Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

Bahagian Pengurusan SBP dan SK

PROGRAM KELUARGA
SEK MEN AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG

Unit Bimbingan & Kaunseling


SMAP Kajang 2019

1 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

PROGRAM KELUARGA

SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN


PROGRAM KELUARGA SBP 2019

1. LATARBELAKANG

1.1 Program dilaksanakan berdasarkan konsep ‘in loco parentis’ iaitu guru
menjalankan sebahagian peranan ibu bapa di sekolah.

1.2 Guru (Ketua keluarga) berperanan memantau, membimbing dan


membantu murid (ahli keluarga) dalam aspek kebajikan, akademik,
sahsiah, perkembangan psikososial, emosi dan kerohanian.

1.3 Kumpulan guru dan murid berfungsi sebagai satu unit keluarga kecil.

1.4 Aktiviti yang dijalankan di sekolah mengintegrasikan kumpulan keluarga.

1.5 Akronim K.E.L.U.A.R.G.A bermaksud: K: Kasih sayang, E: Empati,


L: Luhur, U: Ukhuwah, A: Amanah, R: Rohani, G: Gembira, A: Ambil
berat. Amalan nilai-nilai ini menjadi elemen penting pelaksanaan program
KELUARGA SBP.

2 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

2. OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Mewujudkan persekitaran dan hubungan kekeluargaan antara guru dan


murid di sekolah.

2.2 Merapatkan hubungan ukhuwah sesama guru dan murid.

2.3 Menyediakan sistem sokongan sosial kepada murid di sekolah.

2.4 Membantu mengurangkan masalah disiplin melalui pendekatan ‘Personal


touch’.

2.5 Membantu murid mengurus emosi dan memahami perkembangan diri


dengan baik.

2.6 Meningkatkan ‘Soft skills’ murid melalui aktiviti yang dijalankan bersama
keluarga.

3. GARIS PANDUAN PEMILIHAN AHLI KELUARGA

3.1 Semua guru terlibat.

3.2 Ahli dalam sesebuah keluarga terdiri daripada seorang guru dan beberapa
orang murid (10-12 orang) daripada KAMAR DAN RUMAH yang sama.

3.3 Kumpulan keluarga terdiri daripada murid lelaki atau perempuan daripada
pelbagai tingkatan.

3.4 Majlis Pelancaran dan Penyerahan Ahli Keluarga dilakukan pada bulan
Januari.

3 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

4. JAWATANKUASA

Pengerusi : Tuan Hj. Mohd Abdul Aziz bin Mahmud


Naib Pengerusi : Tuan Hj Moohyiddin bin Hj Ahmad
Penyelaras : En Megat Marwan bin Megat Nizar

5. TEMPOH PELAKSANAAN

5.1 Program ini dilaksanakan sepanjang tahun dan diintegrasikan dalam


program-program yang dijalankan di sekolah.

5.2 Perjumpaan rasmi diwajibkan pada setiap bulan. (Sebarang perubahan


mengikut takwim semasa sekolah)

5.3 Perjumpaan tidak rasmi boleh dilaksanakan di luar jadual perjumpaan


rasmi.

5.4 Tempoh perjumpaan rasmi: 45 minit

5.5 Guru Ketua Rumah berperanan untuk memantau kehadiran guru mentor
setiap kali perjumpaan dijalankan.

4 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

6. PELAPORAN DAN PENILAIAN (SECARA ATAS TALIAN)

6.1 Laporan aktiviti disediakan oleh guru mentor dan diserahkan kepada
penyelaras program sehari selepas setiap perjumpaan dijalankan.

6.2 Penilaian dilakukan secara penilaian kendiri oleh murid dan juga guru.

6.3 Perkembangan dan pencapaian ahli keluarga (murid) dikesan daripada


markah Sistem Rumah.

6.4 Refleksi keluarga dijalankan pada hujung tahun untuk menilai


keberkesanan program keluarga di sekolah.

7. PENGISIAN PROGRAM

7.1 Setiap keluarga memainkan peranan aktif dalam pelaksanaan program-


program dianjurkan di sekolah.

7.2 Pengisian program semasa perjumpaan rasmi dijalankan mengikut tema


yang dicadangkan setiap bulan. (Rujuk Lampiran Jadual Perjumpaan dan
Modul Aktiviti)

7.3 Guru dan murid dibenarkan mempelbagaikan aktiviti keluarga yang


bertujuan mencapai objektif program semasa perjumpaan rasmi dan tidak
rasmi.

