Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

UNIVERSITI KUALA LUMPUR (MALAYSIAN INSTITUTE OF CHEMICAL AND

BIOENGINEERING TECHNOLOGY) ALOR GAJAH, MELAKA

ULASAN BUKU

ALLAH LOVES ME

Oleh Jerry D. Gray. Kuala Lumpur. PTS Publishing House Sdn.Bhd. 2015

NAMA ID PELAJAR
NUR FARANISYA BINTI AHMAD NAZRI 55218118180
NUR FARAH IZZATI BINTI ROSSEDI 55218118147
NURUL AKMALINA BINTI ALIAS 55218118149
NUR HIDAYAH NAZIHA BINTI ZULKIFRI 55218118214
ALLAH LOVES ME. Oleh Jerry D. Gray. Kuala Lumpur. PTS Publishing House
Sdn.Bhd. 2015. 371 halaman. Harga RM 35.00. ISBN 978-967-411-444-2

Buku yang mempunyai ketebalan sebanyak 371 halaman ini mengisahkan


perjalanan hidup seorang warga Amerika yakni si penulis yang mula menyedari akan
wujudnya Allah s.w.t. yang lantarannya berjaya membuka pintu hati penulis untuk
memeluk agama Islam. Sedikit latar belakang penulis yang bernama Jerry Duane
Gray, beliau dilahirkan pada 24 September 1960 di Wiesbaden, Jerman. Beliau dan
keluarga telah berpindah ke Amerika Syarikat ketika Jerry berusia tiga tahun dan
seterusnya dibesarkan di situ. Kemudiannya, Jerry mendapat Pendidikan di Iowa
sehinggalah beliau berjaya menyertai tentera Amerika Syarikat bersama “United
States Air Force” pada tahun 1978. Momen yang mengetuk hati beliau untuk
memeluk islam adalah ketika terdengar laungan azan semasa bertugas di bumi
Arab. Jerry menzahirkan rasa kagumnya apabila melihat bangsa Arab sanggup
meninggalkan hal-hal perihal duniawi untuk beribadat dan menyembah Allah yang
Maha Esa. Lantas, pada tahun 1984, beliau telah memeluk agama Islam. Namun,
penghijrahan beliau menjadi seorang muslim sejati ditentang hebat oleh ahli
keluarga, sahabat handai serta saudara mara, dan akhirnya dia diusir keluar. Jerry
juga telah meletak jawatan daripada “United States Air Force”, dan berhijrah ke
Indonesia pada tahun 1985. Beliau juga dikhabarkan telah berkahwin dengan wanita
tempatan. Kini, beliau aktif berdakwah di Indonesia selain menulis buku-buku ilmiah.

Seterusnya, penulis membahagikan isi penceritaan kepada bab pendahuluan


disusuli dengan bab 1 sehingga bab 11 mengikut turutan. Menelusuri bab
pendahuluan, memetik persoalan penulis iaitu “adakah kita benar-benar dapat
mengawal takdir kita sendiri?”. Penulis berpendapat, ketika zaman remajanya beliau
berupaya untuk mengawal segalanya. Semua hasil yang diperolehi ditentukan
sendiri melalui keputusan yang diambil berdasarkan motivasi diri, disiplin dan sedikit
tuah. Penulis juga menyatakan tiada siapa yang mampu menentukan takdir dirinya,
melainkan dirinya sendiri. Namun, apabila semakin menginjak ke usia tua, beliau
mula menyedari hakikat sebenarnya bahawa dia tidak mampu untuk mengawal
takdir. Penulis ada mengatakan bahawa pada awal usianya, beliau tidak mengetahui
mahupun mengambil berat mengenai Islam. Namun, pada suatu ketika dalam
kehidupannya, dia seolah-olah merasakan ada sesuatu dalam dirinya iaitu Allah
s.w.t. telah menghantar hidayah untuk memeluk Islam. karya ini mengisahkan
secara terperinci tentang kehidupan penulis dalam melalui perjalanan hidup
berlandaskan pegangan Islam serta cabaran dihadapi dalam menjadi seorang
muallaf. Pada akhir bab ini, penulis berkongsikan surah kegemarannya daripada Al-
quran iaitu Surah Al-Ikhlas yang menceritakan tentang Allah yang satu.

