Pengenalan - Rumusan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

980318-13-5738

1.0 PENGENALAN

Kajian ini bertajuk “Amalan Pembelian Pakaian Secara Dalam Talian Dalam Kalangan
Pelajar Tingkatan Lima SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak”. Menurut Kamus Dewan Edisi
Kempat, amalan merujuk kepada sesuatu yang dilakukan sebagai kebiasaan, pembelian
merujuk kepada perihal atau perbuatan membeli, dalam talian bermaksud berada dalam
keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Menurut konteks kajian
ini, amalan pembelian pakaian lelaki secara dalam talian merujuk kepada kebiasaan
perbuatan membeli pakaian lelaki melalui internet.

Peningkatan perniagaan dalam talian membawa satu bentuk penjualan dan pembelian
yang baharu iaitu perdagangan elektronik yang juga disebut E-Dagang. E- Dagang
merupakan sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan
teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan
memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-
pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil
pengesahan digital dan lain-lain lagi. Pembelian secara dalam talian merupakan kaedah
paling mudah buat golongan shoppaholic mendapatkan barangan yang diidamkan tanpa
perlu terburu-buru ke pasar raya. Pembelian secara dalam talian di Malaysia kini sedang
berada di ambang satu titik perubahan sebagai tempat kejadian perdagangan
elektronik negara kini sedang mengalami perubahan dramatik, disokong oleh peningkatan
keyakinan pengguna.

Semakin ramai pelajar lelaki Tingkatan Lima SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak gemar
membeli pelbgai jenis pakaian secara dalam talian. Menurut kajian Open Minds Resoures.
com, 29 % dari pengguna internet di Malaysia lebih suka menghabiskan masa sekurang-
kurangnya satu hingga dua jam untuk membeli-belah di internet. Antara barangan yang
biasa dibeli ialah pakaian. Selain itu, perihal yang lebih mengejutkan lagi ialah pengguna
internet di Malaysia rata-ratanya tidak kisah berbelanja RM100 hingga RM300 untuk
membeli-belah di internet. Malahan kebanyakan daripada mereka turut gemar membayar
barangan yang dibeli dengan Kad Kredit dan mereka juga lebih gemar membeli melalui
laman web berbanding membeli di Facebook.

Dewasa ini, pembelian melalui perniagaan jualan langsung telah mendapat sambutan
yang hangat dalam kalangan masyarakat yang tinggal di Bandar mahupun yang tinggal di
kawasan kampung. Bilangan pelajar membeli pakaian secara dalam talian telah banyak
peningkat. Hal ini dapat dilihat melalui jumlah jualan industri ini yang semakin meningkat
dari tahun ke tahun kerana mereka lebih percaya bahawa industri jualan langsung dapat
menjana keuntungan yang lumayan dengan memasarkan produk mereka di pasaran. Hal ini
demikian, selaras dengan kepesatan ekonomi Malaysia yang membangun kerana kuasa beli
pengguna yang tinggi.
980318-13-5738

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima SMK St.
Anthony Sarikei, Sarawak membeli pakaian secara dalam talian. Menurut Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), statistik pengguna Internet pada 2011
menunjukkan terdapat hampir 17 juta pengguna di negara ini. Laman sembang sosial seperti
Facebook pula mencapai lebih 13 juta pengguna dengan purata individu menghabiskan
masa melayari Facebook 22.3 jam seminggu. Ini kerana, ketika ini Facebook platform
berkesan dalam menyampaikan maklumat seperti produk terkini yang disampaikan melalui
rakan sama minat yang menjadikan penyampaian maklumat itu dapat dilakukan dengan
lebih cepat dan tepat dengan sasaran. Dalam ekonomi digital kini, kita patut merebut
peluang dalam perkembangan sektor Internet ini terutama dalam sektor e-dagang. Antara
faktor yang menjadikan sektor ini mudah dimulakan antaranya kerana kos permulaan
perniagaan lebih rendah, pemasaran lebih meluas dengan sasaran pengguna lebih spesifik,
pengurusan perniagaan automatik dalam hubungan pelanggan dan kos pemasaran jauh
lebih murah berbanding pemasaran konvensional.

