigga mereka

sampai di tempat majikannya.

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai

dinegara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.Pegawai tersebut akan

membaiyai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di

rumah kongsi.Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan

kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

Secara Berkumpulan ( Foochow )

Pada awal abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di

Sarawak.Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan

buruh ke Sarawak.Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang

dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak.Kumpulan pertama dibawa masuk selepas

adnya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan

Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang. Lebih kurang
https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
570 orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan

Mac.Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan

membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

a) Bijih timah

Jelasnya aktiviti ini menunjukkan suatu komoditi yang sangat penting malah

merupakkan pengerak awal ekonomi khususnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada peringkat awal sememangnya hasil bumi ini kurang mendapat perhatian

menyeluruh, namun demikian setelah wujudnya pasaran yang memberangsangkan

ianya menjadi lebih agresif untuk di korek. Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih

timah yang terbesar dunia.Sebelum Perang Dunia Kedua, antara 30- 40 peratus jumlah

pengeluaran bijih timah dunia telah dibekalkan oleh Tanah Melayu. Kekayaan dan

kemajuan ekonomi di tanah Melayu pada ketika itu adalah disebabkan oleh jumlah

keuntungan yang diperolehi hasil pengeksportan bijih timah ke pasaran dunia. Akhir

kurun ke-19, Tanah Melayu telah menjadi pengeluar bijih timah yg terbesar di dunia

iaitu dengan pengeluaran kira-kira 38 000 tan setahun.Perkembangan bijih timah

dilakukan secara besar-besaran ialah berlaku pada akhir abad ke-19. Petemuan tapak

baru sering membuatkan ramai pihak mencebur diri dalam aktiviti ini khususnya orang

Cina. Perusahaan ini dilakukan oleh usahawan Cina Selat dan ada juga antara mereka

mendapat sokongan modal dari saudagar Eropah.

Faktor kemasukan modal Eropah secara pukal berlaku hanya selepas

pengenalan kapal korek pada tahun 1912. Penggunaan teknologi ini telah berjaya

meluaskan operasi lombong kerana kemampuannya mengorek dengan lebih dalam lagi

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
malah setiap hasil yang dikeluarkan mampu menghasilkan keuntungan yang besar

berdasarkan pasaran. Melihatkan kepada modal yang besar, pengurusan yang

sistematik amat diperlukan bagi melicinkan operasi. Bagi tujuan tersebut secara tidak

langsung mengakibatkan kesannya kepada struktur sosial yang mana terdapat kelas

dalam birokrasi pengeluaran hasil.

Permintaan yang tinggi daripada hasil bijih ini telah mendesak pihak kolonial

untuk memenuhi kehendak pelabur dengan mengesyorkan kawasan yang lebih luas di

Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak, Selangor, dan Pahang. Proses penyediaan ini

melibatkan hal mengukur tanah, mengumpul maklumat mengenai kawasan lombong

serta menyelia setiap kawasan yang diteroka. Usaha ini dilakukan ini menjamin

kawasan pemajakkan yang tepat serta menghasilkan untung yang lebih maksimum.

Pada awal kurun ke-20 pemintaannya meningkat disebabkan oleh industri mengetin

yang berlaku di Eropah. namun sejak 1920 pemintaannya hanya berkisar pada aras

2540 tan setahun disebabkan penjimatan dan pengunaan timah yang lebih efektif.

Meskipun mencapai zaman gemilangnya industri timah juga mengalami kemerosotan

sekitar tahun 1930an disebabkan masalah harganya yang tidak seimbang.