5 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

8. CONTOH AKTIVITI/PROGRAM

8.1 Hari Keluarga sekolah melibatkan kumpulan keluarga.

8.2 Hari pendaftaran dan perjumpaan pelaporan akademik murid turut


melibatkan guru (Ketua Keluarga) bertemu dengan ibu bapa murid.

8.3 High table keluarga.

8.4 Sukaneka keluarga semasa sambutan Hari Guru/ Hari Sukan.

8.5 Outing bersama keluarga sekurang-kurangnya sekali setahun.

8.6 Program kerohanian bersama keluarga.

8.7 Gotong-royong dan sudut-sudut jagaan keluarga di sekolah.

Contoh: Taman Sains : Kelolaan Keluarga Cikgu Ahmad

8.9 Memberikan pengiktirafan kepada keluarga.


Contoh: Anugerah Keluarga Cemerlang Akademik, Anugerah Keluarga
Cemerlang Kokurikulum dan lain-lain.

8.10 Sebarang aktiviti yang bersesuaian dengan konsep dan keperluan di


sekolah.

6 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

9. PERANAN MENTOR

9.1 Mentor sebagai sumber rujukan utama mentee.

9.2 Mentor perlulah bersikap terbuka dalam apa jua isu yang dibangkitkan
oleh mentee dan bersama membantu mentee dalam mencapai resolusi
terbaik untuk mereka.

9.3 Mentor membimbing mentee agar mengenal pasti potensi, kebolehan,


pencapaian dan minat diri masing-masing.

9.4 Mentor membantu melancarkan perjalanan kelompok dengan sihat dan


membina semasa perbincangan.

9.5 Mentor memberikan sokongan dan dorongan kepada mentee agar


mereka dapat meningkatkan sahsiah diri, memantapkan pencapaian
akademik, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi apa jua cabaran
yang mendatang dengan berani dan yakin.

9.6 Segala maklumat perbincangan adalah merupakan HAK PERIBADI dan


KERAHSIAAN kelompok mentor-mentee sahaja. Sekiranya terdapat isu-isu
berbangkit yang perlu dibincangkan lebih lanjut, perlulah dirujuk kepada ahli
jawatankuasa induk atau kaunselor sahaja.

7 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

JADUAL PERJUMPAAN PROGRAM KELUARGA SMA PERSEKUTUAN KAJANG 2019

PERJUMPAAN AKTIVITI FOKUS TARIKH MASA


1  Pelancaran Program HEM 9 Jan 7.15pagi
Keluarga Smapk 2019
 Membina Matlamat
Keluarga/ Swot
 Keceriaan Kamar
 Pengurusan Diri
2  :Sahsiah, Peraturan dan HEM 25 Feb 7.15pagi
Displin
3  Potensi diri/ Bakat KOKU 22 April 7.15pagi
Terpendam
4  Penghayatan Penghayatan HEM 24 Jun 7.15pagi
Ramadhan & Hari Raya
Eidul Fitri
5  Persediaan untuk KURI 22 Julai 7.15pagi
mengadapi peperiksaan
6  Menghayati Hijrah & HEM 5 Ogos 7.15pagi
Berubah
 bulan patriotism
 Refleksi keluarga

SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA SMAPK

Setiap bulan majlis sambutan hari lahir akan diadakan semasa


sesi perhimpunan pagi. Mentor dimohon untuk berada bersama
ahli keluarga dorm semasa majlis dilaksanakan.

