Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

Forum

FORUM 1
Posted by : Dr. Zahari bin Hashim
Deadline : 27/10/2018
Attachment : No attachment.

Huraikan dengan jelas perbezaan antara pengurusan pendidikan dengan pentadbiran pendidikan. Berikan
pendapat anda adakah seseorang pengetua atau guru besar adalah merupakan seorang pengurus atau
pentadbir?

Sorry. This Forum was closed. Back to Forum List.

Post:
2018-10-24 11:35:12

M20172001852 | Qamal Taqreem Bin Hamza

[Closed]

Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu di beri perhatian, kerana menurut kajian yang telah dijalankan di
Malaysia, pembolehubah pengurusan seperti kepimpinan guru besar adalah pengaruh utama dalam menentukan kualiti pendidikan dan
pencapaian akademik pelajar. Menurut Peter F .Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama,penyertaan
dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini
disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi.(Morphet et al,
1982). Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan
yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses
pentadbiran ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kcil serta organisasi formal dan juga tidak formal. Untuk
mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan
pentadbiran . Griffiths (1959), menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkah lakuyang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah
proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker (1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan
sumber yang paling berharga. Stoner (1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha
ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Sementara itu Campbell, Bridges dan
Nystrand (1977) pula berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan iakah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota
bagi memenuhi matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau instisusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan
pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institut pendidikan guru dan juga universiti. Pentadbiran
sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisasi untuk memenuhi
matlamat dan tujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Dalam organisasi, konsep Pentadbiran dan
pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses
mengarah,mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih menitikberatkan
kepada perkhidmatan bukan kepada keuntungan.
Posts:
2018-10-14 10:26:34

M20181000981 | Dang Qian Lei

[Closed]

Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Qamal bahawa guru besar atau pengetua lebih menjurus kepada menjadi seorang
pengurus di sekolah. Seseorang pengetua hanya akan disegani oleh semua guru-guru dan murid-murid apabila beliau
merupakan seorang yang mesra dan senang didekati. Kebanyakan pengetua atau guru besar mengganggap mereka
mempunyai jawatan yang tinggi dan mereka boleh mengarah guru-guru untuk melaksanakan tugasan mengikut arahan
beliau. Walaupun guru-guru akan melaksanakan mengikut arahan yang diberikan tetapi mereka berasa mereka dikongkong
dan tiada kebebasan untuk menyerlahkan potensi mereka. Oleh itu, seorang pengetua yang berperanan sebagai pengurus
akan disenangi oleh guru-guru kerana guru-guru diberi kebebasan dalam melaksanakan tugasan yang diberi dan pendapat
mereka didengar dan diterima oleh pengetua.

Posts:
2018-10-27 18:35:18

M20171000519 | Sitinoraini Binti Mohamad

[Closed[

Setiap pengetua mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza. Hal ini akan memberi pengaruh kepada gaya
pengurusan seseorang pengetua tersebut.

Namun, pengetua merupakan pengurus kepada organisasi masing-masing iaitu sekolah.

Di bawah pengurusan sekolah, terdapat jabatan-jabatan dan panitia-panitia yang berbeza yang perlu
diuruskan oleh pengetua tersebut. Namun, pengetua sebagai pengurus dan pentadbir perlu bijak
membahagikan tugas tersebut dan memastikan bahawa tugas dilaksanakan dengan baik oleh para guru.

Posts:
2018-10-14 22:00:35
M20172001850 | Nor Azlan Bin Aminuddin

[Closed]

Saya amat bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh saudara. Peranan dan fungsi pengetua
sebagai pengurus sekolah adalah untuk mencetuskan usaha-usaha peningkatan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan sentiasa melakukan inovasi dan sekaligus menghargai inovasi tenaga
kerja. Pengetua hendaklah mempunyai cita-cita dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkat
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan di sekolah yang diurusnya. Sekolah perlukan
seorang pengurus yang berjiwa besar, bersemangat dan bercita-cita tinggi kerana kepemimpinan sekolah
adalah begitu kompleks. Sebahagian besar inputnya adalah manusia., manakala outputnya juga adalah
manusia. Pengetua terpaksa berhadapan dengan guru-guru pimpinannya dan pelajar sebagai sasarannya. Di
sekelilingnya adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah itu, melalui anak-anaknya. Jadi, sebagai seorang pengurus yang berjaya, beliau
terpaksa berhadapan dengan tiga dimensi, iaitu guru dan kakitangan sokongan, murid dan masyarakat
dalam urusan sehariannya. Pengetua adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah dalam usaha
untuk menjana minda pelajar untuk masa hadapan.

Posts:
2018-10-24 13:44:00

M20171000748 | Puteri Dewi Binti Anuar

[Closed[

saya juga bersetuju dengan pendapat kawan-kawan yang menyatakan pengetua lebih cenderung kepada
pengurusan di sekolah. Namun pada pendapat saya pemberatan bagi kedua bidang tugas ini adalah sama
kerana pengetua adlah ketua pentadbir manakala pengurusan adalah bagaimana corak kepimpinan pengetua
tersebut dalam memastikan urusan pentadbirannya berjalan lancar. Oleh itu, pada pendapat saya, pengetua
adalah pentadbir dan pengurus di sekolah dan kedua elemen ini tidak dapat dipisahkan

Posts:
2018-10-27 18:58:59

M20171000519 | Sitinoraini Binti Mohamad

[Closed[
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa pengetua perlu mempunyai cita-cita yang tinggi dan sentiasa mencari idea-idea baru supaya dapat
meningkatkan prestasi dan akademik sekolah.

Namun, sebagai seorang pembuat keputusan bagi organisasi yang dibawa, seseorang pengetua juga perlu mendapatkan pandangan daripada
kakitangan bawahannya.

Hal ini demikian kerana untuk meningkatkan prestasi sesebuah organisasi, keseluruhan unit dalam organisasi tersebut perlu bergerak secara
seiring dan pengetua akan membuat keputusan yang sewajarnya setelah menimbang tara pandangan daripada semua pihak.

Posts:
2018-10-23 20:49:54

M20171000245 | Govind Maniam

[Closed]

Saya sependapat dengan Encik Qamal, ini kerana pentadbiran adalah proses yang sistematik untuk
mentadbir organisasi institusi pendidikan seperti sekolah. Fungsi utama pentadbiran ialah pembentukan
rancangan, dasar, dan prosedur, penubuhan tujuan dan objektif, menguatkuasakan peraturan dan peraturan,
dll. Pentadbiran meletakkan rangka asas organisasi, di mana pengurusan organisasi berfungsi. Sifat
pentadbiran adalah birokrasi. Ia adalah istilah yang lebih luas kerana ia melibatkan peramalan, perancangan,
penganjuran dan membuat keputusan di peringkat tertinggi perusahaan. Pentadbiran mewakili lapisan atas
hierarki pengurusan organisasi.

Posts:
2018-10-25 17:05:26

M20171000148 | Saranya A/P Kaliappan

[Closed]

Saya seteju dengan pendapat cikgu Qamal. Pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses
mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Pengurusan sering dikaitkan dengan
pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi 3 elemen utama iaitu
pengurus, organisasi dan tatacaraatau garis panduan pengurusan. Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara
satu sama lain danmempunyai hubungkait yang seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang
adakalanya bertindak sebagai “master mind” dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga bertindak
sebagai pelaksana.

Posts:
2018-10-26 00:45:55

M20171000598 | Arunah Shivji

[Closed]

Menurut Gilbert (1998), pihak pengurus sentiasa mempunyai kebimbangan yang tinggi dalam
menyelesaikan masalah dalam sesebuah organisasi yang dipertanggung jawabkan ke atas mereka. Akibat
daripada ketidakcekapan dan kecuaian mereka, ia akan memberi kesan dan impak yang besar terhadap
organisasi. Menurutnya lagi, kos bagi menjalankan sesuatu latihan perlu dibuat dengan sistematik dan perlu
dirancang agar tidak dibazirkan dengan latihan yang tidak bermanfaat dan kerana itu pihak pengurusan perlu
memberi masa yang lebih dan berhati-hati dalam merangka sesuatu latihan terhadap peserta dalam program
latihan. Guru besar atau pengetua yang kurang bijak dalam mengurus dan menyelia orang bawahannya akan
memberi masalah terhadap organisasi dan menurunkan produktiviti. Ini jelas menunjukkan bahawa pengetua
atau guru besar yang tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang secukupnya dalam
pengurusan sumber manusia memberi kesan dalam kepimpinannya ketika mengurus guru di bawahnya.
Kepada guru, mereka memandang pengetua atau guru besar sekolah sebagai model yang boleh dicontohi,
dan mereka berharap guru besar dapat memberi kekuatan, perlindungan dan aspirasi kepada mereka.
Tuntasnya, pengurusan pendidikan mempunyai maksud yang sama dengan pentadbiran pendidikan, namun, bagi organisasi yang mementingkan
keuntungan, maka, pentadbiran berada di bawah pengurusan.
Posts:
2018-10-26 16:53:29

M20171000583 | Zulfahmi Bin Amirudin

[Closed]

Bagi pendapat saya, pengetua atau guru besar mempunyai peranan dalam pengurusan dan pentadbiran
diperingkat sekolah secara generalnya. Hal ini kerana melalui pembacaan saya beberapa jurnal 'model
kepimpinan pengajaran pengetua dan kompetensi pengajian guru', 'gaya kepimpinan pengetua wanita dan
hubungannya dengan tahap motivasi guru', dan lain-lain jurnal menunjukan bahawa pengetua dan guru besar
secara langsung terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Posts:
2018-10-27 23:41:15

M20172002142 | Mohd Azam Bin Mohd Ariff

[Closed]

Betul tu. Mentadbir dan mengurus tidak jauh bezanya. Bagi saya, mentadbir adalah meletakkan sesuatu itu betul di tempatnya. Manakala
mengurus pula memastikan perletakkan itu berfungsi dengan sebaiknya.

Post:
2018-10-13 19:40:51

M20181000981 | Dang Qian Lei

[Closed]

Konsep kepimpinan seringkali bertindan dengan dua istilah penting iaitu pengurusan pendidikan dan pentadbiran
pendidikan. Kedua-dua ini tidak mempunyai banyak perbezaan kerana ia adalah saling berkait antara satu sama lain. Walau
bagaimanapun, ia masih tetap mempunyai beberapa perbezaan.

