Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN i

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK 5R 1

Sebelum Pelaksanaan Projek 5R 3

Semasa Pelaksanaan Projek 5R 9

Selepas Pelaksanaan Projek 5R 31

Penutup 32

RUJUKAN 33

LAMPIRAN 34

i
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK 5R DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBAK PAYA,
AYER MOLEK, MELAKA

Disediakan oleh
Nur Izatty Nazira binti Raymie

Bagi memenuhi keperluan kerja kursus Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) setelah
pengagihan tugas dan perbincangan di dalam kelas, saya ditugaskan untuk melaksanakan
projek 5R di sekolah yang saya ditempatkan semasa praktikum fasa 2 iaitu Sekolah
Kebangsaan Tambak Paya (SKTP), Ayer Molek. Projek yang dijalankan ini mempunyai
serampang dua mata kerana selain menjalankan tugasan kerja kursus, sebagai seorang ahli
anggota masyarakat saya juga mengambil kesempatan peluang ini untuk memberi
kesedaran dan mendidik seluruh warga sekolah supaya mengetahui, menghayati serta dapat
mengaplikasikan 5R dalam menguruskan alam sekitar melalui pelaksanaan program yang
dijalankan dengan sokongan dan kerjasama daripada pihak sekolah.

5R merupakan singkatan kepada Recycle (kitar semula), Reuse (guna semula),


Reduce (kurangkan), Rethink (fikir semula) dan Repair (baik pulih). 5R adalah
kesinambungan atau penambahbaikan yang dilakukan daripada 3R yang hanya berfokuskan
kepada aktiviti kitar semula sahaja. Penambahbaikan ini telah menambah dua lagi konsep
iaitu rethink dan repair. Repair atau baik pulih adalah tindakan untuk memeriksa dengan
teliti bagi tujuan membaiki atau memulihkan keadaan sesuatu alat yang telah rosak. Hal ini
adalah untuk memastikan penggunaan sumber asli dapat dikurangkan dengan membaik
pulih alatan yang rosak dan mengitar semula kerosakan bagi peralatan yang tidak dapat
dibaiki sepenuhnya (Mohri, 2010). Rethink iaitu fikir semula diertikan sebagai satu tabiat
yang perlu ada pada setiap masyarakat untuk lebih mengambil berat terhadap alam sekitar.
Reve (2016) berpendapat bahawa ia merupakan satu tindakan di mana seseorang itu perlu
berfikir semula jika sesuatu bahan tersebut boleh dikitar semula, digunakan semula atau
dibaik pulih.

Seterusnya, Recycle iaitu ‘Re’ merujuk kepada ‘melakukan sekali lagi’ dan ‘cycle’
bermaksud ‘pusingan’. Oleh yang demikian, ‘Kitar Semula’ merujuk kepada meletakkan
sesuatu dalam kitaran. Moody & Nogrady (2010) berpendapat bahawa aktiviti kitar semula
adalah dengan mengasingkan sisa dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau
kilang-kilang yang akan memprosesnya semula supaya menjadi produk baru bagi kegunaan
pengguna. Kemudian, Reuse merujuk kepada Sally (2009) menyatakan bahawa reuse
adalah penggunaan semula barangan yang telah digunakan di mana amalan ini dapat
mengurangkan pembuangan barangan atau sisa. Reduce pula merupakan aktiviti
mengurangkan kuantiti sisa yang dijana dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis

1
produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepada pengurangan penggunaan sumber semula
jadi (Hewitt, 2009). Ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-barang yang
dibeli, dihasilkan dan dibuang.

Projek ini akan dijalankan dengan pelaksanaan beberapa aktiviti yang berkaitan
dengan membawa tema ‘Heal The World’. Tujuan pemilihan tema ini adalah untuk memberi
kesedaran kepada murid-murid supaya lebih memahami peranan mereka sebagai anggota
masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan reka cipta daripada bahan
terbuang, pertandingan mewarna, amalan kitar semula dan sudut 5R. Aktiviti pertandingan
reka cipta dan mewarna akan disertai oleh murid tahun 4 dan 5 yang dilakukan pada sesi
petang semasa waktu kokurikulum. Manakala, bagi aktiviti amalan kitar semula akan
melibatkan seluruh warga sekolah yang mendapat kerjasama daripada guru-guru dan pihak
pentadbir sekolah. Program ini telah dijalankan sepanjang tiga minggu yang bermula
daripada 22 Julai sehingga 8 Ogos 2019 dan pengisian program boleh rujuk pada jadual 1.