8 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

SENARAI IBU BAPA (GURU) & RUMAH PROGRAM KELUARGA SMAPK


Tahun 2019

KAW TZ AU UZ

ASPURA BLOK A RUMAH/ TING

KAMAR MENTOR

A01 PUAN NUR SUHAILA BINTI SULONG

A02 PUAN ROSMAYATI BT BAKAR

A03 EN. MUHD AFIFI BIN ABDULLAH SATARI

A04 PUAN ROSLIZA BINTI SIDEK

A05 EN MOHD AZRI BIN HAMZAH

A06 EN. AHMAD ZAIDI B AZAMUDDIN

A07 PUAN NORLELA BINTI MOHAMMAD

A08 PN KHAIRUL HUSNA ABD KADIR

ASPURA BLOK B RUMAH/TING

KAMAR MENTOR

B01 PUAN FARHANAH MUNIRAH BT ROSLAND

B02 PUAN DAYANG HALIZA BT ABANG AHMAD

B03 PUAN KHAIRUL AZWA BT ABD HAMID

B04 EN MEGAT MARWAN B MEGAT NIZAR

B05 EN MASLAN BIN ISMAIL

B06 EN NAZRI BIN EMBONG @ ABD RAHMAN

B07 PUAN ANA SHIRIN BINTI RAZI RABI

B08 PUAN ZAKIAH BINTI OHTMAN

9 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

ASPURA BLOK C RUMAH/TING

KAMAR MENTOR

C01 PUAN SHARIFAH NAZIRAH BT MUSTAFA

C02 PUAN ZAINON BT ISMAIL

C03 PUAN SITI HAJAR BINTI ABD RAZAK

C04 EN AHMAD FIRLI BIN DOL BASIR

C05 PUAN NORZIHANA BT ISHAK

C06 PUAN RAZANA BT SAID @ RAZALI

C07 EN ARBAIN BIN BAHARUDIN

C08 PUAN HARLAILA BT HARIS

ASPURA BLOK D RUMAH/TING

KAMAR MENTOR

D01 CIK TAN SIEW BOON

D02 PUAN NURULAIN BT MOHAMAD NOOR

D03 PUAN HALIMATON BT ABU SEMAN

D04 PUAN ZAITON BT MOHAMED

D05 PUAN SITI AISYAH BT HJ MOHD AKASHAH

D06 EN RAHIM B MOHD NOR

D07 EN MUHAMMAD HILMIE BIN MOHD ALI

D08 TN HJ BAKRU ROZI BIN MUSA

10 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

ASPURI BLOK E RUMAH/TING

KAMAR MENTOR

E01 PUAN NOOR FAEZAH BT HAMZAH

E02 PUAN ZURI FARIHAN BT ABDUL RAHMAN

E03 DATIN RAFIDAH BT MOHD NOR

E04 PUAN NURUL FIRDAUS BT MOHAMED SALLEH

E05 CIK ZURIYAL HANIM BT BAHARUDDIN

E06 PUAN NUR FASIHAH BT AHMAD

E07 CIK NURUL SYAMIMI BT RAZALI

E08 PUAN HJH HASNAH BT YUSUFF

ASPURI BLOK F RUMAH/TING

KAMAR MENTOR

F01 PUAN CHE SITI AISAH BT CHE OMAR

F02 PUAN FAZILAH BT MAT

F03 PUAN MAHIMUN BT SARDI

F04 PUAN NORHAZWIN BT MUHD HASHIM

F05 PUAN ZELAWATI BT HASSAN

F06 CIK NADA BINTI ISMAIL

F07 PUAN HASIMAH BINTI MOHD NOOR

F08 PUAN MAHANI BINTI MAHAT

11 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

ASPURI BLOK G RUMAH/TING

KAMAR MENTOR

G01 PUAN NORAZNINA BT MOHD GHAZALI

G02 PUAN RABITA BT TAJELI

G03 PUAN ZURAIDAH BT KHAIRI

G04 PUAN YANTI BT SULAIMAN

G05 PUAN NOROHANIDA BT SULAIMAN

G06 PUAN CHE SOM BT MANSOR

G07 PUAN NORZELASARI BT MAT JANI

G08 PUAN ATIQAH BT MOHD HASBI

G09 PUAN ISMAHILA BT MOHAMED ALWI

G10 PUAN MAZSHAHDAH BT MOHD SHAH

G11 PUAN ROSNANI BT ABDULLAH

G12 PUAN JAMIATI BINTI BURAHIN

12 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL PANDUAN AKTIVITI PERJUMPAAN KELUARGA


