Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 46

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL

Diterbitkan oleh

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
86400 PARIT RAJA BATU PAHAT JOHOR

Edisi Pertama, Mei 2014


PENULIS

Dr Azman Bin Hassan


Hajah Sarebah Binti Warman
Mohd Fairuz Bin Marian
Muhamad Amin Bin Hj Abdul Ghani
Suhaimi Bin Mohamad
Saiful Hadi Bin Masran
Md Azani Bin Sham
© Penerbit UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
Tel: 07 – 4536143
Fax: 07 – 4536145
Email: fptv@uthm.edu.my

© Penerbit UTHM
Terbitan Pertama 2014

Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara
elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta terlebih
dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Jawatankuasa Latihan Industri FPTV UTHM


KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


Prakata i
Kata Aluan ii
Senarai Singkatan iii
Senarai Lampiran iv
Definisi Istilah v
Visi UTHM, Misi UTHM, Moto UTHM, Polisi Kualiti UTHM vi
Visi FPTV, Misi FPTV dan Objektif FPTV vii

BAHAGIAN 1 GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI


1.0 PENGENALAN 1
2.0 MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI 1
3.0 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI 1
4.0 HASIL PEMBELAJARAN 1
5.0 UNIT HUBUNGAN KORPORAT DAN UNIVERSITI 2
6.0 SKOP LATIHAN INDUSTRI FPTV 2
6.1 Kimpalan dan Fabrikasi Logam (KFL) 2
6.2 Elektrik dan Elektronik (EE) 2
6.3 Binaan Banggunan (BB) 3
6.4 Pemesinan Am (PM) 3
6.5 Penyejukkan dan Penyamanan Udara (PPU) 3
6.6 Multimedia Kreatif (MM) 3
6.7 Katering (KAT) 4
7.0 KRITERIA DAN KELAYAKAN 4
7.1 Pelajar 4
7.1.1 Syarat Kelayakkan LI 4
7.1.2 Tarik Diri (TD) 5
7.1.3 Tangguh Latihan 5
7.1.4 Keputusan Hadir Gagal (HG) 5
7.2 Penyelia Fakulti 5
7.3 Penyelia Industri 5
8.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 5
8.1 Tempoh Waktu Latihan 5
8.2 Penyelaras Latihan Industri Fakulti 6
8.3 Penyelia Fakulti 6
8.4 Penyelia Industri 6
8.5 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 6
8.6 Pengurus Industri 6
BAHAGIAN 2 PANDUAN PENTADBIRAN PROGRAM LI
1.0 STRUKTUR PROGRAM 9
2.0 PENEMPATAN LATIHAN 9
2.1 Penukaran Tempat LI 9
3.0 SURAT INDEMNITI (SURAT LEPAS TANGGUNG) 9
4.0 ALAMAT SURAT MENYURAT 9
5.0 DISPLIN, KEHADIRAN DAN CUTI 9
6.0 IMBUHAN ATAU ELAUN LI 10
7.0 YURAN 10
8.0 INSURANS PELAJAR 10
9.0 GARIS PANDUAN UNTUK PELAJAR 10

BAHAGIAN 3 PANDUAN PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN


1.0 TUJUAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI 11
2.0 TUJUAN PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI 11
3.0 SKEMA PENILAIAN 11
4.0 GARIS PANDUAN PENYELIAAN UMUM BAGI PELAJAR 11
4.1 Sebelum Penyeliaan 11
4.2 Semasa Penyeliaan 12
4.3 Selepas Penyeliaan 12
5.0 GARIS PANDUAN PENYELIAAN UMUM BAGI FAKULTI 11
5.1 Sebelum Penyeliaan 11
5.2 Semasa Penyeliaan 12
5.3 Selepas Penyeliaan 12
6.0 PENILAIAN KUALITI BERTERUSAN 13

BAHAGIAN 4 PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN


1.0 PENDAHULUAN 14
2.0 TUJUAN 14
3.0 BAHAGIAN A: KAEDAH MENULIS LAPORAN AKHIR 14
3.1 Panduan Umum 14
3.2 Panduan Penulisan Laporan Latihan Industri 15
4.0 PANDUAN KANDUNGAN LAPORAN AKHIR 15
5.0 JUMLAH NASKAH 17
6.0 LAPORAN YANG LEWAT 17
7.0 BAHAGIAN B: FORMAT BUKU LAPORAN AKHIR 18
8.0 PANDUAN MENULIS BUKU LOG HARIAN 14
9.0 PANDUAN MENULIS JURNAL REFLEKSI 23
LAMPIRAN A : Silibus Latihan Industri 24
LAMPIRAN B : Carta Alir Permohonan dan Penempatan LI 27
LAMPIRAN C : Carta Alir Pemantauan dan Penyeliaan LI 28
LAMPIRAN D : Borang Penilaian Penyelia Fakulti 29
LAMPIRAN E : Borang Penilaian Penyelia Industri 31
PRAKATA

BismilLahi Rahmaani Rahiimi


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum WBT,

Buku panduan ini mengandungi panduan latihan industri, arahan dan peraturan berkaitan
perlaksanaan latihan industri, panduan mengisi buku log dan menulis laporan akhir. Dengan
adanya maklumat tersebut, pelajar, khususnya dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab
mereka berhubung dengan latihan industri.

Buku panduan latihan industri ini disediakan bertujuan menjelaskan tentang Latihan Industri
(LI) yang dijalankan oleh pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia. LI ini wajib diikuti oleh setiap pelajar Sarjana Muda yang menjalani
program-program yang mempunyai LI dalam struktur pengajiannya. Hanya pelajar yang
memenuhi syarat akademik yang ditetapkan oleh fakulti sahaja layak menjalani LI ini. Buku
panduan ini juga digunakan oleh terutamanya bagi pelajar di dalam penyediaan laporan akhir.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menyediakan buku Panduan LI ini. Semoga dengan perlaksanaan program latihan industri ini,
semua pihak yang terlibat mendapat faedah darinya serta memainkan peranan masing-masing
dalam menjana kecemerlangan profesionalisme sumbangan menuju ke arah pembanggunan
negara.buku

Sekian, terima kasih.

Penyelaras Unit Latihan Industri


Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Mei 2014

i
KATA ALUAN
DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana diberi
kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku Panduan Latihan Industri
(LI) edisi kali ini. Saya mengucapkan syabas dan berbesar hati kepada unit LI fakulti atas daya
usaha yang konsisten untuk menghasilkan buku panduan ini. Saya percaya bahawa buku ini
akan menjadi rujukan utama kepada pensyarah dan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan boleh juga menjadi
rujukan dalam kalangan ahli akademik dan para pelajar di universiti tempatan lain yang
menawarkan program LI.

Secara tuntasnya, buku ini memberikan maklumat yang lebih lengkap dan terkini berkaitan LI.
Semua maklumat yang diperlukan oleh penyelia fakulti, penyelia industri dan pelajar
terkandung di dalam buku panduan ini. Antaranya ialah kaedah penilaian dan pemberian
markah oleh penyelia fakulti dan penyelia industri.. Secara peribadi, menjadi harapan saya
agar semua pelajar khasnya pelajar pendidikan dapat menggunakan buku panduan ini secara
ekstensif sebelum menjalani LI yang diwajibkan untuk mendapatkan ijazah sarjana muda anda.

Akhir kata, saya mewakili pengurusan FPTV, mengucapkan syabas dan terima kasih kepada
Ahli Jawatankuasa LI kerana berjaya menghasilkan buku panduan ini yang menjadi bahan
rujukan dan panduan berguna kepada pelajar dan ahli akademik.

Sekian. Wassalam.