Pengurusan Pendidikan

- Objektif adalah dinyatakan secara spesifik

- Faktor kejayaan- Pemimpin akan mencari cara-cara untuk mencapai kejayaan

- Struktur- hierarki rendah ( pengamanahan maksimum)


- Kemahiran- numerasi melalui statistik dan angka

- Sikap- aktif, sensitif terhadap masa, ambil risiko seminima mungkin dan bertindak bebas

- Melakukan sesuatu berdasarkan kehendak dan keperluan‘ do things right’

- Pengagihan arahan kerja & kuasa

- Keputusan dicapai melalui persetujuan bersama

- Peraturan & prosedur hanya sebagai garis panduan dan pematuhan adalah bersifat pilihan

Pentadbiran Pendidikan

- Objektif - dinyatakan dalam bentuk yang umum

- Faktor kejayaan- Pemimpin akan bertindak dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan

- Struktur- hierarki tinggi ( pengamanahan terbatas)

- Kemahiran- literasi melalui laporan dan nota

- Sikap- pasif, kurang sensitif terhadap masa, cuba mengelakkan risiko, bertindak seragam

- Melakukan sesuatu yang sepatutnya- ‘do right things’

- Berpusatkan arahan dan kerja

- Keputusan- one man decision

- Pematuhan secara mutlak kepada peraturan & prosedur.

Pada pendapat saya, seseorang pengetua atau guru besar adalah merupakan seorang pengurus dan juga pentadbir di sebuah
sekolah. Kedua-dia ini adalah saling berkait rapat, oleh itu seseorang pengetua atau guru besar haruslah memiliki kedua-dua
peranan ini pada masa yang sama. Berdasarkan pemerhatian saya di sekolah saya, pengetua di sekolah saya lebih menjurus
ke arah menjadi seorang pengurus daripada pentadbir. Beliau amat menghormati pendapat daripada guru-guru dan bersedia
untuk menggunakan pendapat yang dicadangkan oleh guru-guru di sekolah sekiranya pendapat yang diberikan baik dan
bernas. Selain itu, beliau juga meminta persetujuan daripada semua guru-guru di sekolah sebelum melaksanakan sesuatu
program di sekolah. Beliau tidak akan mengarahkan guru-guru untuk melaksanakan program yang hanya akan membawa
keuntungan kepada kepentingan sendiri sahaja. Sekiranya sekolah mempunyai program-program, beliau akan mengagihkan
tugasnya kepada penolong kanan dan juga guru-guru. Beliau tidak akan memaksa guru-guru untuk bertindak berdasarkan
cara pengurusan beliau kerana beliau percaya bahawa setiap individu adalah unik dan mempunyai cara yang tersendiri.
Beliau sering memberi kebebasan kepada guru-guru dalam melakukan aktiviti yang hendak dijalankan asalkan
aktiviti-aktiviti tersebut tidak melanggar peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi
dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Bagi
saya, kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung pada kejayaan seseorang pengetua dalam menguruskan sekolah.
Sekiranya seseorang pengetua itu disegani oleh semua guru-guru dan murid-murid, semua atur cara dan program yang
dirancang pasti akan berjalan dengan lancar.
Posts:
2018-10-24 11:36:59

M20172001852 | Qamal Taqreem Bin Hamza

[Closed]

Saya amat bersetuju dengan pandangan saudari, Dalam institusi pendidikan, pentadbiran dan pengurusan merupakan bahagian yang besar dalam
sesebuah organisasi dan tidak boleh di pisahkan. Kedua-dua bahagian ini sangat penting di dalam usaha untuk menegak dan mengukuhkan lagi
sesebuah badan organisasi. Tanpa salah satu bahagian ini, maka sesebuah organisasi yang wujud tidak akan lengkap, bermasalah dan tidak
bertahan lama. Organisasi seperti sekolah memerlukan pengurusan dan pentadbiran yang kuat agar mampu mencapai objektifnya yang tersendiri.
Namun demikian, terdapat sesetengah orang yang kurang jelas akan maksud dan konsep sebenar mengenai pengurusan dan pentadbiran
disebabkan oleh pemahaman secara kasar yang mana kedua-dua bahagian ini hampir mempunyai maksud yang sama. Dalam organisasi yang
berorientasikan fungsi perkhidmatan, pengurusan merupakan sebahagian daripada pentadbiran tetapi bagi institusi swasta yang mementingkan
keuntungan, pentadbiran merupakan sebahagian daripada pengurusan, kerana ia lebih kepada pencapaian matlamat organisasi melalui
penggunaan sumber-sumber secara ekonomi. Membuat keputusan merupakan satu aktiviti tertentu yang dilakukan oleh pihak pengurusan
sedangkan pihak pentadbiran menjalankan tugas-tugas rutin yang tidak menumpukan kepada kepentingan membuat keputusan.

Posts:
2018-10-24 13:51:49

M20171000748 | Puteri Dewi Binti Anuar

[Closed[

Pada pemahaman saya, sememangnya pengurusan pendidikan mempunyai maksud yang sama dengan
pentadbiran pendidikan, namun, bagi organisasi yang mementingkan keuntungan, maka, pentadbiran berada
di bawah pengurusan.

Dalam organisasi yang berorientasikan fungsi perkhidmatan, pengurusan merupakan sebahagian daripada
pentadbiran tetapi bagi institusi swasta yang mementingkan keuntungan, pentadbiran merupakan sebahagian
daripada pengurusan, kerana ia lebih kepada pencapaian matlamat organisasi melalui penggunaan
sumber-sumber secara ekonomi.

Maka di sekolah, merupakan organisasi yang berorientasikan perkhidmatan yang berfokuskan kemenjadian
murid, maka pengurusan berada dibawah naungan satu pentadbiran di sekolah.

Posts:
2018-10-14 22:36:10
M20172001850 | Nor Azlan Bin Aminuddin

[Closed]

Saya bersetuju dengan idea yang telah dinyatakan oleh saudari. Pengetua adalah orang yang memainkan
peranan yang amat penting di sekolah. Dia adalah seorang pentadbir dan pengurus pada masa yang
sama. Sebagai seorang pentadbir pendidikan, maka dia perlu kepada proses kerjasama di antara dua
orang atau lebih yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan
sebelumnya. Kecemerlangan dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah bermaksud kejayaan pengetua
menggerakkan sumber bagi mencapai objektif organisasi dan membentuk halatuju organisasi, mengamalkan
konsep pembelajaran sepanjang hayat dan membawa perubahan serta kualiti peribadi dan
professional. Antara penentu kepada kejayaan sesebuah sekolah adalah berasaskan kepada
kebijaksanaan dan kepekaan pengetua dengan keadaan sekelilingnya. Beliau mestilah pandai mencari
punca sesuatu masaalah dan menyelesaikan berasaskan kepada punca-punca masalah tersebut. Pengetua
sebagai pentadbir dan pengurus sekolah yang berkualiti menjadi teraju utama di sekolah dalam usaha
meningkat prestasi akademik di sekolah.

Posts:
2018-10-24 12:02:59

M20171000725 | Madhavan A/L Besunderam

[Closed]

Saya amat bersetuju dengan pendapat anda. Pengurus dan Pentadbir merupakan dua peranan yang sangat
penting dalam mengukuhkan sistem sesuatu organisasi.Kedua-dua aspek ini merangkumi keseluruhan aspek
dalam sesuatu organisasi.Pengetua atau guru besar juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas seperti
Menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah, Mencari maklumat , menentukan sumber , dan
menyediakan khidmat bimbingan,Mencadangkan polisi-polisi,tindakan serta Merancang dan melaksanakan
perancangan.
Posts:
2018-10-24 16:57:46

M20181000551 | Zahida Hanim Binti Zaini

[Closed]

Benarkan saya menambah sedikit pandangan. Peranan dan fungsi pengurus yang memimpin adalah mencetuskan usaha-usaha peningkatan
keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran dengan sentiasa melakukan inovasi dan sekaligus menghargai inovasi tenaga kerja (Sokarno,
1994). Begitulah peranan seorang Pengetua ataupun guru besar. Sekolah perlu seorang pemimpin yang berjiwa besar, semangat dan cita-cita
tinggi kerana kepemimpinan sekolah adalah begitu kompleks. Sebahagian besar inputnya adalah manusia. Manakala outputnya juga adalah
manusia, tidak seperti firma atau kilang-kilang yang mengeluarkan produk yang berupa barangan (Goods). Pengetua terpaksa berhadapan
dengan guru-guru pimpinannya dan pelajar-pelajar sebagai sasarannya. Di sekelilingnya adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu, melalui anak-anaknya. Jadi, sebagai seorang pengetua terpaksa berhadapan dengan tiga dimensi,
guru dan kakitangan sokongan, murid dan masyarakat.

Posts:
2018-10-25 17:11:54

M20171000148 | Saranya A/P Kaliappan

[Closed]

Saya amat berseteju dengan pandangan saudari, seseorang pengetua atau guru besar adalah merupakan
seorang pengurus dan juga pentadbir di sebuah sekolah. Kedua-dua ini adalah saling berkait rapat, oleh itu
seseorang pengetua atau guru besar haruslah memiliki kedua-dua peranan ini pada masa yang sama. Sebagai
pengetua dan pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat yang bertindak menterjemah segala visi,
misi dan objektif dalam bentuk perlaksanaan yang akan dijalankan mengikut jadual perancangan yang
digariskan. Usaha untuk mengarah dan memantau perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh
pengetua dengan dengan pendekatan yang subjektif berdasarkan gaya kepimpinan dan kemampuan
memanipulasikan kebolehan berkomunikasi yang unik dan tersendiri.
Posts:
2018-10-26 00:25:48

M20171000598 | Arunah Shivji

[Closed]

Saya difahamkan bahawa secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang
melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Menurut Henry Fayol dianggap sebagai pemikir
Teori Pengurusan Moden dan antara karya beliau yang terkenal adalah ‘Administration Industrielle et Generale (1916). Beliau memberikan
penekanan kepada fungsi organisasi. Menurutnya fungsi organinasi ini haruslah mantap dan berkemampuan untuk menggerakkan organisasi
untuk mencapai objektif yang ditekankan. Henry Fayol memperkenalkan 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam sesebuah organisasi seperti
berikut:-

1. Pembahagian Kerja

2. Autoriti & Kewibawaan

3. Disiplin

4. Penyelarasan Arahan

5. Seorang Ketua Bagi Satu Organisasi

6. Mementingkan Kehendak Masyarakat Daripada Kehendak Individu

7. Ganjaran Berbentuk Gaji

8. Pemusatan Kerja/Kuasa

9. Hirarki

10. Kebolehan Sesuai Dengan Tugas

11. Persamaan

12. Kestabilan Kerja

13. Inisiatif @ Daya Usaha

14. Espirit De’ Coup


Post:
2018-10-13 21:59:04

M20172002142 | Mohd Azam Bin Mohd Ariff

[Closed]

Menurut Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan
menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matklamat pendidikan. Beliau melihat pentadbiran pendidikan
sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan,
pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan.

Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan,
menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam
sesebuah organsasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah,
dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam
usaha mencapai matlamat pendidikan.

Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai
digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas kedua-duanya terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan (Rosy Talin
2002).

Berdasarkan definisi di atas, pada pendapat saya, seorang PGB haruslah mempunyai kebolehan dan tanggungjawab sebagai Pengurus dan juga
sebagai Pentadbir kerana dalam konteks sektor pendidikan di Malaysia ini, terutamanya sekolah bantuan kerajaan (SBK), kedua entiti ini tidak
boleh dipisahkan kerana ianya saling melengkapi. Namun begitu, keadaan ini agak berbeza bagi sekolah swasta yang terdapat perbezaan antara
pengurusan pendidikan dengan pentadbiran pendidikan. Ini kerana, kebanyakan sekolah swasta di Malaysia ini mempunyai Ahli Lembaga
Pengarah yang terdiri daripada individu yang berlainan dengan kakitangan akademik. ALP sekolah swasta lebih menjurus kepada pengurusan
manakala PGB mereka akan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran.

Posts:
2018-10-18 15:44:49

M20181000981 | Dang Qian Lei

[Closed]

Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Azam di mana pengetua atau guru besar haruslah
berperanan sebagai seorang pengurus dan juga pentadbir. Kedua-dua peranan ini adalah saling
melengkapi dan berkait rapat. Saya berpendapat bahawa seseorang pengetua haruslah
mempunyai sifat kepimpinan dalam merancang dan mengelola sebarang aktiviti yang dijalankan di
sekolah untuk memastikan bahawa semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, guru
besar juga harus mempunyai sifat terbuka iaitu mendengar semua pendapat yang diutarakan oleh
guru-guru dan menerima pendapat mereka sekiranya pendapat mereka bernas.
Posts:
2018-10-14 19:34:42

M20172001852 | Qamal Taqreem Bin Hamza

[Closed]

Saya bersetuju dengan pandangan saudara tentang kepentingan pengurusan dan pentadbiran pendidikan.
Menurut Newman (1963), dalam bukunya yang bertajuk Administrative Action, beliau mendefinisikan
pentadbiran sebagai satu bimbingan, kepimpinan dan kawalan daya usaha kumpulan pekerja kearah
pencapaian matlamat. Bagi Walker (1977), mendefinisikan pentadbiran sebagai satu proses untuk
menyelaraskan aktiviti-aktiviti organisasi melalui pembentukan matlamat dan polisi dan menentukan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya. Campbell (1983) pula, dalam bukunya
Introduction to Educational Administration, mendefinisikan pntadbiran pendidikan sebagai pengurusan
sesebuah institusi pendidikan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Menurut Denyer
(1977), pengurusan ialah proses mengarah dan mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan dan
pengarahan terhadap tugas-tugas kakitangan. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan arahan dan
kawalan kepada empat factor, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan alatan

Posts:
2018-10-14 23:13:24

M20172001850 | Nor Azlan Bin Aminuddin

[Closed]

Saya bersetuju dengan pandangan yang telah saudara Azam lontarkan. Pengetua merupakan individu
terpenting di peringkat sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus
sekolah. Kecemerlangan sesebuah sekolah berpunca daripada pengurusan dan pentadbiran
pengetuanya. Disamping itu, kejayaan sistem pentadbiran sebuah sekolah bergantung kepada kualiti
kemudahan dalam sekolah, kualiti kurikulum, sumber pengajaran, kualiti kepimpinan pengetua dan
kemahiran professional guru-gurunya. Jelaslah pembentukan organisasi sekolah berkesan sangat
bergantung kepada kepimpinan dan pengurusan pengetuanya.
Disamping itu, pengetua dianggap sebagai nadi sesebuah sekolah dimana sekiranya corak pentadbiran dan
pengurusannya dapat memberi kepuasan kepada semua kakitangannya yang terdiri dari guru-guru dan bukan
guru akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung prestasi guru dan
kakitangan lain akan meningkat. Corak pentadbiran dan pengurusan pengetua yang sesuai dapat
meningkatkan prestasi guru seterusnya meningkat keberkesanan organisasi sekolah. Sebaliknya corak
pentadbiran dan pengurusan pengetua yang tidak sesuai akan mengujudkan hubungan yang kurang baik
dengan guru. Ini menjadi punca tekanan kepada guru. Kajian menunjukkan bahawa tekanan yang
berlebihan kepada pekerja boleh menjejaskan keberkesanan organisasi. Amalan pentadbiran dan
pengurusan sekolah yang berkesan dapat meningkatkan prestasi guru dan pencapaian pelajar serta
seterusnya meningkatkan keberkesanan dan kejayaan organisasi sekolah.

Posts:
2018-10-24 13:49:52

M20171000725 | Madhavan A/L Besunderam

[Closed]

Saya pun bersetuju dengan pendapat anda dimana Pengetua merupakan individu terpenting di peringkat
sekolah kerana peranannya sebagai pentadbir dan pengurus sekolah. Corak pentadbiran dan pengurusan
pengetua yang sesuai dapat meningkatkan prestasi guru seterusnya meningkat keberkesanan organisasi
sekolah. Pengetua juga dipertanggungjawabkan untuk memimpin, beliau seharusnya menjadi ketua kepada
organisasi sekolah yang dipimpin.Pngurusan yang cekap melahirkan satu organisasi yang berkesan.

Posts:
2018-10-25 17:28:50

M20171000148 | Saranya A/P Kaliappan

[Closed]

Saya berseteju dengan pendapat cikgu Azam, seorang pengetua harus mempunyai kebolehan dan
tanggungjawab. Pengetua biasanya mempunyai kuasa bagi membolehkannya melaksanakan
tanggungjawabnya mengemudi organisasi di samping menjalankan fungsinya mengetuai subordinatnya.
Kuasa diperolehi samada sumber perundangan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan yang
digubal semasa organisasi ditubuhkan atau kuasa diberikan dengan persetujuan kolektif semua ahli dalam
organisasi tersebut. Kuasa yang ada pada pengurus secara idealnya dibayangi oleh etika yang sekiranya
dikendalikan dengan baik dan menghormati “the spirit of ethic” akan menjadikan pengetua dilihat
mengemudi organisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa.
Posts:
2018-10-26 16:59:00

M20171000583 | Zulfahmi Bin Amirudin

[Closed]

Saya sangat bersetuju dalam hal ini kerana pengetua atau guru besar sangat berperanan dalam pentadbiran
dan pengurusan di sekolah. Pengetua atau guru besar memangnya perlu mempunyai dua kerektor ini dalam
sekolah kerana dengan ada ciri-ciri melalui dua kerektor ini mampu menunjukan bahawa individu itu
mempunyai kepimpinan yang sangat baik dalam menentukan halatuju sekolah.

Posts:
2018-10-27 19:05:14

M20171000519 | Sitinoraini Binti Mohamad

[Closed]

Walaupun pengetua bertindak sebagai pentadbir dan pengurus, menjadi pengetua juga mempunyai cabaran-cabaran yang harus ditempuh.

Hal ini demikian kerana tugasan sebagai seorang pengetua tidak sama dengan orang bawahannya. Pengetua bertindak sebagai perancang dan
juga pembuat keputusan untuk sesebuah organisasi yang dipimpin.

Namun, jika berlaku kepincangan dari segi kerjasama guru-guru dan kegagalan melaksanakan tugasan dengan baik, maka pengetua tersebut
perlu menggalas tanggungjawab itu.

Maka, pengetua sebagai pembuat keputusan perlu bijak membuat kajian terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu program atau projek
baharu di sekolah.

Posts:
2018-10-27 20:07:09

M20171000583 | Zulfahmi Bin Amirudin


[Closed]

Saya bersetuju dengan pendapat tuan bahawa pengetua atau guru besar sememangnya tongak utama di
peringkat sekolah kerana peranannya sebagai pentadbir dan pengurus sekolah. Ciri-ciri pentadbiran dan
pengurusan pengetua atau guru besar yang baik dapat meningkatkan prestasi guru dan kakitangan sekolah
seterusnya meningkat keberkesanan organisasi sekolah. Pengetua juga dipertanggungjawabkan untuk
memimpin, beliau seharusnya menjadi ketua kepada organisasi sekolah yang dipimpin. Pengurusan yang
baik mampu melahirkan satu organisasi yang cemerlang.

Post:
2018-10-14 22:06:21

M20172001850 | Nor Azlan Bin Aminuddin

[Closed]

Dalam institusi pendidikan, pentadbiran dan pengurusan merupakan bahagian yang besar dalam sesebuah
organisasi dan tidak boleh dipisahkan. Kedua-dua bahagian ini sangat penting di dalam usaha untuk
menegak dan mengukuhkan lagi sesebuah badan organisasi. Organisasi seperti sekolah memerlukan
pengurusan dan pentadbiran yang kuat agar mampu mencapai objektifnya yang tersendiri.

Campbell (1983) pula, dalam bukunya Introduction to Educational Administration, mendefinisikan


pentadbiran pendidikan sebagai pengurusan sesebuah institusi pendidikan untuk mempertingkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran. Tanggungjawab pentadbir pendidikan adalah untuk mempengaruhi tingkah
laku kakitangan atau orang bawahan dalam usaha sesebuah organisasi kearah pencapaian matlamat.

Stoner (1984) dalam Management, menyatakan pengurusan pendidikan sebagai satu proses untuk
merancang, mengelola, mengarah dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan pengurusan
sumber-sumber organisasi yang lain untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditentukan. Seorang
pengurus yang berjaya, mereka berupaya melaksanakan keempat-empat fungsi asas pengurusan iaitu
perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan di dalam organisasinya. Kebanyakan
pengetua terlibat lebih daripada satu aktiviti pada masa yang sama.

Bagi Omardin (1999) dan Zaiton (2001) seseorang guru besar atau pengetua perlu berperanan dalam
pengurus dalam aspek pengurusan pejabat, perkhidmatan dan perjawatan, hal-ehwal pelajar, pendaftaran
pelajar, akademik, kokurikulum, bimbingan dan kaunseling, skim pinjaman buku teks, biasiswa, asrama,
pusat sumber, koperasi sekolah, kantin, peperiksaan, kewangan, pembangunan sekolah, persatuan ibu bapa
dan guru dan pengurusan sekolah berkesan.

