KK Pam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

990814-12-5319

1.0 PENGENALAN

Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup
dengan alam sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan pengikut Darwin
pada tahun 1866 Ernst Haeckel dari perkataan Greek (oikos beerti “rumah” dan logos beerti
“sains”) .

Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian
saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan
kumpulan organisma itu sendiri.

Alam sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik iaitu benda bukan hidup
seperti cuaca dan geologi dan persekitaran biotik iaitu benda hidup seperti tumbuhan dan
haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi menumpu kepada taburan dan jumlah organisma
dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam sekitar; pengaruh organisma terhadap
alam sekitar dan pengaruh alam sekitar terhadap organisma tersebut.

Perkataan ‘alam’ merupakan pinjaman perkataan bahasa Arab. Alam sekitar


merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan
bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora dan fauna. Alam
sekitar meliputi beberapa komponen utama.

Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibaan manusia,
termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi
yang berlaku.

Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tifak mempunyai batasan
tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang
tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Sampah atau bahan buangan ialah bahan sisa yang tidak diinginkan setelah
berakhirnya suatu proses. Sampah merupakan konsep buatan manusia, dalam proses-proses
alam tidak ada sampah, yang ada hanya produk-produk yang tidak bergerak.
990814-12-5319

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut;

1. Mengenal pasti jenis-jenis bahan buangan samah di kawasan Tanjung Lipat, Kota
Kinabalu,Sabah.
2. Mengkaji kesan-kesan aktiviti pembuangan sampah di persekitaran Tanjung Lipat,
Kota Kinabalu, Sabah.

3.0 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian lokasi kawasan kajian adalah satu elemen yang penting dalam
melaksanakan kajian. Lokasi kawasan kajian ini adalah berfokus di Tanjung Lipat, Kota
Kinabalu, Sabah.

3.1 NEGERI SABAH


990814-12-5319

Peta 1: Sabah

(sumber: http://maps.google.com )

Sabah ialah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan
negeri kedua terbesar selepas Sarawak yang terletak di Utara Pulau Borneo iaitu pulau ketiga
terbesar dunia . Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang dahulu dikenali sebagai Jesselton .
Sabahjuga sering diketahui sebagai “negeri di bawah bayu” kerana kedudukan negeri ini yang
sangat strategik di bawah laluan angin monsoon . Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal
daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba yang dipanggil
“SABBAH” atau “SAPPAH” oleh masyarakat Bajau. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang
pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. Pisang saba juga dikenali sebagai pisang ‘jaba’
oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini pisang saba lebih dikenali sebagai pisang
menurun.

3.2 Lokasi kawasan kajian (Tanjung Lipat) yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen,
Kota Kinabalu, Sabah.
990814-12-5319

Peta 2 : kawasan Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, Sabah


( Sumber : http://maps.google.com)

Tanjung Lipat yang terletak kira-kira 5 minit utara timur dari pusat bandar raya,
merupakan teluk yang indah dengan pemandangan jauh Banjaran Crocker dan Teluk Sepangar
dan garis pantai Universiti Malaysia Sabah turut dapat dilihat. Teluk Likas merupakan tempat
perhentian burung migrasi (sebahagian besar teluk ini adalah kawasan hutan paya laut). Pada
asalnya, garis pantai sebenar Teluk Likas terletak betul-betul di belakang Sekolah Menengah
All Saints. Ia mengambil sekitar 3 - 5 minit dengan menaiki kenderaan untuk dari satu sisi
teluk ke sisi teluk yang lain.

3.3 Lokasi kajian yang dijalankan (Tanjung Lipat


990814-12-5319

Peta 3 : Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, Sabah


(sumber: http://maps.google.com )

Lokasi Kawasan Kajian di Lapangan Terbang Labuan yang terletak di Jalan Tun Fuad
Stephen berdekatan dengan laluan utama pusat bandar merupakan kawasan yang strategik
bagi memudahkan pengkaji menjalankan kajian berkaitan dengan pembuangan sampah di
kawasan Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, Sabah.
990814-12-5319

Gambar 1 : Lokasi kajian Teluk Likas 2.

Sumber: kajian lapangan 2018.

Gambar 2 : Lokasi kajian tempat permainan kanak-kanak.

Sumber : Kajian laangan 2018.


990814-12-5319

Gambar 3 : Lokasi kajian pembuangan sampah di kawasan tempat permainan kanak-kanak.