PROF. MADYA DR. RAZALI BIN HASSAN


Dekan
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

ii
SENARAI SINGKATAN

LI - Latihan Industri

FPTV - Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

PLIF - Penyelaras Latihan Industri Fakulti

PF - Penyelia Fakulti

PI - Penyelia Industri

PHI - Pejabat Hubungan Universiti dan Industri

PAB - Pejabat Antarabangsa

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

IPT - Institut Pengajian Tinggi

HG - Hadir Gagal

HW - Hadir Wajib

TD - Tarik Diri

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

MS ISO - Malaysian Standards International


Organization for Standardization

AUKU - Akta Universiti dan Kolej Universiti

PPA - Pejabat Pengurusan AKademik

iii
SENARAI LAMPIRAN

1. Silabus Latihan Industri LAMPIRAN A

2. Carta Alir Permohonan dan Penempatan LI LAMPIRAN B

3. Carta Alir Permantauan dan Penyeliaan LI LAMPIRAN C

4. Borang Laporan Penilaian Penyelia Fakulti LAMPIRAN D

5. Borang Laporan Penilaian Penyelia Industri LAMPIRAN E

iv
DEFINISI ISTILAH

Latihan Industri (LI) : LI merujuk kepada kursus Hadir Wajib (HW) Universiti yang
menempatkan peljar di sesebuah organisasi sama ada di dalam atau di
luar negara untuk menjalani latihan praktikal sebelum mereka
dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda

IPT : Institusi Pengajian Tinggi Awam (Di bawah Kementerian Pelajaran


Malaysia atau Kementerian Pengajian Tinggi) dan Institusi Pengajian
Tinggi Swasta kepada pelatih yang menjalani LI.

Organisasi : Merujuk kepada institusi-institusi kerajaan, swasta atau badan


berkanun tempat latihan yang dipersetujui oleh Universiti.

Pejabat Hubungan : PHI berfungsi sebagai pengantara Universiti dan organisasi. PHI
Universiti dan dahulu dikenali dengan Pusat Perhubungan Korporat dan
Industri (PHI) Antarabangsa (PEKA).

Pelajar : Merujuk pelajar institusi pengajian tinggi yang ditempatkan di


organisasi-organisasi berkenaan untuk menjalani LI.

Pemantauan : Kaedah untuk mengesan dan mengenal pasti keberkesanan,


keselarasan dan kepatuhan kepada prosedur pelaksanaan LI.

Penilaian : Proses penentuan tahap prestasi pelatih berdasarkan kriteria atau


indikator yang ditetapkan

Penyelia Fakulti : Pensyarah yang dilantik oleh fakulti untuk memantau dan menilai
prestasi pelajar semasa LI.

Penyelia Industri : Pegawai yang dilantik oleh organisasi latihan bagi memberi bimbingan
kepada pelajar sepanjang pelajar menjalani LI, dan juga terlibat
dengan penilaian terhadap pelajar.

Laporan Akhir : Laporan akhir yang disediakan oleh pelajar setelah menamatkan sesi
Latihan Industri LI.

Buku Log : Catatan harian dan mingguan, refleksi terhadap kerja-kerja yang
dilakukan oleh pelajar semasa menjalani LI bagi memantau kemajuan
prestasi pelajar oleh penyelia industry (maklumbalas).

v
VISI UTHM

Berazam Meneraju Aplikasi Sains dan Teknologi Untuk Kemakmuran Sejagat.

MISI UTHM

Untuk melahir dan melatih ahli profesional dan teknologi yang bersahsiah mulia dan berdaya
saing di arena global melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu serta
penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid.

MOTO UTHM

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


“WITH WISDOM WE EXPLORE”

POLISI KUALITI UTHM

Matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ialah untuk menyediakan program akademik
berkualiti berteraskan sains dan teknologi bagi memenuhi atau melampaui kehendak
pelanggan melalui kecemerlangan pengurusan organisasi dan pembaikan
berterusan. Pihak pengurusan tertinggi dan staf di semua peringkat
adalah komited untuk melaksana dan mengekalkan sistem
pengurusan berkualiti yang efektif dengan memenuhi
keperluan MS ISO 9001:2000. Objektif Kualiti
Universiti diwujud, dilaksana, dipantau dan
secara berkala dikaji semula untuk
menentukan pencapaian,
kesesuaian
serta dikemaskini bagi merealisasikan
visi dan misi universiti.

vi
VISI FPTV

Menjadi pusat rujukan bertaraf dunia dalam bidang Pendidikan Teknikal bertunjangkan tauhid
ke arah mencapai wawasan Negara.

MISI FPTV

Melahirkan sumber manusia profesional bertaraf dunia dalam Pendidikan Teknikal untuk
mempelopori, mengembang dan mengaplikasikan ilmu dan teknologi terkini melalui
penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran bersepadu selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF FPTV

(i) Mengendalikan program-program pengajian yang khusus dalam bidang Pendidikan


Teknik dan Vokasional di peringkat Sarjana Muda dan Pasca Ijazah.
(ii) Menjalankan penyelidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan dalam bidang
Pendidikan Teknik dan Vokasional.
(iii) Meningkatkan Profesionalisme staf dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
keperluan pembangunan sumber manusia negara.
(iv) Mempelopori kaedah dan menghasilkan bahan bagi peningkatan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
(v) Menawarkan kepakaran dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional melalui
pusat kecemerlangan.
(vi) Membantu institusi pendidikan dan latihan serta industri ke arah meningkatkan
profesionalisme sumber manusia.
(vii) Memberi khidmat masyarakat ke arah menggalakkan pendidikan sepanjang hayat
dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional.
(viii) Menerbitkan bahan ilmiah untuk meningkatkan profesionalisme Pendidikan.

vii
BAHAGIAN 1
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

1.0 PENGENALAN

Program Latihan Industri (LI) merupakan suatu komponen penting kurikulum program diploma
dan sarjana muda yang ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). LI
memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai
profesionalisme secara reflektif dalam situasi kerja sebenar di dalam industri awam mahupun
swasta. Pelaksanaan program ini dijalankan secara sepenuh masa dan menjadi syarat kredit
wajib bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda.

2.0 MATLAMAT LATIIHAN INDUSTRI

Matlamat utama program LI ini adalh memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan
praktikal di sektor pekerjaan dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan pengurusan bagi
meningkatkan kemahiran profesional dan kemahiran interpersonel sebagai seorang
profesional.

3.0 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Objektif LI ini adalah seperti berikut :


(i) Mendapat pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi dalam
bidang masing-masing.
(ii) Mengaplikasikan pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan pengurusan
profesional dalam industri.
(iii) Menimba pengalaman berkerja di dalam suatu organisasi profesional.
(iv) Membina pengalaman berkerja di dalam suatu organisasi profesional.
(v) Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonel dan komunikasi.
(vi) Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli profesional di luar kampus.

4.0 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir LI ini, pelajar dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari untuk:
(i) Mempraktikkan pengetahuan teori ke dalam kerja-kerja amali.
(ii) Meningkatkan kemahiran teknikal dalam pelbagai bidang.
(iii) Membentuk peribadi sebagai seorang pekerja yang berdisplin.
(iv) Mengurus masa dengan cekap disamping mudah menyesuaikan diri kepada
aplikasi kejuruteraan, teknologi dan pengurusan terkini dan masa depan.
(v) Memahami aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran kerja.
(vi) Meningkatkan kebolehan dan keberkesanan diri dalam kerja berkumpulan.
(vii) Meningkatkan kemahiran insaniah terutamanya kemahiran berkomunikasi dengan
berkesan.
(viii) Meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap tanggungjawab profesional,
etika dan sosial.
(ix) Menyediakan diri terhadap pelbagai persekitaran dan cabaran alam perkerjaan.

1
5.0 UNIT HUBUNGAN KORPORAT DAN INDUSTRI

Penubuhan UHKI yang ditubuhkan pada 16 September 2005 adalah selaras dengan
perkembangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang semakin pesat. Unit ini
terletak dibawah seliaan Pusat Perhubungan Korporat dan Antarabangsa. A
dipertanggungjawabkan untuk mengurus dna menyelaraskan program LI yang ditawarkan oleh
fakulti-fakulti dari segi pentadbiran, penempatan, penyeliaan dan penilaian laporan buku log
dan laporan LI pelajar. Segala permohonan untuk LI dari pelajar-pelajar fakulti tersebut perlu
melalui UHKI.