Manakala Prof Dr Mohd Majid Konting (2018) menyatakan tugas utama pengetua atau guru besar adalah
pentadbir organisasi ke arah pencapaian visi dan misi sekolah. Sebagai pentadbir, pengetua perlu
mempunyai wawasan yang mengujakan dan jelas serta berupaya menggembleng warga sekolah untuk
bersama mencapai wawasan tersebut. Pengetua telah diamanah dan dipertanggungjawabkan untuk
memimpin, beliau seharusnya menjadi ‘bos’ kepada organisasi sekolah yang dipimpin. Justeru, golongan
itu juga perlu mentadbir dan mengurus sekolah serta tugas hakiki lain yang ditentukan oleh pihak
berkepentingan, misalnya Kementerian Pendidikan (KPM) dengan berkesan dan cekap.

Tuntasnya, setelah diteliti dan diperhalusi, peranan pengetua sebagai pengurus atau pentadbir yang
dikemukakan banyak persamaannya . Perbezaan cuma daripada segi istilah yang digunakan, namun
banyak persamaan wujud daripada segi kandungan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru besar atau
pengetua. Standard-standard ini juga adalah sama seperti Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia (SKKSM) yang dikemukakan oleh IAB pada tahun 2006. Isu-isu baru dalam bidang pendidikan
yang semakin kompleks memerlukan kefahaman dan pentaksiran semula konsep-konsep pentadbiran dan
pengurusan oleh guru besar dan pengetua. Ini adalah kerana guru besar dan pengetua perlu menghadapi dan
menangani isu-isu ini secara spontan selama mana mereka masih menjawat jawatan sebagai pentadbir dan
pengurus sekolah.

Posts:
2018-10-14 19:37:41

M20172001852 | Qamal Taqreem Bin Hamza

[Closed]

Melalui definisi-definisi pengurusan itu, tidak terdapat banyak perbezaannya dengan maksud pentadbiran.
Cuma yang membezakan ialah, pengurusan lebih menekankan kepada input organisasi iaitu barangan dan
perkhidmatan. Pengurusan merupakan satu cara untuk mencapai matlamat melalui pengendalian input yang
terdiri daripada kakitangan, kewangan, bahan mentah dan teknologi. Input-input ini penting kerana
diperlukan untuk mencapai matlamat. Terdapat beberapa faktor penting yang diperlukan bagi mencapai
matlamat dalam pengurusan. Antaranya ialah perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan daya
usaha kakitangan kearah perlaksanaan tugas yang cekap dan efektif.

Konsep sekolah ialah sebagai satu sistem yang bertujuan untuk mencapai matlamat pendidikan tertentu.
Konsep ini dikenali sebagai purposif. Konsep sekolah sebagai satu sistem yang purposif mengambil kira
bagaimana ia menyebarkan khidmat pendidikannya kepada para pengguna. Selain itu, ia juga mengambil
kira bagaimana untuk ia menyediakan peluang bagi ahli-ahlinya mencapai kepuasan melalui kerja-kerja
yang mereka lakukan. Bagi memahami sistem sesebuah sekolah, yang juga dikenali sebagai organisasi sosial,
adalah penting bagi setiap pendidik untuk mempunyai pengetahuan asas mengenai konsep dan fungsi
pengurusan.

Memiliki pengetahuan adalah penting bagi seseorang guru besar atau pengetua untuk membimbingnya
selain memainkan peranannya sebagai seorang pentadbiran dan pengurus sesebuah organisasi di sekolah.
Oleh kerana guru-guru dan kakitagan merupakan am merupakan sumber utama dalam sistem pentadbiran
sekolah, dan tingkah laku mereka mempengaruhi keberkesanan sekolah, maka satu corak pentadbiran yang
tersusun dan teratur diperlukan untuk memudahkan pengetua membimbing mereka bagi mempertingkatkan
mutu pengajaran-pengajaran.

Posts:
2018-10-18 15:54:56

M20181000981 | Dang Qian Lei

[Closed]

Saya bersetuju dengan pandangan Cikgu Azlan bahawa pentadbiran dan pengurusan adalah dua entiti yang berasingan tetapi
keempat-empat fungsi
mereka adalah saling berkait dan tidak boleh dipisahkan. Seseorang pengetua haruslah melaksanakn
asas pengurusan dalam usaha mencapai matlamat organisasi. Tanggungjawab sebagai seorang pengetua
adalah amat berat kerana beliau merupakan tunjang kepada sesebuah sekolah. Keberkesanan seseorang
pengetua menguruskan sekolah akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku orang bawahannya. Sekiranya
beliau dapat menguruskan sekolah dengan baik, semua guru-guru dan pelajar-pelajar dapat belajar dalam
persekitaran yang sihat dan bebas daripada tekanan.

Posts:
2018-10-27 18:41:15

M20171000519 | Sitinoraini Binti Mohamad

[Closed[

Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari mengenai tekanan kerja dan bebanan tugas.
Seseorang pengetua yang bertindak sebagai pengurus dan pentadbir perlu bijak memainkan peranan dalam menyampaikan tugasan yang telah
diarahkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kepada guru-guru di bawah seliaan beliau.

Hal ini demikian kerana pengetua merupakan orang yang sepatutnya dihormati, bukan ditakuti. Justeru, arahan dapat dilaksanakan dengan baik
jika seseorang pengetua berkemahiran dalam komunikasi dan merangsang subordinat untuk menjalankan tugasan dengan sempurna.

Posts:
2018-10-24 18:21:28

M20171000725 | Madhavan A/L Besunderam

[Closed]

Saya bersetuju dengan pendapat anda. Pada pendapat saya, peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai
pengurus sesebuah organisasi pendidikan perlu memahami dan mengetahui secara mendalam tentang
Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya serta membimbing,
menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan
segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai dan selaras dengan falsafah dan matlamat
pendidikan tersebut. Beliau juga memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf
profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan
yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.Pengetua atau Guru besar juga mempunyai peranan
dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita dan kehendak falsafah dan matlamat
pendidikan sesebuah sekolah serta membimbing dan mendorong serta merangsang guru untuk bekerja
dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi untuk
menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita- cita dan hasrat yang
diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.
Posts:
2018-10-25 13:17:47

M20181000551 | Zahida Hanim Binti Zaini

[Closed]

Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah
pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan
dan pengurusan. Hughes (1988) telah mencadangkan Model Dua Peranan bagi guru besar dan pengetua iaitu peranan pemimpin profesional dan
peranan ketua eksekutif. Manakala Bell (dalam Bell dan Bush 2002) menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan tidak boleh dipisahkan
dan sebarang langkah untuk memisahkan peranan tersebut adalah tidak tepat. Ini adalah kerana peranan sebagai pemimpin profesional dengan
peranan pengurusan adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Posts:
2018-10-25 17:38:48

M20171000148 | Saranya A/P Kaliappan

[Closed]

Saya sangat berseteju dengan cikgu, dalam institusi pendidikan, pentadbiran dan pengurusan merupakan
bahagian yang besar dalam sesebuah organisasi dan tidak boleh dipisahkan. Pentadbiran dan pengurusan
sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian, kerana menurut kajian-kajian yang telah
dijalankan di Malaysia, pembolehubah pengurusan seperti kepimpinan gruru besar adalah pengaruh utama
dalam menentukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Peter F.Drucker,
Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan
ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan,
maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan
menyumbang kepada matlamat organisasi.( Morphet et al, 1982).

Posts:
2018-10-27 23:45:38

M20172002142 | Mohd Azam Bin Mohd Ariff

[Closed]
Era pendidikan pada masa kini amatlah mencabar di samping dasar-dasar pendidikan yang terlalu banyak dan drastik untuk dilaksanakan tanpa
mengambilkira kesediaannya. Maka, kebijaksanaan PGB dalam mentadbir dan mengurus apa yang diterima dengan apa yang ada disekelilingnya
amatlah penting bagi memastikan hala tuju pendidikan tidak tersasar.

Post:
2018-10-24 15:34:09

M20181000551 | Zahida Hanim Binti Zaini

[Closed]

Kepimpinan adalah satu proses pengaruh yang dinamik di antara individu dalam sesuatu organisasi yang mana tujuannya adalah untuk mencapai
objektif dan matlamat organisasi (Pearce & Conger, 2003). Begitu juga dengan organisasi sekolah dimana bergantung kepada kepimpinan guru
besar serta gaya pengurusan beliau dalam membawa sekolah ke arah tuju yang lebih cemerlang.

Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli
dalam sesebuah organisasi untuk untuk mencapai sesuatu maklumat yang paling berkesan, Morphet et al, 1982 menyatakan bahawa
kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi. Manakala Newman (1963), dalam bukunya yang bertajuk
Administrative Action, mendefinisikan pentadbiran sebagai satu bimbingan, kepimpinan dan kawalan daya usaha kumpulan pekerja kearah
pencapaian matlamat. Organisasi seperti sekolah memerlukan pengurusan dan pentadbiran yang kuat agar mampu mencapai objektifnya yang
tersendiri.
Membuat keputusan merupakan satu aktiviti tertentu yang dilakukan oleh pihak pengurusan sedangkan pihak pentadbiran
menjalankan tugas-tugas rutin yang tidak menumpukan kepada kepentingan membuat keputusan. Kenyataan ini disokong oleh Denyer (1977),
yang menyatakan pengurusan ialah proses mengarah dan mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan dan pengarahan terhadap
tugas-tugas kakitangan. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan arahan dan kawalan kepada empat faktor, iaitu manusia, kewangan, bahan
mentah dan alatan. Walker (1977) pula, mendefinisikan pentadbiran sebagai satu proses untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti organisasi melalui
pembentukan matlamat dan polisi dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya.

Namun begitu, dalam organisasi yang berorientasikan fungsi perkhidmatan, pengurusan merupakan sebahagian daripada pentadbiran tetapi bagi
institusi swasta yang mementingkan keuntungan, pentadbiran merupakan sebahagian daripada pengurusan, kerana ia lebih kepada pencapaian
matlamat organisasi melalui penggunaan sumber-sumber secara ekonomi.