Jadual 1: Tentatif projek 5R

Tarikh Masa Aktiviti

Pertandingan mereka cipta


23 Julai 2019 02.30 – 04.30 ptg
Pertandingan mewarna

22 Julai 2019
 Projek amalan kitar semula bermula
hingga -
 Pengumpulan bahan kitar semula
26 Julai 2019

26 Julai 2019

hingga - Projek sudut 5R

8 Julai 2019

2
Sebelum Pelaksanaan Projek 5R

Sebelum projek ini dilaksanakan, perbincangan dengan pihak pentadbir iaitu guru
besar, Encik Najib telah dilaksanakan supaya rancangan projek tidak mengganggu aktiviti di
dalam takwim sekolah serta butiran-butiran seperti jawatan kuasa guru yang terlibat serta
kos perbelanjaan yang akan digunakan bagi melaksanakan projek ini. Selain itu, Encik Najib
turut memberikan satu sudut iaitu sudut ‘3K’ kepada saya untuk dibuat mural bertemakan
5R. Oleh itu, saya telah memilih satu dinding daripada tiga dinding yang terdapat pada sudut
3K. Sudut yang disediakan adalah seperti pada rajah 1 dan 2. Setelah perbincangan
dilakukan dengan Encik Najib, beliau meminta saya untuk berbincang lebih lanjut lagi
dengan guru penolong kanan kokurikulum iaitu Encik Arman.

Rajah 1 Sudut 3K yang diberi oleh guru besar

3
Rajah 2 Sudut merupakan ruang menunggu murid semasa waktu pulang

Antara perbincangan yang dilakukan bersama Encik Arman ialah aktiviti-aktiviti yang
melibatkan murid iaitu pertandingan mereka cipta dan pertandingan mewarna serta waktu
yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti ini. Encik Arman mencadangkan supaya aktiviti ini
dilaksanakan pada waktu kokurikulum iaitu pada hari Selasa petang agar ia tidak
mengganggu aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) murid pada sesi pagi. Encik
Arman juga telah meletakkan projek ini di bawah Kelab Doktor Muda dan Alam Sekitar dan
ahli jawatan kuasa pelaksana telah dilantik dalam kalangan guru penasihat-guru penasihat
kelab tersebut yang boleh dirujuk pada lampiran kertas kerja (lampiran 1). Selain itu, butiran
kos perbelanjaan turut dibincangkan seperti kos untuk cat mural dan hadiah murid bagi
kedua-dua pertandingan yang dipertandingkan. Encik Arman telah bersetuju untuk
memperuntukkan RM100 bagi perbelanjaan hadiah yang akan diambil daripada Unit
Kokurikulum, manakala cat mural akan menggunakan cat yang sedia ada di sekolah dengan
memperuntukkan RM100 bagi perbelanjaan tersebut. Butiran perbelanjaan boleh dirujuk
pada lampiran 1.

4
Setelah perbincangan dengan kedua-dua pihak pentadbir iaitu guru besar dan guru
penolong kanan kokurikulum, penulisan kertas kerja dilakukan berdasarkan daripada
perbincangan yang dibuat. Penulisan kertas kerja mengambil masa dua hari untuk disiapkan
dengan lengkap. Setelah itu, sebelum menghantar kertas kerja kepada guru besar untuk
mendapatkan pengesahan supaya projek dapat dijalankan. Saya telah berjumpa dengan
pensyarah bagi kursus ini iaitu Puan Suziela untuk menyemak format dan isi kandungan
kertas kerja. Setelah semakan dibuat oleh Puan Suziela, langkah pembetulan kertas kerja
dibuat dan kemudian dihantar kepada guru besar. Saya turut membuat perbincangan
dengan guru pembimbing iaitu Puan Izzaty mengenai projek 5R yang bakal dijalankan. Puan
Izzaty menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan projek ini dan mengharapkan agar
projek ini dapat memberi manfaat kepada warga sekolah. Kertas kerja yang lengkap boleh
dirujuk pada lampiran 1, manakala lampiran draf kertas kerja sebelum membuat langkah
pembetulan dilampirkan pada lampiran 2.