Mendalami isi karya bab 1 yang bertajuk Penghijrahan, penulis


menggambarkan latar belakang kehidupannya semasa zaman kanak-kanak iaitu di
sebuah perkampungan terpencil yang terletak di Iowa. Pada ketika itu, beliau masih
belum mengenali Allah s.w.t. Walaupun demikian, dengan keadaan sekeliling yang
sunyi dan terputus dari dunia luar. Beliau juga menyifatkan, di tempat inilah mula
timbulnya kesedaran tentang kewujudan Tuhan yang Maha Esa. Beliau turut
menceritakan mengenai nenek yang dikasihinya, iaitu seorang perempuan alim yang
patuh kepada ajaran agama Kristia. Berbeza dengan keperibadian ibunya, penulis
menyifatkan ibunya sebagai seorang yang pilih kasih kerana penulis bukan sahaja
dihina, malah turut didera oleh ibunya secara fizikal. Namun, layanan buruk tersebut
hanyalah pada dirinya sahaja, kerana ibunya melayan adik beradik yang lain dengan
belaian kasih sayang seorang ibu. Penulis juga mezahirkan rasa bahagia dan
tenang jika ayahnya berada di sisi kerana ayahnya akan sentiasa melindungi dirinya
dari dimarahi dan diherdik oleh si ibu. Beliau mengatakan ayahnya berkhidmat
dalam “United States Air Force”, dan jarang pulang ke rumah atas urusan kerja.
Nukilan pada pengakhiran bab 1 menceritakan bagaimana penulis mula sedar
bahawa tiada satu benda pun di dunia ini yang bersifat kekal.

Seterusnya, dalam Bab 4 iaitu ‘Allah menguji saya’, kita dapat menelusuri
perjalanan penulis mengenai ujian yang menimpa beliau sebelum beliau memasuki
Islam. Diceritakan dalam bab ini, selepas menamatkan perkhidmatan dalam bidang
ketenteraan, beliau merancang untuk menetap di kepulauan Kauai untuk
menyenggara kapal selam Tentera Laut P-3 sebagai orang awam dan gaji yang
ditawarkan amatlah lumayan tetapi dengan kuasa Allah kepulaun itu telah dilanda
taufan dan mengakibatkan kepulauan itu terjejas teruk. Penulis menyatakan yang
beliau menghubungi ibunya untuk meminta pertolongan ibunya bagi menghantar bon
simpanan (tiket pelaburan) yang disimpan oleh ibunya. Tetapi amat malang sekali
apabila bon simpanannya telah habis digunakan oleh ibunya. Beliau sangat kecewa
dengan tindakan ibunya yang memalsukan tandatangannya bagi menjual bon
tersebut. Sebagai lanjutan daripada kisah ujian ini, bagi manampung kehidupannya
penulis telah mencuba pelbagai pekerjaan seperti pelukis projek kecil, tukang
masak, pembantu dapur dan beberapa pekerjaan lain tetapi masih tidak dapat
menampung perbelanjaan dan menyebabkan beliau terpaksa tinggal di dalam
kereta. Selama enam bulan berada di Hawaii, beliau mengalami pengalaman
perjalanan yang amat menyedihkan di mana beliau terpaksa bertahan mengisi perut
dengan air paip, memancing ikan, dan mengutip rumpai laut untuk dijual ke nelayan
tempatan sehingga ada ketika beliau berasa putus asa dan kecewa dengan ujian
diberikan-Nya dan berfikir untuk membunuh diri dan mati sahaja. Walaupun begitu
beliau takut akan kemarahan Allah s.w.t dan memohon Allah mengakhiri penderitaan
yang sedang beliau sedang alami.Akhirnya, Allah s.w.t menerima doa beliau dimana
datangnya pertolongan dari seorang penduduk di situ iaitu Big John. Penulis
menceritakan, beliau tinggal bersama John sehingga kekuatan beliau pulih dan
akhirnya pulang ke pangkuan ibunya.