Pada pandangan saya, pengetua atau guru besar adalah seorang pengurus kerana mereka berperanan sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi
sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu
(Hussein Mahmood, 2005;Mortimore, 1997) . Seorang guru besar atau pengetua berperanan untuk menguruskan organisasi sekolah secara
menyeluruh sedangkan pihak pentadbiran hanya menjalankan tugas selepas mendapat arahan atau persetujuan pengetua. Pengurusan yang cekap
dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.

Posts:
2018-10-18 15:45:39

M20181000981 | Dang Qian Lei

[Closed]
Saya bersetuju dengan pandangan Zahida bahawa pengetua lebih menjurus kepada seorang pengurus. Pentadbiran dan pengurusan mempunyai
banyak persamaan kerana mereka adalah saling berkait tetapi pengurusan lebih menjurus kepada seorang pentadbir yang bersifat lebih terbuka.
Beliau boleh menerima pendapat dan pandangan daripada individu-individu yang lain manakala pentadbir lebih menjurus kepada arahan iaitu
golongan bawahan harus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pentadbir iaitu pihak atasan. Selain itu, pengurus akan mencari banyak
jalan untuk memajukan aktiviti-aktiviti atau program yang dilancarkan supaya sekolah akan terus maju ke hadapan.

Posts:
2018-10-24 13:38:09

M20171000748 | Puteri Dewi Binti Anuar

[Closed[

Pada pendapat saya pengetua adalah ketua pentadbir di sekolah, pentadbir di sekolah menjalankan pelbagai
pengurusan di sekolah. Kuasa bagi menjalankan sesuatu pengurusan yang cekap itu berada di tangan
pentadbir yang akan memutuskan sama ada cara pengurusan itu boleh dilaksanakan atau tidak. Terdapat
banyak cara pengurusan di sekolah contohnya pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kokurikulum dan
pengurusan kurikulum. Pihak pentadbir yang diketuai oleh pengetua lah yang berhak menentukan corak
pentadbiran yang akan dilaksankan di sesebuah sekolah tersebut

Posts:
2018-10-27 20:11:28

M20171000583 | Zulfahmi Bin Amirudin

[Closed[

Saya bersetuju dengan pendapat itu bahawa pengetua atau guru besar sememangnya tongak utama di
peringkat sekolah kerana peranannya sebagai pentadbir dan pengurus sekolah. Ciri-ciri pentadbiran dan
pengurusan pengetua atau guru besar yang baik dapat meningkatkan prestasi guru dan kakitangan sekolah
seterusnya meningkat keberkesanan organisasi sekolah. Pengetua juga dipertanggungjawabkan untuk
memimpin, beliau seharusnya menjadi ketua kepada organisasi sekolah yang dipimpin. Pengurusan yang
baik mampu melahirkan satu organisasi yang cemerlang.
Posts:
2018-10-22 15:06:03

M20172001852 | Qamal Taqreem Bin Hamza

[Closed]

Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, Penyertaan dan penglibatan
ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling
berkesan.(Drucker, 1972) Definisi Pentadbiran adalah satu proses sosial yang memusat kepada identifikasi,
penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan sumber-sumber baik berupa tenaga manusia mahupun bahan
dalam satu sistem yang bersepadu yang dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. (Knezevich,
1975) Ciri-ciri Pengurusan dan Pentadbiran Yang Berkesan ialah merancang,mengurus,
keanggotaan,mengarah,mengawal, merancang, menentukan aliran tindakan. unjuran. Tetapkan Objektif.
Tentukan Strategi. Program. Belanjawan. Tentukan Prosedur. Penggubalan Dasar Mengurus Menyusun dan
mengaitkan tugas ke arah pencapaian objektif .Tubuhkan Struktur Organisasi .Tetapkan perhubungan
Wujudkan diskripsi tugas perjawatan.Tetapkan kelayakan tugas perjawatan Keanggotaan Memilih dan
menetapkan tenaga kerja yang berkelayakan dalam organisasi. Pemilihan. Orientasi. Latihan. Pembangunan
Kerjaya Mengarah Menghasilkan tindakan yang perlu untuk pencapaian objektif yang ditetapkan
Pengurusan Perubahan Pengurusan perbezaan pendapat / konflik Penyelarasan Dorongan. Penurunan
Kuasa Mengawal Menentukan kemajuan ke arah pencapaian objektif seperti yang dirancang.. Ganjaran.
Tindakan pembaikan pembetulan . Pengukuran pencapaian. Tetapkan piawaian prestasi. Wujudkan sistem
laporan maklum balas

Posts:
2018-10-23 20:53:33

M20171000245 | Govind Maniam

[Closed]

Pengurusan Pendidikan:

1. Pengurusan pendidikan sesuatu institusi atau organisasi adalah berkenaan dengan objektif, sasaran dan
matlamat yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah atau Lembaga Gabenor.

2 Pengurusan pendidikan berkenaan dengan pencapaian keputusan.

3. Pengurusan pendidikan adalah progresif, imajinatif dan inovatif kerana penekanan terhadap hasilnya.

4. Dalam pengurusan pendidikan, hasilnya mudah diukur.


Pentadbiran Pendidikan:

1. Pentadbiran pendidikan adalah agensi (contohnya Directofate of Public Instruction atau Education) yang
meletakkan matlamat, dasar dan garis panduan organisasi atau institusi.

2. Pentadbiran pendidikan berkenaan dengan peraturan dan peraturan.

3. Pentadbiran pendidikan, kerana penekanan pada peraturannya umumnya tegar dan tradisional.

4. Dalam pentadbiran pendidikan, keputusan tidak mudah diukur

Posts:
2018-10-24 13:33:43

M20171000725 | Madhavan A/L Besunderam

[Closed]

Hi Zahida Hanim. Saya menyokong penuh hujah-hujah anda.Pengetua atau Guru besar adalah seorang
pengurus yang baik berbanding dengan pantadbir.Pengurusan merangkumi kesemua bahagian dalam
sesebuah organisasi iaitu meliputi bahagian pentadbiran (bahagian atas), bahagian tengah iaitu guru-guru
sekolah dan bahagian bawah iaitu staf dan kakitangan sekolah.Guru besar mesti bertanggungjawab keatas
semua semua aspek manakala pentadbir merujuk kepada mengurus dan mentadbir bahagian atas sahaja.

Posts:
2018-10-25 12:22:49

M20172001850 | Nor Azlan Bin Aminuddin

[Closed]
Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh saudari. Pentadbiran dan pengurusan sekolah
merupakan aspek yang penting untuk mengendalikan sesebuah sekolah dengan berkesan dan sistematik
dalam menentukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Pengetua yang berkesan
hendaklah mempamer kualiti kepimpinan yang tinggi dan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk
memimpin. Kepimpinan pengetua dapat membantu guru-guru meningkatkan professional mereka. Pengetua
sebagai pentadbir dan pengurus sekolah boleh menggunakan pelbagai cara sebagai sokongan kepada
guru-guru dalam usaha memajukan pengajaran. Pengetua boleh mengenal pasti keperluan, merancang atau
memaklumkan kepada guru-guru tentang peluang-peluang kursus untuk memajukan perkembangan
profesional mereka. Sehubungan dengan itu guru pengetua boleh menggalakkan guru-guru menyertai
seminar atau bengkel di luar sekolah serta mendapatkan tenaga pakar dari luar sekolah untuk tujuan
pembangunan staf yang berkait rapat dengan matlamat sekolah untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai
bidang.

Tuntasnya, pengetua sebagai pentadbir dan pengurus yang berkesan harus mempunyai ciri-ciri tertentu
seperti kepintaran, kejujuran dan integriti, dorongan kepimpinan, keyakinan diri, semangat, pengetahuan
dalam bidang, kreativiti dan fleksibiliti. Pemimpin berkesan mempunyai gelagat yang unggul. Namun begitu,
ia harus selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi bingkai sempadan pendidikan negara
walau bagaimana sibuk pun dengan tugas-tugas harian. Pengetua harus bijak memainkan peranan dalam
pelbagai aspek untuk melahirkan kejayaan sekolah.

Post:
2018-10-23 20:47:45

M20171000245 | Govind Maniam

[Closed]

Ringkasnya, pengurusan dapat difahami sebagai kemahiran untuk mendapatkan kerja yang dilakukan dari
orang lain. Ia tidak sama dengan pentadbiran, yang merujuk kepada satu proses yang berkesan mentadbir
seluruh organisasi. Perkara yang paling penting yang berbeza dari pentadbiran adalah bahawa pihaknya
prihatin dengan mengarahkan atau membimbing operasi organisasi, sedangkan yang terakhir menekankan
untuk meletakkan dasar dan menetapkan tujuan organisasi.

Secara umum, pengurusan mengambil kira fungsi mengarah dan mengawal organisasi, manakala
pentadbiran berkaitan dengan perancangan dan fungsi penganjuran. Dengan peredaran masa, perbezaan
antara kedua-dua istilah ini semakin kabur, kerana pengurusan merangkumi perancangan, penggubalan dasar,
dan pelaksanaan juga, sehingga meliputi fungsi pentadbiran.
Pada pendapat saya, guru besar merupakan pentadbir sekolah. Ini kerana pentadbiran adalah proses yang
sistematik untuk mentadbir organisasi institusi pendidikan seperti sekolah. Fungsi utama pentadbiran ialah
pembentukan rancangan, dasar, dan prosedur, penubuhan tujuan dan objektif, menguatkuasakan peraturan
dan peraturan, dll. Pentadbiran meletakkan rangka asas organisasi, di mana pengurusan organisasi berfungsi.
Sifat pentadbiran adalah birokrasi. Ia adalah istilah yang lebih luas kerana ia melibatkan peramalan,
perancangan, penganjuran dan membuat keputusan di peringkat tertinggi perusahaan. Pentadbiran mewakili
lapisan atas hierarki pengurusan organisasi.

Posts:
2018-10-24 11:34:05

M20172001852 | Qamal Taqreem Bin Hamza

[Closed]

Pengurusan pendidikan mempunyai pelbagai definisi yang digunakan oleh pakar-pakar pendidikan. Tidak terdapat definisi tunggal yang
dipersetujui oleh semua orang bagi pengurusan pendidikan kerana pembangunannya amat pesat dan terdapat pengaruh disiplin-disiplin bidang
lain seperti sosiologi, sains politik, ekonomi dan pengurusan umum. Bush (2003) mentakrifkan pengurusan pendidikan sebagai satu bidang
kajian dan amalan yang berkait dengan operasi bagi organisasi pendidikan. Manakala Bolam (1999) pula mentakrifkan pengurusan pendidikan
sebagai suatu fungsi eksekutif untuk melaksanakan dasar yang telah dipersetujui. Bagi Glatter (1999) pula, pengurusan pendidikan adalah kajian
yang berkaitan dengan operasi dalaman institusi pendidikan dan hubungannya dengan persekitaran.

Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah
pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan
dan pengurusan. Hughes (1988) telah mencadangkan Model Dua Peranan bagi guru besar dan pengetua iaitu peranan pemimpin profesional dan
peranan ketua eksekutif. Manakala Bell (dalam Bell dan Bush 2002) menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan tidak boleh dipisahkan
dan sebarang langkah untuk memisahkan peranan tersebut adalah tidak tepat. Ini adalah kerana peranan sebagai pemimpin profesional dengan
peranan pengurusan adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Bagi O’Sullivan et al. (1990) pula, peranan pengurusan bukan sahaja dilaksanakan oleh guru besar atau pengetua. Pengurus di sekolah
termasuklah guru besar atau pengetua, guru-guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan guru-guru dengan tanggungjawab khusus.
Mereka bertindak sebagai koordinator, pengawal, perancang dan pelaksana. Andaian di atas tidak mencakupi jangkaan atau tindakan terhadap
tingkah laku dan aktiviti kerana tidak memasukkan dimensi kepimpinan yang berasaskan nilai pendidikan dan falsafah, juga profesionalisme

Peranan guru besar atau pengetua adalah berbeza dengan peranan guru-guru penolong kanan. Ini adalah disebabkan oleh tanggungjawab mereka
yang berbeza dengan tanggungjawab guru-guru penolong kanan. Guru-guru penolong kanan tidak perlu kompeten seperti guru besar atau
pengetua kerana mereka berada di aras hirarki yang berbeza. Dengan perbezaan-perbezaan ini, guru-guru penolong kanan berhadapan dengan
cabaran kepimpinan yang berbeza (Hartzell 1993a). Guru-guru penolong kanan berperanan melakukan tugas-tugas perkeranian, penjagaan dan
disiplin. Amalan-amalan ini dilakukan dalam keadaan reaktif kerana kuasa membuat keputusan masih berada di tangan guru besar atau pengetua.
Bagi Hartzell (1993a, 199b), Hickman dan Treslan (1994) dan Koru (1994) pula, peranan guru-guru penolong kanan dikategorikan sebagai
melakukan tugas pengurusan yang ringkas, pelbagai dan terdiri daripada pecahan-pecahan kecil.

Posts:
2018-10-25 12:25:56

M20172001850 | Nor Azlan Bin Aminuddin


[Closed]

Saya bersetuju dengan pandangan yang telah saudata utarakan. Terdapat pelbagai tugas pengetua di
sekolah sehingga peranan mereka dilihat begitu memberi kesan terhadap sekolah yang dipimpin. Mereka
bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan segala program pendidikan di sekolah. Tugas
mereka meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir, pengurus, penyelia, pengarah, pewakil, pemudah cara,
penyelaras, pemberangsang dan penilai. Bagi melaksanakan tanggungjawab itu, mereka perlu menggerakkan
segala bentuk sumber dan modal insan di sekolah terutamanya guru supaya guru-guru dapat berkhidmat
dengan komited dan efektif.

Sehubungan dengan hal ini, peranan pengetua sebagai pengurus serta pentadbir sekolah sangat penting
dalam usaha untuk memperkasa peranan sekolah sebagai institusi ilmu dan pembentukan modal insan
cemerlang. Usaha memperkasa sekolah amat perlu kerana sekolah merupakan institusi atau unsur penting
dalam pembinaan masa depan. Oleh itu, cara pengetua berperanan dalam mengurus sekolah akan
menjadikan sekolah yang dipimpin oleh mereka berkesan atau sebaliknya. Secara ringkasnya, dapatlah
dikatakan bahawa pengetua dan proses pengurusan dan pentadbirannya merupakan teraju utama dalam
menjadikan matlamat satu realiti, menentukan ‘jatuh bangun’ dan kejayaan bukan sahaja kepada sebuah
entiti pendidikan malah kepada sebuah negara.

Posts:
2018-10-27 19:21:21

M20171000583 | Zulfahmi Bin Amirudin

[Closed]

Saya bersetuju dengan saudara. Saya berpendapat jika guru besar atau pengetua tidak mempunyai ciri-ciri
leadership, tidak bersifat terbuka dan demokrasi, halatuju sekolah tidak akan cemerlang. Pengurusan
sistematik mampu memberi impak kepada halatuju sekolah yang lebih baik dengan sokongan guru-guru,
kakitangan sekolah dan murid. Transformasi dan kemajuan sesebuah sekolah akan berlaku jika heararki
utama pentadbir dalam sekolah mempunyai sifat kepimpinan yang baik.

Post:
2018-10-24 13:26:48

M20171000725 | Madhavan A/L Besunderam

[Closed]
Dalam sesebuah organisasi pentadbiran dan pengurusan adalah sangat penting. Dalam proses pentadbiran,ia
berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga
yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir seharusnya memahami terlebih
dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.. Pentadbiran adalah proses yang mengatur dan
mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang,
mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain
untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pengurusan pendidikan merupakan proses melaksanakan dan
menguruskan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola,
mengarah,memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu
di dalam sesuah sekolah. Manakala pentadbiran pendidikan pula membantu pengurusan melaksanakan apa
yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia
adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha
mencapai matlamat pendidikan.

Pentadbiran pendidikan lebih kepada proses mengatur dan melaksankan jadual waktu dan takwim sekolah,
mengawasi skim bantuan buku teks, surat menyurat,mengagih dan mengawasi kerja kerja staf
perkeranian,mengumpul dan menyusun data,memastikan undang undang dan peraturan sekolah dipatuhi
oleh guru dan pelajar,mengurus perbelanjaan sekolah,memastikan kemudahan dan harta benda sekolah
digunakan sebaik mungkin, menjalin hubungan antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat luar serta
memastikan staf mematuhi undang-undang dan peraturan perkhidmatan awam. Manakala pengurusan
pendidikan pula lebih kepada mengesan, menyusun dan menyelesaikan masalah-masalah sekolah, membuat
perancangan supaya masalah yang dikesan dapat diselesaikan, melaksanakan perubahan, menjalin usaha
kerja berpasukan anatara pengetua,guru,ibubapa, masyarakat setempat serta membuat inovasi bagi
meningkatkan pencapaian sekolah mencapai sekolah berprestasi tinggi.

Pada pendapat saya, seorang Pengetua atau Guru besar adalah seorang pengurus sebab pengurusan
merupakan elemen yang penting dan menyeluruh dalam sesuatu organisasi dan merangkumi pengurusan
kesemua jenis lapisan masyarakat iaitu lapisan atas, tengah dan bawahan dan Pentadbir hanya pada tahap
atas sahaja.Pengurus yang baik juga penting untuk mencapai matlamat sesebuah sekolah. Ia juga dapat
memulihara hubungan antara kaum dan dapat mengelakkan sebarang perebutan kuasa di kalangan pendidik.

Posts:
2018-10-24 15:33:32

M20181000551 | Zahida Hanim Binti Zaini

[Closed]

Saya amat bersetuju dengan pandangan En Madhavan A/L Besunderam. Pengetua ataupun guru besar berperanan sebagai seorang pengurus
yang mana beliau akan menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia perlu
cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan untuk menjamin keberkesanan yang maksimum dan optimum dalam menyelesaikan
masalah seperti pengajaran-pembelajaran, disiplin pelajar, kekurangan komitmen guru dan sebagainya. Kemahiran ini termasuklah kemahiran
merancang (planning), pengelolaan (organizing), penjadualan (schedule dan penyelarasan (coordinating), tentang takwim, masa, dan organisasi
sekolah.
Posts:
2018-10-25 17:49:28

M20171000148 | Saranya A/P Kaliappan

[Closed]

Hai Encik.Madhavan, saya menyokong pendapat anda, seorang Pengetua atau Guru besar adalah seorang
pengurus sebab pengurusan merupakan elemen yang penting dan menyeluruh dalam sesuatu organisasi dan
merangkumi pengurusan kesemua jenis lapisan masyarakat iaitu lapisan atas, tengah dan bawahan. Dalam
konteks pentadbiran, pengetua yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan
sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Pentadbiran sekolah yang cekap dapat
meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara
berkesan adalah dengan amalan demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pengetua sekolah
untuk mengurus guru secara individu dan kolektif. Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkan
interaksi antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepimpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik.

Posts:
2018-10-26 00:53:21

M20171000598 | Arunah Shivji

[Closed]

Hai Cikgu MAdhavan, saya setuju dengan pandangan saudara. Dimana pengetua atau guru besar bertanggungjawab menjalankan pelbagai tugas
dalam mengurus dan mentadbir sekolah. Terdapat juga tugas-tugas bersifat ad-hoc yang dijangka akan menambah bebanan tugas pengetua atau
guru besar (Hussein, 1993). Situasi ini dijangka akan menjadikan pengetua atau guru besar sibuk untuk mengurus dan mentadbir sekolah. Tugas
ikhtisas selaku pemimpin pengajaran di sekolah juga kurang diberi penekanan. Kesibukan tugas membatasi usaha pengetua atau guru
besar untuk menyempurnakan peranan sebagai pemantau dan penyelia pengajaran guru.
Post:
2018-10-24 13:28:05

M20171000748 | Puteri Dewi Binti Anuar

[Closed]

Perbezaan pengurusan Pendidikan dan pentadbiran Pendidikan

Griffiths (1959), dalam buku bertajuk Administration Theory menyatakan pentadbiran adalah satu corak
tingkah laku yang di dapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal
sesuatu organisasi sosial itu.

Drucker (1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu adalah sumber
asas dan sumber yang paling berharga.

Campbell pula menjelaskan proses pentadbiran sebagai satu cara angota-anggota sebuah organisasi
membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

Dalam institusi pendidikan, pentadbiran dan pengurusan merupakan bahagian yang besar dalam sesebuah
organisasi dan tidak boleh dipisahkan. Kedua-dua bahagian ini sangat penting di dalam usaha untuk
menegak dan mengukuhkan lagi sesebuah badan organisasi. Tanpa salah satu bahagian ini, maka sesebuah
organisasi yang wujud tidak akan lengkap, bermasalah dan tidak bertahan lama. Organisasi seperti sekolah
memerlukan pengurusan dan pentadbiran yang kuat agar mampu mencapai objektifnya yang tersendiri.