Faktor-faktor seperti jimat masa dan wang, kemudahan internet kualiti barangan
yang lebih tinggi, harga yang berpatutan, tahap kepuasan yang tinggi, mudah didapati dan
pilihan pakaian yang banyak mendorong pelajar-pelajar Tingkatan Lima SMK St. Anthony
Sarikei, Sarawak membeli pelbagai jenis pakaian secara dalam talian. Dengan faktor-faktor
tersebut, pengguna hanya perlu melayari laman sesawang penjual untuk melihat barangan
yang hendak dibeli, dan hanya perlu klik sahaja, untuk membeli barangan atau
perkhidmatan yang diingini. Kemudahan tersebut banyak menjimatkan masa dan wang
pelajar.

Rasional kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis pakaian yang dibeli secara
dalam talian oleh pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak. Kajian
ini turut dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar lelaki
Tingkatan Lima di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli pakaian secara dalam talian.
Melalui kajian ini, saya dapat lebih memahami faktor-faktor yang mendorong golongan
pelajar membeli pakaian secara dalam talian. Melalui hasil kajian ini, saya berharap semakin
ramai orang dapat terlibat dalam amalan pembelian secara dalam talian.
980318-13-5738

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif- objektif kajian ini adalah untuk

1. Mengenal pasti jenis-jenis pakaian yang dibeli secara dalam talian oleh pelajar lelaki
Tingkatan Lima di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak.

2. Mengkaji faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK


St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli pakaian secara dalam talian.
980318-13-5738

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 2: Peta Negeri Sarawak

Sumber: Laman web Google

Peta 2 di atas menunjukkan peta negeri Sarawak. Negeri Sarawak juga dikenali dengan
gelaran Bumi Kenyalang. Sarawak terletak di Timur Malaysia di kepulauan Borneo, serta
merupakan satu daripada dua negeri yang membentuk Malaysia Timur. Dengan keluasannya
124,449.51 kilometer persegi, Sarawak menjadi negeri yang terbesar dan meliputi 37.5
peratus daripada seluruh Malaysia. Sarawak dipisahkan sejauh 600 km dari Semenanjung
Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di
timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur. Sarawak
mempunyai 11 bahagian keseluruhannya. Setiap bahagian pentadbiran dipimpin oleh seorang
Residen dan dibahagikan kepada beberapa daerah. Kuching adalah bahagian pertama di
Sarawak dan seterusnya adalah Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota
Samarahan, Bintulu, Mukah, Serian dan Betong. Bandar-bandar utama di negeri Sarawak
adalah Bandaraya Kuching, Bau, Bandaraya Miri, Mukah, Sibu, Bintulu, Sri Aman, Limbang
dan Sarikei. Sarawak merenggan sepanjang 800km barat daya pinggir laut pulau Borneo.
980318-13-5738

Peta 2 : Peta Bahagian Sarikei

Sumber : Laman Web Google

Peta 2 menunjukkan Bahagian Sarikei yang terletak dalam negeri Sarawak. Jumlah
kawasan persegi adalah 380 batu persegi. Jumlah penduduk bahagian Sarikei pada tahun
2010 adalah 56,789 orang. Sarawak terdiri daripada empat daerah iaitu bahagian Sarikei,
Julau, Meradong dan Pakan.
980318-13-5738

Peta 3: Peta ke SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak

Sumber: Laman Web Google

Peta 3 di atas menunjukkan perjalanan dari Terminal Bas Ekspres Sarikei ke lokasi kajian
saya, SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak. SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak terletak lebih kurang
2.5 km dari pusat bandar. Dari Terminal Bas Ekspres Sarikei ke SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak,
hanya lima minit yang diperlukan untuk sampai ke destinasi SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak
dengan menggunakan kereta. Sekolah Menengah Kebangsaan St. Anthony atau nama ringkasnya
SMK St. Anthony, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 1 Jalan
Repok, Sarikei, Sarawak.
980318-13-5738

Gambar 1: SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak

Sumber: Lapangan Kerja

Gambar 1 menunjukkan sekolah SMK St. Anthony Sarikei. Sekolah ini merupakan sebuah
sekolah menengah kebangsaan yang terletak di KM 1 Jalan Repok 96100 Sarikei, Sarawak. Terdapat
126 pelajar lelaki daripada 275 orang pelajar Tingkatan Lima di sekolah ini yang merupakan
responden saya dalam kajian ini.
980318-13-5738

