Sejarah Mercu Tanda

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

1.

JAMBATAN PULAU PINANG

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia


Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5
kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia
menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang
dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai. Ia bermula
daripada idea mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua, Tun Dr. Lim
Chong Eu.

Cetusan itu dilahirkan setelah beliau berpendapat sebuah jambatan


perlu didirikan bagi menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth di
tanah besar sekitar tahun 1950-an.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada
tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak
RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia
diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini
adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-
penahan (''cable-stayed bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula
dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang
keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang
Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 1
menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun
1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih
beroperasi sehingga sekarang.

1) Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)


2) Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
3) Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
4) Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
5) Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
6) Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
7) Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
8) Gantungan utama: 225 Meter
9) Gantungan hujung: 107.5 Meter
10)Gantungan lain: 40 Meter
11)Had laju: 80 km/j

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 2


Tarikh-tarikh Penting :

Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan


bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang.

Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya.

23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan


jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco
Golden Gate.

Tahun 1982 - Pembinaan bermula.

3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir


Mohammad.

14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 3


Sewaktu dalam pembinaan

Kerja-kerja pembinaan jambatan Pulau Pinang mengambil masa


empat tahun.

Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya
bersama pasangan masing-masing sewaktu perasmian.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 4


Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas
Jambatan Pulau Pinang.
Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada
kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang
ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang
13.5 km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang
lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan
ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 5


Pada 13 April 1985, sebuah jambatan sepanjang 13.5 kilometer (km)
dengan empat menara di bahagian tengahnya yang terletak 33 meter
dari paras laut siap dibina.

Kerja-kerja pembinaannya hanya mengambil masa selama empat


tahun dengan peruntukan sebanyak RM850 juta daripada Kerajaan
Persekutuan.

Ilham seni rekaan jambatan tersebut datangnya daripada anak


tempatan yang merupakan seorang pakar dalam bidang kejuruteraan
geoteknikal dan merupakan bekas Pemangku Naib Canselor Universiti
Malaya (UM) pada tahun 1960-an.

Berasal dari Nibong Tebal, mendiang Profesor Tan Sri Ir. Chin Fung
Kee berjaya meluahkan ilham inovatifnya dengan menggunakan
rekaan seismik bagi menghalang binaan jambatan daripada runtuh
apabila berlaku gempa bumi.

Reka bentuk jambatan tersebut dilakukan dengan menggunakan


kaedah gelegar konkrit. Kaedah itu menggunakan kabel penahan
seperti yang terdapat pada jambatan Golden Gate Bridge di San
Fransisco, Amerika Syarikat (AS) dan bukannya kaedah tambatan keluli
yang digunakan dalam pembinaan Sydney Harbour Bridge.

Dari segi fakta kejuruteraan, cerucuk yang digunakan bagi membina


jambatan tersebut adalah sepanjang 648 km yang bersamaan jarak
dari Butterworth ke Johor Bahru.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 6


Uniknya, jambatan tersebut mampu menahan kesan gempa bumi
sehingga berukuran 7.5 skala Richter manakala keseluruhan jambatan
tersebut panjangnya 13.5 km, dengan 8.4 km daripada jambatan
berada di atas paras laut.

Tun Mahathir menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dengan kereta


Proton Saga merah pada majlis perasmiannya 3 Ogos 1985.
__________________

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 7


2. Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk


Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak
beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara
Pisa di Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 dan ia memiliki
ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga.
Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh dan
agak senget dan tercondong sedikit.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 8


Menara ini sebenarnya adalah merupakan takungan air sebelum
adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini
dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi
dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar
Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang
indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk
bersantai seisi keluarga.

Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang.


Orang yang bertanggung jawab membina Menara Jam ini ialah
Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau
mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian
berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun
dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan
sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan
bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula
condong ke arah Barat.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 9


Pada zaman Jepun (1942-1945) bangunan Menara Jam ini dijadikan
menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu
ini yang digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun
telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian atas. Kini
bangunan condong ini mendapat julukan Menara Condong kedua di
dunia selepas Pisa di Itali. Menurut satu kajian, tujuan pembinaan
menara condong atau juga dikenali sebagai Jam Tinggi adalah
seperti berikut:
 untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim
kemarau
 dalam memastikan kemudahan pengurusan air British
ditingkatkan
 untuk bekalan air sekiranya berlaku kebakaran
 sebagai penjaga masa
 tempat raja bomoh buat ritual (ini gurau sahaja, jangan
marah)

