Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TEKS JURUACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKTAM

KALI KE 17 / 2012

( PN.ZAKIAH)

Mengumumkan ketibaan YDP PIBG SKTAM, dan barisan tetamu


jemputan.

Marilah sama-sama kita menyaksikan, acara lintas hormat, oleh

kontijen Kejohanan Sukan Tahunan SKTAM kali ke 17.

 MUZIK

 BARIS HENTAK KAKI

Perbarisan ini diketuai oleh Danish Azreen b. Mohd Adenan,

olahragawan 2011. Danish Azreen juga seorang atlit yang aktif dan

telah menyertai pelbagai acara sukan. Beliau berjaya meraih

kejayaan dalam setiap acara yang disertai.

Bendera Kejohanan Sukan Tahunan ini, dibawa oleh 4 orang murid,

iaitu:

1) Muhd. Hezreef Arif b. Mohd. Kamal Arif.


2) Muhammad Amin Awaludin b. Mohd.Saufi

3) Muhd.Aidel Haqimi b.V.Brahim dan

4) Muhd.Hariz b. Tarmizi,

Manakala

pembawa bendera Jalur Gemilang, Mohd Aiman b. Mazian, bendera

negeri Selangor, Muhd.Zulhelmi b.Maghtar dan pembawa bendera

sekolah, Amirul Syafik b. Ridzuan.

Hadirin Sekalian,

Seterusnya kita akan menyaksikan perarakan masuk, rumah-rumah

sukan.Untuk makluman hadirin, Kejohanan sukan tahunan SKTAM

tahun ini, bertemakan FLORA dan FAUNA.

1) Mendahului perarakan , tampil menawan adik-adik prasekolah.

Diketuai oleh maskot “ Lady Bird”. Diikuti 2 ekor rama-rama

yang comel. Diiringi ahli pasukan seramai 30 orang, yang

bertemakan Flora dan Fauna.


“ Ungu tema prasekolah,

Merah jambu warna iringan,

Moga menjadi pasukan terserlah,

Hadiah semua dalam genggaman.

2) Menyusul seterusnya rumah Malinja, Malinja Best, Best, Best.

Perbarisan ini,diketuai oleh adik Amril selaku ketua rumah .Dengan

diiringi 30 orang ahli perbarisan, dua orang gadis pembawa bunga

manggar.

Maskot Malinja ialah 2 ekor katak yang sedang menunggu mangsa

di atas kehijauan daun teratai.Sesuai dengan tema Kejohanan

Sukan Tahunan hari ini, Flora dan Fauna.

“ Hijau bak rebung muda, menandakan ahli-ahlinya masih kuat dan

kental , Sekali terkena miangnya tertusuk sekali bisanya. Maskot

Malinja ialah adik Arshad dan adik Nazril .


“ Lompat bukan sebarang lompat, lompat untuk kejayaan.”

(PN.HALIMAH)

3) Sabar menanti ialah pasukan rumah Mahsuri. Mahsuri up,

Mahsuri go. Mahsuri tetap nombor satu.Mahsuri secekal hati

lagenda Puteri Mahsuri yang mempertahankan P.Langkawi hingga

ke titisan darah yang terakhir.

Perbarisan rumah ini diketuai oleh adik Haslim Alimin Selaku

pemegang bendera. Diikuti oleh 33 orang ahli pasukan.

Maskot mahsuri tahun ini ialah seekor rama-rama yang diwakili

oleh adik Nurul Afrina. Manakala ahlinya terdiri dari rama-rama

dan bunga-bunga, melambangkan putera-puteri Mahsuri.Gabungan

mantap ini menjadikan Mahsuri tetap nombor satu di pentas larian.

4)Kontijen seterusnya Rumah Ria. Ria bersatu, Ria maju, Ria cergas,

Ria Berjaya….Rumah ria akan berusaha untuk Berjaya. Tahun 2012

tahun Ria.
Pagi-pagi menebar jala,

jala ditebar di tepi muara,

mara Ria terus mara,

Tahun ini pasti juara.

4) Tampil merah garang ialah rumah Raden. Raden Gah, Raden

merah, Raden berani bagaikan pahlawan.

Perbarisan ini diketuai oleh adik Mirza Aqil selaku ketua rumah .

Dengan diiringi seramai 30 orang ahli perbarisan .Dua orang puteri

comel memegang bunga manggar.