SMA PERSEKUTUAN KAJANG
Unit Bimbingan & Kaunseling SMAPK

BIL NAMA AKTIVITI FOKUS


1 MODUL 1 ; HEM
MEMBINA KELUARGA HARMONI
2 MODUL 2; HEM
MEMBINA JATI DIRI -
SAHSIAH, PERATURAN DAN DISPLIN
3 MODUL 3 ; HEM
PERKONGSIAN GURU –
MENGHINDARI GEJALA NEGATIF (ROKOK, ARAK, DADAH,PERGAULAN
BEBAS)
4 MODUL 4 ; AKADEMIK
BUKU MUDAHNYA UNTUK BERJAYA –
PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN/ TIPS BELAJAR
5 MODUL 5 ; AKADEMIK
BUKU MUDAHNYA UNTUK BERJAYA –
MENGURUS CUTI DENGAN CEMERLANG
6 MODUL 6 ; HEM
BUKU TERAPI JIWA MURID MUSLIM –
MERANCANG AMALAN DI BULAN RAMADAN
7 MODUL 7 ; HEM
RAIKAN SYAWAL
8 MODUL 8 ; HEM
PERKONGSIAN GURU –
PENGHAYATAN BULAN KEMERDEKAAN
9 MODUL 9; KOKU
BUKU MUDAHNYA UNTUK BERJAYA –
POTENSI DIRI/ BAKAT TERPENDAM
10 MODUL 10; HEM
PERKONGSIAN GURU
-MENGHAYATI HIJRAH & BERUBAH
11 MODUL 11; HEM
REFLEKSI KELUARGA

13 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL 1 : MEMBINA KELUARGA HARMONI

Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Mengetahui asas membina keluarga harmoni.


II. Mengamalkan adab hubungan dalam keluarga
III. Menghasilkan peraturan dan hak bersama dalam keluarga.
IV. Mengetahui kekuatan dan kelemahan keluarga.
Masa 45 minit

Bahan Kertas Mahjung

Personalia Mentor

1. Murid berkumpul di tempat aktiviti.


2. Perjumpaan dimulakan dengan membaca Al Fatihah.
Prosedur
3. Guru menerangkan apakah maksud keluarga harmoni?
(menurut pandangan guru dan murid)
4. Murid berbincang tentang adab hubungan dalam keluarga
yang ingin diamalkan bersama.
Contoh, adab meminta pertolongan ahli keluarga
5. Murid berbincang apakah hak bersama dan peraturan
keluarga yang ingin diamalkan bersama.
Contoh , ahli keluarga berhak untuk tidak diejek dengan
panggilan yang buruk.
6. Murid berbincang analisis KEKUATAN DAN
KELEMAHAN keluarga dengan menggunakan kertas A4.
7. Guru merumuskan keseluruhan aktiviti.

Falsafah : Masyarakat sejahtera


bermula dengan keluarga yang bahagia

14 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL 2 : MEMBINA JATI DIRI

Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Menghayati tanggungjawab diri


II. Bersemangat untuk menghindari salah laku displin.
III. Bersepakat untuk berkerjasama menjaga ahli keluarga dari
terjebak dengan salahlaku displin.

Masa 45 minit

Bahan Buku Peraturan Displin

Personalia Mentor

1. Murid berkumpul di tempat aktiviti.

Prosedur 2. Perjumpaan dimulakan dengan membaca Al Fatihah.


3. Guru meminta seorang pelajar berdiri di tengah bulatan
keluarga dan meminta ahli yang lain menyatakan apakah
aspek yang positif tentang rakan tersebut.
4. Guru berbincang tentang bentuk kesalahan yang sering
pelajar lakukan dan kesannya terhadap diri dan masa
hadapan mereka.
5. Guru berbincang bagaimana keluarga dapat menjaga
keluarga mereka dari terjebak dengan tindakan salah laku
displin.
6. Guru merumuskan keseluruhan aktiviti.

Falsafah : Setiap tindakan pasti beroleh pembalasan

15 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL 3 : GEJALA SOSIAL

Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Bersemangat untuk menghindari gejala negatif (Rokok,


Arak, Pergaulan Bebas, Dadah)
II. Mengamalkan sikap asertif terhadap pengaruh negatif.

Masa 45 minit

Bahan Buku Mudahnya untuk Berjaya

Personalia Mentor

1. Murid berkumpul di tempat aktiviti.


2. Perjumpaan dimulakan dengan membaca Al Fatihah.
Prosedur
3. Guru meminta setiap ahli keluarga membuat riak wajah yang
paling buruk/ hodoh di hadapan rakan yang lain secara
bergilir-gilir.
4. Guru menerangkan bahawa manusia sering malu apabila
keburukan kita diketahui oleh orang lain. Malah, bayangkan
apabila keburukan yang kita sengaja lakukan seperti
perbuatan merokok dihadapan orang ramai.
5. Guru berbincang apakah gejala sosial yang semakin
meruncing dalam masyarakat? (Kongsikan pengalaman )
6. Murid berbincang cara menghindari atau menolak sekiranya
diajak untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.
7. Guru merumuskan keseluruhan aktiviti.