Dalam organisasi yang berorientasikan fungsi perkhidmatan, pengurusan merupakan sebahagian daripada
pentadbiran tetapi bagi institusi swasta yang mementingkan keuntungan, pentadbiran merupakan sebahagian
daripada pengurusan, kerana ia lebih kepada pencapaian matlamat organisasi melalui penggunaan
sumber-sumber secara ekonomi. Maka di sekolah, merupakan organisasi yang berorientasikan perkhidmatan
yang berfokuskan kemenjadian murid, maka pengurusan berada dibawah naungan satu pentadbiran di
sekolah.

Pentadbir Pendidikan perlu membuat keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan, membentuk
perancangan mengikut matlamat yang ditetapkan, mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan,
mengadakan factor-faktor motivasi yang boleh mendorong kakitangan, , mengadakan kerja berkumpulan
untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian antara prestasi sebenar dengan prestasi yang
diharapkan supaya kelemahan dan penyelewengan dapat diatasi.
Menurut Denyer (1977), pengurusan ialah proses mengarah dan mengawal sesuatu institusi yang melibatkan
perancangan dan pengarahan terhadap tugas-tugas kakitangan. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan
arahan dan kawalan kepada empat factor, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan alatan.

Melalui definisi-definisi pengurusan itu, tidak terdapat banyak perbezaannya dengan maksud pentadbiran.
Cuma yang membezakan ialah, pengurusan lebih menekankan kepada input organisasi iaitu barangan dan
perkhidmatan. Pengurusan merupakan satu cara untuk mencapai matlamat melalui pengendalian input yang
terdiri daripada kakitangan, kewangan, bahan mentah dan teknologi. Input-input ini penting kerana
diperlukan untuk mencapai matlamat. Terdapat beberapa faktor penting yang diperlukan bagi mencapai
matlamat dalam pengurusan. Antaranya ialah perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan daya
usaha kakitangan kearah perlaksanaan tugas yang cekap dan efektif.

Secara umumnya, pengurusan Pendidikan di sekolah di sokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan
mempunyai fungsi-fungsi tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain.
Sesebuah pengurusan pentadbiran yang cekap dapat mnggunakan semua sumber dengan berkesan.

Posts:
2018-10-26 01:13:34

M20171000598 | Arunah Shivji

[Closed]

Saya sangat setuju dengan pendapat saudari.Iaitu, pentadbiran pendidikan adalah satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan
menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matlamat pendidikan. Beliau melihat
pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusa
n kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan
dan penilaian pendidikan.Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti
membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah,memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap
individu di dalam sesebuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur,
dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara
menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan.Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling
melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas kedua-duanya
terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan (Rosy Talin 2002).

Posts:
2018-10-27 20:36:51

M20172002142 | Mohd Azam Bin Mohd Ariff


[Closed]

Benar. Pengagihan kuasa dan tugas seorang PGB telah dilakukan kepada subordinatnya. Memang seorang PGB tidak mungkin mampu
melakukan kesemua kuasa dan tugas itu seorang diri.

Post:
2018-10-24 13:31:50

M20171000748 | Puteri Dewi Binti Anuar

[Closed]

Seorang pengetua adalah pengurus atau pentadbir?

Pengetua adalah pentadbir dan pengurus di sekolah. Pengetua perlu menjalankan kedua-dua
tanggungjawab ini tanpa boleh mengabaikan salah satu daripadanya.

Di sekolah, pengetua adalah ketua pentadbir yang akan menguruskan kakitangan di sekolah iaitu guru-guru,
staf, pelajar agar matlamat di sekolah dapat dicapai selaras dengan misi dan visi yang telah ditetapkan.

Pengetua perlu membimbing, dan menyelia guru-guru di bawahnya bagi memastikan semua program dan
aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Pengetua juga perlu mendorong dan meransang guru untuk bekerja dengan semangat dan dedikasi yang
tinggi.

Pengetua perlu bijak dalam mengendalikan kemahiran pengurusan komunikasi secara lisan dan bukan lisan
agar maklumat dapat disampaikan kepada guru dan pelajar dengan baik.

Pengetua perlu bijak menangani setiap masalah yang dihadapi oleh para guru serta menyelesaikan konflik
dalam pentadbiran sekolah dengan bijak.

Selain guru, pelajar dan staf, pengetua atau guru besar seharusnya melakukan usaha untuk menggembleng
masyarakat dan komuniti sekolah termasuk ibu bapa, pemimpin masyarakat, persatuan dan institusi untuk
bersama-sama menjayakan pencapaian wawasan sekolah.
menjadi tanggungjawab pengetua atau guru besar sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah untuk
memberi inspirasi dan mempengaruhi warga sekolah untuk berubah ke arah kecemerlangan visi dan misi
berdasarkan hala tuju sekolah yang disepakati

Posts:
2018-10-24 15:37:16

M20171000725 | Madhavan A/L Besunderam

[Closed]

Hi Puteri saya bersetuju dengan pendapat anda yang menyatakan Pengetua perlu memainkan peranan dalam
kedua-dua aspek sebagai pengurus dan pentadbir. tetapi pada pendapat saya secara keseluruhannya Pengetua
atau Guru besar adalah memainkan peranan sebagai pengurus yang baik dimana pengurusan merupakan
aspek secara menyeluruh dan pentadbiran merupakan sub kepada pengurusan di sekolah yang meliputi
semua elemen dari peringkat bawah hingga ke peringkat atas.

Posts:
2018-10-24 17:11:14

M20181000551 | Zahida Hanim Binti Zaini

[Closed]

Pengetua mahupun Guru besar sebagai pemimpin sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan keberkesanan sekolah.
Pemimpin sekolah perlu cekap mengesan dan mengenalpasti apa yang perlu dilakukan untuk membuat perubahan dan penambahbaikan segala
kekurangan atau kelemahan yang ada di sekolah. “Saya tidak pernah terjumpa sebuah sekolah yang baik dipimpin oleh seorang yang tidak baik”.
Itu adalah persepsi Fred Hechinger, Ketua Pengarang akhbar New York Times terhadap pentingnya sebuah sekolah dipimpin oleh seorang
pemimpin yang baik. Pengetua atau Guru besar perlu menggunakan sumber yang tersedia dengan bijak dan tepat.

Posts:
2018-10-27 18:49:17
M20171000519 | Sitinoraini Binti Mohamad

[Closed]

Saya menyokong pendapat saudari di mana seseorang pengetua perlu bijak menguruskan guru dan staf sokongan.

Hal ini demikian kerana pengetua bertindak sebagai pentadbir, pengurus dan juga pemimpin di sekolahnya. Sebagai seorang pemimpin,
pengetua tersebut perlu membawa subordinat beliau ke arah mencapai matlamat organisasi. Justeru, pendekatan apa yang harus diambil?

Maka, di sini dapat saya tekankan bawaha seseorang pengetua memainkan peranan yang sangat penting untuk membawa institusi sekolah ke
arah matlamat yang ingin dicapai selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Posts:
2018-10-27 20:32:43

M20172002142 | Mohd Azam Bin Mohd Ariff

[Closed]

Setuju. PGB merupakan individu yang perlu mengetahui semua dari ‘A to Z’. Tanggungjawab seorang PGB amatlah berat, kerana berurusan
dengan manusia yang mempunyai pelbagai karenah, ilmu dan pengalaman yang berbeza. Di sinilah kebijaksanaan seorang PGB untuk
menyatukan kesemua entiti (dalam dan luar sekolah) untuk memacu hala tuju sesebuah sekolah itu.
Post:
2018-10-24 23:50:18

M20171000148 | Saranya A/P Kaliappan

[Closed]

Pentadbiran dan pengurusan pendidikan merupakan satu aspek penting dalam menentukan kualiti
pendidikan dan pencapaian akademik pelajar.

Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan
ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling
berkesan.(Drucker, 1972). Secara am, pengurusan pendidikan merujuk kepada proses pencapaian matlamat
organisasi mengikut cara yang berkesan dan cekap. Ini dilakukan melalui proses perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan sumber-sumber organisasi (Daft, 1997). Fungsi pengurusan
pendidikan ada empat iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Kedua, matlamat
organisasi dicapai mengikut cara yang berkesan dan cekap. Semua organisasi pula mempunyai orang yang
bertanggungjawab untuk membantu mencapai matlamat dan orang ini digelar pengurus. Menurut Griffin
(1993), pengurus merupakan individu yang membuat perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan
pengawalan ke atas sumber-sumber manusia, kewangan, fizikal dan maklumat-maklumat organisasi.
Pengurus yang gagal pula menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dangan berkesan dan cekap akan
menjejaskan kejayaan organisasinya. Terdapat tiga peringkat pengurus pendidikan iaitu pengurus atasan,
pertengahan dan bawahan. Pengurus pendidikan atasan adalah seorang pengurus yang berada pada peringkat
atasan dalam hierarki organisasi dan bertanggungjawab ke atas keseluruhan organisasi. Nama-nama jawatan
yang sering dikaitkan adalah Menteri pendidikan, Pengarah Kementerian Pendidikan dan sebagainya.
Pengurus pertengahan pendidikan pula bekerja pada peringkat pertengahan dalam organisasi. Nama-nama
jawatan yang dikaitkan seperti Jabatan Pendidikan Negeri, PPD dan Guru Besar. Pengurus bawahan pula
bertanggungjawab secara langsung ke atas pencapaian pendidikan. Nama-nama jawatan yang dikaitkan
seperti guru matapelajaran, ketua panitia dan sebagainya.
Pentadbiran pendidikan adalah satu proses sosial yang memusat kepada identifikasi,
penyelenggaraan,pengawalan dan penyertaan sumber-sumber baik berupa tenaga manusia mahupun bahan
dalam satu sistem yang bersepadu yang dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.(Knezevich,
1975). Matlamat yang dikehendaki dalam pentadbiran pendidikan ialah untuk meningkatkan taraf
pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institut
pendidikan guru dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain.

Pada pendapat saya, seorang Pengetua atau Guru besar adalah seorang pengurus sebab membuat keputusan
tentang apa yang hendak dilaksanakan , membentuk perancangan menurut matlamat yang telah ditentukan ,
mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan , mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh
mendorong kakitangan, mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat
penilaian antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan
dapat diatasi.

