Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.

Pilih satu jawapan terbaik bagi


tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1. Mengapakah pembentukan tamadun Islam berbeza daripada tamadun awal dunia yang
lain?

A Muncul di lembah sungai


B Bergantung kepada ketenteraan
C Mengamalkan konsep devaraja
D Berasaskan kepada pemikiran dan agama

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Jahiliah?

I Jahil
II Keji
III Tidak mesra
IV Tidak mempunyai ilmu pengetahuan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3. Apakah peristiwa yang menandakan bermulanya Zaman Jahiliah di Semenanjung Tanah


Arab?

A Peperangan dengan Rom


B Kemasukan orang Yahudi
C Runtuhnya Empangan Maarib
D Penguasaan perdangangan oleh Parsi

4. Bilakah berakhirnya Zaman Jahiliah?

A Runtuhnya Empangan Maarib


B Penawanan semula kota Makkah
C Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
D Turunnya wahyu kepada Rasulullah

5. Zaman Jahiliah juga dikenali sebagai zaman kegelapan bagi masyarakat Arab? Hal ini
disebabkan masyarakat Arab

I mempercayai animisme
II tidak mempunyai kitab suci
III tidak mempunyai nabi atau rasul
IV tidak mempunyai agama dan kepercayaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

1
6. Masyarakat Arab Jahiliah berpendapat bahawa seseorang lelaki yang hendak meminum
arak biarlah sampai mabuk. Mengapa?

A Telah matang dan berwibawa


B Telah sempurna sebagai lelaki
C Telah berjaya membuktikan ia sudah dewasa
D Telah bersediakan untuk bertempur di medan perang

7. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan riba dalam aktiviti perniagaan dan


perdagangan.Apakah kesan yang timbul daripada amalan ini?

A Berlaku penindasan
B Mengukuhkan persaudaraan
C Dihormati oleh masyarakat
D Menyelesaikan masalah kemiskinan

8. Manakah antara berikut merupakan kedudukan wanita pada Zaman Jahiliah?

I Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan bebarapa wanita sekaligus


II Ada kalangan mereka yang menamam bayi perempuan hidup-hidup
III Mereka dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka
IV Mereka dibakar bersama-sama mayat suami mereka

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9. Agama Hanif merupakan salah satu agama yang diamalkan pada Zaman Jahiliah. Apakah
ajaran Hanif?

A Agama menyembah berhala dan patung-patung tertentu


B Agama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi terdahulu
C Memuja alam semesta seperti pokok, sungai dan sebagainya
D Mempercayai roh orang yang mati menjadi sesuatu objek alam

10. Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang sekiranya ingin menjadi syeikh bagi
sesuatu kabilah?

I Kaya
II Berani
III Berfikiran matang
IV Pandai bersilat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2
Perang x berlaku antara Bani Taghlib
dengan Bani Bakar. Walaupun berpunca
daripada perkara kecil tetapi memakan
masa selama 40 tahun

11. Peperangan yang dimaksudkan ialah

A Perang Badar
B Perang Uhud
C Perang Tabuk
D Perang al-Basus

12. Keturunan nabi Muhammad s.a.w.pernah mentadbir Makkah kira-kira 100 tahun sebelum
kelahiran baginda. Mentadbir Makkah membawa erti menguasai

I Kaabah
II Hajar Asawd
III Masjid Nabawi
IV Telaga zamzam

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13. Nabi Muhammad s.a.w berasal daripada keturunan orang Arab Quraisy yang
terkenal.Kepada siapakah keturunan baginda sering dirujuk?

A Qusai
B Hasyim
C Umaiyah
D Abdul Manaf

14. Antara berikut peristiwa manakah yang berlaku semasa Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
oleh ibunya?

A Penghijrahan
B Perang al-Basus
C Serangan tentera bergajah
D Keruntuhan Empangan Maarib

15. Apakah yang diberitahu oleh pendeta Nasrani, Buhaira kepada Abu Talib tentang Nabi
Muhammad s.a.w.?

A Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.


B Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
C Ketokohan Nabi Muhammad s.a.w.
D Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w.

3
16. Abu Talib telah membawa Nabi Muhammad s.a.w menyertai rombongan perniagaannya ke
Syam semasa baginda berusia 12 tahun. Melalui rombongan ini, apakah manfaat yang
boleh diperolehi oleh Nabi Muhammad s.a.w?

A Mengatur strategi perang


B Mempelajari ilmu perniagaan
C Memperkayakan pengalaman
D Berkenalan dengan pemerintah tempatan

17. Sebagai seorang nabi dan rasul, apakah sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi
Muhammad s.a.w?

I Amanah
II Assabiah
III Thaharah
IV Tabligh

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w telah diberi gelaran al-Amin oleh penduduk Makkah
pada masa itu?