Tangki air terletak di aras tiga yang dibuat daripada keluli setinggi 16
kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki padu air. Menara ini
pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan
Persatuan Pengakap Teluk Intan. Pernahkah anda datang dan
melihat sendiri keunikan yang ada di dalam menara condong Teluk
Intan ini? Jika anda berkesempatan, datanglah lihat sendiri
keunikannya.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 10


3. Menara Berkembar PETRONAS

Menara Berkembar PETRONAS (Tulisan Jawi: ‫ ;ڤيترونس بركمبر منارا‬Bahasa


Inggeris: PETRONAS Twin Towers) di Kuala Lumpur, Malaysia ialah
sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan
tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101.
Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara
berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi
pada abad ke-20. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan
bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas
memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004
dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu
rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan
antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun
1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika
menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).
Menara berkembar ini merupakan mercu tanda dan ikon Kuala
Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang terletak
Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 11
berdekatan. Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi
di dunia sehingga siapnya Taipei 101 pada tahun 2004, seperti yang
diukur hingga ke atas komponen strukturnya (kemuncak, bukan
antena).
Puncak (spire) dianggap sebagai bahagian penting dalam reka
bina bangunan, dan jika diubah boleh banyak mengubah rupa dan
reka bina bangunan, manakala antena boleh dipasang atau dicabut
tanpa memberi kesan kepada rupa bangunan. Menara Berkembar
Petronas masih merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia.

Perbandingan dengan menara lain


Menara-menara Willis (dahulunya Spears) dan World Trade Center
terbina dengan 110 tingkat yang boleh diduduki, iaitu lebih 22 tingkat
berbanding Petronas Twin Towers yang ada 88 tingkat. Bumbung-
bumbung dan tingkat tertinggi menara Willis dan World Trade Center
agak melebihi ketinggian bumbung dan tingkat tertinggi Menara
Berkembar Petronas. Antena tertinggi di Willis Tower adalah 75 metre
(246 ka) lebih tinggi berbanding puncak-puncak Menara Berkembar
Petronas. Walaupun demikian, mengikut peraturan dan garis panduan
CTBUH, antena-antena Menara Willis tidak diambil kira sebagai
sebahagian ciri-ciri seni binanya.[7] Sebaliknya, puncak-puncak pada
Menara Petronas dikira dalam ukuran ketinggian kerana bukan
merupakan tiang antena. Oleh itu, Menara Berkembar Petronas
mengatasi ketinggian rasmi Menara Willis dengan beza 10 metre (33
ka), padahal Menara Willis lebih banyak bilangan tingkat dan lebih
besar kakian perseginya.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 12


Pembinaan
Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina
ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun
sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.
Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.
Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada
tapak yang paling dalam di dunia.tapak sedalam 120 meter itu
memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam
masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche. Menara setinggi 88 tingkat ini
banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan
buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian
Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia. Satu lagi
pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-
dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan
bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat. Menara
1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama
Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea
Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction.
Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.
Disebabkan kekurangan keluli serta kos pengimportan keluli yang
mahal, menara berkembar ini didirikan atas konkrit bertetulang
teramat kukuh bereka bentuk radikal yang murah sekali.Konkrit yang
amat kukuh dikenali ramai kontraktor Asia dan dua kali lebih berkesan
mengurangkan gegaran berbanding keluli; namun, oleh itu bangunan
ini dua kali beratnya pada tapak berbanding bangunan keluli yang
seumpamanya. Disokong oleh teras konkrit 23-kali-23 meter dan
segelang luar tiang super yang beruang legar, menara-menara ini
menggunakan sistem struktur canggih yang menampung profilnya

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 13


yang langsing serta menyediakan ruang pejabat tanpa tiang seluas
560,000 meter persegi (669,754 ela2). Di bawah menara berkembar ini
ialah pusat beli-belah Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.

Peristiwa terpenting
Ribuan orang mengosongkan bangunan setelah menerima panggilan
ugutan bom pada 12 September 2001, sehari selepas serangan 11
September membinasakan menara berkembar World Trade Center di
Bandar Raya New York. Skuad pembuangan bom dikerah ke mari
tetapi tidak menjumpai apa-apa bom dalam kedua-dua menara
Petronas walaupun memindahkan keluar semua orang. Para pembeli
dan pengunjung dibenarkan masuk semula tiga jam kemudian pada
tengah hari. Tiada seorang pun tercedera dalam langkah
pengosongan tersebut.
Pada waktu larut malam 4 November 2005, terjadi kebakaran di
kompleks pawagam di pusat beli-belah Suria KLCC di bawah Menara
Berkembar Petronas. Tidak dilaporkan mana-mana kecederaan.
Ketika itu, kedua-dua menara hampir kosong (kecuali Suria KLCC yang
diisi pengunjung pawagam dan pelanggan restoran).
Pada waktu pagi 1 September 2009, pemanjat bangunan pakar dari
Perancis, Alain “Spiderman” Robert, berjaya memanjat hingga ke
puncak Menara Dua dengan menggunakan tangan dan kaki kosong
sendirinya tanpa apa-apa kelengkapan keselamatan dalam masa
tidak lebih dua jam, setelah dua percubaan sebelumnya terhalang
oleh tangkapan polis di tengah-tengah. Pada 20 Mac 1997, pihak polis
menangkap beliau di tingkat 60, iaitu 28 tingkat lagi ke puncak.
Percubaan keduanya pada 20 Mac 2007, genap 10 tahun kemudian,