Meskipun mencapai zaman gemilangnya industri timah juga mengalami

kemerosotan sekitar tahun 1930an. Jelasnya aktiviti ini menunjukkan suatu komoditi

yang sangat penting malah merupakan pengerak awal ekonomi khususnya di Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu. Pada peringkat awal sememangnya hasil bumi ini kurang

mendapat perhatian menyeluruh, namun demikian setelah wujudnya pasaran yang

memberangsangkan ianya menjadi lebih agresif untuk di korek. Perkembangan bijih

timah dilakukan secara besar-besaran ialah berlaku pada akhir abad ke-19.
https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
Petemuan tapak baru sering membuatkan ramai pihak mencebur diri dalam

aktiviti ini khususnya orang Cina. Perusahaan ini dilakukan oleh usahawan Cina Selat

dan ada juga antara mereka mendapat sokongan modal dari saudagar Eropah.

Faktor kemasukan modal Eropah secara pukal berlaku hanya selepas pengenalan

kapal korek pada tahun 1912. Penggunaan teknologi ini telah berjaya meluaskan

operasi lombong kerana kemampuannya mengorek dengan lebih dalam lagi malah

setiap hasil yang dikeluarkan mampu menghasilkan keuntungan yang besar

berdasarkan pasaran.

Melihatkan kepada modal yang besar, pengurusan yang sistematik amat

diperlukan bagi melicinkan operasi. Bagi tujuan tersebut secara tidak langsung

mengakibatkan kesannya kepada struktur sosial yang mana terdapat kelas dalam

birokrasi pengeluaran hasil. Permintaan yang tinggi daripada hasil bijih timah ini telah

mendesak pihak kolonial untuk memenuhi kehendak pelabur dengan mengesyorkan

kawasan yang lebih luas di Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak, Selangor, dan

Pahang.

b) Getah

Penglibatan Tanah Melayu dengan tanaman ini bermula dengan hadirnya biji benih

pokok yang mampu mengeluarkan cecair getah yang di pungut dari Brazil ( Hevea

brasiliensis ). Penanaman awal getah dilihat tidak begitu teratur kerana kurang

penyelidikan malah pasarannya yang belum diketahui keuntungannya. Justeru getah

merupakan komoditi yang berjaya ditanam di kedua-dua belah bahagian Malaysia

ketika itu.melihatkan kepesatan yang berlaku d Tanah Melayu maka penanamannya

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
telah diperbesarkan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada

perkembangan getah di Malaysia khususnya pada zaman penjajahan. Tenaga buruh

yang banyak dan murah membantu dalam pengeluran komoditi ini. Buruh India Selatan

telah dibawa masuk untuk bekerja di estet menggunakan Sistem Kontrak. Seterusnya

modal seperti tanah amat diperlukan dalam hal sedemikian kerana rantau Malaysia

amat sesuai bagi tanaman getah jenis ini. Maka di sebabkan faktor modal tanah ianya

telah berjaya membuka mata pelabur asing dalam memcebur diri dalam penanaman

getah.

Kemerosotan pengeluaran bijih telah digantikan dengan penanaman pohon getah.

Secara amnya getah telah ditanam secara rasmi pada tahun 1896 berikutan

perkembangan pembuatan tayar oleh Goodyear serta peningkatan pengeluaran kereta

yang sangat memerlukan bahan ini bagi tujuan tersebut. Peningkatan dalam jumlah

pengeluaran meningkat setiap tahun ( sila rujuk Lampiran 1). Selain kemerosotan bijih

kemerosotan harga kopi turut menyumbang kepada peralihan terhadap tanaman getah.

Pada tahun 1897 satu peraturan tanah khas telah di perkenalkan di NMB untuk

menggalakkan tanaman getah. Berdasarkan galakan ini pelbagai langkah telah diambil

bagi menarik minat penguasaha contohnya dengan mengenakan cukai yang rendah

iaitu sebanyak 10 sen setiap ekar untuk sepuluh tahun pertama dan duti rendah hanya

2.5% bagi 15 tahun pertama. Perkembangan getah ini secara amnya telah di bawa oleh

seorang Inggeris iaitu H.N. Ridley. Beliau sangat berminat dan bersungguh-sungguh

mengalakkan penanaman getah secara komersil bagi mengaut keuntungan seterusnya

meningkatkan ekonomi domestik. Harga getah dilihat semakin meningkat setiap tahun

berdasarkan pasarannya .Hasil ketekunan Ridley dalam usaha ujikajinya yang

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
berterusan maka telah berjaya mengembangkan tanaman getah ini.

