Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SKEMA JAWAPAN PPT BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 2019

KERTAS 1 02/1
BAHAGIAN A
1. A 6. A 11. D 16. D
2. B 7. A 12. D 17. B
3. B 8. C 13. B 18. D
4. C 9. C 14. D 19. C
5. D 10 A 15. D 20. D

BAHAGIAN B
SOALAN 1 ; SISTEM BAHASA
a. Membina ayat tanya yang lengkap berdasarkan frasa yang bergaris
i. Mengapakah bekalan air di kampung itu terputus?
Mengapakah bekalan air terputus di kampung itu?
ii. Bilakah Robbin dan keluarganya akan bercuti ke Pulau Langkawi?
iii. Bagaimanakah pengguna berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan?
iv. Apakah yang sedang dilakukan oleh murid-murid aliran sains di dalam makmal
biologi?
b. Kesalahan ejaan
i. temu duga
ii. menggembleng
iii. spesies
SOALAN 2 ; PEMAHAMAN PETIKAN
1. Berdasarkan kedua-dua poster, persamaan penyakit yang berpunca daripada
Pengambilan rokok dan dadah ialah penyakit paru-paru dan penyakit jantung.
2. - Kita mestilah mengelakkan diri daripada tabiat buruk. Contohnya kita
hendaklah menjauhkan diri daripada merokok dan pengambillan dadah kerana
boleh memudaratkan kita.
- Kita haruslah mengetahui keburukan merokok dan pengambilan dadah.
Contohnya, katakana tidak pada rokok dan dadah.
- Jawapan-jawapan lain yang logik juga diterima
3. Pada pendapat saya, selain pihak kerajaan usaha-usaha yang dilakukan untuk
membanteras gejala merokok ialah ibu bapa perlu memantau dan mendidik
anak-anak supaya tidak merokok. Selain itu, media massaa perlu diberi tugas
menyebarkan maklumat tentang panduan-panduan kesihatan agar masyarakat
didedahkan tentang bahaya merokok.
- Jawapan-jawapan lain yang logic juga diterima

Soalan 3 : Novel
1. Kita hendaklah bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan
Contoh : Walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik
Nusantara, namun Farid lebih selesa menggunakkan motosikal atau kereta
Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya.

2. Kita sewajarnya bertindak rasional jika menghadapi sesuatu masalah


Contoh : Ketika bengkel batik moden dijilat api, Farid berusaha untuk
memadamkan kebakaran dengan menggunakkan alat pemadam api. Apabila
memikirkan banyak terdapat tong gas dalam bengkel tersebut, dia
menyerahkan tanggungjawab itu kepada Pasukan Bomba dan Penyalamat serta
kakitangan Tenaga Nasional Berhad.

3. Kita hendaklah gigih berusaha ketika menjalankan tugas.


Contoh : Walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan,
namun Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik.
Dia juga sering bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman dalam
perniagaan seperti Mokhsein dan Zuraida untuk memajukan perusahaan
batiknya.

- Jawapan-jawapan lain yang sesuai juga diterima


Bahagian C : Soalan 1

Cadangan Isi-isi penting


1. Menderma darah dapat menyalamatkan nyawa insan lain
2. Membantu meningkatkan kesihatan penderma – darah yang didermakan digantikan dengan
darah yang baharu
3. Penderma dapat mengesan penyakit yang dihadapi kerana sebelum menderma darah
penderma akan menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu
4. Dapat mengeratkan silaturahim antara penderma dengan penerima darah
5. Medidik manusia menghargai nyawa
Soalan 2
Isi - 10 markah
Bahasa _ 5 markah

Isi-isi penting :
1. Usaha memperhebat program Kempen Pembudayaan Bahasa Melayu oleh pihak
kerajaan
2. Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan penting dengan menggunakan
Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang
3. Peranan pemimpin negara - perlu menggunakan tatabahasa yang betul apabila
bertutur dalam bahasa Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu apabila berucap di
majlis yang khalayaknya rata-rata rakyat Malaysia
4. Peranan pihak swasta - haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan
bahasa di luara Negara
5. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosi sesuatu produk haruslah
menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam semua urusan rasmi
Kertas 2 02/2
Bahagian A [ 10markah]
Peringkat Markah Deskripsi
Cemerlang 9-10 Idea-relevan,menarik,matang
Bahasa- ayat gramatis,kota kata luas dan tepat
Olahan –menarik,berkesan,matang