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Menurut Sabitha Marican (2009), dan Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor
Shahizan Ali (2014) metodologi merupakan satu kaeadah yang digunakan untuk
melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur.
Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Pengkaji sedaya upayanya
memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan kertas projek ini. Pengkaji
akan membincangkan reka bentuk kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan data dan
cara analisis data di bahagian ini. Selain ini, kajian juga digunakan untuk memastikan
objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data yang sah dan boleh dipercayai.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian boleh dibahagikan kepada dua pendekatan, iaitu pendekatan
kualitatif dan kuantitatif yang bersifat deskriptif. Pendekatan kualitatif dalam kajian ini adalah
kajian kes. Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan
memperoleh pemahaman daripada suatu kes. Kumpulan berfokus merujuk kepada sekumpulan
orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi yang menyumbang maklumat
secara berstruktur. Kumpulan berfokus kajian saya ialah golongan pelajar lelaki di SMK St.
Anthony Sarikei yang melibatkan tempat kediaman, jenis kaum dan pendapatan ibu bapa
sebulan yang berbeza. Dalam kajian ini, kajian kes digunakan untuk memahami amalan
pembelian pakaian secara dalam talian dalam kalangan pelajar lelaki di SMK St. Anthony Sarikei,
Sarawak. Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-
fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data terhadap soal selidik.
Dalam kajian ini,untuk mengenal pasti jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli oleh golongan pelajar
lelaki dan untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang persepsi golongan pelajar
lelaki terhadap faktor-faktor yang mendorong mereka membeli pakaian secara dalam talian,
kekerapan dan peratus daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang diserahkan kepada
sampel kajian telah digunakan. Soal selidik dan temu bual berstruktur yang diberi kepada
kumpulan berfokus yang terpilih daripada satu populasi yang hendak dikaji merupakan sumber
primer kajian ini.

4.2 SAMPEL KAJIAN

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara bertujuan iaitu melibatkan 30 orang
pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei sebagai responden. Pemilihan sampel ini
adalah berdasarkan tempat tinggal, jenis kaum dan pendapatan ibu bapa (sebulan) yang berbeza.
Selain itu, daripada 30 orang responden, temu bual berstruktur turut dijalankan ke atas lima
orang informan yang merupakan pengguna yang kerap menjalankan pembelian pakaian secara
dalam talian untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai soalan yang
dikemukakan dalam borang soal selidik. Bilanagan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif
yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji (R.
Kuberanetal, 2003). Pensampelan Bola Salji (snowball sampling) digunakan dalam kajian ini.
Pensampelan Bola Salji bermaksud mendapatkan bilangan sampel yang sedikit sedahulu
sebelum jumlah sampel itu bertambah melalui maklumat nama dan lokasi sampel lain yang
diberikan oleh sampel awal. Pensampelan ini seolah-olah seperti proses sebiji bola salji bergolek
980318-13-5738

dari atas bukit dan menjadi besar apabila sampai ke bawah dan disebut sebagai snowball
sampling (Rohana Yusof, 2004).

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan borang temu bual berstruktur sebagai
instrumen kajian.

4.3.1 Borang Soal Selidik

Instrumen borang soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep it short and
simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami (R. Kuberanetal, 2003).
Borang soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A yang merangkumi demografi
responden dan Bahagian B yang dibahagikan kepada Bahagian B1 serta Bahagian B2. Bahagian
B1 adalah soalan yang berkaitan dengan jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli secara dalam talian
oleh pelajar-pelajar perempuan Tingkatan Lima di lokasi kajian. Bahagian B2 pula adalah soalan
yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima di
lokasi kajian membeli pakaian lelaki secara dalam talian. Soalan dalam borang soal selidik
merupakan soalan tertutup. Bahagian B1 menggunakan skalan “Guttman” dan Bahagian B2 pula
menggunakan skala likert 3 skor. (Sila rujuk LAMPIRAN 1)

4.3.2 Borang Temu Bual

Pengkaji menyediakan 5 soalan berstruktur yang berkaitan dengan jenis-jenis pakaian


lelaki yang dibeli secara dalam talian oleh pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St.
Anthony Sarikei dan faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK
St. Anthony Sarikei membeli pakaian lelaki secara dalam talian. Pandangan informan telah
dicatatkan pada borang temu bual. (Sila rujuk LAMPIRAN 2)

4.4 CARA PENGUMPULAN DATA/MAKLUMAT

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan tiga cara iaitu kaedah rujukan,
kaedah soal selidik dan kaedah temu bual.