Seperti yang dikatakan tadi meledaknya harga getah belaku dalam tahun 1905 dengan

berkembangnya industri kereta. Senario ini telah menyebabkan lebih banyak kawasan

yang dibuka untuk penanaman getah dengan lebih menyeluruh. Menjelang 1908, getah

telah ditanam hampir keseluruhan Tanah Melayu berjumlah kira-kira 190000 hektar.

Jumlah ini merupakan lebih banyak daripada tanaman lain. Pengulangan peningkatan

harga getah sekali lagi berlaku pada 1909 dan 1912 telah menyebabkan beberapa

syarikat eropah seperti Guthries dan Harrisons & Crosfield menambah pelaburan dan

membuka lebih banyak tanah bagi tujuan ini. Harga yang semakin meningkat

menyebabkan penambahan kos dalam membuat selingan dengan tanaman lain supaya

pengeluaran dapat dimaksimakan. Terdapat juga pekebun kecil Melayu dan Cina

berusaha untuk menanam namun pihak kerajaan kurang mengambil perhatian kepada

mereka. Hasilnya keluasan tanah yang ditanam dengan getah telah menunjukkan kadar

yang positif iaitu kira-kira 219000 hektar dan terus meningkat kepada 322000 hektar

pada tahun 1913.

Getah begitu ketara di negeri pantai barat di sebabkan kesinambungan penggunaan

infrastruktur yang telah wujud sejak zaman timah lagi. Landasan keretapi dan jalan raya

berfungsi sebagai penghubung dalam mengangkut susu getah ke bahagian pesisir

pantai bagi tujuan eksport. Tempoh masa Perang Dunia Pertama sedikit sebanyak telah

menjejaskan peranan getah, lebih parah lagi dengan wujudnya getah tiruan yang

menyaingi getah asli. Kemelesetan semakin meruncing pada awal tahun 1930

menyebabkan peraturan getah telah telah ditanda tangani bagi mengurangkan

pengeluaran getah dunia.

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
C) Minyak Sawit

Menjelang tahun 1917 kemunculan ladang kelapa sawit yang pertama telah

menampakkan usaha untuk mengkomersilkanya. Penggunaanya melibatkan

pembuatan sabun, lilin, fluks, menyadur timah, majerin, minyak sayur, gris dan minyak

untuk enjin pembakaran. Namun demikian penggunaannya hanya bersifat sedikit

sehingga merosotnya harga getah telah menyebabkan pihak syarikat yang terlibat

mencari tanaman ganti. Bagaimanapun pembangunan secara besar-besaran

dilakasanakan menjelang tahun 1924 apabila tiga buah syarikat getah dalam Guthrie

telah menubuhkan Kelapa Sawit Malaya Berhad. Kemudian terdapat firma lain

mencuba nasib dalam tanaman ini dan berharap mendapat pulangan yang besar.

Modal yang besar dalam pengoperasian memerlukan tenaga yang pakar sering

merusingkan pihak kolonial dan secara tidak langsung mengekalkan tanaman ini

berdekatan dengan kawasan getah agar mendapat manfaat daripada infrastruktur

getah itu sendiri. Kebanyakkan ladang sawit terdapat di kawasan pantai barat dan

bertambah besar sehingga tahun 1930-an. Komoditi ini mencatatkan pertumbuhan

pengeluaran yang memberangsangkan contohnya pada tahun 1938 telah berjaya

meningkat kepada 58300 tan iaitu 11% daripada pengeluaran minyak sawit dunia.

Kemajuan ini telah dibantu dengan kemasukan teknologi baru serta kepakaran yang

tinggi dalam teknik penanaman. Menjelang pendudukan Jepun banyak ladang telah

musnah serta terbakar. Justeru pengeluarannya terhenti seketika dan bersambung

semula selepas perang.