Sumber : Kajian lapangan 2018

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Sabitah Marican (2009), metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan
untuk melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur.
Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh itu, pengkaji sedaya upaya
memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan kertas projek ini.
Oleh itu dalam bahagian ni, pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel
kajian, batasan kajian, instrumen kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-
persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Selain itu, metodologi kajian juga boleh
digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan
dipercayai.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan


persoalan atau objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini
adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan
kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta releven dengan
990814-12-5319

objektif yang ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrumen borang kaji selidik yang mana
ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden.

4.2 Persampelan

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan


bertujuan iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 orang
responden telah dipilih secara rawak untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri
daripada pengunjung yang mengkunjungi di Tanjung Lipat,Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu,
pemilihan responden juga adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk
menjawab borang soal selidik.

4.3 Pengumpulan Maklumat

Pengumpulan maklumat yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan


kaedah kaji selidik, dan pemerhatian. Soalan soal selidik telah dibentuk untuk mendapatkan
faktor-faktor aktiviti pembuangan sampah sarap yang dilakukan oleh penduduk di Tanjung
Lipat, Kota Kinabalu, Sabah.

4.3.1 Data Sekunder


Data sekunder diperolehi dari pembacaan buku-buku, majalah, keratan akhbar, jurnal-
jurnal dan bahan ilmiah yang lain.

4.3.2 Data Primer


Kaedah soal selidik, pemerhatian dan temubual dilakukan di Tanjung Lipat, Kota
Kinabalu yang menjadi lokasi kajian ini.

1) Soal Selidik
Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan
betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang
dijalankan. Borang soal selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut objektif yang telah
990814-12-5319

ditetapkan serta besesuaian dengan tajuk yang dikaji iaitu kajian mengenai pencemaran
sampah sarap yang dihadapi oleh penduduk di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, Sabah. Hal ini
agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh dari sasaran. Bahasa yang digunakan adalah
bahasa yang mudah dan senang difahami oleh semua golongan responden. Borang soal selidik
ini diedarkan secara rawak kepada penduduk yang menetap di kawasan sekitar Tanjung Lipat,
Kota Kinabalu, Sabah.
Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup. Soalan tertutup ialah jenis soalan
yang diiringi senarai yang mengandungi sekumpulan jawapan pilihan, dan responden mesti
memilih satu daripada jawapan yang disenaraikan. Soalan tertutup digunakan kerana ia
memudahkan responden membuat pilihan. Jawapan yang diperolehi juga lebih mudah dikira
dan dikategorikan oleh penyelidik.

2) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam
pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Instrumen
pemerhatian adalah kaedah yang dijalankan secara langsung. Pemerhatian memerlukan
penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji
lebih memahami situasi yang sebenar yang digambarkan oleh responden.

3) Temubual

Instrumen temu bual mempunyai 2 peringkat iaitu secara formal dan tidak formal.
Kaedah temu bual ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dan bantuan
komputer. Kaedah yang pengkaji gunakan adalah tidak formal iaitu secara bersemuka yang
melibatkan responden yang terlibat dalam kajian ini.

Temubual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana dapat membantu
pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Hal ini kerana,
sering kali dalam kajian, ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah
pemerhatian dan soal selidik. Pengkaji menjalankan sesi temu bual dalam keadaan selesa, dan
990814-12-5319

pengkaji juga berwatak sebagai pendengar yang baik, malahan pengkaji mengajukan soalan
yang penting itu dengan jelas dan tepat. Pengkaji telah menyenaraikan beberapa persoalan
bagi menjawab objektif kajian ini.

Oleh itu pengkaji telah menggunakan kaedah ini untuk menemubual beberapa orang
responden yang menetap di kawasan kajian iaitu Puan Siti Fatimah binti Ismail, Puan Masliza
binti Kulapah, Encik Akram Bin Safwan dan Encik Abdullah bin Karim untuk mendapatkan
maklumat tambahan mengenai kemudahan dan tahap kepuasan pelanggan dan persepsi umum
penduduk kampung terhadap aktiviti-aktiviti pencemaran persekitaran yang dihadapi oleh
penduduk di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, Sabah.

4.4 Teknik Penganalisaan Data

Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan. Analisis data
dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada
responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan
ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan
dalam bentuk jadual.

3.3.1 Instrumen Kajian


Instrumen ialah proses menyediakan alat pngumpulan data menerusi konsep yang
berkaitan denngan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang.

Jadual 1: Kaedah instrumen kajian


Kaedah Instrumen
Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temu bual, rujukan dan pemerhatian
Sumber: Kajian Lapangan 2018
990814-12-5319

Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mengumpulkan data. Alat soal
selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang demografi subjek kajian. Ia
merangkumi jantina, umur,kaum, pendidikan, agama, dan status perkahwinan.

You might also like