Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.1.

Bahagian Elektrikal

Dalam sistem elektrikal, terdapat pemasangan pendawaian industri 3 fasa, papan


kawalan motor (Motor Control Panel), panel pembetulan faktor kuasa (Power Factor
Correction Panel) dan penyelenggaraan motor telah dilakukan dengan mengikut
kehendak pelanggan

1.1.1. Pendawaian Industri 3 fasa

Pendawaian industri 3 fasa dilakukan dengan memasang aksesori elektrik 3 fasa


mengikut jumlah beban dipasasng pada suatu perkakas elektrik. Pendawaian industri 3
fasa merupakan bekalan elektrik yang mempunyai kecekapan yang bagus dengan
menampung beban yang banyak pada suatu perkakas eletrik dalam sesuatu syarikat.

Peralatan yang digunakan dalam pendawaian industri 3 fasa

Hacker drill
Pemotong kabel
Pita memancing (Fishing Tape/Cable Puller)
PVC cutter
Gergaji
Pena Uji
Penebuk lubang elektri (Elektrik Drill)
Cara melakukan pendawaian industri 3 fasa

1) Mengukur kabel mengikut beberapa panjang diperlukan.


2) Memasang paip PVC pada dinding dengan memasang kilp U.
3) Memasukan kabel dalam paip PVC dengan menggunakan pita pemancing kabel.
4) Menyambung pengalir fasa dan neutral pada papan agihan tiga fasa.
Rajah 1.2 Cara melakukan pendawaian 3 fasa industri

1.1.2. Pembinaan Panel Kawalan Motor (Motor Control Panel)

Panel kawalan motor ialah satu panel yang disediakan dengan aksesori kawalan motor
seperti kontaktor (Contactor),Geganti beban lampau (Overload Relay), Pengasing
(Isolator),Suis pemilih (Selector Switch) dan lain-lain untuk mengawal motor dengan
selamat tanpa mengalami kerosakan pada beban dan motor. Panel kawalan motor terdiri
daripada beberapa jenis seperti Penghidup talian terus,penghidup mara dan songsang
dan sebagainya.
Aksesori Digunakan dalam Panel kawalan motor :

1) Kontaktor
2) Geganti beban lampau
3) Punat tekan henti dan hidup
4) Lampu pandu
5) Geganti Ulang-alik (Alternating Relay)
6) Penukar Arus (Current Converter)
7) PLC (Programming Logic Control)

Cara melakukan pemasangan panel kawalan motor

1) Menyediakan satu papan besi untuk memasang aksesori kawalan motor


2) Memasang aksesori kawalan motor mengikut litar skematik yang disediakan
3) Membuat pendawaian kawalan motor mengikut litar skematik yang sedia ada
4) Memasukan papan besi dalam panel selepas membuat pendawaian kawalan motor
dan menguji panelnya dengan memasukan bekalan

Rajah 1.3. Cara melakukan Panel Kawalan Motor


1.1.3. Pembinaan Panel Pembetulan Faktor Kuasa

Apabila sebuah rumah kediaman atau kilang mempunyai bill elektrik yang mahal
walaupun menggunakan elektrik dengan cermat,Ia bermakna faktor kuasa adalah rendah.
Ini disebabkan peralatan eletrik menyimpan arus yang tidak diguna dan menyebabkan bill
elektrik mahal. Panel pembetulan faktor kuasa digunakan untuk menyelesaikan masalah
ini.
Cara melakukan pembinaan Panel Pembetulan Faktor Kuasa

1) Menyediakan satu panel


2) Memasang peranti perlindungan dalam panel
3) Membuat pendawaian pada peranti perlindungan mengikut litar skematik
4) Menguji panel dan membersihkan kotor selepas selesai membuat pendawaian

Rajah 1.4. Cara Melakukan Panel Pembetulan Faktor Kuasa

1.1.4. Penyelenggaraan Motor

Penyelenggaraan motor dilakukan apabila motor mengalami kerosakan atau


kecacatatan pada bahagian motor. Penyelengaraan motor dilakukan setiap 5 bulan
sekali supaya motor tersebut dapat mengoperasi mesin tanpa masalah.

Cara melakukan penyelenggaraan Motor


1) Menceraikan bahagian-bahagian motor
2) Membersihkan dengan pembasuh kimia
3) Sapu gris pada bearing
4) Memasang balik bahagian-bahagian dalam motor

Rajah 1.5. Cara melakukan Penyelenggaran Motor

1.2. Bahagian Mekanikal

Dalam bahagian mekanikal,terdapat penyelenggaraan bahagian-bahagian pam air untuk


menutup saluran air supaya air tidak terkeluar pada saluran air tersebut.

Cara menyelenggara bahagian – bahagian pam air dilakukan.

1) Menceraikan bahagian-bahagian pam air.


2) Mengeluarkan Penutup mekanikal (Mechanical Seal) dan menukarkan yang baru
3) Mengeluarkan aci pam air dan membersihkan dengan pembasuh kimia
4) Menukar gasket yang baru dan memasang balik bahagian-bahagian pam aie

Rajah 1.6. Cara menyelenggara bahagian-bahagian pam air

You might also like