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
D) Komoditi Padi

Padi pada asalnya berkisar dalam kalangan masyarakat tempatan namun

menjelang kemasukan imigran luar ke Tanah Melayu menyebabkan bahan makanan ini

amat diperlukan untuk menampung bekalan. Penanaman secara aktif telah di syorkan

oleh kerajaan kolonial disebabkan pertambahan penduduk, hal ini disokong dengan

wujudnya keadaan di mana kesemua manusia yang ada memerlukan beras sebagai

makanan ruji. Pemintaan semakin pesat serentak dengan kemerosotan pekerjaan

tradisional seperti pertukangan telah menyebabkan ramai masyarakat khususnya

Melayu memperbesarkan kawasan padi mereka. Contohnya bermula sejak akhir kurun

ke-19 golongan bangsawan di Kedah telah memperluaskan kawasan padi sehingga ke

kawasan barat laut negeri. Sementara itu kerajaan negeri juga telah memperkenalkan

sistem saliran secara besar-besaran bagi mengairi sawah padi dengan lebih sistematik

lagi. Secara keseluruhannya 60 % dari kawasan padi di Tanah Melayu berada di

kawasan seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak manakala 23 % lagi di negeri

Kelantan dan Terengganu. Bagi Borneo Utara dan Sarawak padi telah ditanam

berdasarkan kepada keperluan kecil sahaja kerana masih terdapat masyarakat yang

hidup secara pindah. Secara keseluruhanya Padi juga mengalami perkembangan yang

positif kesan daripada pertambahan penduduk Di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
3.4 Sistem Pendidikan

Sebelum kedatangan British, kanak-kanak Melayu hanya mendapat pendidikan

di surau, sekolah pondok dan masjid. Sistem pendidikan Melayu yang paling tua dan

berpengaruh adalah persekolahan pondok. Pondok yang pertama didirikan ialah pada

tahun 1820 oleh Tuan Haji Abd. Samad bin Abdullah. Pendidikan masyarakat pada

masa itu berfokuskan kepada aspek-aspek seperti membaca dan memahami Al-Quran,

mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama serta penguasaan menulis, mengira

dan membaca. Namun, kehadiran kolonialisme British telah memperkenalkan sistem

pendidikan vernakular. Penubuhan sekolah Melayu oleh British adalah untuk memberi

kemahiran membaca, menulis dan mengira. Penubuhan sekolah ini telah bermula pada

tahun 1821 apabila Penang Free School membuka cawangannya di gelugor dan diikuti

dengan penubuhan Sekolah Melayu di Teluk Belanga (1855) dan di Kampung Gelam

(1856). Walau bagaimanapun, kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih

daripada setakat memberikan pendidikan dasar selama empat tahun, kecuali latihan

perguruan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu. Pengenalan sistem latihan

perguruan ini yang menjadi pemangkin perubahan dalam struktur masyarakat

tradisional tempatan.

Namun begitu, sistem pendidikan vernakular ini tidak berjaya menyatukan semua

kaum di bawah satu payung perpaduan kerana murid- murid daripada pelbagai kaum

telah dipisahkan. Mereka tidak melalui sistem pendidikan yang sama. British juga turut

memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris, tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya

sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Malah British telah menubuhkan sebuah

sekolah vernakular Melayu di Negeri- Negeri Selat. Sekolah Melayu yang pertama
https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
didirikan di Singapura, telah dibina di Teluk Belanga pada 1867. Seterusnya British

telah meneruskan usaha mereka dengan menubuhkan sebuah lagi sekolah vernakular

Melayu di Seberang Prai pada tahun 1871. Manakala di Perka pula, sekolah vernakular

Melayu ini telah ditubuhkan di Kuala Kangsar dan Batu Gajah pada tahun 1884. Akibat

daripada pengasingan kaum oleh British akibat dari pengkhususan pekerjaan, telah

wujud juga sekolah vernakular untuk kaum Cina dan India di Tanah Melayu. Bagi

masyarakat India pula, pendidikan Tamil disediakan oleh British di kawasan bandar.