Fakulti-fakulti yang terlibat dalam program LI di UTHM ialah Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (FPTV), Fakulti Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
dan Pembuatan (FKMP), Fakulti Elektrik dan Elektronik (FKEE), Fakulti Sains Komputer dan
Teknologi Maklumat (FSKTM) dan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP).

6.0 SKOP LATIHAN INDUSTRI FPTV

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) adalah salah satu daripada lapan fakulti
yang terdapat dalam UTHM. FPTV turut menawarkan program Sarjana Muda Pendidikan
Teknikal dan Vokasional dengan tujuh variasi bidang. Setiap pelajar yang mengikuti program ini
diwajibkan menjalankan LI bagi memastikan pengijazahan mereka.

Tujuh variasi bidang yang ditawarkan dalam program Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan
Vokasional fakulti ini adalah seperti berikut:

6.1 Kimpalan dan Fabrikasi Logam (KFL)

Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut:

(i) Industri pembuatan yang meliputi kerja-kerja kimpalan dan fabrikasi logam dalam
rutin harian pekerjaan. Skop melibatkan industri seperti industri kejuruteraan,
pembuatan, mekanikal, perkapalan, perlombongan, minyak dan gas dan loji kuasa.
(ii) Semua kerja tersebut membabitkan pelajar dalam mengaplikasikan teori dan
mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja kimpalan dan fabrikasi logam.
(iii) Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau
pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh
menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.

6.2 Elektrik dan Elektronik (EE)

Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut:

(i) Industri yang meliputi kerja-kerja membabitkan bidang elektrik dan elektronik dalam
rutin harian pekerjaan. Skop melibatkan industri seperti industri pembuatan dan
perkilangan produk elektrik dan elektronik, kontraktor pendawaian, mekanikal dan
elektrikal, selenggaraan, perkapalan, perlombongan, minyak dan gas dan loji
kuasa.
(ii) Semua kerja tersebut membabitkan pelajar telibat dalam mengaplikasikan teori dan
mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja elektrik dan elektronik.
(iii) Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau
pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh
menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.

2
6.3 Binaan Banggunan (BB)

Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut:

(i) Industri yang meliputi kerja-kerja kejuruteraan awam secara umumnya dan
membabitkan bidang binaan banggunan dalam rutin harian pekerjaan. Industri
melibatkan industri seperti industri pembinaan, kontraktor pembinaan dan
pengubahsuaian banggunan, konsultan dan perunding kejuruteraan pembinaan
banggunan, pemaju perumahan, perunding dan arkitek industri kejuruteraan awam.
(ii) Semua kerja tersebut membabitkan pelajar telibat dalam mengaplikasikan teori dan
mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja binaan banggunan.
(iii) Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau
pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh
menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.

6.4 Pemesinan Am (PM)

Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut:

(i) Industri berasas atau berlatarbelakangkan bidang kerja kejuruteraan mekanikal dan
pembuatan, yang mana kerja-kerja pemesinan am terdapat dalam rutin harian
perkerjaan tersebut. Skop melibatkan industri seperti industri kejuruteraan,
pembuatan, mekanikal, perkapalan, perlombongan, minyak dan gas dan
perkilangan produk keluli.
(ii) Semua kerja tersebut membabitkan pelajar dalam mengaplikasikan teori dan
mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja pemesinan am.
(iii) Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau
pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh
menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.

6.5 Penyejukkan dan Penyamanan Udara (PPU)

Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut:

(i) Industri berasas atau berlatarbelakangkan bidang kerja kejuruteraan mekanikal dan
loji, yang mana kerja-kerja penyejukkan dan penyamanan udara terdapat dalam
rutin harian perkerjaan tersebut. Skop melibatkan industri seperti industri
kejuruteraan bendalir, loji dan kuasa, kontraktor dan perunding sistem PPU,
perkilangan, selenggaraan PPU dan industri minyak dan gas.
(ii) Semua kerja tersebut membabitkan pelajar dalam mengaplikasikan teori dan
mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja melibatkan penyejukkan dan
penyamanan udara.
(iii) Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau
pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh
menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.

6.6 Multimedia Kreatif (KFL)

Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut:

(i) Industri berasas atau berlatarbelakangkan bidang kerja kejuruteraan perisian dan
komputer, yang mana kerja-kerja membabitkan multimedia kreatif terdapat dalam
rutin harian perkerjaan tersebut. Skop melibatkan industri seperti industri

3
pengiklanan dan pemasaran, perunding ICT, penyiaran dan media massa, industri
perfileman dan pencetakan.
(ii) Semua kerja tersebut membabitkan pelajar dalam mengaplikasikan teori dan
mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja multimedia kreatif.
(iii) Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau
pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh
menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.

6.7 Katering (KAT)

Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut:

(i) Industri berasas atau berlatarbelakangkan bidang kerja perhotelan dan masakan,
yang mana kerja-kerja membabitkan katering terdapat dalam rutin harian
perkerjaan tersebut. Skop melibatkan industri seperti industri perhotelan dan
perlancongan, kulinari, industri permakanan, kilang pemprosesan bahan makanan
dan hospitaliti.
(ii) Semua kerja tersebut membabitkan pelajar dalam mengaplikasikan teori dan
mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja katering.
(iii) Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau
pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh
menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.

7.0 KRITERIA DAN KELAYAKAN

7.1 Pelajar

Pelajar diwajibkan mendaftar kursus LI lebih awal sebelum menjalani LI. Pelajar dikehendaki
mendaftar dengan Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI) pada atau sebelum minggu
ke 4 semester tersebut. Pelajar yang GAGAL berbuat demikian TIDAK LAYAK menjalani LI.

7.1.1 Syarat Kelayakan LI

(i) Pelajar perlu memperolehi minimum jumlah kredit dapat program bagi menjalani I
dan bergantung kepada jenis-jenis program yang ditawarkan oleh fakulti seperti di
Jadual 1
(ii) Nilai kredit dan perlaksanaan LI adalah berdasrkan kurikulum yang telah direka
bentuk oleh pihak fakulti atau pusat akademik. Pelajar perlu merujuk pihak fakulti
atau pusat akademik bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kod kursus,
pendaftaran kursus dan tempoh LI.

Jadual 1: Peratusan Minimum Jumlah Kredit Dapat

Peratusan Jumlah
Program Kredit
Kredit Dapat (70%)
Kejuruteraan 4 70
Teknologi Kejuruteraan 4-12 60
Diploma 4-9 60
Lain-lain 4-12 70

(iii) Mendapat Kedudukan Baik (KB) atau Kedudukan Bersyarat (KS) dalam
peperiksaan semester sebelumnya.
(iv) Dilindungi insurans.
(v) Memenuhi lain-lain arahan yang ditetapkan oleh fakulti dan Universiti.
4
7.1.2 Tarik Diri (TD)

Pelajar dibenarkan menarik diri daripada kursus LI dalam masa satu (1) bulan setelah
melapor diri di organisasi. (Sila rujuk peraturan 9(1) dalam Peraturan Akademik, UTHM).

7.1.3 Tangguh Latihan

Pelajar hanya boleh menangguhkan LI atas sebab-sebab yang dibenarkan oelh Perkara
18 dalam Peraturan Akademik , UTHM.