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 14


sekali lagi terhalang di tingkat yang sama (tetapi di menara yang satu
lagi).

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 15


4. Putrajaya

Putrajaya, yang pada asalnya bernama Prang Besar, telah diasaskan


pada tahun 1918 sebagai Air Hitam oleh British. Pada asalnya ia
meliputi kawasan seluas 800 ek (3.2 km2), ia kemudian diperluaskan
sehingga 8,000 ek (32 km2), dan digabungkan dengan kawasan ladang
sekitar, termasuk Estet Raja Alang, Estet Galloway dan Estet Bukit Prang.

Wawasan untuk memiliki Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang


baru bagi menggantikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran
muncul pada akhir 1980-an, semasa tempoh Perdana Menteri ke-4
Malaysia, Dr. Mahathir Bin Mohamad. Bandar baru ini telah
dirancangkan terletak di antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dua kawasan telah dikemukakan,
Prang Besar dan Janda Baik di Pahang.

Kerajaan Persekutuan berunding dengan negeri Selangor untuk


kemungkinan Wilayah Persekutuan lain dan pada pertengahan tahun

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 16


1990-an, kerajaan Persekutuan membayar sejumlah besar wang ke
Selangor bagi 11,320 ek (45.8 km2) tanah di Prang Besar, Selangor. Hasil
daripada pembelian tanah ini, negeri Selangor kini sepenuhnya
mengelilingi dua Wilayah Persekutuan dalam sempadan, iaitu Kuala
Lumpur dan Putrajaya.

Dirancang sebagai taman dan bandar pintar, 38% kawasan telah


dikhaskan untuk kawasan hijau dengan menekankan peningkatan
landskap semula jadi. Satu rangkaian kawasan lapang dan jalan-jalan
yang luas digabungkan dalam pelan tersebut. Pembinaan bermula
pada bulan Ogos 1995 dan ia merupakan projek terbesar di Malaysia
dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara dengan anggaran kos
akhir US$8.1 bilion. Keseluruhan projek telah direka dan dibina oleh
syarikat Malaysia dengan hanya 10% daripada bahan-bahan yang
diimport.

Taman Saujana Hijau

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 17


Krisis Kewangan Asia tahun 1997/1998 telah memperlahankan
pembangunan Putrajaya. Pada tahun 1999, 300 orang kakitangan
Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya dan baki
kakitangan kerajaan yang tinggal telah berpindah pada tahun 2005.
Pada 1 Februari 2001 Tun Dr Mahathir mengisytiharkan Putrajaya
sebagai Wilayah Persekutuan dengan upacara penyerahan Putrajaya
bandar daripada pihak berkuasa negeri Selangor.

Jabatan Perdana Menteri

Pada tahun 2002, laluan tren yang dikenali sebagai KLIA Transit dibuka,
menghubungkan Putrajaya dengan kedua-dua Kuala Lumpur dan
Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang. Walau
bagaimanapun, pembinaan Monorel Putrajaya yang bertujuan
sebagai sistem metro di bandar ini telah digantung kerana kos. Salah
satu jambatan gantung monorel di Putrajaya masih tidak digunakan.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 18


Pada tahun 2007, penduduk Putrajaya dianggarkan lebih 30,000, yang
terdiri terutamanya kakitangan kerajaan. Kakitangan kerajaan telah
digalakkan untuk berpindah ke bandar melalui pelbagai subsidi dan
pinjaman program kerajaan.