Selain itu, disebabkan kaum India hanya bekerja di ladang- ladang getah milik

British, oleh itu pihak pengurusan ladang akan membiayai sekolah Tamil di kawasan

ladang. Pendidikan sekolah Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekanada yang ditubuhkan

pada tahun 1912 di Seremban yang berorientasikan sistem pendidikan di negara India

dengan menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India. Sekolah

kaum India ini juga menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.

Manakala bagi kaum Cina pula, sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China.

Hal ini jelas dibuktikan melalui penubuhan Sekolah Chung Hwa dan Sekolah Cina Yuk

Chai di Kuala Pilah pada tahun 1926. Di samping itu, sekolah ini bukan sahaja

menggunakan dialek mereka sebagai bahasa pengantar, tetapi guru, buku dan sukatan

pelajaran juga turut berasal dari China. Kewujudan sekolah vernakular ini ternyata tidak

mengalakkan perpaduan antara kaum, sehingga menyebabkan kaum- kaum ini terasing

antara satu sama lain. Fakta- Fakta di atas menunjukkan aliran- aliran pendidikan di

negara ini di zaman British saling berasingan dan memisahkan pandangan antara

kaum.

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
3.5 Taraf Kesihatan

Pengenalan ekonomi kapitalis oleh British juga memberi kesan kepada taraf

kesihatanpenduduk di Tanah Melayu. Kemudahan perkhidmatan kesihatan merupakan

salah satu keperluan asas yang penting, terutamanya di kawasan petempatan. Semasa

penjajahan British di Tanah Melayu, telah berlaku perkembangan pesat dalam bidang

ekonomi, khususnya dalam aktiviti perlombongan bijih timah. Peningkatan hasil

keluaran bijih timah di Tanah Melayu telah membuka banyak peluang pekerjaan, hal ini

secara tidak langsung telah mendorong kemasukan beramai- ramai buruh asing ke

Tanah Melayu.

Kedatangan buruh asing ini telah menambahkan jumlah penduduk tempatan di

Tanah Melayu. Masalah ini telah menyebabkan urusan tempat tinggal, tempat kerja dan

kepadatan penduduk tidak dapat diurus dengan sempurna. Keadaan ini telah

mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan penduduk akibat dari kurang pengurusan

diri, misalnya tidak mendapat bekalan air yang bersih dan tidak mencukupi.

Semua keadaan ini, telah menyebabkan penyakit berjangkit mudah merebak

sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. Secara tidak langsung telah didirikan

rumah- rumah sakit bercorak klinik bagi kemudahan pelombong bijih timah. Namun

kelengkapan peralatan dan perubatannya tidaklah begitu sempurna dan teratur, ini

menyebabkan pesakit semakin bertambah serta wabak penyakit pula semakin menular.

Oleh itu, menerusi pentadbiran Speedy pada 1874, beliau merancang untuk

mendirikan sebuah hospital untuk kemudahan awam di Larut. Sungguh pun terdapat

beberapa buah hospital yang dibina untuk menampung jumlah pesakit yang ramai,
https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
tetapi hanya sebuah hospital yang besar iaitu Hospital Yang Wah yang dibiayai khas

untuk penduduk miskin. Hospital kerajaan terawal yang telah dibina di Taiping dan di

Kuala Lumpur pada tahun 1898. Manakala di Perak pula telah terdapat beberapa buah

hospital telah dibina, misalnya di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan

Kuala Kangsar.

Di samping membina klinik, hospital dan pusat kesihatan, British telah

mengambil satu langkah untuk mengawal wabak penyakit, iaitu melalui penyelidikan.

Oleh itu, British talah menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab untuk mengkaji

punca penyakit merebak dan langkah- langkah yang perlu diambil untuk mencegah

penyakit tersebut. Untuk itu, British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan

tahun 1900 di Kuala Lumpur.

