Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SKRIP UJIAN LISAN BAHASA MELAYU

Nama: SYAFEERAH

Kelas: 4e

Tajuk: Amalan pemakanan

Terima kasih saudara Tristan yang telah menyampaikan hujahnya


tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjaga kebersihan
restoran atau gerai-gerai.Berdasarkan isi yang telah rakan saya bincangkan,
jelas bahawa kebersihan sekeliling restoran atau gerai perlu bersih. Jika
tidak dilakukan, semestinya hal ini mempunyai kesan-kesan yang bukan
sahaja penggerai akan alami, namun terhadap pelanggan juga.

Saya akan menerangkan kesan terhadap penggerai jika langkah-langkah


yang telah dihujahkan oleh saudara Tristan tidak diaplikasikan. Pelanggan
akan berasa kurang selesa apabila persekitaran yang tidak bersih dijadikan
kawasan untuk berjual. Hal ini demikian kerana, kawasan yang kotor
semestinya akan mempunyai serangga perosak khususnya lalat. Hal ini
berhubung kait kerana serangga perosak iaitu lalat akan mengganggu
ketenteraman pelanggan yang mencuba untuk menikmati makanan yang
telah dipesan.Sekiranya mereka tidak berpuas hati, pelanggan yang pertama
kalinya datang ke premis peniaga akan membuat keputusan untuk tidak
menjamu selera di restoran penggerai atas sebab kebersihan.

Di samping itu, pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan yang


besar dalam hal ini. Seperti yang telah Tristan katakan, saya ingin
menekankan semula bahawa kerajaan perlu berganding bahu untuk
memastikan penggerai-penggerai menghidang makanan yang sewajarnya.
Oleh itu, undang-undang yang telah dioperasikan iaitu Undang-undang
Kecil Pengendali Makanan ( Majlis Daerah Keamanan ) 1990 perlu
dikuatkuasakan lagi untuk memastikan penggerai menepati cita rasa
pelanggan yang menginginkan tempat makan yang selesa,bersih dan
semestinya sedap.
Sekarang, perbincangan kami berenam tadi telah pun selesai.
Kesimpulan daripada tajuk ini ialah masyarakat seluruh negara seharusnya
perlu memastikan mereka mempunyai amalan makanan yang baik untuk
meraihkan kehidupan yang lebih sihat dan gembira. Kesihatan kita dapat
dihindari daripada penyakit-penyakit yang telah Celine,Christabelle,Yap
Ciao Huey dan Liew Kai Tong telah bincangkan sebentar tadi. Seperti mana
yang telah Tristan ucapkan, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Pihak professional seperti doctor di serata dunia telah menyatakan tentang
hal ini dan harus kita semua terapkan agar tidak menyesal pada masa akan
datang kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekian dan terima kasih.

You might also like