Click here to open the URL

Posts:
2018-10-25 11:12:24

M20181000551 | Zahida Hanim Binti Zaini

[Closed]

Pengetua ataupun guru besar perlu membimbing, menggalak dan menyelia kakitangan untuk membaiki dan mengekalkan kualiti pendidikan. Dia
juga harus merancang dan mengelola program sekolah, mengawasi dan mempengaruhi perlaksanaannya, menyelaras pelbagai aktiviti
orang-orang bawahannya dan menilai kemajuan serta prestasi keseluruhannya dari masa ke semasa. Pengetua atau Guru Besar harus menentukan
sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran agar semua kakitangan akan lebih bermotivasi dan sentiasa meningkatkan
kebolehkan kendiri agar sasaran sekolah dapat tercapai.

Posts:
2018-10-25 15:35:36

M20181000981 | Dang Qian Lei

[Closed]

Saya bersetuju dengan pandangan Cikgu Saranya bahawa pengurusan dan pentadbiran pendidikan
merupakan aspek yang amat penting kerena mereka adalah saling berkait antara sayu sama lain. Seorang
pengetua atau guru besar adalah lebih mengarah ke arah seorang pengurus kerana beliau harus
bertanggungjawab untuk membimbing dan mentadbir sesebuah sekolah. Guru besar yang disanjungi oleh
guru-guru adalah sesorang pentadbir yang sentiasa mendengar pandangan dan pendapat guru-guru yang
lain.Beliau haruslah membuatkan guru-guru menghormati beliau sebagai seorang pentadbir dengan
menghargai jasa-jasa guru.

Posts:
2018-10-26 00:20:17

M20171000598 | Arunah Shivji

[Closed]

hai Saranya, saya bersetuju dengan pandangan cik. Menurut Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan ‘adalah sebagai
seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain’. Pengurusan juga boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai ‘tindakan untuk mengukur
sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai
maklumat yang dirancang’. Tokoh-tokoh
awal yang menyumbang idea tentang pengurusan dengan mengutarakan
pendapat yang menyatakan bahawa menjadi satu perkara yang umum bagi mana-mana pemimpin pada
zaman itu memimpin organisasi mereka secara autokratik.

Posts:
2018-10-27 20:28:29

M20172002142 | Mohd Azam Bin Mohd Ariff

[Closed]

Seorang PGB merupakan seorang yang ‘all rounder’. Mengurus dan mentadbir tidak boleh dipisahkan ataupun berlaku berat sebelah. PGB juga
perlu mengajar setidaknya 5 waktu sebagaimana yang telah ditetapkan. Malah, sehingga susun atur atau susun letak persekitaran sekolah juga
perlu difikirkan olehnya. Namun begitu, PGB tidaklah berseorangan dalam mengendalikan segalanya.
Post:
2018-10-26 01:02:31

M20171000598 | Arunah Shivji

[Closed]

Pada pendapat saya, seseorang pengetua atau guru besar merupakan seorang pengurus dan juga pentadbir di sesebuah sekolah. Kedua-dua
jawatan ataupun tanggungjawab ini adalah saling berkait rapat, oleh itu seseorang pengetua atau guru besar haruslah memiliki kedua-dua
peranan ini .Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian,kerana menurut kajian- kajian yang
telah dijalankan di negara kita, pengurusan seperti kepimpinan guru besar atau pengetua adalah pengaruh utama dalam menentukan kualiti
pendidikan dan pencapaian akademik pelajar.

Pentadbiran didefinisikan sebagai segala proses, organisasi, dan individu yang terlibat dalam perlaksanaan
undang-undang dan peraturan yang diputuskan atau dikeluarkan oleh badan perundangan, eksekutif dan
kehakiman, di samping terlibat dalam proses penggubalan undang-undang dan peraturan yang
berkenaan. Terdapat dua definisi Klasik yang mengatakan Pentadbiran sebagai:- a) Sebuah organisasi yang
mengurus manusia dan benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan atau sesebuah oganisasi.
b) Satu `seni sains pengurusan' sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan hal ehwal sebuah negeri atau
Negara Oleh yang demikian, jelas bahawa pentadbiran adalah sebuah badan yang akan melaksanakan
pentadbiran negara, melalui dasar-dasar dan peraturan yang diwujudkan oleh kerajaan dalam sesebuah
negara.

Dalam dunia yang serba moden ini, aspek pengurusan adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia. Pengurusan merupakan satu
proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga,
komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara. Pengurusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila
memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi 3 elemen utama iaitu pengurus , organisasi dan tatacara atau garis panduan
pengurusan. Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yang seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh
pengurus yang adakalanya bertindak sebagai ‘master-mind’ dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga bertindak sebagai pelaksana.
Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sesebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan
menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan
sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau
sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Pengetua atau guru besar sekolah merupakan individu terpenting di peringkat sekolah
kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah. Pengetua atau guru besar merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat
sekolah yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah dan persekitarannya.
Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala pentadbiran melibatkan kuasa melalui pengaruh. Secara keseluruhannya pengetua
atau guru besar memainkan peranan sebagai pengurus yang baik dimana pengurusan merupakan aspek secara menyeluruh dan pentadbiran
merupakan sub kepada pengurusan di sekolah yang meliputi semua elemen dari peringkat bawah hingga ke peringkat atas.

Posts:
2018-10-27 20:23:04

M20172002142 | Mohd Azam Bin Mohd Ariff

[Closed]

Ya. Tidak semua personal mampu menjadi seorang PGB yang terbaik. Mentadbir dan sekaligus mengurus sebuah organisasi seperti sekolah
merupakan cabaran yang amat kuat dan hebat untuk ditangani oleh seorang PGB. Malah, ada ketikanya, PGB juga merupakan seorang guru
apabila memasuki kelasnya. Begitu juga apabila berada di bawah Panitia mahupun Bidang tertentu, PGB perlu menjadi seperti guru biasa yang
tiada keistimewaan.

Post:
2018-10-27 19:58:46

M20171000583 | Zulfahmi Bin Amirudin

[Closed]

Dalam sesuatu sektor sudah semestinya mempunyai pengurusan dan pentadbiran tersendiri yang telah
dirangka seawal penubuhannya terutamanya dalam sektor pendidikan di negara kita. Di Malaysia, sistem
yang diamalkan adalah dalam bentuk sistem demokrasi dan mengamalkan ‘sistem organisasi terbuka’
menurut Sosiologi Organisasi Kompleks (Rosazman Hussin dan Dayang Suria Haji Mulia, 2009). Menurut
Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan
dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang
paling berkesan, maklumat inidisokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran
akan menyumbang kepada matlamat organisasi ( Morphet et al, 1982). Griiffith (1959), menyatakan
pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses
yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Manakala Drucker (1945) pula menjelaskan
pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.

Bagi pendapat saya, pengetua atau guru besar adalah merupakan seorang pengurus dan pentadbir secara
serentak, malah jauh lebih besar bagi seorang pengetua dan guru besar adalah merupakan seorang pemimpin
di sekolah. Pengetua atau guru besar akan memikul tanggungjawab ini dalam menentukan hala tuju
akademik, percapaian sukan dan disiplin dan sebagainya. Hal ini juga perlunya ada kerjasama daripada
semua pihak seperti guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid bagi melicinkan lagi transformasi sekolah
kearah sekolah yang lebih cemerlang.

Secara kesimpulannya pihak pengurusan serta pentadbiran yang baik dan cekap akan menghasilkan
keanggotaan yang setia untuk bersama-sama untuk menjaga kualiti dan kecemerlangan sekolah serta juga
sama-sama mencapai matlamat yang diinginkan dan berjaya memuaskan hati semua pelanggan yang
sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik dari sesebuah institusi.

Posts:
2018-10-27 20:17:09

M20172002142 | Mohd Azam Bin Mohd Ariff

[Closed]

Benar. Sebuah sekolah merupakan sebuah organisasi yang memerlukan satu pasukan yang mantap dari semua peringkat. Seorang PGB
memerlukan kesemua aspek kemahiran dari peringkat bawahan hinggalah peringkat atasan. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja
terletak pada kecemerlangan seorang PGB, tetapi ianya juga disokong dan dibantu oleh subordinatnya dalam membentuk 1 pasukan yang
mempunyai ikatan kerjasama yang mantap dan profesional.

Post:
2018-10-27 13:57:54

M20171000519 | Sitinoraini Binti Mohamad

[Closed]
Menurut Griffiths (1959), pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Manakala bagi Drucker
(1954), pentadbiran itu ialah satu asas yang paling penting dan berharga. Pentadbiran pendidikan bagi Campbell, Bridges dan Nystrand (1977)
pula ialah satu proses untuk menyelaras dalam kalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran. Pentadbiran sekolah ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Proses pentadbiran pula melibatkan merancang,
membuat keputusan dan memberitahu keputusan yang telah diambil.

Pengurusan pendidikan pula menurut Dimmock (1999), ia melibatkan penyelenggaraan rutin operasi semasa di sekolah. Cuban (1988)
menegaskan bahawa pengurusan adalah penyelenggaraan secara cekap dan berkesan terhadap perjalanan semasa sesebuah organisasi.

Pengetua merupakan pengurus kepada pendidikan. Menurut Abdul Aziz (2003), pengetua memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus.
Mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan peranan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain iaitu yang
dinamakan kepimpinan dan pengurusan.

Antara tugas-tugas pengetua sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah :

1. Memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sesebuah
sekolah.
2. Membimbing dan menyelia guru-guru untuk melaksananakan segala tugas mereka, memastikan segala program dan kegiatan yang
dijalankan selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.
3. Meransang dan memberi dorongan kepada semua guru untuk berkerja dengan semangat dan dedikasi dengan menggunakan kemahiran
komunikasi.

Justeru, saya berpendapat bahawa seseorang pengetua merupakan pengurus pendidikan di sesebuah sekolah. Namun, bidang pengurusan dan
pentadbiran berkait rapat dan saling bergantung diantara satu sama lain. Maka, seseorang pengetua perlu pandai mengurus dan mentadbir
organisasi yang berada di bawahnya untuk memastikan sekolah itu cekal dan berkesan demi mencapai matlamat organisasi.

Posts:
2018-10-27 20:10:39

M20172002142 | Mohd Azam Bin Mohd Ariff

[Closed]

Betul. Inilah uniknya menjadi seorang PGB kerana PGB merupakan individu yang merangkumi semua aspek, bukan sahaja aspek pentadbiran
dan pengurusan, malah aspek pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum, sahsiah dan kemenjadian murid, persekitaran sekolah dan
sebagainya.

Any enquiries / complain please email: myguru2@ict.upsi.edu.my

Copyright Pusat ICT, Universiti Pendidikan Sultan Idris © 2017 | CDN43

You might also like