7.1.4 Keputusan Hadir Gagal (HG)

Pelajar dikira gagal sekiranya:

(i) Tidak menjalani LI dan tiada rekod tarik diri setelahmembuat pengakuan menerima
tawaran LI.
(ii) Menukar penempatan LI tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Timbalan
Dekan (Akademik/Antarabangsa) fakulti/pusat akademik.
(iii) Menjalani LI kurang daripada 80% kehadiran yang telah ditetapkan dalam program
akademik fakulti.
(iv) Tidak menghantar laporan akhir dan buku log pada tarikh yang telah ditetapkan
setelah tamat menjalani LI (Sila rujuk Perkara 29(2)(b) dalam Peraturan Akademik,
UTHM).
(v) Membuat pemalsuan dokumen atau maklumat berkaitan dengan LI, seperti
memalsukan surat tawaran, buku log, laporan akhir, surat pengakuan kehadiran,
sijil cuti sakit dan sijil cuti kematian ahli keluarga terdekat.
(vi) Mana-mana pelajar yang diadukan mempunyai masalah displin seperti kedatangan
yang kurang memuaskan, bersikap sambil lewa, tidak melapor diri dan sebagainya,
akan disiasat dan sekiranya benar, akan diberikan HG.

7.2 Penyelia Fakulti

Penyelia Fakulti (PF) merujuk kepada staf fakulti yang akan dilantik oleh pihak fakulti melalui
penyelaras latihan industri fakulti. Perlantikan akan mengambil kira staf-staf daripada jabatan
dan bidang-bidang berkenaan atau berdasarkan pengalaman staf yang berkaitan dengan
industri atau berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan oleh fakulti. PF dilantik untuk menyelia,
memantau dan menilai prestasi pelajar.

7.3 Penyelia Industri

Penyelia Industri (PI) adalah individu yang kebiasaannya bertaraf pegawai/eksekutif atau lebih
tinggi, daripada pihak industri di mana pelajar menjalankan LI. Perlantikan ini adalah lantikan
daripada industri sendiri dengan persetujuan bersama pihak penyelaras fakulti. Perlantikan
haruslah berdasar kepada pengalaman atau kelayakkan akademiknya. PI juga dilantik untuk
menyelia, memantau dan menilai prestasi pelajar.

8.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

8.1 Tempoh dan Waktu Latihan

(i) Bilangan waktu latihan adalah tertakluk mengikut waktu kerja tempat pelajar
menjalani LI.
(ii) Waktu latihan adalah mengikut jumlah minggu berkerja yang telah ditetapkan oleh
fakulti (8 minggu).

5
8.2 Penyelaras Latihan Industri Fakulti

(i) Membuat lawatan verifikasi ke tempat-tempat di mana pelajar menjalani latihan,


memantau perjalanan program dan membuat penilaian ke atas setiap tempat
industri yang dilawati.
(ii) Membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika masalah terebut
tidak dapat diselesaikan, laporan perlu dikemukakan kepada PHI untuk tindakan
susulan.
(iii) Memberikan arahan kepada pelajar mengenai tugas yang perlu dilakukan dari
semasa ke semasa sepanjang menjalani LI.
(iv) Berbincang dengan pelajar dan menyemak maklumat pelajar sebelum, semasa dan
selepas LI.
(v) Menilai dan mengisi laporan prestasi pelajar serta menyerahkan kepada PF
semasa lawatan.

8.3 Penyelia Fakulti

(i) Menerima perlantikan sebagai Penyelia Fakulti.


(ii) Menghadiri taklimat latihan industri, pemantauan dan penyeliaan.
(iii) Berbincang dengan PLIF tentang urusan LI.
(iv) Membuat lawatan, pemantauan dan penyeliaan ke industri yang ditetapkan,
berjumpa dan berbincang dengan PI untuk menjalin hubungan profesional.
(v) Memberi khidmat nasihat kepada pelajar
(vi) Menilai prestasi pelajar, buku log dan laporan akhir pelajar.
(vii) Mengumpul borang penilaian LI (Penilaian PI), laporan catatan harian dan
mingguan daripada buku log dan laporan akhir. PF akan dikehendaki mengira
markah LI pelajar seliaan mereka dan seterusnya menyerahkan kepada PLIF untuk
tindakan lanjut.
(viii) Mematuhi prosedur dan tanggungjawab yang ditentukan oleh pihak yang mengurus
atau menyelaras latihan industri di UTHM.

8.4 Penyelia Industri

(i) Merancang aktiviti latihan dan memberi arahan kepada pelajar mengenai tugas
yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh menjalani LI.
(ii) Menyelia dan memantau prestasi pelajar semasa menjalani LI.
(iii) Mengisi borang penilaian latihan industri bagi PI.
(iv) Mengesahkan laporan catatan harian dan mingguan di dalam buku log pelajar.

8.5 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(i) Menentukan dasar perlaksanaan latihan industri peringkat UTHM.


(ii) Menentukan dasar penyeliaan ke atas pelajar yang dicalonkan gagal atau lulus
tertakluk kepada UTHM.
(iii) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh latihan
industri, gagal, kes displin dan tatatertib dengan mengambil tindakan selanjutnya.
(iv) Mengesahkan penyempurnaan dan keputusan latihan industri.

8.6 Pengurus Industri

(i) Mengesahkan penerimaan dan penempatan pelajar.


(ii) Mencalonkan penyelia industri daripada kalangan pegawai yang berpengalaman
dan berkelayakkan menyelia latihan industri pelajar.
(iii) Memberi taklimat kepada pelajar tentang latar belakang industri/organisasi, skop
tugasan pelajar, perlaksanaan kerja dan peraturan serta maklumat-maklumat lain
yang berkaitan.
6
(iv) Memberi jadual kerja kepada penyelia industri dan pelajar.
(v) Melaporkan secara bertulis kepada pihak UTHM tentang masalah displin, sahsiah,
kehadiran, prestasi, tatatertib dan kebajikan pelajar.
(vi) Mengambil tahu hal-hal berkaitan kebajikan pelajar sepanjang menjalankan latihan
industri dan membuat tindakan susulan.
(vii) Memastikan segalah tindakan berkaitan tugas, skop, bimbingan dan penyeliaan
latihan industri di antara penyelia industri dan pelajar dilaksanakan dengan lancar
dan sempurna.

7
BAHAGIAN 2
PANDUAN PENTADBIRAN PROGRAM LI

1.0 STRUKTUR PROGRAM

Program LI ini adalah suatu program bersepadu, berstruktur dan terpandu bagi memastikannya
berfaedah kepada semua pelajar.

Secara keseluruhan, pelajar yang mengikuti program ini berpeluang untuk meneroka dan
mempelajari pelbagai aspek pekerjaan seperti kejuruteraan dan teknologi, pengurusan,
perancangan, ekonomi , sosial dan komunikasi. Pelajar bukan hanya memperolehi kemahiran
dalam bidang pengajiannya tetapi turut memperolehi kemahiran dalam bidang pengajiannya
tetapi turut memperolehi kemahiran insaniah yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja
profesional. Bagi memperolehi pengalaman dan kemahiran menyeluruh, pihak industri
digalakkan menempatkan para pelajar ini ke dalam pelbagai bidang kerja.

Perancangan rapi antara pihak industri dan UHKI serta fakulti diperlukan agar program LI dapat
berjalan dengan teratur dan berjadual serta dikawal selia dengan sempurna. Sebagai panduan,
program LI ini dibahagikan kepada TIGA (3) aktiviti utama seperti berikut:

(i) Orientasi Kepada Organisasi


Aktiviti ini dijalankan sepanjang minggu pertama. Pelajar dikehendaki menerangkan
latar belakang pengetahuan akademik dan pengalaman, harapan dan aspirasi mereka
terhadap LI dan sebagainya. Dalam tempoh ini, pihak industri perlu memberi
penerangan mengenai organisasi dan operasi, peraturan-peraturan bekerja serta
keselamatan dan sebagainya.

(ii) Latihan
Aktiviti latihan memerlukan perancangna dan jadual matriks perlaksanaan yang jelas
serta terperinci. Ia boleh dirangka secara bersama di anatara pelajar dan pihak industri.
Sepanjang tempoh latihan, pelajar akan ditempatkan di dalam bidang kejuruteraan,
teknologi dan pengurusan. Penempatan dan tempoh latihan bergantung kepada sifat
kerja yang akan dilakukan oleh pelajar. Pelajar akan digandingkan dengan personel
atau jurutera kumpulan teknikal dalam setiap pengendalian tugas dan tanggungjawab
harian. Pelajar juga digalakkan mengambil bahagian dalam projek-projek berpasukan
seperti pembanggunan sumber manusia, preancangan, pembuatan dan lain-lain lagi.