Falsafah : Maksiat ; nikmat sementara, sengsara selamanya

16 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL 4 : PERSEDIAAN MENGHADAPI


PEPERIKSAAN
Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Mengetahui tips persediaan menghadapi peperiksaan.


II. Menyediakan jadual perancangan peribadi
III. Bersemangat untuk mengadapi peperiksaan.

Masa 45 minit

Bahan Buku Mudahnya untuk Berjaya

Personalia Mentor

1. Murid berkumpul di tempat aktiviti.


2. Perjumpaan dimulakan dengan membaca Al Fatihah.
Prosedur
3. Guru menerangkan peperiksaan yang mereka bakal hadapi.
4. Murid berbincang apakah sasaran dan perancangan mereka
untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
5. Guru berkongsi pengalaman belajar dan tips untuk
menghadapi peperiksaan. (rujuk buku Mudahnya untuk
Berjaya. Bab 4)
6. Guru merumuskan keseluruhan aktiviti.

Falsafah : Barangsiapa berusaha, kejayaan miliknya

17 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL 5 : MENGURUS MASA/ PERCUTIAN

Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Menghargai masa.
II. Mengurus dan merancang aktiviti dengan berkesan.

Masa 45 minit

Bahan Buku Mudahnya untuk Berjaya

Personalia Mentor

1. Murid berkumpul di tempat aktiviti.


2. Perjumpaan dimulakan dengan membaca Al Fatihah.
Prosedur
3. Guru meminta seorang pelajar menerangkan apakah
kegembiraan seorang pelajar SBP selain beroleh
kecemerlangan dalam peperiksaan? (Jawapan ; Cuti)
4. Guru berbincang tentang kecuaian pelajar tentang waktu cuti
apabila tidak diurus dengan berkualiti.
5. Murid berbincang bagaimana mereka ingin menguruskan
masa cuti yang berkualiti dan bermanfaat.
6. Guru merumuskan keseluruhan aktiviti.

Falsafah : Demi Masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian..

18 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL 6 : PEMANTAPAN KEROHANIAN

Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Menghayati nikmat iman dan Islam.


II. Bersemangat untuk melakukan amal ibadah.
III. Bersepakat untuk berkerjasama dalam melakukan
kebaikan sesama ahli keluarga.

Masa 45 minit

Bahan Buku Terapi Jiwa Murid Muslim

Personalia Mentor

1. Murid berkumpul di tempat aktiviti.

Prosedur 2. Perjumpaan dimulakan dengan membaca Al Fatihah.


3. Guru bertanya andai Rasulullah S.A.W masih ada bersama
kita, apakah kita sanggup Baginda melihat keadaan iman dan
amalan kita pada hari ini?
4. Guru berbincang tentang perancangan murid untuk
meningkatkan tahap amal ibadah serta akhlak.
Contoh amalan sunat, zikir, budaya menasihat dan
sebagainya.
5. Guru menerangkan amalan mudah tetapi amat bermakna
seperti mengutip sampah dibahu jalan, membantu guru
membawa buku, memadam papan putih dan lain-lain.
6. Guru merumuskan keseluruhan aktiviti.

Falsafah : Manusia yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa

19 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL 7 : MENGHAYATI DAN MERAIKAN SYAWAL

Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Menghayati kemuliaan bulan Syawal.


II. Bersemangat untuk mengamalkan amalan mulia.
III. Bertambah kemesraan antara satu sama lain.

Masa 45 minit

Bahan -

Personalia Mentor

1. Murid berkumpul di tempat aktiviti.


2. Perjumpaan dimulakan dengan membaca Al Fatihah.
Prosedur
3. Guru mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil
Fitri.
4. Guru berbincang kemuliaan bulan Syawal, dan kesannya
terhadap sikap murid, dan hubungan sesama keluarga.
5. Guru digalakan untuk meraikan Syawal bersama keluarga
(Jamuan kuih raya dan saling bermaafaan)
6. Guru merumuskan keseluruhan aktiviti.

Falsafah : Raikan Syawal dengan Kemuliaan

20 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL 8 : PENGHAYATAN BULAN KEMERDEKAAN

Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Menghayati pengorbanan pejuang kemerdekaan.