Setelah kertas kerja disahkan, wang kos perbelanjaan telah diberikan kepada saya
untuk saya uruskan sendiri pembelian hadiah bagi kedua-dua pertandingan tersebut. Melalui
perbincangan dengan pihak pentadbir, bagi pertandingan mewarna akan dipertandingkan
secara individu, manakala pertandingan mereka cipta dipertandingkan secara berkumpulan.
Bagi pertandingan secara berkumpulan, murid dibenarkan untuk membentuk sebanyak tiga
hingga lima orang dalam satu kumpulan. Guru penolong kanan Hal Ehwal Murid, Puan
Nornaliza memaklumkan agar hadiah yang dibeli bukanlah dalam bentuk makanan ringan
tetapi hadiah tersebut perlulah dalam bentuk barangan yang dapat memberi manfaat kepada
murid. Oleh itu, butiran belian dan perbelanjaan bagi pembelian hadiah boleh dirujuk pada
jadual 2 dan bukti resit pembelian boleh dirujuk pada lampiran 3. Baki bagi pembelian
hadiah telah diberikan kepada kami untuk digunakan bagi membeli bahan-bahan untuk
membuat mural. Hadiah-hadiah ini kemudian dibalut menggunakan pembalut hadiah yang
boleh dilihat pada rajah 3.

5
Jadual 2 Butiran perbelanjaan hadiah pertandingan

Harga seunit Kuantiti


Butiran (RM) Jumlah (RM) Catatan

Pertandingan Reka Cipta (berkumpulan)

Buku nota 4.43 5 22.15 Johan

Naib Johan dan


Buku nota 1.79 10 17.90
tempat ketiga

Sagu hati:
Fail 0.92 10 9.20 Tempat keempat
dan kelima

Jumlah 49.25

Pertandingan Mewarna (individu)

Pensel warna (48


15.90 1 15.90 Johan
batang)

Pensel warna (24 Naib Johan dan


7.95 2 15.90
batang) tempat ketiga

Sagu hati:
Pensel warna (12
3.95 3 7.90 Tempat keempat
batang)
dan kelima

Jumlah 39.70

Pembalut hadiah bagi kedua-dua hadiah pertandingan

Pembalut hadiah 0.50 5 2.50

Jumlah keseluruhan 91.45 Baki = RM8.55

6
Rajah 3 Hadiah yang sudah dibalut dengan menggunakan pembalut hadiah

Bagi perbelanjaan cat mural, terdapat perselisihan faham semasa perbincangan


mengenai cat yang sedia ada di sekolah. Cat yang sedia ada mempunyai warna yang terhad
iaitu warna bagi dinding bangunan sekolah sahaja seperti undercoat (putih), kuning dan
oren. Manakala bagi warna pelaka pula, peruntukan masih belum sampai ke sekolah. Oleh
disebabkan waktu yang sangat terhad dan laporan projek perlu dihantar dengan segera,
saya telah menggunakan wang peribadi untuk membeli cat mural berdasarkan warna yang
diperlukan (rajah 3). Butiran perbelanjaan cat mural boleh dirujuk pada jadual 3 dan bukti
resit pembelian boleh dirujuk pada lampiran 4.

Rajah 4 Cat mural yang dibeli

7
Jadual 3 Butiran perbelanjaan bagi membuat mural

Butiran Warna Harga (RM)