A Seorang yang pemaaf terhadap orang yang melakukan kesalahan


B Perbuatan dan perkataan baginda sentiasa dipercayai
C Disukai oleh semua orang termasuk musuh baginda
D Suka memberi pertolongan kepada orang susah

19. Semasa Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, baginda telah menyelesaikan
persengketaan di kalangan kabilah Quraisy.Peristiwa apakah yang dimaksudkan di atas?

A Perang al-Basus
B Perletakan Hajar Aswad
C Serangan tentera bergajah
D Pertelingkahan antara suku Yahudi

20. Nabi Muhammad s.a.w telah mengasingkan diri daripada masyarakat dengan cara
bertahannuth kepada Allah di Gua Hirak. Di manakah terletaknya Gua Hirak?

A Bukit Nur
B Bukit Safa
C Bukit Uhud
D Bukit Tursina

21. Surah apakah yang diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w bagi
mengisytiharkan bahawa baginda telah dilantik sebagai Rasul?

A Surah al-Alaq
B Surah al-Fatiha
C Surah al-Kafirun

4
D Surah al-Muddasir

22. Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kepercayaan oleh Khadijah dengan memberi modal
yang besar untuk menjalankan perniagaan. Apakah faktor yang mendorong Khadijah
memberi kepercayaannya kepada baginda?

A Kebolehan berniaga
B Menghormati pelanggan
C Sifat amanah dan jujur
D Kemuliaan budi bahasa

23. Apakah sikap yang menggambarkan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w terhadap orang
Quraisy semasa peristiwa pembukaan Kota Makkah?

A Pemaaf
B Simpati
C Bijaksana
D Bertolak ansur

24. Setelah dilantik menjadi Rasul, apakah tindakan yang dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w
bagi membetulkan akidah masyarakat Arab Jahiliah?

A Menghancurkan berhala
B Menjadi pemimpin Makkah
C Menyuruh mereka membaca al-Quran
D Menanamkan keimanan mereka kepada Allah

25. Semasa Nabi Muhammad s.a.w menjalankan dakwah secara rahsia, siapakah antara orang
yang terawal memeluk Islam?

I Khadijah
II Abu Jahal
III Abu Sufian
IV Zaid bin Harithah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

26. Abu Bakar al-Siddiq telah berjaya mengislamkan al-Arqam bin Abu Arqam. Apakah
sumbangan yang telah diberikan oleh al-Arqam bin Abu Arqam?

A Memberikan sumber kewangan


B Rumahnya dijadikan pusat kegiatan dakwah
C Bergiat cergas dalam penyebaran dakwah
D Menawarkan diri untuk menjadi tentera

27. Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan dakwah secara rahsia selama tiga tahun dan
secara terbuka selama 10 tahun. Mengapakah strategi ini digunakan oleh Nabi Muhammad
s.a.w?

5
A Mengelakkan timbul kekeliruan di kalangan penganutnya
B Mengutamakan kewujudan pusat gerakan Islam dahulu
C Mengelakkan penentangan orang Quraisy Makkah
D Membolehkan dakwah tersebar ke luar tanah Arab

· Uthman bin Affan


· Zubair bin Awam

28. Siapakah yang telah berjaya mengislamkan kedua-dua tokoh di atas?

A Umar al-Khattab
B Ali bin Abu Talib
C Abu Bakar al-Siddiq
D Khadijah binti Khuwailid

Sebagai langkah pertama bagi menjalankan


dakwah secara terbuka, Nabi menyeru Arab
Quraisy Makkah memeluk Islam.

29. Di manakah seruan tersebut dilakukan?

A Bukit Nur
B Bukit Safa
C Bukit Uhud
D Bukit Tursina

30. Apakah faktor yang menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal mendapat
sambutan?

I Kejujuran para sahabat


II Ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w.
III Ramai golongan bangsawan Quraisy simpati dengan Islam
IV Seruan terhadap Islam yang dilakukan oleh Abu Lahab

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

· Nabi Muhammad s.a.w. bermesyuarah


dengan para sahabat
· Mengadakan ceramah di rumah Ali bin
Abu Talib

31. Langkah di atas dilakukan oleh Nabi Muhammad menerima wahyu untuk menyebarkan
Islam

A secara sulit kepada keluarga


B secara sulit kepada para sahabat
C secara terbuka kepada orang ramai

6
D secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutalib

32. Golongan manakah yang paling banyak memeluk Islam pada peringkat awal?

A Petani
B Hamba
C Pedagang
D Pemimpin Quraisy

33. Siapakah di antara berikut yang telah diseksa kerana memeluk agama Islam?

I Abu Bakar al-Siddiq


II Uthman bin Affan
III Ammar bin Yassir
IV Bilal bin Rabah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34. Bagaimanakah cara penyeksaan yang telah dilakukan ke atas Sumaiyah?

