Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

3.

0 UNIT KAWALAN MUTU AIR MINUM (KMAM)


Aktiviti: Persampelan air di Resort Batu Ampar dan Loji Rawatan Air

Pemantau: PPKP Pn. Nurul Hazwani Binti Ahmad Jasdi

3.1 Aktiviti Persampelan air di lapangan

Di hari pertama permulaan Latihan Industri di PKD Kuala Kangsar iaitu pada 5 Ogos 2019, kami telah
dibawa oleh Pemantau bersama Pembantu Kesihatan Awam, En. Azwan ke Resort Batu Ampar, Kuala
Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Tujuan utama aktiviti dijalankan pada hari tersebut ialah untuk menyiasat
sumber bekalan air yang disalurkan ke Resort tersebut dan mendapatkan sampel air bagi mengenalpasti
punca kes keracunan makanan dikalangan pelajar sekolah yang telah dilaporkan ke PKD. Aktiviti ini
dilakukan dengan kerjasama Unit Kejuruteraan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Persampelan air dari sumber air tanah. Menyiasat punca kes keracunan makanan di lapangan.

3.2 Aktiviti di Makmal KMAM


Sampel air yang telah diambil pada hari tersebut telah digunakan untuk melakukan ujian terhadap 'Total
Coliform' dan Escherichia coli (E.coli). Sampel air yang telah diambil diisi di dalam Quanti-Tray dicampurkan
dengan 100 ml Colilert. Kemudian, sampel dibiarkan didalam inkubator pada 35 ± 0.5 °c selama 24 jam untuk
tindak balas. Keputusan E.coli perlulah diletakkan dibawah cahaya UV bagi mendapatkan bacaan. Bagi hasil
keputusan warna kuning keamatan tinggi bermaksud kandungan air adalah positif Total Coliform dan keamatan
warna kuning berkilau di bawah cahaya UV adalah positif bagi E.coli.

100 ml Colilert Quanti-Tray


3.3 Aktiviti Persampelan air di lapangan
Pada hari berikutnya, kami telah dibawa oleh En. Azwan untuk melakukan persampelan air rutin di Loji
Rawatan Air Felda Lasak untuk tujuan pengawasan kualiti mutu air minum negeri ini. Beberapa ujian
fiziakal telah dilakukan seperti ujian kekeruhan air, bacaan pH meter dan klorin meter menggunakana test
kit dan turbidity meter. Seterusnya, sampel air yang dibahagikan dan dilabel akan dihantar ke Jabatan
Kimia Malaysia cawangan Perak untuk menganalisis kimia dan bakteriologi sampel air. Keputusan akan
diperolehi pada minggu yang berikutnya. Sekiranya terdapat perlanggaran mutu air minum, Pegawai
Kesihatan awam dan Kerja-kerja air akan bersedia untuk mengambil langkah pemulihan untuk
mengelakkan berlakunya wabak penyakit dan keracunan.

Cara-cara persampelan air yang ditunjukan oleh PKA. Menghantar sampel air ke JKM cawangan Perak.

3.4 Kesimpulan
Kesimpulan dibawah Unit KMAM ini, kami dapati bahawa elemen-elemen program seperti pengawasan,
kajian kebersihan dan analisis data, tindakan pemulihan dan pemeriksaan institusi memainkan peranan
penting bagi mengawal kualiti mutu air minum di kawasan penduduk Kuala Kangsar sebagai langkah
untuk nenentukan semua bekalan air awam adalah selamat untuk digunakan serta bebas dari sebarang
pencemaran fizikal bakteria dan kimia

You might also like