Mural 500g Hijau 9.90


Mural 500g Hitam 9.90

Mural 500g Putih 9.90


Mural 500g Biru 9.90

Mural 100g Kuning 3.95


Mural 100g Ungu 3.95
Mural 100g Merah Jambu 3.95
Mural 100g Merah 3.95

Berus leper 2.00


Berus bulat 2.95

Jumlah 60.10

8
Semasa Pelaksanaan Projek 5R

Semasa pelaksanaan, murid-murid telah dimaklumkan empat hari lebih awal mengenai
aktiviti yang akan dilaksanakan pada waktu kokurikulum akan datang iaitu pertandingan reka
cipta dan mewarna. Penyertaan diwajibkan kepada semua murid darjah empat dan lima
kerana ia dianggap sebagai aktiviti kokurikulum pada minggu tersebut. Encik Arman selaku
Guru Penolong Kanan Kokurikulum memberi taklimat ringkas kepada murid pada hari
Jumaat bertarikh 26 Julai 2019 mengenai pertandingan yang bakal dilaksanakan. Hal ini
supaya murid dapat membuat persediaan dengan lebih awal sambil memberi ruang kepada
murid unruk memikirkan idea yang hendak dihasilkan. Encik Arman sekali lagi membuat
peringatan kepada murid semasa ucapan beliau sewaktu perhimpunan pagi pada hari Isnin.
Dalam pada itu, Encik Arman juga menerangkan secara ringkas mengenai 5R kepada murid-
murid (rajah 4). Sebaran kepada murid hanya dilakukan menggunakan bahasa verbal.

Rajah 5 Guru Penolong Kanan Kokurikulum menyampaikan taklimat ringkas mengenai


pertandingan yang akan dilaksanakan

Pertandingan mewarna dan mereka cipta daripada bahan terbuang telah


dilaksanakan pada 23 Julai 2019 yang berlangsung selama dua jam iaitu daripada 2.30
petang hingga 4.30 petang secara serentak. Sebelum pertandingan dimulakan, taklimat
ringkas mengenai syarat-syarat pertandingan diberi kepada murid-murid di mana kesemua
murid berkumpul di kantin (rajah 6). Syarat-syarat bagi pertandingan reka cipta dilampirkan

9
pada lampiran 5. Kemudian, murid-murid beredar ke tempat pertandingan masing-masing
iaitu pertandingan reka cipta berada di dewan (rajah 7 hingga 12), manakala pertandingan
mewarna berada di kantin (rajah 14 hingga 16). Hakim bagi kedua-dua pertandingan ini
dilantik dalam kalangan guru-guru SK Tambak Paya dan setiap pertandingan mempunyai
tiga hakim yang boleh dirujuk pada butiran dalam jadual 4 (rajah 11). Hasil reka cipta murid
boleh dilihat pada rajah 13.

Bagi pertandingan mereka cipta, aspek yang dilihat adalah daripada aspek
kekemasan, kesesuaian tema, kemahiran dan kreativiti dan kerjasama dan interaktif.
Pengagihan markah bagi setiap aspek boleh dirujuk pada lampiran 6. Manakala, bagi
pertandingan mewarna pula tidak ditetapkan aspek yang dinilai tetapi melalui perbincangan
antara tiga orang hakim yang telah dilantik. Jadual 5 menunjukkan keputusan pemenang
bagi kedua-dua pertandingan. Markah juri bagi pertandingan mereka cipta boleh dirujuk
pada lampiran 7 dan hasil warna murid boleh dirujuk pada lampiran 8 yang telah disusun
mengikut kedudukan pemenang. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh guru besar
iaitu Encik Najib semasa perhimpunan pagi sekolah pada 5 Ogos 2019 (rajah 17 hingga 26).

Jadual 4 Senarai nama hakim pertandingan

Bil. Nama Bil. Nama

Pertandingan reka cipta Pertandingan mewarna

1. Puan Rasinah binti Mohamad 1. Puan Izzaty Maisara binti Suhaimi

2. Puan Khairun binti Abdul Karim 2. Puan Nazatul Suhana binti Ishak

3. Puan Noorhalidah binti Abdul Rahman 3. Ustazah Rosnaini binti Mat Isa

Jadual 5 Keputusan pemenang pertandingan

Kedudukan Nama kumpulan / peserta Kedudukan Nama kumpulan / peserta

Pertandingan mereka cipta Pertandingan mewarna

Johan Kumpulan Wardina Johan Lydia Farhani binti Ameran

Naib Johan Kumpulan Hazim Naib Johan Siti Nurbahiyah binti Hamdan

Ketiga Kumpulan Nadirah Ketiga Nur Balqis Dania binti Zaidi

Keempat Kumpulan Dinie Keempat Nabihah Maisarah binti Md Yusup

Kelima Kumpulan Wafa Kelima Hawa binti Hamzah

10
Rajah 6 Guru pelatih memberitahu syarat-syarat pertandingan sebelum pertandingan
dimulakan

Rajah 7 Pertandingan reka cipta berada di dewan

11
Rajah 8 Murid-murid dalam kumpulan masing-masing mereka cipta seperti yang dirancang

Rajah 9 Murid-murid dalam kumpulan masing-masing mereka cipta seperti yang dirancang