Jambatan Seri Warisan

Pada bulan April 2013 kerajaan Putrajaya menandatangani surat hasrat


(LOI) dengan kerajaan Sejong City di Korea Selatan untuk menandakan
kerjasama antara kedua-dua bandar-bandar.
Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan
Putrajaya. Ditubuhkan pada 19 Oktober 1995, pemegang-pemegang
sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS - syarikat
petroleum kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional Berhad - syarikat
pelaburan Kerajaan Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah
Negara (20.0%).
Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 19
Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan
Putrajaya 1995 dan Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan
Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan dibahaskan di parlimen pada
Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan rekod
awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon
yang bernilai RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini
merupakan mercu tanda bagi kejayaan Malaysia.

Masjid Putra Dataran Perdana

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 20


5. Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari
aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak
di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur
telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.

Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa


pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15
Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan
pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah
tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk
selesai pada 15 April 1993.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 21


Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala
Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara
Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk
mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di
sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai
FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio
Televisyen Malaysia, NTV7 milik Media Prima Berhad dan TV Alhijrah
milik Al Hijrah Media Corporation siaran UHF dapat diterima sehingga
40km jauhnya.

Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara


telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN
di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi
537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan
Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi
ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah
menara ini terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung
terbuka, mini zoo, restoran dan Kampung Budaya 1Malaysia.

Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu
sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah
keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini
menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat
reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam,
Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula
dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari
Esfahan, Iran.Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas
ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 22


yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah
dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang
melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga
boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan dibawah kepala
menara.

Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat


Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan
Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.
Kebudayaan

Menara Kuala Lumpur memperlihatkan aktiviti kesenian dan


kebudayaan di Kampung Budayanya yang dipanggil Kampung
Budaya 1Malaysia. Antara aktiviti di sini ialah permainan tradisional,
persembahan tarian tradisional, gamelan, persembahan muzik dan
nyanyian lagu-lagu asli setiap hari

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 23


6. Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama


yang terdapat di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan
yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan ini dibina
pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini
hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang
merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap
dibina dan digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil
sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu,
iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala
Lumpur yang gagah pada masa itu.

Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan


Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan
satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala
Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200 meter persegi. Di
bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali
sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan
dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 24


Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya
terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan
Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-
negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos
dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan
Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga
menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian
daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British


bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala
Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British,
iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik seni
binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada
ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk
ladam dan di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi
empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik.
Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah
arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang
merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 25


Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’
merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan
Islam. 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini membuktikanya.
Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang
dicat warna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah
yang bersalut tembaga. Sebanyak RM 152,000 telah dilaburkan untuk
membina bangunan ini dan merupakan bangunan yang termahal di
rantau ini pada ketika ianya didirikan.

Pada sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat


dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja
sebanyak RM 17.2 juta. Pada ketika itu kerajaan Australia telah
menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga
bagi ketiga-tiga kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada
tahun 1982. Pengubahsuaian dilakukan hanya pada bahagian dalam
bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal
bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul
Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 26


7. Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Pada 27 Jun 1998 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala


Lumpur (KLIA) dibuka dengan rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Ja’afar Ibni Tuanku Abdul Rahman sekali gus menjadikan
lapangan terbang Malaysia ini antara yang terkemuka di dunia.
KLIA menjadi lambang baharu kecemerlangan Malaysia
menandakan kemampuan negara untuk memasuki alaf baharu
dalam dunia penerbangan dunia.
Tahun ini genap 21 tahun legasi berharga negara cetusan idea
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu dibina walaupun
menghadapi pelbagai halangan dan tohmahan yang datang dari
rakyat negara ini dan luar negara yang menyatakan ia projek gergasi
Malaysia yang membazir.
Namun, Malaysia memerlukan sebuah lapangan terbang bertaraf
antarabangsa demi keperluan pada masa depannya, kerana
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
(LTSAAS) di Subang sudah tidak dapat menampung kadar penum-
pang yang semakin bertambah.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 27


LTSAAS menyumbangkan khidmat sebagai lapangan terbang terbesar
negara sejak 33 tahun.
Tersergamnya KLIA baharu, meletakkan Malaysia mempunyai
lapangan terbang setanding dengan lapangan terbang seperti
Heathrow di London, Kansai di Jepun, Changi di Singapura dan
Bangkok, Thailand.
Utusan Online pada 27 Jun 1998 memuatkan berita bertajuk PM:
Lapangan terbang tercantik dan termurah di dunia melaporkan, KLIA
yang menjadi lambang baharu kecemerlangan Malaysia
menandakan kemampuan negara untuk memasuki alaf baharu
dengan lebih meyakinkan.
Dr. Mahathir dalam ucapannya pada majlis perasmian bersejarah itu
mengajak seluruh rakyat supaya berbangga dengan lapangan
terbang yang pada pandangan beliau sebagai ‘’yang tercantik dan
termurah di dunia.’’
Katanya, KLIA berharga RM10.5 bilion yang siap dibina dalam tempoh
36 bulan dan digelar lapangan terbang abad ke-21 berikutan
kemudahan canggih dan teknologi terkininya, adalah milik rakyat
Malaysia.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 28