(iii) Pengisian Buku Log dan Penulisan Laporan Akhir


Pelajar wajib melaporkan aktiviti latihan yang telah mereka lalui setiap hari di dalam
buku log. Laporan mingguan juga wajib disediakan mengikut garis panduan yang
ditetapkan. Buku log ini perlu disemak oleh penyelia industri mengikut ketetapan
mereka (mingguan atau harian). Berdasarkan pengisian buku log tersebut pelajar
dikehendaki menulis satu laporan akhir setelah menamatkan LI. Garis panduan
penulisan laporan akhir LI boleh dirujuk pada Bahagian 4 di dalam buku ini.

2.0 PENEMPATAN LATIHAN

Penempatan akan dilakukan sekiranya pelajar telah mematuhi/memenuhi SEMUA syarat


seperti dinyatakan dalam perkara 7.1.1, Bahagian 1 iaitu Syarat Kelayakkan LI. Pelajar yang
layak menjalani LI akan ditempatkan di sektor awam atau swasta mengikut kesesuaian bidang
8
masing-masing. Penempatan akan diselaraskan dan penentuan kesesuaian syarikat akan
ditentukan oleh fakulti mengikut pemilihan yang dibuat oleh pelajar. Penyelaras industri fakulti
akan mengatur lawatan verifikasi penempatan pelajar sebelum memutuskan kebenaran untuk
menjalankan latihan di organisasi yang dipilih pelajar. Pelajar DILARANG berpindah tempat
latihan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak fakulti.

Pelajar diingatkan supaya mengambil berat dan menjalani latihan secara bersungguh-sungguh
di tempat latihan yang ditentukan walaupun kemungkinan tempat latihan bukan pilihan pelajar
atau tidak sepenuhnya menepati dengan bidang/kursus yang diambil semasa di universiti.

2.1 Pertukaran Tempat LI

Sebarang permohonan pertukaran tempat perlu dibuat oleh pelajar secara bertulis kepada PHI
melalui Ketua Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri fakulti. Pertukaran tidak
dibenarkan kecuali atas sebab-sebab berikut:

(i) Tempat latihan asala yang ditawarkan tidak sesuai dengan program pengajian.
(ii) Wujud persekitaran kerja yang tidak selamat atau yang melibatkan isu-isu sensitif.

Surat permohonan pertukaran perlu diserahkan kepada PLIF dan PHI dalam tempoh dua (2)
minggu dari tarikh lapor diri dengan menyatakan alasan pertukaran. Keputusan permohonan
adalah tertakluk kepada PLIF dan PHI.

3.0 SURAT INDEMNITI (SURAT LEPAS TANGGUNG)

Setiap pelajar yang menjalani program LI akan diberikan surat indemniti. Surat indemniti ini
juga akan diambil di PHI dan pelajar dipertanggungjawabkan untuk menyerahkan surat
tersebut kepada industri. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar dan organisasi untuk
memaklumkan kepada pihak PHI dan PLIF sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa
menjalani program LI.

4.0 ALAMAT SURAT MENYURAT

Setiap pelajar dikehendaki mengemukakan alamat kediaman dan alamat organisasi semasa LI
mereka selewat-lewatnya SATU (1) minggu dari tarikh melapor diri di organisasi tempat latihan.
Sebarang pertukaran alamat kediaman atau surat-menyurat semasa menjalani program LI
wajib dimaklumkan kepada PLIF, PHI dan organisasi.

5.0 DISPLIN, KEHADIRAN DAN CUTI

Para pelajar yang menjalani program LI tertakluk dan WAJIB mematuhi segala syarat,
peraturan yang diamalkan oleh pihak organisasi tempat latihan. Pelajar perlu menjaga displin,
sahsiah, etika berpakaian dan tatatertib sepanjang masa menjalani LI demi menjaga nama baik
diri dan universiti.

Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti seaktu menjalani LI kecuali dengan kelulusan
organisasi yang berkaitan, merujuk kepada Dasar Latihan Industri IPT. Permohonan cuti
adalah tertakluk kepada budi bicara organisasi tersebut. Sebarang permasalahan perlu dirujuk
dengan segera kepada PHI. Jika organisasi tiada memberikan panduan, maka pelajar perlu
merujuk kepada PLIF masing-masing.

Pelajar yang cuti sakit mesti mengemukakan sijil cuti sakit yang disahkan oleh pegawai
perubatan bertauliah. Permohonan cuti selain daripada cuti sakit hendaklah mengemukakan
bukti dan mendapat kelulusan daripada organisasi. Pelajar yang mengambil cuti daripada 20%
daripada tempoh LI dikehendaki menarik diri atau menangguh LI.

9
Bagi permohonan cuti khas seperti program khidmat negara dan urusan rasmi universiti,
pelajar hendaklah memohon kelulusan bertulis daripada organisasi dan dekan fakulti. Cuti
dengan kebenaran tersebut perlu diganti dengan perlanjutan tempoh LI.

Kegagalan mematuhi peraturan dan displin yang ditetapkan boleh menyebabkan pelajar
diberhentikan daripada program LI serta-merta dan diberikan gred Hadir Gagal (HG).

6.0 IMBUHAN ATAU ELAUN LI

UTHM tidak menyediakan peruntukkan kewangan untuk pelajar menjalani LI. Pelajar dilarang
meminta sebarang imbuhan, elaun atau upah daripada organisasi. Sebarang ganjaran atau
imbuhan dari pihak industri adalah atas budi bicara industri tersebut. Segala perbelanjaan
menjalani LI adalah di bawah tanggungan pelajar berkenaan.

7.0 YURAN

Yuran tertakluk kepada Pekeliling Bendahari (Peraturan Pembayaran Pelajar).

8.0 INSURAN PELAJAR

Semua pelajar UTHM adalah dilindungi oleh skim insuran berkelompok (rujuk Pejabat Hal
Ehwal Pelajar untuk keterangan lanjut)

9.0 GARIS PANDUAN UNTUK PELAJAR

(i) Hanya berhak memilih SATU tempat LI sahaja


(ii) Parapelajar hendaklah menjalankan LI ini tidak kurang dari 8 minggu.
(iii) Wajib mengemaskini dan memulangkan kad lapor diri UTHM>UHKI/LI-07B ke unit
LI dalam tempoh 1 minggu setelah berad di tempat LI.
(iv) Pelajar-pelajar yang ingin menjalani LI adalah tertakluk kepada pra-syarat yang
telah ditetapkan oleh program fakulti masing-masing.
(v) Sepanjang masa LI tersebut, para pelajar hendaklah berada di agensi di mana para
pelajar ditempatkan atau lokasi-lokasi lain mengikut arahan agensi tersebut.
(vi) Para pelajar hendaklah menganggap agensi di mana para pelajar ditempatkan
sebagai majikan dan sentiasa bertanggungjawab dan memikul akauntabiliti kepada
penyelia yang ditugaskan untuk menyelia program LI para pelajar.
(vii) Para pelajar diwajibkan mematuhi segala arahan dan peraturan yang dikenakan
dan dikuatkuasakan ke ats para pelajar oleh agensi sepanjang masa program ini
berjalan.
(viii) Para pelajar tidak berhak meminta sebarang imbuhan, upah atau elaun dari pihak
agensi. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak agensi memberi sebarang bentuk
imbuhan atau kemudahan, maka para pelajar bolehlah menerimanya.
(ix) Sebagai pelajar universiti di sepanjang masa LI, para pelajar tertakluk di bawah
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Sebarang perlanggaran akta ini akan
membawa implikasi yang sama seperti ketika para pelajar berada di kampus.
(x) Para pelajar hendaklah menganggap LI sebagai peluang dan ruang untuk menimba
ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Perbezaannya adalah proses
pembelajaran ini tidak berlaku di dewan kuliah di kampus, sebaliknya di agensi.
Justeru, para pelajar hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencari
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman melalui LI ini.
(xi) Pelajar mesti mematuhi semua arahan pihak PHI yang dikeluarkan dari masa ke
semasa.
(xii) Pelajar mesti menjaga nama baik UTHM.