12
Rajah 10 Setiap kumpulan diminta membentang hasil reka cipta masing-masing

Rajah 11 Setiap kumpulan diminta membentang hasil reka cipta masing-masing

13
Rajah 12 Murid dinilai oleh tiga orang juri yang dilantik dalam kalangan guru

Rajah 13 Hasil reka cipta murid dipamerkan di dewan

14
Rajah 14 Murid melaksanakan aktiviti mewarna di kantin sekolah

Rajah 15 Murid melaksanakan aktiviti mewarna

15
Rajah 16 Murid melaksanakan aktiviti mewarna

Rajah 17 Guru pelatih memberi kata-kata aluan sebelum menjemput guru besar untuk
menyampaikan hadiah kepada pemenang

16
Rajah 18 Johan bagi pertandingan mereka cipta

Rajah 19 Tempat ketiga bagi pertandingan mereka cipta

17
Rajah 20 Tempat keempat bagi pertandingan mereka cipta

Rajah 21 Tempat kelima pertandingan mereka cipta

18
Rajah 22 Johan pertandingan mewarna

Rajah 23 Naib johan pertandingan mewarna

19
Rajah 24 Tempat ketiga pertandingan mewarna

Rajah 25 Tempat keempat pertandingan mewarna

20
Rajah 26 Tempat kelima pertandingan mewarna

21
Tujuan pertandingan mereka cipta daripada bahan terbuang ini dipilih adalah kerana
aktiviti ini mempunyai kelima-lima unsur dalam konsep 5R di mana murid secara tidak
langsung akan melaksanakan aktiviti kitar semula (recycle) di mana mereka membahagikan
bahan buangan yang akan digunakan. Kemudian, mereka juga telah mengguna semula
(recycle) bahan buangan tersebut dengan mencipta sesuatu produk yang baharu
menggunakan bahan tersebut yang melibatkan aktiviti ‘R’ yang kelima iaitu Repair. Hal ini di
mana, mereka telah membaik pulih fungsi bahan buangan tersebut untuk digunakan dalam
mencipta produk yang baharu. Penggunaan bahan buangan dalam mencipta produk baru
secara langsung membantu mengurangkan penggunaan bahan lain (reduce). Manakala,
rethink berlaku apabila murid menggunakan proses berfikir semasa memilih bahan buangan
yang boleh digunakan dan semasa menjana idea untuk mencipta produk yang baharu.
Secara kesimpulannya, kesemua unsur dalam 5R ini secara tidak langsung dilakukan tanpa
sedar oleh murid semasa aktiviti mereka cipta dijalankan serta turut melatih murid untuk
berfikiran kreatif dan inovatif menggunakan bahan buangan dalam penciptaan produk
baharu.

Pertandingan mewarna pula telah dicadangkan oleh guru penolong kanan


Kokurikulum, Encik Arman untuk dilaksanakan kepada murid sebagai ‘plan B’ bagi murid-
murid yang tidak membawa bahan kitar semula. Oleh itu, pemilihan gambar untuk diwarna
adalah masih mengikut tema projek 5R iaitu ‘Heal The World’. Gambar yang dipilih
mempunyai unsur nilai menjaga alam sekitar di mana murid boleh menjadikan contoh untuk
diamalkan dalam kehidupan seharian. Hal ini juga, murid dapat menghayati gambar tersebut
sambil melaksanakan aktiviti mewarna. Ia juga melatih murid untuk berfikir secara kreatif
untuk menghasilkan hasil warna yang kreatif dan menarik.