4.4.1 Kaedah Rujukan

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap sumber sekunder, iaitu rujukan perpustakaan
yang terdiri daripada bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti majalah, akhbar,
Kamus Dewan Edisi Keempat, dan sumber daripada Internet bagi mendapat maklumat berkaitan
jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli secara dalalm talian dan faktor-faktor yang mendorong
pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak membeli pakaian lelaki
secara dalam talian.

4.4.2 Kaedah Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini bertumpu kepada kajian kes. Kaedah soal selidik adalah cara yang
digunakan untuk mengenal pasti jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli oleh pelajar-pelajar lelaki
Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak secara dalam talian dan mengkaji faktor-
faktor yang mendorong pelajar-pelajar lelaki di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak membeli
980318-13-5738

pakaian lelaki secara dalam talian. Borang soal selidik diberikan kepada 30 orang responden
yang sudi bekerjasama. Responden diberi masa lima minit untuk menjawab semua soalan.
Dalam kajian ini, kumpulan responden kepada soal selidik merupakan sumber primer. Segala
data diperoleh melalui kaedah ini.

4.4.3 Kaedah Temu Bual Berstruktur

Kaedah temu bual berstruktur berfokus kepada kajian lapangan. Kajian lapangan
membolehkan kita mengetahui secara mendalam keadaan sebenar kumpulan atau kejadian
tertentu. Kajian lapangan merupakan strategi yang membolehkan pengkaji menghampiri
permasalahan penyelidikan dengan bebas dan terbuka di samping penekanan pada aspek yang
dianggap penting. Kaedah interaksi bersemuka dengan subjek kajian atau informan telah
digunakan. Informan yang ditemu bual adalah sumber primer yang dapat membekalkan
maklumat yang tepat kepada penemu bual atau pengkaji. Fontana dan Frey (1994) menyatakan
terdapat tiga jenis teknik temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur
dan temu bual tidak berstruktur. Dalam kajian ini, temu bual berstruktur digunakan untuk
mendapatkan pandangan informan tentang jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli secara dalam
talian dan mengkaji faktor-faktor yang mendorong mereka membeli pakaian lelaki secara dalam
talian. Pengkaji akan menemu bual lima orang pengguna yang menjalankan pembelian pakaian
secara dalam talian yang dipilih dalam kalangan 30 responden soal selidik. Setiap sesi temu bual
mengambil masa lebih kurang 10 minit. Semasa temu bual diadakan, catatan akan dibuat pada
borang temu bual (sila rujuk LAMPIRAN 3) dan rakaman suara diadakan serentak. Rakaman
suara diadakan untuk mengumpul maklumat penting yang diperlukan untuk kajian ini.

4.5 CARA MEMPROSES DATA DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA

Pada peringkat akhir kajian ini telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik data atau maklumat dalam borang selidik dan borang
temu bual dan penilaian ujian untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang diperoleh melalui
soal selidik dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Data soal selidik
dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta pai atau graf bar komponen.

Untuk mengenal pasti jenis-jenis pakaian lelaki yang dibeli oleh pelajar-pelajar lelaki
Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak secara dalam talian, skala “Guttman”
digunakan pada Bahagian B1 dalam borang soal selidik. Skala ‘Guttman’ ialah skala yang
menginginkan jawapan tegas, seperti jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’, ‘Benar’ atau ‘Salah’, ‘Pernah’
atau ‘Tidak Pernah’ dan semacamnya. Pada skala ‘Guttman’, hanya ada dua interval, iaitu
mengenai setuju atau tidak setuju terhadap sesuatu pernyataan, perkara atau item yang
dinyatakan. Skala ‘Guttman’ dapat dibuat dalam bentuk daftar senarai semak (checklist). Bagi
jawapan positif seperti ‘Ya’ diberi skor 1 manakala bagi jawapan negative seperti ‘Tidak’ diberi
skor 0. Skala ‘Guttman’ bagi Bahagian B1 dalam borang soal selidik adalah seperti berikut:
Perkara Tidak Ya Skor 0 1 Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar
lelaki di SMK St. Anthony Sarikei membeli pakaian perempuan lelaki secara dalam talian, skala
likert 3 skor digunakan dalam Bahagian B2 dalam borang soal selidik. Skala likert 3 skor diberikan
seperti jadual penskoran yang berikut:

Perkara Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju


980318-13-5738

Skor 1 2 3

Menurut jadual di atas, skor 1 mewakili ‘ Tidak Setuju’, skor 2 mewakili ‘Tidak Pasti’, skor 3 pula
mewakili ‘Setuju'.
980318-13-5738

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan hasil analisis data berdasarkan tindak balas orang
responden terhadap borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka berkait tentang jenis
jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima SMK St. Anthony,
Sarikei, Sarawak secara dalam talian dan faktor yang mendorongnya oleh pelajar-pelajar
lelaki Tingkatan Lima SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak dalam pembelian pakaian secara
dalam talian.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima SMK
St. Anthony, Sarikei, Sarawak telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden
melibatkan aspek kaum, tempat kediaman, aliran dan pendapatan sebulan ibu bapa.

5.1.1 Taburan Responden Mengikut Kaum

JADUAL 1: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT KAUM

Kaum Bilangan responden (orang) Peratusan (%)


Cina 12 40.00
Melayu 6 20.00
Iban 8 26.67
Bidayuh 2 6.67
Melanau 1 3.33
Lain-lain 1 3.33
Jumlah 30 100.00

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)


980318-13-5738

RAJAH 1: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT KAUM

KAUM
3.33%
3.33%

6.67%

40.00% Cina
26.67% Melayu
Iban
Bidayuh
20.00%
Melanau
Lain-lain

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan taburan responden mengikut kaum. Berdasarkan


Jadual 1 dan Rajah 1, dapatan hasil kajian menunjukkan sebanyak 12 orang atau 40.00%
daripada jumlah 30 orang responden merupakan kaum Cina. Terdapat 8 daripada 30 orang
responden atau bersamaan 26.67% merupakan kaum Melayu. Bagi kaum Melayu, terdapat 6
responden atau bersamaan 20.00% daripada jumalah 30 orang responden. Terdapat dua
daripada 30 orang responden atau bersamaan 6.67% merupakan kaum Melanau. Bagi kaum
Melanau, mempunyai hanya satu daripada 30 orang responden atau bersamaan 3.33%. Akhir
sekali, hanya satu daripada 30 orang responden atau bersamaan 3.33% terdiri daripada kaum
lain.

5.1.2 Taburan Responden Mengikut Tempat Kediaman

JADUAL 2: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT TEMPAT KEDIAMAN


Tempat Tinggal Bilangan Responden Peratusan (%)
(orang)
Bandar 12 40.00
Luar Bandar 18 60.00
Jumlah 30 100.00

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)


980318-13-5738

RAJAH 2: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT TEMPAT KEDIAMAN

TEMPAT KEDIAMAN

40.00%
60.00%
Bandar
Luar Bandar

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan demografi responden mengikut tempat tinggal.


Daripada jumlah 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 12 orang responden
atau bersamaan 40.00% tinggal di bandar. Terdapat sebanyak 18 orang responden bersamaan
60.00% daripada jumlah 30 orang responden tinggal di luar bandar.

5.1.3 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa (Sebulan)

JADUAL 3: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT PENDAPATAN SEBULAN


IBU BAPA
Pendapatan Sebulan Ibu Bilangan (orang) Peratusan (%)
Bapa
Kurang daripada RM 1000 9 30.00
RM 1000- RM 2999 16 53.33
RM3000- RM 4999 3 10.00
RM 5000 dan ke atas 2 6.67
Jumlah 30 100.00

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)


980318-13-5738

RAJAH 3: TABURAN RESPONDEN MENGIKUT PENDAPATAN SEBULAN


IBU BAPA

PENDAPATAN SEBULAN IBU BAPA

6.67%
10.00%
30.00%
Kurang daripada RM 1000
RM 1000- RM 2999
53.33%
RM3000- RM 4999
RM 5000 dan ke atas