A Diheret mengelilingi Kota Makkah


B Dijemur di padang pasir
C Dipancung kepala
D Dijerut leher

35. Apakah pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w bagi menyebarkan
dakwah?

A Memaksa orang memeluk Islam


B Memulaukan orang Quraisy
C Mengugut musuh baginda
D Menunjukkan teladan yang baik

36. Mengapakah orang Arab Quraisy menentang dakwah Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w dari aspek politik?

I Tanggapan salah terhadap tugas nabi


II Menganggap terpaksa tunduk kepada kepimpinan nabi
III Akan mengukuhkan kedudukan keluarga mereka
IV Ingin bersaing untuk menjadi ketua di Madinah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

37. Semasa proses menyebarkan dakwah Islam, Nabi Muhammad s.a.w juga telah mendapat
sokongan dan bantuan daripada golongan wanita dalam memperjuangkan Islam. Siapakah
tokoh-tokoh wanita yang turut membantu baginda?

7
I Aminah binti Wahab
II Aisyah binti Abu Bakar
III Khadijah binti Khuwailid
IV Yati binti Fuhairah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

38. Nyatakan faktor-faktor penentangan orang Arab Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w?

I Bertentangan denga konsep assabiah


II Prinsip persamaan taraf sesama manusia
III Penghinaan terhadap orang Islam
IV Penguasaan bidang ekonomi oleh Nabi Muhammad s.a.w.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

39. Mengapakah penyebaran dakwah Islam dikatakan menggugat ekonomi orang Arab
Jahiliah?

A Perusahaan mengukir berhala terjejas


B Monopoli ekonomi oleh orang Islam
C Kemasukan pedagang dari Syam
D Pengenalan sistem zakat

40. Apakah tindakan yang telah dikenakan oleh orang Arab Quraisy terhadap Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga baginda akibat menyebarkan dakwah Islam?

A Pemulauan
B Menghalau keluar dari Makkah
C Berperang dengan keluarga nabi
D Memenjarakan nabi dan keluarga baginda

41. Setelah gagal menggunakan kekerasan bagi menghalang dakwah Nabi Muhammad s.a.w,
baginda telah dipujuk oleh orang Arab Quraisy dengan membuat tawaran. Apakah perkara
yang telah ditawarkan oleh orang Arab Quraisy?

I Menjadi pemimpin Madinah


II Kedudukan dan pangkat
III Wanita cantik
IV Peluang perniagaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8
42. Apakah bentuk larangan semasa pemulauan dijalankan ke atas keluarga nabi oleh orang
Arab Quraisy?

I Tidak menjalankan aktiviti jual beli


II Tidak memberikan pertolongan
III Tidak menziarahi mereka
IV Tidak menegur keluarga nabi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

43. Mengapakah pemulauan yang dikenakan ke atas Rasulullah dan keluarga baginda tidak
berjaya?

A Bekalan makanan mencukupi


B Orang Islam melakukan pemberontakan
C Mendapat bantuan daripada Madinah
D Terdapat orang Quraisy yang bersimpati

44. Apakah faktor-faktor yang mendorong ajaran Islam diterima pada peringkat awal?

I Pengislaman para pemimpin Quraisy


II Kemurnian ajaran Islam
III Kebijaksanaan Nabi dalam berdakwah
IV Keteguhan sumber ekonomi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

45. Bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh orang Islam, apakah tindakan yang
diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w ke atas orang Islam?

A Membentuk pasukan tentera


B Menghentikan dakwah Islam
C Meminta bantuan kerajaan Parsi
D Membenarkan penghijrahan ke Habsyah

46. Siapakah tokoh yang telah mengikut Nabi Muhammad s.a.w bagi menyebarkan dakwah
Islam ke Taif?

A Ali bin Abu Talib


B Zaid bin Harithah
C Hamzah bin Abdul Mutalib
D Uthman bin Huwairith

47. Apakah sikap yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kesan daripada penentangan
yang dikenakan ke atas diri baginda?

9
I Cekal
II Tabah
III Berputus asa
IV Berdendam

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

48. Bagi meneruskan penyebaran dakwah Islam kepada orang Arab, apakah strategi seterusnya
yang telah difikirkan oleh Nabi Muhammad s.a.w?

A Berpindah ke Syam
B Berhijrah ke Madinah
C Menerima tawaran yang dibuat
D Meminta bantuan daripada Rom

49. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. tidak turut berhijrah ke Habsyah?

I Bimbang keselamatan diri baginda


II Dihalang oleh para sahabat
III Memberi tumpuan terhadap penyebaran Islam di Makkah
IV Menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

50. Suku manakah yang telah menjemput Nabi Muhammad s.a.w untuk berhijrah ke Madinah
bersama orang Islam yang lain?

I Aus
II Khazraj
III Qainuqa’
IV Nadhir

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10

You might also like