Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SULIT 3766/1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


Logo

Sekolah

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5


TAHUN 2019 3766/1
PERNIAGAAN
Kertas 1
APRIL 2019
1 ¼ jam Satu jam lima
belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

1. Antara berikut yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

A. Mewujudkan peluang pekerjaan


B. Membantu masyarakat setempat
C. Meningkatkan pendapatan negara
D. Menawarkan barang dan perkhidmatan

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT
SULIT 3766/1

2. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan.

Syer tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada


pemegang syer yang lain.
Apakah jenis pemilikan perniagaan tersebut?
A. Syarikat Perkongsian
B. Syarikat Awam Berhad
C. Syarikat Jaminan Berhad
D. Syarikat Sendirian Berhad

3. Pilih pernyataan yang betul berkaitan francaisor dan francaisi.


Francaisor Francaisi

A Mempunyai Jenama terkenal Memberi hak kepada fancaisor


menggunakan namanya

B Menjalankan promosi bagi Menanggung kos promosi yang dijalankan


pihak francaisi oleh francaisor

C Sentiasa mengawal syarikat Bebas menjalankan perniagaan mengikut


yang menerima hak berniaga kehendak sendiri

D Memberikan hak kepada Membayar francaisor dalam bentuk yang


francaisi untuk menggunakan dipersetujui
namanya

4. Pernyataan manakah BUKAN merupakan kaedah penubuhan Organisasi Bukan


Bermotifkan Untung (OBBU)?
A. OBBU ialah organisasi selain perniagaan
B. OBBU perlu membuat pendaftaran
C. OBBU menjalankan aktiviti selepas mendapat kelulusan
D. OBBU dinafikan hak bersuara melalui penubuhan

5. Manakah yang betul tentang perniagaan bersaiz besar yang terlibat dalam aktiviti
pengilangan?
Jumlah Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap
A RM300 000 hingga kurang daripada 5 orang hingga kurang daripada 75
RM15 juta orang
B RM3 juta hingga kurang daripada 30 orang hingga kurang daripada 75
RM20 juta orang
C RM20 juta dan ke atas 75 orang dan ke atas
D RM50 juta dan ke atas 200 orang dan ke atas

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT
SULIT 3766/1
6. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah inflasi?
A. Mengawal kenaikan harga barang
B. Menurunkan kadar faedah simpanan
C. Meningkatkan permintaan barang
D. Menaikkan kos sara hidup

7. Para peniaga perlu menghasilkan produk yang kreatif dan mencari pasaran baharu supaya
dapat bersaing dalam persekitaran perniagaan yang mengalami trend
A. Meningkat
B. Menurun
C. Mendatar
D. Menyusut

8. Apakah peranan pihak berkuasa tempatan dalam menjaga kepentingan sesuatu kawasan?
I Menyediakan kemudahan awam seperti tandas awam dan perhentian bas
II Mewujudkan gerai untuk penjaja dan pasar tani
III Menjalankan projek pertanian
IV Melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan ekonomi
A. I dan II
B. II dan IV
C. III dan IV
D. I, II dan III

9. Apakah faktor dalaman bagi trend persekitaran perniagaan?


I. Ekonomi
II. Jaringan
III. Pengeluaran
IV. Teknologi
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan III
D. III dan IV

10 Pernyataan manakah yang tepat menerangkan visi perniagaan?


2

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT
SULIT 3766/1
A. Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja
B. Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
C. Penilaian organisasi secara spesifik
D. Tujuan penubuhan organisasi

11 Pernyataan manakah yang mempunyai ciri objektif perniagaan yang baik?


A. Gedung Pakaian Cantik Fesyen menetapkan sasaran jualan yang tinggi sepanjang 2
tahun operasi
B. Kilang Roti Sedap Rasa mensasarkan pengeluaran sebanyak 200 000 unit roti dalam
setahun
C. Makcik Timah menganggarkan 3 000 bungkus nasi lemak terjual di gerainya dalam
tempoh 3 jam
D. Perdana Automatif Berhad berhasrat mengeluarkan 100 000 unit kereta keluaran baru
pada masa hadapan

12. Gambar berikut menunjukkan suatu jenis perniagaan.

VISI MENJADI SYARIKAT MINYAK DAN GAS


ANTARABANGSA YANG TERULUNG DAN TERPILIH

Pernyataan manakah yang membuktikan bahawa Petronas Berhad berjaya mencapai


visinya?