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Jadual 3 dan Rajah 3 menunjukkan taburan responden mengikut pendapatan sebulan ibu bapa.
Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 3, sebanyak 16 orang daipada jumlah 30 orang responden
atau bersamaan 53.33% mempunyai pendapatan sebulan ibu bapa antara RM 1000 hingga
RM 2999. Terdapat 9 orang responden atau bersamaan 30.00% mempunyai pendapatan
sebulan ibu bapa kurang daripada RM 1000. Bagi pendapatan sebulan ibu bapa antara RM
3000 hingga RM 4999, terdapat 3 responden atau bersamaan 10.00% daripada jumalah 30
orang responden. Akhirnya, hanya terdapat seorang atau 6.67% daripada jumlah 30 orang
responden mempunyai pendapatan sebulan ibu bapa sebanyak RM5000 dan ke atas.
980318-13-5738

5.2 ANALISIS MENGENAI PEMBELIAN PAKAIAN SECARA DALAM TALIAN

5.2.1 Jenis–jenis Pakaian Yang Dibeli Oleh Golongan Pelajar Lelaki Secara
Dalam Talian.

Skala ‘Guttman’ telah diberikan bagi bahagian B1 di dalam borang soal selidik seperti
jadual penskoran yang di bawah, skor 0 mewakili ‘TIDAK’ manakala skor 1 mewakili
‘YA’.

PERKARA TIDAK YA
SKOR 0 1

JADUAL 4: JENIS-JENIS PAKAIAN YANG DIBELI OLEH GOLONGAN PELAJAR


LELAKI SECARA DALAM TALIAN

BIL JENIS-JENIS PAKAIAN

1 Kemeja (baju formal)

2 Baju T

3 Seluar panjang atau pendek

4 Baju batik

5 Baju sukan

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Dalam kajian ini, terdapat lima jenis-jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar-pelajar
lelaki di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak. Antaranya, jenis pertama adalah kemeja
(baju formal). Jenis yang kedua adalah baju T. Jenis yang ketiga pula adalah seluar
panjang atau pendek. Selain itu, jenis keempat ialah baju batik. Akhir sekali, jenis
kelima merujuk kepada baju sukan.
980318-13-5738

JADUAL 5: ANALISIS BAGI JENIS-JENIS PAKAIAN YANG DIBELI OLEH


GOLONGAN PELAJAR LELAKI SECARA DALAM TALIAN

Skor

Jenis 0 1

f % f %

1 18 12
60.00 40.00

2 10 20
33.33 66.67

3 16 14
53.33 46.67

4 21 9
70.00 30.00

5 3 27
10.00 90.00

Catatan:

1. f - frekuensi
2. % - peratus

( Sumber : Kajian Lapangan 2017)


980318-13-5738

RAJAH 4 : ANALISIS BAGI JENIS-JENIS PAKAIAN YANG DIBELI OLEH


GOLONGAN PELAJAR LELAKI SECARA DALAM TALIAN

100
90.00
90
80
70.00
70 66.67
60.00
60 53.33
Peratusan (%)

50 46.67
40.00 Skor 0
40 33.33
30.00 Skor 1
30
20
10.00
10
0
1 2 3 4 5

Jenis-jenis pakaian

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Jadual 5 dan Rajah 4 menunjukkan analisis terhadap dapatan borang soal


selidik bagi jenis-jenis pakaian yang dibeli oleh pelajar-pelajar lelaki di SMK St.
Anthony, Sarikei, Sarawak secara dalam talian.

Jenis pakaian lelaki pertama yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah jenis
baju kemeja. Terdapat 18 orang responden atau bersamaan 60.00% daripada jumlah 30
orang responden tidak membeli baju kemeja secara dalam talian. Hal ini demikian
kerana responden kajian ini merupakan pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang tidak perlu
memakai baju kemeja ke sekolah atau tempat lain. Walau bagaimanapun, terdapat 12
orang responden atau bersamaan 40.00% daripada jumlah 30 orang responden
membelinya secara dalam talian. Hal ini demikian kerana mereka membeli baju kemeja
bagi menghadiri sesuatu majlis atau pertandingan yang memerlukan pakaian yang
formal.

Jenis pakaian lelaki kedua yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah jenis
baju T. Terdapat 20 orang responden atau bersamaan 66.67% daripada jumlah 30 orang
responden membeli baju T secara dalam talian kerana baju T yang dijual dalam talian
980318-13-5738

mempunyai pelbagai jenis dan pilihan serta design yang agak menarik. Walau
bagaimanapun, terdapat 10 orang responden atau bersamaan 33.33% daripada jumlah 30
orang responden tidak membeli baju T secara dalam talian. Hal ini demikian kerana
mereka berpendapat baju T yang dijual di kedai tempatan lebih berkualiti.