Semasa tinggal bersama ibunya, ibunya memberitahunya bahawa beliau


berasa gelisah dan tidak tenang. Penulis amat terkilan dengan tindakan ibunya
dimana ibunya telah meyakinkan adik perempuannya yang datang menziarahi beliau
untuk membawanya pulang ke Decorah iaitu kampung halaman mereka dan
mencari pekerjaan di sana. Di Decorah, beliau ditawarkan pekerjaan untuk
mengambil sampel jalan dan membawanya ke makmal. Disebabkan pekerjaan itu
menggunakan tenaga yang banyak, beliau kehabisan tenaga dimana beliau
terpaksa mengambil pil speed² (pil kuda) untuk kembali bertenaga. Selepas itu,
beliau menghubungi rakanya, Tim yang berada di Florida untuk menanyakan tempat
tinggal sementara beliau mencari pekerjaan. Di Florida, beliau mendapat pekerjaan
sebagai buruh binaan tetapi pekerjaan itu hanya dapat bertahan selama sehari.
Selepas itu, beliau mula menyedari bahawa bukan rezekinya di negara itu maka
beliau mula meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah. Beliau menelefon
Syarikat Lockhead Aircraft yang dulunya menawarkan pekerjaan selepas beliau
menamatkan perkhidmatan tentera udara dan berpengkalan di Arab Saudi dan
keputusannya amat menggembirakan. Beliau pada dulunya tidak menerima tawaran
dari syarikat tersebut selepas tamatnya perkhidmatan kerana telah dimomokan
dengan Islamophobia oleh Amerika Syarikat dan takut dibunuh oleh pengganas
Islam fanatik di sana sehingga beliau sanggup memilih untuk berlapar dan hampir
mati di Hawaii. Amat jelas di sini bahawa Allah s.w.t mempunyai banyak
perancangan dan perubahan besar untuk penulis supaya beliau lebih dekat lagi
dengan Allah dan mula meletakkan kepercayaan terhadap agama Islam. Jika diteliti
dengan lebih mendalam, ujian ini menyebabkan penulis meletakkan kedudukan
dirinya lebih rendah serta membuka fikiran dan perasaan beliau kepadaNya.

Selajutnya dalam buku yang yang bertajuk ‘ALLAH LOVES ME’ ini, penulis
menceritakan Ramadan pertamanya sebelum memeluk islam di Arab Saudi yang
jauh berbeza dengan orang Indonesia. Penulis turut melahirkan persoalan dalam diri
beliau bagaimana umat islam mendapat kekuatan untuk bekerja dalam bulan
Ramadan. Beliau juga turut menyatakan kebanyakkan orang islam di Arab Saudi
seperti membenci agama sendiri dimana terdapat banyak percambahan gaya hidup
sebenar dan imej yang ditonjolkan kepada dunia. Beliau juga turut menceritakan
pengalaman beliau bertemu dengan seorang tukang emas yang benar-benar
percayakan Allah SWT dengan seluruh jiwa dan raganya dan hal ini telah membuka
mata dan meyakinkan penulis bahawa agama islam adalah agama yang benar.

