Professional Documents
Culture Documents
Tembikar
Tembikar
JENIS-JENIS TEMBIKAR
1. Tembikar Mambong
Terkenal di Kelantan
Dihasilkan untuk kegunaan harian
Menggunakan tanah liat yang dicampur dengan sedikt pasir halus dalam
proses pembuatannya
Tembikar yang dikeringkan akan berwarna kelabu dan apabila dibakar ia
bertukar menjadi kemerahan-merahan
Ia tidak mempunyai corak kecuali tulang ikan, pucuk rebung dan siku
keluang
2. Terenang
Kendi air bertutup yang diperbuat daripada tanah liat
Diusahakan di Kg.Pasir Durian, Pahang
Bahan utama pembuatannya ialah tanah padi berwarna kuning, keras dan
berketul yang didapati di celah-celah tanah dan batu
Hasil terenang berwarna coklat kekuningan
3. Bekas Perasapan
Digunakan untuk membakar kemenyan dalam upacara pengubatan dan
kematian
4. Labu
Bekas air berbentuk buah labu banyak terdapat di Perak mempunyai
corak –alam sekeliling dan geometri
5. Jambangan
Badan berbentuk labu yang ditinggikan seperti tempayan atau buyung
berkaki digunakan untuk meletak Bunga
6. Butung
Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan
berbentuk bulat penuh serta mempunyai permukaan yang licin tanpa hiasan
7. Geluk
Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecil dan ringkas
TEMBIKAR SARAWAK
• Berasal dari China dan diusahakan oleh kaum Cina
• Berbentuk tempayan beraneka jenis dan diukir dengan hiasan kepala naga
• Banyak digunakan oleh kaum Kelabit di Sarawak untuk menyimpan barang
berharga,atau mengisi arak
• Menggunakan mesin pemutar/ lempar alin dan acuan
LABU SAYONG
• Tembikar ini diusahakan di Sayong, K.Kangsar, Perak
• Bentuknya diilhamkan daripada buah labu air
• Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil dan menyimpan air
• Air yang disimpan dalam labu sayong ini dikatakan dingin, nyaman dan
mempunyai khasiat
yang tertentu
• Ia dihasilkan oleh kaum wanita menggunakan teknik picitan dan lingkaran
• Corak hiasannya berdasarkan alam sekeliling dan rupa geometri
BAHAN :
1.Tanah liat :
• Bahan utama untuk membuat tembikar
• Pelbagai jenis tanah liat : tanah liat daripada tanah busut , tanah berhampiran
sungai / di
sungai, tanah sawah , berwarna kelabu dan kuning kemerah-merahan
2.Damar
• Bahan kemasan tembikar yang berupa getah keras yang digunakan sebagai
bahan kalis air
• Diperolehi daripada jenis pokok damar laut, dan damar batu
ALATAN:
1. Ayak - Alat ini mempunyai jaring halus yang digunakan untuk menapis
serbuk tanah liat dan sepuh (gerlis).
2. Dawai pemotong - Alat ini untuk memotong tanah liat semasa menguli
untuk memastikan tiada liang udara.
3. Pinggan-Tempat membentuk tanah liat yang berfungsi sebagai meja.
4. Penggelek/Papan gelek/pengukur -Papan gelek – papan untuk
menggelek tanah liat dalam proses membentuk. Ia juga dipanggil papan rata.
Kayu pengukur digunakan untuk mendapatkan ketebalan yang dikehendaki,
terutama bentuk tapak.
5. Batu sungai -Digunakan untuk melicinkan dan mengilatkan permukaan
tembikar yang telah siap. Alat ini juga dipanggil sebagai batu licin, batu kali atau
batu luru.
6. Pengukir kayu/Kayu tera - Kayu kecil yang kedua- dua hujungnya
bermotif, digunakan untuk membentuk corak dengan menekannya pada
tembikar yang tidak begitu keras dan tidak begitu lembut.
7. Span-Alat untuk mengemas dan melicinkan permukaan tembikar.
8. Tong-Bekas untuk menyimpan tanah liat yang telah diproses.Tong perlu
ditutup supaya tanah liat tidak mudah kering.
9. Pengukir besi/Penepik kayu berukir/Pengukir dawai - Alat yang
digunakan untuk menghias permukaan tembikar dengan cara tekanan, turisan,
menakik atau mengguris.
=> Keringkan tembikar yang telah siap di tempat yang redup selama beberapa hari
=> Licinkan permukaan labu dengan batu sungai
=> Hiaskan permukaan labu dengan ragam hias yang sesuai menggunakan penepik
kayu
berukir, pengukir besi atau kayu tera
1. teknik menekan
2. teknik kelar / guris
3. teknik mengikis dan mengukir