Maskot Raden ialah Angry Bird. Angry Bird ialah seekor burung

yang berani tidak kira di mana saja. Maka itulah Raden berani

menentang apa saja, terutama di Medan Larian.Maskot Raden

diwakili oleh adik Mohd.Amirul yang comel lagi perkasa. GO raden

Go, Raden Boleh.


*HENTIKAN MUZIK

*BARIS BERHENTI, SENANG DIRI, REHATKAN DIRI

Begitulah tadi selesainya acara lintas hormat oleh kontijen rumah-

rumah sukan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SKTAM tahun ini.

Untuk makluman hadirin, sebanyak 4 buah rumah sukan dan sebuah

pasukan prasekolah telah menyertai acara lintas hormat sebentar

tadi.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Yang berusaha En.Abdul Rasid b.Mahmudin( Guru Besar SKTAM),

Yang dihormati IR.NorHasbi b. Yusof ( YDP PIBG SKTAM )

- Pn.Hjh.Mardiana bt. Abdul Manaf Pen.Kanan Pentadbiran

- Pn.Zawizan bt. Mohamad, Pen.Kanan HEM

- Pn.Nor Azian bt. Ashar, Pen .Kanan Kokurikulum

- Pn.Nona Asiah bt. Abdul Wahab, Pen.Kanan Petang


- Guru-guru, AJK-AJK PIBG, ibu bapa dan murid-murid sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya ,

dapat kita melaksanakan penganjuran Kejohanan Sukan Tahunan

SKTAM bagi kali ke 17.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan penuh

takzim menjemput Alfadhil Ustaz Rozali b.Mat Nawan untuk

mengetuai bacaan doa.

Dipersilakan…

 BACAAN DOA

AMIN, AMIN, AMIN YA RABBAL A’LAMIN

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Alfadhil Ustaz Rozali Mat

Nawan di atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya dijemput adik Danish Azreen olahragawan 2011 untuk

mengetuai bacaan ikrar .Dipersilakan….

*BARIS, BARIS SEDIA

*SKUAD , BENDERA
*BACAAN IKRAR

*MASUK BARIS

Terima kasih kepada adik Danish Azreen b Mohd.Adenan.

Seterusnya kita akan menyanyikan lagu kejohanan berjudul “

Nyalakan Tekad”. Para hadirin diminta berdiri…

*NYANYIAN “ NYALAKAN TEKAD”

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada hadirin dan

dipersilakan duduk.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi, dengan mempersilakan En.Ab.Rasid b.

Mahmudin, Guru Besar SKTAM untuk menyampaikan ucapan. Majlis

dengan segala hormatnya mempersilakan…

*UCAPAN GB

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, di atas

ucapan sebentar tadi.


Hadirin yang dimuliakan,

Kini majlis mempersilakan IR.Norhasbi b. Yusof, YDP PIBG SKTAM

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan

Sukan Tahunan Kali ke 17. Majlis dengan penuh takzim

mempersilakan.

 UCAPAN PERASMIAN

 YDP BERGERAK MENDAPATKAN BELON

 Belon yang akan dilepaskan melambangkan 4 buah rumah sukan

yang akan bertanding , semoga warna-warni ini akan

menceriakan Kejohanan sukan Tahunan kali ini.

*Tunggu Pon….Pon…Pon…

Sirih puan terselit di jari,

Ingin ku cecah kapur di gagang,

Kesudian tuan hadir ke mari,

Temasya yang indah lagi gemilang.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada IR.Nor Hasbi b.Yusof

kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SKTAM Kali ke 17.

(PN.HALIMAH)

Seterusnya kita akan mengadakan senaman memanaskan badan

diiringi dengan lagu “ Gemuruh”.

Dipersilakan adik Nabil, adik Dania dan Adik Camilia untuk mengetuai

pergerakan senaman. Dipersilakan juga semua maskot tampil ke

hadapan bersama dengan kumpulan Nabil.

*LAGU GEMURUH

Terima kasih kepada adik Nabil dan rakan-rakannya.

Seterusnya kita akan menyaksikan perarakan keluar, kontijen

perbarisan ke khemah pasukan masing-masing.

*SKUAD, KELUAR BARIS

*MUZIK MASUK KHEMAH

*TUNGGU PERBARISAN MASUK KHEMAH


Begitulah tadi, berakhirnya majlis perasmian pembukaan Kejohanan

Sukan Tahunan SKTAM kali ke 17.

Seterusnya, sama-samalah kita menyaksikan acara sukan tahunan kali

ke 17.

You might also like