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT
SULIT 3766/1
A Menjalankan tanggungjawab sosial korporat
B Beroperasi secara langsung di merata Negara
C Membangunkan dan menambahkan nilai sumber asli
D Membuat bayaran royalti yang banyak kepada kerajaan

13. Apakah faktor luaran yang boleh membawa pengaruh kepada perubahan objektif
perniagaan?
A Kedudukan geografi
B Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
C Perundangan
D Kebudayaan

14. Bagaimanakah kehadiran pekerja asing di Malaysia menyebabkan pengurusan


perniagaan perlu mengubah suai visi, misi dan objektif perniagaan?

A Mengubah struktur sosiobudaya menyebabkan perubahan kos dan keperluan


B Berlaku perkahwinan campuran
C Wujudnya cara hidup yang berbeza
D Pengaliran wang tempatan ke luar negara

15. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti sebuah bahagian fungsian.


 Menentukan hala tuju dan matlamat organisasi
 Membantu organisasi mencapai matlamat

Apakah bahagian fungsian tersebut?


A Pemasaran
B Pengurusan
C Pentadbiran
D Pengurusan strategik

16. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian X dalam Syarikat Maju
Jaya Sdn. Bhd.

 Merancang program latihan dan


X pembangunan
 Menyediakan kemudahan asas yang
diperlukan oleh pekerja

A. Pengurusan

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT
SULIT 3766/1
B. Pentadbiran
C. Perancangan sumber manusia
D. Pengurusan sumber manusia

17. Pernyataan yang manakah benar tentang tujuan bahagian fungsian teknologi maklumat dan
komunikasi?
A. Mendedahkan maklumat penting organisasi kepada pihak luar
B. Memudahkan komunikasi dalaman (Intranet) dan luaran (Internet)
C. Mempromosikan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di laman sosial
D. Menyelesaikan hutang perniagaan dengan membuat pembayaran secara dalam talian.

18. Mengapakah organisasi menjalinkan hubungan yang baik dengan pembekal?


A. Pembekal menyediakan kemudahan kredit
B. Pembekal membekalkan bahan mentah tepat pada masa
C. Pembekal mengadakan rundingan perniagaan tentang syarat perniagaan
D. Pembekal menawarkan perkhidmatan penghantaran bahan atau barang.
19. Antara yang berikut, bahagian fungsian manakah yang terlibat secara langsung dalam
perancangan dan pembangunan produk baharu dalam organisasi?
I Pemasaran
II Pentadbiran
III Pengagihan
IV Penyelidikan dan pembangunan
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

20. Pernyataan yang manakah yang tepat tentang maksud pengurusan sumber manusia?
A. Satu usaha mengenalpasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi.
B. Aktiviti merekrut pekerja baharu agar berlaku peningkatan kendiri.
C. Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap.
D. Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat jangka panjang
organisasi.

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT
SULIT 3766/1
21. Maklumat di bawah ini menunjukkan peranan pengurusan sumber manusia.
 Menggalakkan kreativiti dan inovasi
 Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

Bagaimanakah peranan di atas dapat membantu kemajuan organisasi dalam jangka panjang?
A. Produktiviti meningkat
B. Pekerja bertambah mahir
C. Motivasi pekerja meningkat
D. Pemantapan budaya professional

22. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Lever’s Tech Berhad.

Syarikat Lever’s Tech Berhad adalah sebuah syarikat yang menghasilkan dan
memasarkan pelbagai barangan dan elektronik. Syarikat ingin mengeluarkan sejenis
produk baharu. Untuk itu, syarikat membentuk satu kumpulan khas seramai lima
orang untuk menyediakan konsep produk.

Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada ahli dalam kumpulan berkenaan ?
I Berdikari
II Kerja berpasukan
III Kemahiran berkomunikasi
IV Penggunaan teknologi terkini
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

23. Maklumat yang berikut berkaitan penggajian

Encik Chan, Encik Bakar, dan Cik Jeya bekerja di sebuah syarikat pengeluaran biskut
dan kek. Encik Chan ialah jurujual syarikat berkenaan. Beliau di bayar sebanyak 15%
daripada jumlah jualan yang dilakukannya. Encik Bakar ialah pekerja sambilan
syarikat dan beliau di bayar sebanyak RM 100 sehari setiap kali hadir kerja.
Sementara Cik Jeya pula ialah kerana akaun syarikat dan beliau di bayar amaun tetap
sebanyak RM2500 sebulan.
6

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT
SULIT 3766/1

Apakah bentuk penggajian Encik Chan, Encik bakar dan cik Jeya?

Encik Chan Encik Bakar Cik Jeya


A Gaji Elaun Upah
B Upah Komisen Elaun
C Komisen Upah Gaji
D Elaun Gaji Komisen

24. Pilih pernyataan yang tepat tentang sumber fizikal perniagaan.


A. Aset nyata sesebuah perniagaan
B. Aset tak ketara sesebuah perniagaan
C. Bangunan dan kemudahan perniagaan
D. Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi perniagaan

25. Apakah tujuan utama pengurusan kilang melakukan penyelenggaraan dan


pembaikpulihan?
I Dapat menjamin kelancaran proses pengeluaran
II Dapat melindungi kilang dan mesin daripada kebakaran
III Dapat memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan
IV Dapat memastikan mesin sentiasa berfungsi dengan baik

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

26. Sumber teknologi manakah yang berkaitan dengan sesebuah organisasi?


A Latihan dan kemahiran
B Kemahiran dan pengalaman
C Pengalaman dan pendidikan
D Pendidikan dan pengetahuan
7

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT
SULIT 3766/1

27. Bagaimanakah perniagaan melindungi sumber teknologi?


A Memohon kelulusan daripada SIRIM
B Memohon lessen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
C Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan pihak MyIPO
D Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan syarikat insurans

28. Rajah di bawah ini menu jukkan proses pengeluaran yang melibatkan sebuah kilang
pakaian.
Input Output
X Proses tambah nilai Baju

X merupakan salah satu sumber fizikal perniagaan . Apakah X?


A Kain
B Pekerja
C Mesin jahit
D Reka cipta fesyen

29. Maklumat yang berikut berkaitan dengan dua kilang roti


Syarikat Roti Enak Syarikat Roti Hasna
Mempunyai bangunan seluas 50 000k2 Mempunyai bangunan seluas 45 000k2
dan kilang dilengkapi dengan mesin menggunakan peralatan yang berteknologi
berteknologi tinggi tinggi serta Berjaya mencipta perisa terbaharu

Syarikat manakah yang lebih mampan?


A. Syarikat Roti Enak kerana mempunyai kilang yang lebih luas
B. Syarikat Roti Enak kerana dilengkapi dengan mesin berteknologi tinggi
C. Syarikat Roti Hasna kerana menguruskan sumber fizikal dan teknologi dengan baik
D. Syarikat Roti Hasna kerana mempunyai stok yang banyak untuk memenuhi permintaan
pelanggan

30. Maklumat berikut berkaitan Cik Anne.

Cik Anne mengusahakan sebuah butik tudung di Bandar Bera,Pahang yang


dikenali sebagai Anggun Hijab. Beliau menggaji seorang pereka tudung dan
empat orang tukang jahit wanita yang berpengalaman. Beliau menggunakan
beberapa jenis mesin jahit yang canggih untuk menghasilkan pelbagai jenis
tudung. Semua mesin jahit ini diselenggara dan dibaiki dari semasa ke semasa.
8

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT
SULIT 3766/1
Semua tudung yang dijual dipamerkan di ruang pameran yang luas bagi
memudahkan pelanggan mereka memilih tudung yang digemari. Cik Anne telah
mengambil insurans kebakaran dan kecurian bagi mengelakkan kerugian.