Jenis pakaian lelaki yang ketiga yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah
jenis seluar panjang dan pendek. Terdapat 16 orang responden atau bersamaan 53.33%
daripada jumlah 30 orang responden tidak membeli seluar panjang atau pendek secara
dalam talian. Hal ini demikian kerana mereka bimbang bahawa saiz seluar yang dibeli
secara dalam talian adalah tidak sesuai. Walau bagaimanapun, terdapat 14 orang
responden atau bersamaan 46.67% daripada jumlah 30 orang responden membeli seluar
panjang atau pendek secara dalam talian. Salah seorang daripada 14 orang responden
telah ditemu bual dan dapatan temu bual menunjukkan informan berpendapat bahawa
pelbagai seluar panjang atau pendek yang dipamerkan dalam talian dengan harga yang
lebih murah dan hal ini mendorong responden membeli seluar panjang atau pendek
secara dalam talian.

Jenis pakaian keempat yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah baju
batik. Terdapat 21 orang responden atau bersamaan 70% daripada jumlah 30 orang
responden tidak membeli baju batik secara dalam talian. Temu bual telah diadakan
kepada salah seorang informan daripada 21 orang responden tersebut dan dapatan
temu bual telah menujukkan bahawa pelajar lelaki Tingkatan Lima kurang memakai
baju batik. Namun begitu, terdapat juga 9 orang responden atau bersamaan 30.00%
daripada jumlah 30 orang responden membeli baju batik secara dalam talian kerana
mereka perlu memakai semasa perayaan kaum tertentu dan pertandingan.

Akhir sekali, jenis pakaian kelima dinyatakan dalam borang soal selidik adalah
baju sukan. Terdapat 27 orang responden atau bersamaan 70.00% daripada jumlah 30
orang responden membeli baju sukan secara dalam talian. Hal ini demikian kerana baju
sukan banyak diperlukan oleh pelajar dalam pelbagai aktiviti sukan di sekolah. Baju
sukan yang dipamerkan dalam talian juga mempunyai pilihan yang pelbagai dan corak
yang menarik. Walau bagaimanapun, terdapat 3 orang responden atau bersamaan 10.00%
daripada jumlah 30 orang responden tidak membeli baju sukan secara dalam talian
kerana mereka menganggap baju sukan yang dijual dalam talian dibuat dengan
menggunakan kain yang kurang berkualiti. Mereka ingin membeli baju sukan yang
980318-13-5738

diperbuat daripada kain yang berkualiti dan selesa seperti yang ditunjuk di dalam kedai
tempatan.
980318-13-5738

5.2.1 Faktor-faktor Yang Mendorong Golongan Pelajar Lelaki Mengamalkan


Pembelian Pakaian Secara Dalam Talian.

Jadual penskoran di bawah menunjukan skala likert 3 skor digunakan pada


Bahagian B2 dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada responden.

PERKARA TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU


SKOR 1 2 3

JADUAL 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GOLONGAN PELAJAR


LELAKI MEMBELI PAKAIAN SECARA DALAM TALIAN

BIL PERKARA
1 Faktor masa - Lebih menjimatkan masa

2 Faktor kepelbagaian pilihan - Terdapat pelbagai jenis pakaian yang


boleh dijadikan sebagai pilihan

3 Faktor kewangan - Harga barangan yang lebih murah

4 Faktor perkhidmatan - Maklumat yang mesra pelanggan dan terkini

5 Faktor keselesaan - Pembelian dapat dijalankan pada bila-bila masa


dengan cara pembayaran yang mudah

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Terdapat lima faktor yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Antara faktor yang
mendorong pelajar-pelajar Tingkatan Lima SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak ialah
faktor masa, faktor kualiti, faktor kewangan, faktor perkhidmatan dan faktor keselesaan
yang menyebabkan remaja membeli produk kecantikan secara dalam talian.
980318-13-5738

JADUAL 7: ANALISIS BAGI FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GOLONGAN