Menyelusuri kemuncak perjalanan pengislaman beliau, beliau juga bertanya


secara senyap tentang islam kepada rakan sekerjanya yang bernama Rashid dan
Ahmad. Peristiwa tersebut berlanjutan pada keesokkan harinya, dimana Ahmad
telah mendatangi beliau dengan membawa senaskah Al-quran dalam Bahasa
Inggeris dan Bahasa Arab kerana semua jawapan yang di cari ada dalam Al-quran
tersebut. Setelah memegang dan membaca beberapa potong ayat di bahagian
tengah Al-quran, beliau menitiskan air mata beliau. Pada ketika itu beliau pasti yang
islam adalah agama yang benar. Selepas dua hari dari kejadian tersebut, Rashid
memperkenalkan pusat islam kepada penulis. Pada awalnya beliau berasa begitu
berat untuk menyertai kelas tersebut kerana tidak berniat untuk memeluk islam
sebaliknya beliau hanya ingin tahu lebih lanjut mengenai agama islam. Penulis juga
turut menceritakan personaliti menarik yang dimiliki oleh guru tersebut malahan
semua soalan yang ditanya beliau dapat dijawab dengan baik dan logik. Bahkan
guru tersebut turut meminjamkan buku kecil soal jawab tentang islam kepadanya.
Guru tersebut telah mengakhiri kelas pertamanya dengan berkata ‘sekiranya
beliau meninggal pada malam ni pasti beliau akan masuk neraka’. Kata-kata tuan
gurunya telah membuatkan beliau tidak dapat tidur kerana terngiang-ngiang akan
kata-kata tuan gurunya itu. Beliau duduk tegak diatas katil dan berkata “Saya
bersaksi tiada tuhan selain Allah dan bersaksi nabi Muhammad adalah pesuruh
Allah”. Lantas air mata gembira mula mengalir di pipi. Penulis berasa begitu gembira
kerana akhirnya beliau melakukan sesuatu yang menggembirakan Allah SWT.
Namun begitu pada malam tersebut beliau tidak dapat melelapkan mata kerana
banyak persoalan yang bermain diminda beliau. Penulis turut menzahirkan rasa
tenang dan bahagia pada keesokkan harinya kerana merasakan dirinya seperti
dilahirkan semula. Apabila tuan guru di Pusat islam mengetahui pengislaman beliau,
beliau dikucup di pipi oleh tuan gurunya dan beberapa orang lain yang menuntut di
pusat islam itu. Penulis juga menggambarkan detik itu sebagai detik beremosi buat
mereka semua. Beliau juga menggambarkan kesusahan yang terpaksa dihadapi
beliau selepas menjadi orang islam secara sah di Arab Saudi kerana perlu
menunggu selama setahun untuk mendapatkan sijil islam dan diikuti oleh pegawai
khai bagi memastikan beliau solat dan mengikuti ajaran islam yang betul. Pada awal
pengislaman beliau, beliau dikeji dan dicemuh sehingga hampir terlibat dalam
pergaduhan.

Seterusnya, Penulis juga menceritakan umrah pertamanya dengan rakannya


yang bernama Ahmad. Pada mulanya beliau menolak pelawaan Ahmad kerana risau
tidak dibenarkan masuk kedalam kota suci itu kerana tidak mempunyai kad
pengenalan islam. Atas pujukan Ahmad akhirnya mereka menunaikan haji bersama.
Penulis tutut menggambarkan perasaan aneh yang dirasainya apabila semakin
hampir menjejakkan kaki di masjidil haram. Beliau menyatakan yang beliau tidak
pernah menyaksikan layanan baik yang penuh iklas dan semangat persaudaraan
sebenar yang dipraktikkan umat islam di tanah suci dan terpukau dengan kebaikan
dan sikap murah hati yang ditunjukkan oleh semua orang tanpa mengira warna kulit.
Penulis juga menyatakan perasaannya seolah-olah berada di luar badan dan dalam
dimensi lain kerana berasa begitu gembira dan tenang. Penulis juga ada menerima
hadith Al bukhari dan muslim dari seorang warga Indonesia yang tidak dikenalinya.
Penulis sedar yang mereka membantunya ikhlas untuk mendapatkan ganjaran dan
rahmat daripada Alllah. Beliau juga mula belajar hadis tersebut dan dapat mengenali
Nabi Muhammad SAW dengan lebih lanjut. Selanjutnya, penulis juga menceritakan
Ramadhan pertamanya dengan penuh rasa ketakutan dan kebimbangan kerana
pernah menderita sehingga hampir mati kelaparan di sebuah jeti di Hawaii. Mungkin
kerana beliau tidak bersedia ataupun tidak ikhlas untuk berpuasa, Allah SWT
memberikan ujian yg lebih sukar kepada beliau. Beliau menyatakan yang sepanjang
Ramadan, beliau tidak bertenaga, tekak kering, sukar untuk bercakap dan sering
sakit kepala. Penulis juga menyatakan bulan Ramadan telah membuatkan beliau
lebih dekat dengan Allah.Beberapa bulan selepas memeluk agama islam, ketua
agama islam iaitu Abdullah Omar Naseef ingin berjumpanya bersama mualaf lain.
Baginda mengajak mereka semua untuk menunaikan haji. Bermulalah perjalanan
mereka menaiki bas untuk ke Mekkah. Semuanya berjalan lancar dan beliau dapat
menunaikan haji dengan mudah. Gurunya telah memberi nama Abdurrahman
sebagai nama islamnya.