10
BAHAGIAN 3
PANDUAN PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN

1.0 TUJUAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI

Pemantauan bertujuan memastikan objektif LI tercapai. Pemantauan akan dilaksanakan secara


berterusan oleh pihak industri dan secara berjadual oleh pihak PHI. Perbincangan antara
pelajar, PF dan PI akan diadakan apabila lawatan berlangsung bagi meningkatkan
keberkesanan program latihan tersebut. Input dan pandangan daripada ketiga-tiga pihak
diperlukan supaya program latihan ini memberikan kesan dan faedah bersama khususnya
pelajar dan organisasi.

Penyeliaan LI dilakukan oleh PF dan PI. Proses kerja terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
sebelum, semasa dan selepas penyeliaan.

2.0 TUJUAN PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI

(i) Mengukur prestasi kerja/latihan dan mutu penghasilan pelajar.


(ii) Menilai perkembangan sahsiah pelajar.
(iii) Membimbing pelajar.

3.0 SKEMA PENILAIAN

Penilaian LI adalah berdasarkan kepada rubrik penilaian yang telah ditetapkan oleh fakulti.
Komponen penilaian adalah seperti berikut:

(i) Buku Log dan Laporan Akhir.


(ii) Penilaian prestasi pelajar oleh PF dan PI.
(iii) Pembentangan (jika berkaitan).

5.0 GARIS PANDUAN PENYELIAAN UMUM BAGI PELAJAR

4.1 Sebelum Penyeliaan

Sebelum menjalani LI, pelajar dikehendaki terlebih dahulu:

4.1.1. Menghadiri taklimat LI yang dianjurkan oleh fakulti sebelum menjalani LI.
Taklimat ini bertujuan bagi menyediakan pelajar dengan panduan berkenaan:
(i) Penerangan dan pemahaman silibus dan kurikulum LI *(LAMPIRAN A).
(ii) Kaedah memilih dan memohon tempat LI(LAMPIRAN B).
(iii) Kesesuaian tempat mengikut program pengajian.
(iv) Pemantauan dan penilaian LI.
(v) Pengisian dan penulisan laporan akhir.
(vi) Etika, ketrampilan, peraturan dan displin semasa LI.
4.1.2 Mendaftar kursus LI semasa pra-pendaftaran sebelum semester bermula
dengan mengisi borang yang disediakan oleh fakulti dan PHI.
4.1.3 Mengisi maklumat lengkap di PHI.
4.1.4 Mendapatkan Buku Panduan Latihan Industri.

11
4.2 Semasa Penyeliaan

Semasa menjalani LI, pelajar diwajibkan:

4.2.1 Mengemaskini dan mengembalikan kad lapor diri UTHM>UHKI/LI-07B ke unit LI


fakulti dalam masa seminggu selepas LI bermula.
4.2.2 Mengisi dan melengkapkan Buku Log dan menghantarnya bersama-sama
laporan akhir. Laporan akhir hendaklah mengikut format dan panduan yang
diberikan dalam Bahagian 4.
4.2.3 Mematuhi garis panduan pelajar dalam perkara 9.0, Bahagian 2 di dalam buku
ini.

5.3 Selepas Penyeliaan

Selepas tamat tempoh LI, pelajar diwajibkan:

4.3.1 Menghantar buku log dan laporan akhir.

5.0 GARIS PANDUAN PENYELIAAN UMUM BAGI FAKULTI

5.1 Sebelum Penyeliaan

Penyeliaan LI dilakukan oleh PF dan PI. Proses kerja terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
sebelum, semasa dan selepas.Carta alir lengkap bagi proses pemantauan dan penyeliaan
boleh dirujuk pada LAMPIRAN C. PF perlu memastikan:

5.1.1. Menerima pelantikan dan jadual penyeliaan sebagai PF yang disahkan oleh
Ketua Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri fakulti.
5.1.2 Mengisi borang e-pergerakan untuk perjalanan penyeliaan.
(i) Borang pergerakan.
(ii) Borang permohonan penggunaan kenderaan rasmi
UTHM/Sendiri/Permohonan tiket kapal terbang.
(iii) Borang permohonan wang pendahuluan (jika perlu).
(iv) Kaedah memilih dan memohon tempat LI.
5.1.3 Menghubungi organisasi dan pelajar melalui telefon untuk mengenal pasti:
(i) Lokasi penyeliaan.
(ii) Tarikh dan masa lawatan.
(iii) Penyelia industri yang akan ditemui.

5.2 Semasa Penyeliaan

Semasa menyelia LI, PF bertanggungjawab untuk:

5.2.1 Melawat, memantau dan menilai pelajar (LAMPIRAN D).


5.2.2 Membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi.
5.2.3 Membuat perbincangan dengan PI.
5.2.4 Memberi panduan kepada pelajar dan menyemak buku log dan laporan akhir LI.

5.3 Selepas Penyeliaan

5.3.1 PF bertanggungjawab untuk:

(i) Menerima dan menilai buku log serta laporan akhir.


(ii) Menyerah markah penilaian LI dalam tempoh yang ditetapkan oleh PLIF.

12
5.3.2 PLIF bertanggungjawab untuk:

Menyimpan laporan akhir LI untuk tujuan akreditasi program akademik dan semakan
pengauditan MS ISO. Dokumen tersebut boleh dilupuskan setelah dua (2) tahun dari tarikh
tamat LI.

6.0 PENILAIAN KUALITI BERTERUSAN

Pemantauan dan penilaian oleh PF terhadap pelajar perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya


sekali sepanjang tempoh LI untuk membolehkan proses penambahbaikkan berterusan
dilakukan.

Penilaian dibuat berdasarkan laporan Li, pembentangan, buku log, produk atau sebarang
kaedah yang ditetapkan oleh pihak fakulti. Proses penilaian hendaklah melibatkan PI dan PF.

13
BAHAGIAN 4
PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

1.0 PENDAHULUAN

Bab ini menerangkan kaedah menulis Laporan Latihan Industri. Penulisan Laporan Akhir
Latihan Industri adalah salah satu elemen penilaian yang menyumbang markah sebanyak
20% dari keseluruhan penilaian Latihan Industri. Pelajar dikehendaki menyediakan laporan
ini berdasarkan panduan kandungan yang diberikan. Laporan tersebut perlu dihantar semasa
pelajar membuat pendaftaran tamat latihan industri.

Secara umumnya panduan penulisan laporan ini dirujuk dan ditulis dengan menggunakan
panduan menulis modul dari Pusat Pembanggunan Akademik, UTHM. Semua maklumat yang
dinyatakan adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar untuk menyediakan
laporan secara bersistematik dan berkualiti.

2.0 TUJUAN

Semua maklumat yang dinyatakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar untuk
menyediakan laporan rasmi latihan industri secara bersistematik, lebih kemas dan berkualiti
serta tersusun.

Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian:


(i) Bahagian A
- Kaedah menulis laporan.
(ii) Bahagian B
- Format penulisan laporan.

3.0 BAHAGIAN A: KAEDAH MENULIS LAPORAN AKHIR

3.1 Panduan Umum

(i) Laporan boleh disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Walau
bagaimanapun, sekiranya pelajar berminat untuk menulis topik-topik tertentu
dalam Bahasa Inggeris, pelajar dibenarkan berbuat demikian dengan syarat
setiap topik itu ditulis dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.
(ii) Laporan hendaklah ditaip pada kertas putih dan disusun mengikut urutan yang
betul mengikut penulisan modul.
(iii) Penulisan Laporan Latihan Industri hendaklah menggunakan kertas bersaiz A4
(210 x 297mm) dan berat minimum kertas ialah 70 gsm.
(iv) Kulit laporan latihan industri hendaklah dijilid dengan menggunakan ring binding
warna hitam dan kulit warna biru.
(v) Mukasurat laporan adalah diantara 50 hingga 80 mukasurat tidak termasuk
lampiran.