Bagi menjayakan projek ini, saya juga telah melibatkan guru-guru dalam
melaksanakan aktiviti kitar semula yang bermula pada 22 Julai 2019 (Isnin). Penyebaran
kepada guru-guru dilakukan menggunakan aplikasi WhatsApp dengan menggunakan poster
(rajah 27). Namun, sebagai guru praktikum saya tidak dimasukkan ke dalam WhatsApp
group rasmi sekolah. Oleh itu, saya telah meminta bantuan daripada guru pembimbing, Puan
Izzaty untuk membantu dalam membuat penyebaran tersebut. Selain guru-guru, kaki tangan
sekolah yang lain seperti Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan pekebun sekolah juga
memberi kerjasama yang amat baik dalam pelaksanaan amalan 3R.

22
Rajah 27 Poster bagi projek 5R

Walau bagaimanapun, amalan 3R ini tidak dapat dilaksanakan jika ruangan atau
tempat untuk membuang bahan kitar semula tidak disediakan. Oleh kerana kos perbelanjaan
adalah terhad, saya telah membuat sendiri tong kitar semula dengan menggunakan bahan-
bahan terbuang iaitu kotak (rajah 28). Kemudian, tong ini telah diletakkan di luar bilik darjah
Pendidikan Khas. Rasional tong ini diletakkan di kawasan tersebut adalah kerana murid-
murid akan melalui kelas Pendidikan Khas untuk ke kantin. Tambahan pula, kelas
Pendidikan Khas ini terletak berhadapan dengan kantin dan terdapat sebuah pondok di
hadapan kelas Pendidikan Khas di mana murid sering menggunakan pondok tersebut
semasa waktu rehat.

23
Rajah 28 Tong kitar semula dibuat daripada bahan terbuang iaitu kotak

Projek 5R ini diharapkan dapat terus diamalkan oleh warga sekolah. Oleh itu, bagi
memberi kesedaran yang berpanjangan kepada warga sekolah. Mural bertemakan 5R dibuat
pada satu sudut yang disediakan oleh pihak sekolah. Tambahan pula, mural yang dibuat
dapat mempromosikan lagi amalan 5R pada jangka masa yang lebih lama. Lokasi dinding
mural berada di kawasan menunggu murid-murid selepas waktu sekolah. Lokasi yang sesuai
ini dapat memberi penghayatan kepada murid-murid yang melihatnya, di samping memberi
kesedaran dalam penjagaan alam sekitar. Jangka masa yang diambil dalam membuat mural
adalah selama tiga minggu di mana proses membuat mural boleh dirujuk pada rajah 29
hingga 42.

Rajah 29 Surat khabar disusun sebelum mengecat dinding

24
Rajah 30 Proses mengecat dinding

Rajah 31 Guru pelatih dibantu oleh pekebun sekolah

25
Rajah 32 Proses mengecat dinding hampir selesai

Rajah 33 Melekat helaian huruf bagi memudahkan proses mengecat huruf

26
Rajah 34 Melukis huruf yang dilekat sebagai penanda untuk dicat dibantu oleh rakan-rakan

Rajah 35 Proses melukis mural dan menanda warna yang dikehendaki

27
Rajah 36 Rakan-rakan membantu mengecat mural yang sudah dilukis

Rajah 37 Hasil setelah mural di bahagian bawah dicat

28
Rajah 38 Melukis bingkai pada huruf menggunakan cat warna hitam

Rajah 39 Proses melukis rumput

29
Rajah 40 Murid membantu menyiapkan mural pada masa terluang

Rajah 41 Proses melukis awan

30
Rajah 42 Hasil akhir mural

Selepas Pelaksanaan Projek 5R

Setelah berlangsungnya projek 5R di sekolah ini, saya dapati bahawa pihak sekolah
mempunyai inisiatif untuk meneruskan projek ini dengan menjalin kerjasama dengan pihak
swasta iaitu Syarikat S-Use. Syarikat S-Use merupakan sebuah syarikat yang membeli
barang-barang kitar semula seperti kertas, tin, plastik, kaca dan minyak masak terpakai.
Harga belian barang-barang terpakai yang ditawarkan oleh syarikat S-Use telah diringkaskan
dalam bentuk jadual pada jadual 6. Wakil daripada syarikat S-Use telah dijemput untuk
memberi taklimat ringkas mengenai syarikat mereka serta aktiviti yang dilakukan oleh
mereka. Wakil syarikat tersebut menyatakan bahawa aktiviti membeli barangan kitar semula
akan dilaksanakan pada setiap hari Selasa di mana Syarikat S-Use akan datang ke sekolah
untuk mengambil dan membeli barangan kitar semula yang telah dikumpul oleh seluruh
warga sekolah.