Selain itu, British juga turut mengambil berat akan kebersihan dan kesihatan

awam khususnya di bandar- bandar. Dengan ini, satu lembaga telah ditubuhkan pada

tahun 1890-an yang berperanan dalam mengawasi dan menjaga kebersihan dan

kesihatan bandar di Kuala Lumpur. Lembaga ini dikenali sebagai Sanitary Board dan

turut ditubuhkan di beberapa buah bandar di Perak.

Perkembangan Sosioekonomi di Sabah dan Sarawak

Pada tahun-tahun awal pembabitan Syarikat Berpiagam Borneo Utara pelbagai

tanaman telah cuba diusahakan bagi meningkat kadar pertumbuhan ekonomi. Bagi di

Sarawak pula pihak Rajah juga ada memperlakukan perkembangan ekonomi namun

ianya tertakluk demi mempertahan kan hak pribumi. Hal ini merujuk kepada dasar

kerajaan Brooke sendiri yang mahukan hak pribumi dipertahankan.


https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
Merujuk pada kegiatan di Borneo Utara tanaman asing bukan menjadi komoditi

utama tetapi hasil asli yang banyak menyumbang, contohnya sarang burung layan-

layang. Sarang burung ini merupakan bahan hidangan sup masyarakat Cina yang

dipungut daripada kawasan gua dan terus di eksport ke Hong kong. Meskipun demikian

industri pembalakkan dilihat lebih mendatangkan hasil yang lumayan dalam dekad

terakhir kurun ke-19 yang didorong oleh pemintaan kayu bagi pembinaan landasan

keretapi. British Borneo Trading and Planting Company merupakan syarikat yang

terbesar menegendalikan aktiviti ini.

Kemudian sebuah syarikat baru telah muncul iaitu British Borneo Timber

Company yang telah mendapat hak penebangan balak selama lebih 25 tahun. Eksport

kayu balak telah meningkat kepada 178000 tan dan perlabuhan Sandakan dijadikan

hub pemasaranya keluar negeri. Berbanding dengan Tanah Melayu demam getah juga

melanda Sabah sekitar awal kurun ke-20. Kadar pertumbuhannya mungkin agak lambat

tetapi setelah timbul kesedaran banyak kawasan baru di teroka bagi merealisasikan

usaha ini disamping kemudahan seperti pengangkutan dan perhubungan. Kewujudan

getah di Borneo Utara dan Sarawak adalah seiring dengan keadaan di Tanah Melayu

yang mana beralih daripada tempoh kemuncaknya sehingga keadaan kemelesetannya

sekitar tahun 1930-an.

Kesemua ini dilihat serentak berlaku di seluruh dunia bukan sahaja di Tanah

Melayu mahupun Borneo Utara dan Sarawak.Di Sarawak pula seperti yang telah

diperkatakan tadi dasar awal pemerintah Brooke yang mahukan pengekalan ekonomi

terhadap pribumi menjadi teras kepada perkembanganngannya. Namun masih terdapat

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
kelonggaran kepada syarikat luar seperti Borneo Company yang menguasai ekonomi di

Sarawak.

Seperti mana di Borneo Utara Sarawak juga merupakan pembekal kayu balak

yang unggul. Pengeluarannya mengatasi pengeluaran getah yang ada pada ketika itu

malah mampu menjana pendapatan negeri secara jangka panjang. Pada tahun 1895

minyak telah dijumpai di Miri namun hal ini hanya tertakluk kepada pengeluaran yang

kecil. Selain itu juga arang batu dan raksa telah dijumpai dan turut membantu

pendapatan negeri. Syarikat Borneo Company pernah mengalami tempoh masa

kemelesetan sekitar 1900-an namum telah berjaya meningkatkan keuntungan secara

perlahan dan mampu bertahan sebelum kedatangan Jepun.