14
3.2 Panduan Penulisan Laporan Akhir

(i) Jenis tulisan yang dibenarkan ialah Arial/Times New Roman bersaiz 12 dan
menggunakan perenggan 1.5 spacing.
(ii) Laporan yang disediakan dalam Bahasa Melayu hendaklah menggunakan sistem
ejaan seperti yang terdapat di dalam daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini
keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.
(iii) Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris hendaklah dicondongkan (italic) atau
dengan ‘…’ atau diletakkan dalam kurungan (…..) bagi membantu pemahaman istilah
Bahasa Melayu.
(iv) Penggunaan ayat perlulah tepat, padat, mudah difahami.
(v) Jidar bagi setiap muka surat penulisan perlulah mengikut format sepertimana yang
ditetapkan.
a) 4.0 sm dari tepi kiri kertas
b) 2.5 sm dari tepi kanan kertas
c) 2.5 sm dari tepi atas kertas
d) 2.5 sm dari tepi bawah kertas
(vi) Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah, 2.0 sm dari tepi bawah kertas dan
dicetak secara depan belakang.
(vii) Nombor muka surat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Judul, Pengesahan Pelajar,
Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Lampiran
hendaklah menggunakan tulisan Roman Numerals seperti i, ii,iii dan seterusnya.
Manakala bagi nombor muka surat bagi BAHAGIAN BAB iaitu bagi isi kandungan
laporan adalah seperti biasa iaitu 1,2,3 dan seterusnya.
(viii) Nombor mukasurat tidak boleh diletakkan dalam kurungan ataupun sebarang aksara
lain.
(ix) Penggunaan Bullet tidak dibenarkan.
(x) Semua lampiran perlu diletakkan di belakang laporan selepas BAB KESIMPULAN.
Setiap lampiran perlu diberi tajuk di sebelah kanan atas halaman mukasurat
berkenaan dengan menggunakan sistem penomboran Roman Numerals dengan
menggunakan huruf besar. Contoh; LAMPIRAN I.
(xi) Nombor-nombor muka surat di bahagian permulaan/ prakata/abstrak dan isi
kandungan hendaklah menggunakan sistem penomboran seperti :- i, ii, iii, iv.

4.0 PANDUAN KANDUNGAN LAPORAN AKHIR

Bab 1 : Pengenalan

Bab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri, pendahuluan, objektif latihan
industri, objektif laporan dan kepentingan latihan industri kepada pelajar. Ianya merangkumi:

(i) Butir-butir organisasi.


(ii) Struktur Organisasi.
(iii) Bilangan Kakitangan.
(iv)Keluasan organisasi, tanah.
(v) Kegiatan utama, produk yang dihasilkan.
(vi)Pasar tempatan, eksport.
(vii) Ringkasan proses/carta alir pengeluaran produk atau perkhidmatan yang
dijalankan atau disediakan.

15
Bagi maklumat kepada latarbelakang organisasi ia meliputi pengenalan terhadap organisasi,
carta organisasi, sejarah penubuhan serta aktiviti organisasi, misi, visi dan halatuju
organisasi. (pelajar dinasihatkan supaya berbincang dengan pihak pengurusan industri
sebelum menulis maklumat organisasi supaya ia tidak bertentangan dengan dasar
organisasi berkenaan)

Bab 2: Skop Latihan

Penulisan laporan secara menyeluruh sepanjang tempoh pelajar menjalani LI. Ini termasuk
memasukkan tujuan dan matlamat LI tersebut. Penulisan bab ini hampir menyamai
kandungan perancangan LI yang ditulis dalam Jadual 1 buku log pelajar.

Bab 3: Ringkasan Aktiviti Latihan Industri (Aktiviti Mingguan)

Ringkasan aktiviti latihan dalam bentuk ringkasan atau rumusan berdasarkan kepada latihan
atau tugas yang dilaksanakan sama ada mengikut mingguan; bidang tugas yang dibuat
setiap minggu dari minggu pertama hingga minggu terakhir. Perkara tersebut boleh
dinyatakan dalam bentuk jadual. Penulisan laporan bergambar digalakkan bagi membantu
pemahaman lebih jelas kepada isi kandungan aktiviti.

Bab 4: Laporan Teknikal

Bab ini menerangkan tugas atau kerja yang dipertanggungjawab atau dilaksanakan semasa
latihan. Pelajar hendaklah menerangkan secara terperinci topik-topik tersebut dan setiap
maklumat yang dilaporkan perlulah disokong dengan rajah, jadual serta gambar yang
bersesuaian. Pelajar digalakkan merujuk fakta-fakta tersebut melalui bahan-bahan rujukan
seperti buku, majalah, jurnal atau dan lain. Pelajar juga dikehendaki menghubungkaitkan
pengalaman kerja dengan teori yang dipelajari. Laporan teknikal ini memfokuskan dua
perkara utama:

(i) Kerja/aktiviti utama yang dilakukan


(ii) Perkara-perkara utama yang berlaku dan dicapai

Bab 5: Dapatan, Komen dan Cadangan

Dapatan yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan di mana pelajar digalakkan
membuat cadangan positif dan membina bagi tujuan proses penambahbaikan di masa akan
datang. Hasil daripada pendedahan kepada situasi di organisasi/industri, siswa dikehendaki
memberikan cadangan membina kepada organisasi/industry seperti aspek pengurusan,
operasi, kawalan kualiti, penyelenggaraan dan lain-lain. Cadangan juga meliputi dua perkara
berikut:

(i) Cadangan kepada tentang kesesuaian latihan dari segi kursus/bidang dan lain-lain.
(ii) Cadangan skop/rancangan latihan.

Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan yang di jalankan di organisasi
berkaitan. Pelajar digalakkan membuat cadangan yang positif dan membina agar boleh
dijadikan panduan dalam proses penambahbaikan di masa akan datang.

16
Bab 6: Kesimpulan

Kesimpulan merupakan rumusan keseluruhan laporan industri yang pelajar buat bermula
dari bab yang awal. Bab ini juga menyimpulkan samaada tujuan dan matlamat yang
ditetapkan tercapai.
Bab 7: Rujukan

Pelajar hendaklah memasukkan rujukan yang di ambil petikannya bagi menulis laporan akhir
ini. Rujukan terdiri daripada modul, standard operating procedure (SOP) dan sebagainya.
Format penulisan rujukan seperti di berikut.

RUJUKAN
1. Mustapar Mohamad, Pengenalan Teori Kuantum, Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Chuah, D.G.S Solar Radiation in Malaysia, Oxford University Press, Singapore, 1990;
3. Fox, William, The Mill, New York Geographic Society, 1976.

Bab 8: Lampiran

Pelajar hendaklah melampirkan apa jua perkara berkaitan dengan LI yang difikirkan perlu dan
dapat membuatkan laporan akhir ini lebih bermaklumat dan lengkap. Semua lampiran
hendaklah diletakkan di bahagian akhir laporan dan hendaklah dinomborkan.

5.0 JUMLAH NASKAH


Setiap pelajar dikehendaki supaya menyediakan satu(1) naskah laporan akhir untuk diserahkan
kepada penyelaras fakulti untuk diedarkan kepada penyelia fakulti (pensyarah). Laporan ini tidak
akan dipulangkan kembali kepada pelajar untuk tujuan penyemakkan pengaudit ISO.
Pelajar boleh membuat Salinan laporan untuk diserahkan kepada pihak organisasi/industri jika
diperlukan berbuat demikian atau untuk simpanan sendiri.