Antara yang berikut manakah yang merujuk kepada sumber teknologi Anggun Hijab?
A Pelbagai rekaan tudung
B Mesin jahit yang canggih
C Ruang pameran yang luas
D Lesen perisian dan harta intelek
31. Antara berikut, yang manakah sumber pembiayaan dalaman?
I. Modal daripada keuntungan (rizab)
II. Simpanan peribadi
III. Overdraf
IV. Syer
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

32. Maklumat berikut berkaitan dengan rancangan Encik Hafiz.


Encik hafiz ingin menubuhkan sebuah syarikat pengeluaran kasut.

Apakah sumber pembiayaan yang sesuai untuk Encik Hafiz?


A. Simpanan sendiri
B. Sahabat handai
C. Ar-Rahnu
D. Pinjaman bank

33. Antara yang berikut, manakah merupakan kekuatan sumber pembiayaan luaran
bagi agensi kerajaan?
I. Tertakluk kepada syarat pinjaman ketat
II. Terdapat perlindungan cukai daipada pembayaran faedah
III. Jumlah pinjaman boleh disesuaikan dengan keperluan semasa
IV. Memberi peluang kepada peniaga yang tidak mempunyai cagaran
A. I dan II

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT
SULIT 3766/1
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

34. Apakah bahan sokongan yang diperlukan semasa permohonan pembiayaan?


A. Laporan tahunan
B. Prospektus perniagaan
C. Rancangan perniagaan
D. Laporan kewangan

35. Maklumat di bawah berkaitan dengan perniagaan En Azani

Pn Aziani ingin memulakan perniagaan kedai kasut dan memerlukan modal


permulaan sebanyak RM 40,000. Beliau menjadikan emas yang dimilikinya
sebagai cagaran yang dianggarkan bernilai RM60,000

Nyatakan jenis sumber pembiayaan yang sesuai digunakan oleh Pn Aziani?


A Modal permulaan
B Pemfaktoran
C Ar- Rahnu
D Overdraf

36. Apakah maksud penyata kewangan?


A. Penyata yang menunjukkan strategi dan ekuiti pemilik perniagaan.
B. Satu bentuk laporan yang menunjukkan harta dan hutang perniagaan.
C. Satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan bagi
suatu tempoh tertentu
D. Penyata yang menunjukkan punca perolehan dan penggunaan dana/tunai bagi suatu
tempoh tertentu..

37. Butiran manakah yang terdapat dalam Penyata Aliran Tunai?


A. Jualan kredit
B. Hutang lapuk
C. Ambilan barang niaga oleh pemilik
D. Penerimaan daripada penghutang

10

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT
SULIT 3766/1

38. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan penyata kewangan kepada salah satu pihak
berkepentingan.

 Dapat mengetahui hala tuju perniagaan


 Mengetahui bakal pulangan yang akan diperoleh

Siapakah pihak berkepentingan yang berkenaan?


A. Pembekal
B. Pembiaya
C. Pihak pengurusan
D. Pemegang saham

39. Mengapakah perniagaan membuat analisis operasi kewangan perniagaan menggunakan


Titik Pulang Modal (TPM)?
A. Untuk mengetahui aliran tunai semasa perniagaan
B. Untuk mengetahui kedudukan asset, liabiliti, dan ekuiti pemilik
C. Untuk mengetahui untung kasar dan untung bersih perniagaan
D. Untuk mengetahui sama ada jumlah hasil dapat menampung jumlah kos

40. Nisbah semasa Syarikat KMS Bhd. Ialah 0.5 kali. Apakah kesimpulan anda?
A. Syarikat KMS Bhd. mudah mendapat pembiayaan jangka pendek
B. Syarikat KMS Bhd mempunyai asset semasa lebih daripada liabiliti semasa
C. Syarikat KMS Bhd tidak dapat memenuhi tuntutan pemiutang jangka pendek dengan
serta merta
D. Untuk mengetahui sama ada jumlah hasil dapat menampung jumlah kos

KERTAS SOALAN TAMAT

11

[Lihat Halaman Sebelah


3766/1 SULIT

You might also like