EDISI
keluaran khas akhbar Utusan Malaysia sempena perasmian KLIA pada
28 Jun 1998.
“Sepanjang ingatan saya, tidak ada mana-mana lapangan terbang
yang sebesar ini dibina dalam waktu yang singkat dan peruntukan
kewangan yang kecil,’’ katanya.
Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, menteri-menteri kabinet, Pengerusi KLIA Bhd, Datuk
Clifford F. Herbert serta kira-kira 1,400 tetamu termasuk mereka yang
terlibat secara langsung dalam pembinaannya, diadakan di depan
bangunan terminal utama lapangan terbang itu, kira-kira 70 kilometer
dari ibu kota.
Kemunculan KLIA menjadi kebanggaan Malaysia kerana ia
merupakan salah sebuah lapangan terbang terbesar di dunia.
Pembinaannya dijalankan oleh KLIAB, syarikat milik penuh kerajaan
Malaysia, berdasarkan konsep ‘cepat siap’.
Dr. Mahathir menyifatkan KLIA menandakan satu lagi langkah besar
ke hadapan dalam sejarah penerbangan Malaysia.
Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 29
KLIA memaparkan seni bina lapangan terbang tersendiri yang
merangkumkan tema simbiosis teknologi tinggi, identiti Malaysia serta
dipadankan dengan persekitaran hutan rimba dan menurut Dr.
Mahathir, lapangan terbang itu menjadi sebahagian daripada Koridor
Raya Multimedia (MSC).
KLIA mempunyai kapasiti untuk menguruskan 25 juta penumpang
setahun, dua kali ganda berbanding keupayaan LTSAAS dan satu juta
tan kargo setahun. Di bawah fasa pembangunan akan datang, KLIA
akan akhirnya menguruskan 100 juta penumpang.
Perdana Menteri berkata, KLIA adalah bukti kebolehan Malaysia
membina lapangan terbang bertaraf dunia dengan teknologi futuristik
tanpa memusnahkan alam semula jadi.
“Kita semua di Malaysia harus berbangga dengan pencapaian ini.
Menyudahkan sesuatu projek yang amat besar seperti ini dalam
jangka waktu tidak sampai lima tahun adalah bukti kemampuan
kita.’’
Beliau menarik perhatian bahawa KLIA yang tersergam bukan sebuah
projek mega yang membazir. Projek itu dibina tepat pada masanya.
“Jika kerajaan tidak membina lapangan terbang ini beberapa tahun
lalu ketika ringgit kukuh hari ini tidak mungkin kita binanya sama
sekali,”katanya.
Upacara perasmian KLIA pada malam itu bermula dengan doa yang
dibacakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya.
Ini diikuti ucapan Menteri Pengangkutan, Tun Ling Liong Sik dan Dr.
Mahathir sebelum Tuanku Ja’afar menyempurnakan perasmiannya.
Tuanku Ja’afar kemudian memasukkan replika menara kawalan trafik
lapangan terbang itu ke dalam model sebuah glob bagi
menandakan pembukaannya. Serentak itu seluruh lampu di terminal

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 30


lapangan terbang itu dinyalakan, menjadikan KLIA seolah-olah sebutir
mutiara jika dilihat dari jauh.
Ini kemudian diikuti dengan persembahan multimedia mengenai
kompleks KLIA serta kemudahan yang terdapat di dalamnya serta
persembahan kebudayaan pelbagai kaum negara ini.
Kira-kira pukul 9.45 malam, sebuah pesawat Boeing 777 milik
Penerbangan Malaysia (MAS) melakukan pendaratan pertama yang
simbolik di satu daripada dua landasan di lapangan terbang yang
dibina di atas kawasan seluas 10,000 hektar itu.
Pesawat B777 Super Ranger yang merupakan pesawat penumpang
tercanggih berlepas dari LTSAAS di Subang membawa 150 orang
penduduk kampung dari sekitar Sepang.
Pada 13 Ogos lalu, Akhbar Utusan Malaysia melaporkan berita
bertajuk Saya bangga dengan KLIA - Dr. Mahathir melaporkan , beliau
berbangga dengan KLIA, seperti mana perasaan yang dialaminya
pada 1998 semasa merasmikan pembukaan KLIA.

Cikgu Hasina _ Mercu Tanda Kejayaan Malaysia 31

You might also like