Selain itu, di pengakhiran buku ini beliau telah menceritakan tentang fitnah
terhadap islam yang telah melibatkan dirinya dan juga komen terakhir beliau kepada
pembaca. Penulis juga menyatakan bahawa baginya process mencari dan mengikuti
jalan yang benar kepada Allah s.w.t dan mencintai Rasulullah s.a.w adalah
perjalanan yang sangat sukar untuk beliau. Namun, beliau benar-benar jatuh cinta
pada Islam dengan sepenuh hati, jiwa dan raga apabila mengetahui erti Islam yang
sebenar. Pada penghujung 2013, penulis menyatakan jumlah jemputan seminar
turun sebanyak 90 peratus dalam masa sebulan. Penulis mendapati bahawa beliau
telah menjadi mangsa fitnah seperti yang dijangkakan. Hal ini kerana CIA, Mossad,
Freemasons dan Illuminati adalah pakar dalam memburukkan individu, organisasi
dan juga keseluruhan negara. Mereka sangat curiga terhadap beliau dan
memanggilnya sebagai ejen CIA. Sebenarnya, bagi penulis, mereka bukanlah orang
Islam yang sebenar. Mereka adalah hipokrit yang mahu menampakkan diri mereka
bagus dengan mencemarkan nama baik saudara seislam mereka. Perbuatan ini
berdosa di sisi Allah s.w.t. penulis juga mengingatkan pembaca supaya tidak
mempercayai fitnah apatah lagi menyebarkannya. Penulis juga menyatakan bahawa
lebih menyakitkannya apabila fitnah yang disebarkan adalah daripada orang yang
pernah beliau lindungi selama ini. Tambahan pula, penulis telah memberikan mesej
terakhir untuk mendorong pembaca dengan membantu mengukuhkan keyakinan
kepada Allah s.w.t. Ujian yang diberikan kepada kita adalah berat tetapi ganjaran
yang diberikan untuk usaha kita akan menjauhkan semua kesakitan dan penderitaan
dengan sekelip mata.

Akhir sekali, antara jihad penulis yang seterusnya adalah di pusat peranginan
laut patuh syariat. Indonesia mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia. Penulis
menyatakan bahawa Indonesia perlu menjadi pemimpin dunia dalam bidang
pelancongan berlandaskan syariat Islam dan makanan yang halal. Penulis juga
menyatakan keinginan untuk membina beberapa pusat peranginan sekiranya beliau
mempunyai modal yang mencukupi. Penulis berpendapat yang menteri pelacongan
Indonesia sanggup melaksanakan konsep perlancongan berlandaskan syariat Islam.
Natijahnya, tiada sesuatu pun yang hilang dan terlepas dari genggaman kita,
melainkan Tuhan akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik di sisi-
Nya.

You might also like