Professional Documents
Culture Documents
Surat Tajaan TADIKA
Surat Tajaan TADIKA
Kepada:
Didoakan semoga tuan sekeluarga sentiasa berada dalam rahmat Allah,di limpahakan
rezeki serta perniagaan sentiasa mendapat keberkatan dan di kurniakan tubuh badan yang sihat
oleh Allah.
Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah program KEMBARA SI CILIK CERDIK HAJI akan
diadakan dengan kerjasama Yayasan An Nahdhoh Pulau Pinang. Program ini memberikan
pengalaman sebenar yang menyeronokkan buat kanak-kanak di mana mereka akan melalui
proses-proses yang sama seperti menunaikan haji di Mekah.
l Menanam minat kanak-kanak seawal usia tentang ibadah haji dan dapat memupuk
semangat menabung dalam diri kanak-kanak.
l Memberi pendedahan awal dan menjelaskan tentang Rukun Islam kelima iaitu
menunaikan haji di Mekah melalui pembelajaran secara praktikal (hands on) yang lebih
mudah difahami dan berkesan bagi kanak-kanak.
l Memberi pengalaman cara pembelajaran yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dan
meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak.
l Memupuk sifat kerjasama dan ukhuwah di kalangan peserta untuk mengendalikan
sebuah program besar secara bersama.
l Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menimba ilmu dan
keperluan menunaikan haji.
l Menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab membimbing anak-anak mereka bermula
pada usia kanak-kanak lagi.
4. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, program ini merupakan program simulasi haji kali
ke-4 yang bakal diadakan di Yayasan An Nahdhoh, Pulau Pinang. Program ini dijangka akan
disertai oleh 1000 peserta. Program KSCH ini juga, telah disiarkan di media sosial seperti
facebook, telegram, instagram & sebagainya.
5. Justeru itu, kami dengan rasa rendah diri ingin memohon penajaan wang ringgit
daripada pihak tuan/puan bagi melancarkan perjalanan dan pelaksanaan program ini. Mudah-
mudahan dengan sumbangan ikhlas daripada pihak Tuan / Puan, kita semua dapat merasa
manfaat yang besar dari inisiatif kami ini. Tajaan daripada pihak Tuan / Puan boleh disalurkan
melalui akaun berikut:
Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pihak Tuan / Puan boleh menghubungi :
Pn. Siti Salbiah (Naib Pengerusi Persatuan Pendidik Pengasuh Muhibbah Pulau
Pinang) : 013-4470655
Alamat : Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang,
No 843 Mukim 5, Kampung Petani,
Kubang Semang, 14400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Sekian.
...........................................
(PUAN NURUL AIN BINTI MOHD YUSOFF)
Setiausaha Persatuan Pendidik Pengasuh Muhibbah Pulau Pinang
S.k Pengerusi Persatuan Pendidik Pengasuh Muhibbah Pulau Pinang Pn Noorzaiha Bt Hj Maarof
S.k Penasihat kembara Si cilik Cerdik Haji Ustaz Hj Abdul Mutalib B. Hj Maarof