31
Jadual 6 Harga barangan kitar semula sekilogram yang dinyatakan oleh wakil Syarikat S-Use

Barang Kitar Semula Harga per kg (RM)

Kertas 2.00

Logam 1.80

Kaca 1.60

Plastik 0.70

Minyak masak terpakai 1.20

Bagi sementara waktu, pihak sekolah telah melantik saya sebagai guru yang akan
mengendalikan pengumpulan barangan kitar semula oleh murid-murid yang akan bermula
pada 27 Ogos 2019 iaitu seminggu selepas cuti sekolah. Walaupun begitu, pihak pentadbir
akan melantik guru tetap yang akan menyambung aktiviti ini di sekolah. Saya percaya aktiviti
sebegini dapat diteruskan kerana setelah mengumpul barang, murid akan mendapat
ganjaran dalam bentuk wang selepas menjual barangan kitar semula yang telah
dikumpulkan. Hal ini dapat meningkatkan semangat murid dan memberi ransangan kepada
murid untuk meneruskan amalan ini di luar sekolah. Demikian seperti kenyataan Siti Salwa
et. Al (2015) yang menyatakan bahawa ganjaran dapat memberi kesan yang positif terhadap
sikap dan gelagat individu dan jika ganjaran dapat diurus dengan baik ia juga dapat
meningkatkan motivasi individu untuk lebih bekerja keras bagi mencapai matlamat.

Penutup

Tuntasnya, aktiviti sebegini perlu terus dilakukan oleh pihak sekolah terutama dalam melatih
murid-murid yang masih berada di sekolah rendah sesuai dengan peribahasa Melayu yang
berbunyi ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Justeru, usaha ini adalah penting dalam
memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai dengan menerapkan nilai-nilai
kemasyarakatan dalam diri setiap murid. Selaras dengan pernyataan Mohamad Khairi
(2014) yang menjelaskan bahawa kekuatan sesuatu kurikulum pendidikan bukan sahaja
bergantung pada pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid, tetapi juga
pemupukan nilai-nilai murni agar pendidikan lebih bermakna mencorakkan perkembangan
emosi, sosial, akhlak dan moral murid di masa hadapan.

32
Rujukan

Hewitt, S. (2009). Reduce and Reuse. Canada: Crabtree Publishing.

Mohamad Khairi bin Haji Othman. (2014). Hubungan Penerapan Nilai Murni dalam
Pengajaran Bahasa Melayu dengan Penghayatan Nilai Murni Pelajar. Journal of
Human Development and Communication Volume 3 (Special Issue), 2014 [81-92].
Dicapai daripada https://johdec.unimap.edu.my/images/PDF/Vol%203%20Speci
al%20Issue /Vol_3SI_2014_6_81.pdf pada 15 Ogos 2019.

Mohri, M. (2010). Maintenance, Replacement and Recycling - Patentees' Rights in the


Aftermarkets: Germany, the U.S. and Japan. Munchen: Herbert Utz Verlag.

Moody, J. B. & Nogrady, B. (2010). The Sixth Wave: How to Succeed in a Resource-limited
World. Sydney: Random House Australia.

Reve, M. (2016). Reduce Reuse Recycle Rethink. Australia: Enlighten Press.

Siti Salwa Salim, Shafiqa Roszaide, Azman Ismail & Ishak Yussof (2015). Peranan sistem
ganjaran berdasarkan prestasi dalam meningkatkan komitmen organisasi: Kajian kes
penjawat awam di Putrajaya dan Selangor, Malaysia. Malaysian Journal of Society
and Space 11 issue 10 (51 - 62). Dicapai daripada
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/5x.geografia-si-sept15-sitisalwa- edam
.pdf pada 15 Ogos 2019.

33

You might also like