II. Bersemangat untuk menjadi rakyat yang menyumbang
kepada kestabilan negara.

Masa 45 minit

Bahan -

Personalia Mentor

1. Murid berkumpul di tempat aktiviti.


2. Perjumpaan dimulakan dengan membaca Al Fatihah.
Prosedur
3. Guru meminta semua ahli keluarga memejamkan mata dan
membayangkan keadaan Malaysia ketika di zaman penjajah.
(Membayangkan kesusahan, pembunuhan, harta negara
dirompak, Islam ditindas)
4. Guru berbincang tentang kepentingan menghayati dan
menyambut bulan kemerdekaan setiap tahun.
5. Murid berbincang bagaimana mereka boleh menjadi rakyat
Malaysia yang dapat menyumbang kepada kemajuan dan
kesejahteraan negara.
6. Guru merumuskan keseluruhan aktiviti.

Falsafah : Malaysia Negara Berdaulat

21 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL 9 : MEMBINA POTENSI DIRI

Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Mengetahui potensi diri untuk cemerlang dalam aspek


akademik, kokurikulum dan sahsiah.
II. Merancang kejayaan dalam kegiatan kokurikulum.

Masa 45 minit

Bahan Buku Mudahnya untuk Berjaya

Personalia Mentor

1. Murid berkumpul di tempat aktiviti.


2. Perjumpaan dimulakan dengan membaca Al Fatihah.
Prosedur
3. Guru meminta setiap pelajar berkongsi aktiviti sampingan
yang disukai samada sukan, kebudayaan, keseniaan, bahasa
dan lain-lain.
4. Guru berbincang tentang penglibatan pelajar dalam pelbagai
aktiviti akan memberi kesan positif terhadap peribadi diri.
5. Murid memilih satu aktiviti yang paling berpotensi dan
menerangkan apakah kejayaan yang ingin beliau capai
dalam aktiviti tersebut.
6. Guru merumuskan keseluruhan aktiviti.

Falsafah : Setiap insan dilahirkan dengan potensi

22 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL 10 : MENGHAYATI HIJRAH & BERUBAH

Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Menghayati sambutan Maal Hijrah


II. Bersemangat untuk BERUBAH DAN BERHIJRAH
III. Bersepakat untuk berkerjasama dan menyokong
perubahan ahli keluarga.

Masa 45 minit

Bahan -

Personalia Mentor

1. Murid berkumpul di tempat aktiviti.

Prosedur 2. Perjumpaan dimulakan dengan membaca Al Fatihah.


3. Guru meminta semua ahli bertukar tempat duduk antara satu
sama lain dalam tempoh 10 saat. (ulang beberapa kali)
4. Guru menerangkan perubahan kali pertama akan rasa
janggal, namun setelah beberapa kali perubahan tersebut
akan semakin mudah dan meyakinkan.
5. Guru berbincang tentang sambutan maal hijrah setiap tahun
dan kaitannya dengan mengubah diri ke arah kebaikan.
6. Murid diminta berbincang dan menyatakan apakah perkara
yang ini diubah dan apakah penghalang.
7. Guru meminta setiap ahli menghormati, menyokong,
membantu setiap ahli keluarga yang sedang berusaha untuk
berubah.
8. Guru merumuskan keseluruhan aktiviti.

Falsafah : Kejayaan mengubah diri adalah kejayaan yang paling


berharga

23 Garis Panduan Program Keluarga SBP


Bahagian Pengurusan SBP dan SK

MODUL 11 : REFLEKSI KELUARGA

Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Memuhasabah diri sebagai ahli keluarga


II. Menghargai setiap kehadiran ahli keluarga
III. Bersepakat untuk memperbaiki diri sebagai ahli keluarga di
masa yang akan datang.

Masa 45 minit

Bahan -

Personalia Mentor

1. Murid berkumpul di tempat aktiviti.

Prosedur 2. Perjumpaan dimulakan dengan membaca Al Fatihah.


3. Guru meminta setiap ahli berkongsi perasaan, pengalaman
yang paling manis bersama ahli keluarga sepanjang tahun
ini.
4. Guru menerangkan kepentingan menghargai setiap detik
bersama, pengalaman, dan perkongsian antara ahli keluarga.
5. Guru berbincang apakah perkara yang ingin diperbaiki dalam
keluarga agar hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih
baik.
6. Guru merumuskan keseluruhan aktiviti.

Falsafah : Barangsiapa menghargai, dia akan dihargai

24 Garis Panduan Program Keluarga SBP

You might also like