Percubaan telah mula dibuat dalam mempersiapkan infrastruktur bagi

kemudahan sosio-ekonomi di Malaysia Timur ketika itu. Hal ini di sebabkan kefahaman

yang tidak sama dengan Pentadbiran Kolonial Tanah Melayu serta jaminan pasaran

yang berbeza dalam tempoh yang sama. Maka, walaupun terdapat perbezaan dalam

menentukan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kedua-dua kawasan

namun menjelang kemerdekaan dan penyatuan kesemua hal ini dapat diselaraskan.

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
Perubahan Perkembangan Sosioekonomi Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak
semasa Pendudukan Jepun

5.0Sistem Pentadbiran

Pada awalnya Jepun menghadapi kesukaran dalam merangka dasar pentadbirannya

terutamanya berkaitan kedudukan sultan-sultan dan agama Islam.Umumnya

pentadbiran Jepun di Tanah Melayu bercorak ketenteraan memandangkan Jepun

masih dalam peperangan.Matlamat Jepun untuk membentuk ‘Pemerintahan Baru Asia

Timur Raya’ masih belum tercapai.

Di Tanah Melayu pentadbiran tentera Jepun mempunyai matlamat utama iaitu untuk

memulihkan ketertiban awam,mendapatkan sumber-sumber penting untuk

menanggung belanja perang dan menjamin bekalan makanan yang mencukupi bagi

anggota tenteranya di Tanah Melayu.

5.1Ekonomi

Dasar ekonomi di Tanah Melayu diubaholeh Jepun daripada ekonomi usaha niaga

bebas kepada ekonomi kawalan yang berasaskan ekonomi sara diri.Ringkasnya

pemerintah Jepun cuba melahirkan satu sistem ekonomi yang bersifat berdikari dan

menjalankan dasar tutup pintu.Hal ini bermakna Jepun tidak nmenggalakan eksport

barangan sebaliknya menggalakkan Tanah Melayu bergantungkepada pengeluaran

untuk membekalkan bahan mentah untuk industry-industri ringan yang dapat

menghasilkan barangan keperluan Negara.

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
Jepun menjadikan pertanian sebagai satu kegiatan umum.Pemerintah Jepun telah

mewujudkan satu sisitem ekonomi yang dikawal olehkerajaan secara

langsung.Penanaman padi diberi keutamaan supaya pengeluaran makanan

mencukupi.Rancangan Tiga Tahun Sara Diri dijalankan.Padi Taiwan turut

diperkenalkan bagi menjayakan penanaman padi dua kali setahun.Di samping itu

,tanaman ubi kayu ,sagu dan lada hitam turut dipertingkatkan.

Walaubagaimanapun,pengeluaran padisemakin terjejas ekoran tidakan Jepun

mengembalikan Negeri-negeri Melayu Utara iaitu Kedah,Perlis,Kelantan dan

Terengganu kepada nagara Thai pada tahun 1943.Bagi mengatasi kemerosotan

pengeluaran padi,tanah rizab Melayu telah dibuka kepada bukan Melayuuntuk dijadikan

kawasan pertanian.Semua kegiatan ekonomi yang dahulunya dipegang olehpemodal-

pemodal Eropahdan Cina telah diambil aliholeh tentera Jepun.

Namun perkembangan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepuntidaklah

berkembang seperti yang diharapkan .Ekonomi Tanah Melayu merosot dan lumpuhlalu

menyebabkan berlakunya masalah pengangguran,kebuluran dan inflasi di seluruh

Tanah Melayu.

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649
Struktur
Masyarakat
Taraf
Kesihatan Sistem
Pendidikan

Perubahan Perkembangan
Sosioekonomi di Tanah
Melayu,Sabah dan Sarawak

Sistem
Sistem Sosial
Ekonomi

Rajah 3

https://www.scribd.com/doc/89376797/Perubahan-Perkembangan-Sosioekonomi-Semasa-Penjajahan-
British-Di-Tanah-Melayu?doc_id=89376797&download=true&order=466367649

You might also like