Kepujian 7-8 Idea- relevan,menarik


Bahasa- ayat gramatis, kosa kata luas
Olahan –menarik,berkesan
Baik 5-6 Idea-masih relevan
Bahasa-ayat masih gramatis,kosa kata masihluas
Olahan-masih menarik
Memuaskan 3-4 Idea-kurang relevan
Bahasa- ayatkurang gramatis,kosa kata terhad
Olahan –kurang menarik
Penguasaan 1-2 Keseluruhan menggambarkan penguasaanmenulis yang
Minimum lemah

Contoh jawapan :
Penerokaan hutan tanpa kawalan boleh meninggalkan pelbagai kesan buruk kepada
alam sekitar.
Kegiatan pembalakan haram semakin berleluasa menyumbang kepada berlakunya
bencana alam seperti tanah runtuh yang boleh mengorbankan nyawa dan harta benda.
Pembalakan yang tidak terkawal akan menyebabkan bumi gondol dan terdedah kepada
hakisan. Bahan yang terhakis akan dimendapkan di dasar sungai. Natijahnya, apabila hujan
lebat air yang melimpah dari sungai akan membanjiri kawasan sekitar. Pembalakan haram
juga mengakibatkan kawasan tadahan hujan semakin berkurangan.
Kesimpulannya, pembalakan haram harus dibendung untuk mengelakkan bumi
daripada terus musnah.
(85 patah perkataan)
Bahagian B

PERINGKAT MARKAH DESKRIPSI


Idea
- Idea relevan dengan tugasan
- Huraian idea jelas,menarik dan matang
- Contoh yang sesuai
Bahasa
- Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis
- Penggunaan kosa kata luas dan tepat
Cemerlang 25 - 30- Tanda baca betul
- Kesalahan bahasa minimum
Pengolahan
- Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan pemerengganan yang sesuai
- Format menepati kehendak tugasan
- Penggunaan penanda wacana tepat
- Penggunaan ungkapan menarik tepat dan berkesan seperti peribahasa / pantun / cogan kata / frasa
yang menarik
Idea
- Idea relevan dengan tugasan
- Huraian idea jelas dan menarik
- Contoh yang sesuai
Bahasa
- Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis
- Penggunaan kosa kata luas
Kepujian 19 - 24- Tandabaca yang betul
- Kesalahan bahasa masih minimum
Pengolahan
- Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai
- Format menepati kehendak tugasan
- Penggunaan penanda wacanas esuai
- Penggunaan ungkapan menarik sesuai dan berkesan seperti peribahasa / pantun / cogan kata / frasa
yang menarik.
Idea
- Idea masih relevan dengan tugasan
- Huraian idea masih jelas dan masih menarik
- Contoh yang masihs esuai
Bahasa
- Penggunaan ayat masih bervariasi dan masih gramatis
- Penggunaan kosa kata masih luas
Baik 13 - 18- Tanda baca masih betul
- Kesalahan bahasa masih minimum
Pengolahan
- Pe pengolahan masihmenarik, dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai
-Format masih menepati kehendak tugasan
- Penggunaan penanda wacana masih sesuai

Idea
- Idea kurang relevan dengan tugasan
- Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik
- Tiada contoh atau contoh kurang sesuai
Bahasa
- Penggunaan ayat kurang bervariasi dan kurang gramatis
Memuaskan 09 - 12- Penggunaan kosa kata terhad
- kesalahan bahasa ketara
Pengolahan
- Pengolahan kurang menarik, kurang berkesan dan pemerengganan yang kurang sesuai
- format kurang menepati kehendak tugasan
- Penggunaan penanda wacana kurang sesuai

Penguasaan 01 - 08- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis yang lemah
Minimum - Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan / terpesong.

You might also like