6.0 LAPORAN YANG LEWAT


Penangguhan untuk menyerahkan laporan tidak akan dibenarkan kecuali ada sebab-sebab luar
biasa di mana kebenaran daripada penyelaras diperlukan.

Pelajar yang gagal menyempurnakan laporan atau gagal menyerahkan laporan dalam tempoh
yang ditetapkan akan dianggap gagal dalam kursus latihan industri bagi semester yang
berkenaan.

17
7.0 BAHAGIAN B: FORMAT BUKU LAPORAN AKHIR

CONTOH FORMAT KULIT DEPAN LAPORAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

SYARIKAT ABC SDN BHD


NO 2559B, JALAN WONG AH JANG
25100 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

CONTOH FORMAT HALAMAN PENGHARGAAN

Disediakan oleh :

Nama : Ali Bin Abu

No.Matrik : AB100123

Kursus : SMPV (KFL)

Tempoh Kursus/Sesi : 12 Jan – 12 Mac 2014 (2013/2014)

Nama Penyelia : Dr. Abu Bin Ali

18
CONTOH FORMAT MUKASURAT PERTAMA SELEPAS KULIT LUAR

BUKU LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH

ALI BIN ABU


AB100123

DI

SYARIKAT ABC SDN BHD


NO 2559B, JALAN WONG AH JANG
25100 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri
Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam)

FPTV
OGOS 2014

19
CONTOH FORMAT HALAMAN KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKASURAT

Judul i
Dedikasi ii
Penghargaan iii
Senarai rajah iv
Senarai jadual v

1 PENGENALAN
1.1 Latar belakang firma 1
1.2 Carta organisasi 2

2 SKOP LATIHAN
2.1 AAAAAAA 15
2.2 BBBBBBB 16

3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI (AKTIVITI MINGGUAN)


3.1 Minggu 1 22
3.2 Minggu 2 23
3.3 Minggu 3 24
3.4 Minggu 4 25
3.5 Minggu 5 26
3.6 Minggu 6 27
3.7 Minggu 7 28
3.8 Minggu 8 29

4 LAPORAN TEKNIKAL 40
DAPATAN KOMEN DAN CADANGAN 60
KESIMPULAN 70
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 80

20
CONTOH FORMAT HALAMAN PERMULAAN BAB

10.0 sm dari tepi atas kertas

BAB 1: PENGENALAN

3 X 1.5 spacing
2.5 sm

4.0 sm Teks bab bermula dari sini dan


Bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah
Menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing)

2 X 1.5 spacing
1.2 Sub Judul
2 X 1.5 spacing

Teks bab bermula dari sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah
ditaip menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing) Gambarajah/graf/jadual yang
terdapat dalam laporan hendaklah di nomborkan mengikut nombor tajuk kecil dan
diberikan penerangan ringkas.

21
CONTOH FORMAT HALAMAN PENULISAN

2.5 sm dari tepi atas kertas

Sambungan penulisan bermula di sini ............... 2.5 sm

4.0 sm

2.5sm dari atas


2.5 sm dari bawah
4.0 sm dari tepi kiri
2.5 sm dari tepi kanan
(Setiap ukuran di ambil dari hujung/tepi kertas)

2.5 sm dari tepi bawah kertas

22
6.0 PANDUAN MENULIS BUKU LOG HARIAN

6.1 Pendahuluan

Penulisan buku log harian diambilkira bagi penilaian modul latihan industri. Markah untuk
laporan harian adalah 20% daripada keseluruhan markah latihan industri. Oleh itu pelajar
diwajibkan menulis buku log harian setiap hari dan mendapatkan tandatangan penyelia setiap
minggu untuk pengesahan. Pemantauan dan penyeliaan PI boleh dirujuk pada borang dalam
LAMPIRAN E.

6.1.1 Perkara Yang Ditulis Dalam Buku Loharian

(i) Kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar sendiri.


(ii) Kerja-kerja yang dilihat oleh pelajar (kerja yang dilakukan oleh pekerja organisasi
(iii) Kerja-kerja yang didengar oleh pelajar ( Penerangan yang diberikan oleh penyelia
atau pekerja organisasi yang lain )

6.1.1.1 Kerja Yang Dilakukan Sendiri Oleh Pelajar

(i) Catatkan kerja yang dilakukan dari mula hingga akhir dengan terperinci.
(ii) Setiap penerangan yang ditulis hendaklah dibantu dengan lakaran
gambarajah/pengiraan yang berkaitan.

6.1.1.2 Kerja Yang Dilihat/Didengar Oleh Pelajar.

Organisasi biasanya tidak membenarkan pelajar melakukan kerja-kerja yang merbahaya dan
memerlukan kemahiran tinggi. Dalam keadaan ini pelajar dibenarkan untuk memerhati dan
mendengar bagaimana kerja-kerja tersebut di lakukan oleh pekerja-pekerja organisasi yang
telah mahir. Pelajar hendaklah memerhati dan mencatat dengan terperinci setiap langkah yang
dilakukan oleh pekerja organisasi tersebut. Anggaplah bahawa kerja yang dilakukan oleh
pekerja berkenaan sebagai satu pengalaman untuk mendapat kemahiran melalui permerhatian
sahaja.

7.0 PANDUAN MENULIS JURNAL REFLEKSI

Jurnal refleksi ini dicatatkan di dalam ruangan Bahagian D: Laporan Harian, buku log LI.
Contoh Penulisan Jurnal Refleksi, meliputi perkara berikut:

(i) Catatkan setiap arahan yang diberikan oleh penyelia.


(ii) Senaraikan peralatan/dokumen yang digunakan untuk kerja tersebut.
(iii) Catatkan langkah-langkah kerja yang dilakukan satu persatu dari mula hingga kerja
tersebut disiapkan atau kerja tersebut disambung pada hari berikutnya.
(iv) Lakarkan peralatan atau komponen-komponen penting yang digunkan/pengiraan
yang dilakukan pada hari tersebut.
(v) Buat kesimpulan setiap minggu dan komen tentang kerja tersebut.

23
LAMPIRAN A : Silabus Latihan Industri

24
25
26
LAMPIRAN B : Carta Alir Permohonan dan Penempatan LI

MULA TINDAKAN

Mendapatkan maklumat jumlah kredit dapat pelajar PLIF

Menyalurkan maklumat jumlah kredit dapat pelajar PPA

Menyemak pendaftaran pelajar dan kenal pasti PLIF


bidang serta tarikh LI

Mendapatkan maklumat tempat latihan PLIF

Taklimat pertama LI kepada pelajar PLIF

Mempamerkan senarai industri untuk pemilihan PHI/PLIF


pelajar

Memohon Penempatan LI PHI/PLIF

Tidak Persetujuan PHI/PLIF


Industri

Ya
Menyenaraikan penempatan pelajar dan kemas kini
PHI/PLIF
pengkalan data

Mempamerkan senarai penentuan tempat LI PHI/PLIF

Menghantar surat penempatan dan surat pelepasan PHI/PLIF/PELAJAR


tanggung (indeminity) kepada industri

Taklimat kedua kepada pelajar PHI/PLIF

Pelajar melapor diri di tempat LI PELAJAR

SELESAI

27
LAMPIRAN C : Carta Alir Pemantauan dan Penyeliaan LI

MULA TINDAKAN

Mengemaskini maklumat lapor diri pelajar PLIF

Menyediakan jadual lawatan PLIF

Melantik Penyelia LI fakulti KJ (LM&LI)

Memberi taklimat kepada Penyelia LI fakulti


PLIF

Memaklumkan tempat LI mengenai lawatan


PLIF

Melaksanakan lawatan bagi memantau dan menilai


prestasi pelajar PF

Mengumpul dan merekod penilaian prestasi pelajar PLIF

Keputusan Gagal
Ulang LI PLIF
LI

Lulus

SELESAI

28
LAMPIRAN D : Borang Penilaian Penyelia Fakulti

29
30
LAMPIRAN E: Borang Penilaian Penyelia Industri

31
32
33

You might also like