PELAJAR LELAKI TINGKATAN LIMA SMK ST. ANTHONY SARIKEI, SARAWAK
MEMBELI PAKAIAN SECARA DALAM TALIAN

Skor

Faktor 1 2 3

f % f % f %

1 16 53.33 9 30.00 5 16.67

2 9 30.00 5 16.67 16 53.33

3 8 26.67 3 10.00 19 63.33

4 24 80.00 3 10.00 3 10.00

5 11 36.67 16 53.33 3 10.00

Catatan:

1. f - frekuensi/ kekerapan
2. % - peratus

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)


980318-13-5738

RAJAH 5: ANALISIS BAGI FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG


GOLONGAN PELAJAR LELAKI TINGKATAN LIMA SMK ST. ANTHONY
SARIKEI, SARAWAK MEMBELI PAKAIAN SECARA DALAM TALIAN

90
80.00
80

70
63.33
Peratusan (%)

60
53.33 53.33 53.33
50
Skor 1
40 30.67
Skor 2
30.00 30.00
30 26.67 Skor 3

20 16.67 16.67
10.00 10.00 10.00 10.00
10

0
1 2 3 4 5

Faktor-faktor

(Sumber: Kajian Lapangan 2017)

Jadual 6 dan Rajah 5 menunjukkan analisis bagi faktor-faktor yang mendorong


golongan pelajar lelaki Tingkatan Lima SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak membeli pakaian
secara dalam talian. Faktor pertama yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah faktor
masa. Terdapat 16 orang atau bersamaan 53.33% daripada 30 orang responden tidak setuju
tentang faktor masa yang mendorong mereka membeli pakaian secara dalam talian. Semasa
membeli pakaian secara dalam talian, mereka perlu mengambil masa yang panjang untuk
membuat pertimbangan terhadap sesuatu produk. Terdapat 9 orang atau bersamaan 30.00%
daripada jumlah 30 orang responden tidak pasti sama ada faktor masa mendorong atau tidak
mendorong mereka membeli pakaian secara dalam talian. Mereka tidak dapat pasti sama ada
masa mereka dijimatkan atau tidak kerana kadangkala mengambil masa yang panjang untuk
melayari internet disebabkan kelemahan talian dan kadangkala tidak. Terdapat 5 orang atau
980318-13-5738

bersamaan 16.67% daripada jumlah 30 orang responden setuju tentang pernyataan tersebut.
Hal ini disebabkan masa mereka dapat dijimatkan dengan tidak perlu mengambil masa ke
pasar untuk membeli pakaian yang diingini.

Faktor kedua yang dinyatakan adalah faktor kepelbagaian pilihan. Sebanyak 16 orang
atau bersamaan 53.33% daripada jumlah 30 orang responden setuju bahawa faktor
kepelbagaian pilihan mendorong mereka membeli barangan kecantikan secara dalam talian.
Hal ini disebabkan terdapat pelbagai jenis pakaian seperti baju sukan berjenama Nike dan
Puma, baju kemeja berjenama Polo, Crocodile dan sebagainya dijual dalam Internet.
Terdapat 9 orang atau bersamaan 30.00% daripada jumlah 30 orang responden tidak setuju
dengan pernyataan tersebut. Pakaian yang dijual dalam Internet tidak mempunyai banyak
pilihan untuk mereka. Terdapat 5 orang atau bersamaan 16.67% daripada jumlah 30 orang
responden tidak pasti sama ada faktor kepelbagaian pilihan mendorong atau tidak mendorong
mereka membeli pakaian secara dalam talian. Mereka mengganggap bahawa semua pakaian
yang dijual adalah sama jenis.

Faktor ketiga yang dinyatakan dalam borang soal selidik merupakan faktor
kewangan yang merujuk kepada harga pakaian yang dijual dalam talian lebih
murah.Terdapat 19 orang responden atau bersamaan 63.33% daripada jumlah 30 orang
responden bersetuju bahawa faktor tersebut merupakan faktor yang mendorong pelajar-
pelajar lelaki di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli pakaian secara dalam
talian. Kini, responden mempunyai sumber kewangan yang terhad untuk mengeluarkan
perbelanjaan untuk membeli pakaian yang diperlukan. Oleh itu, responden akan
mengambil keputusan untuk membeli pakaian yang harganya lebih murah dan berkualiti
baik. Namun, terdapat juga 8 orang responden atau bersamaan 26.67% daripada jumlah
30 orang responden tidak bersetuju bahawa faktor kewangan merupakan faktor yang
mendorong mereka membeli pakaian secara dalam talian. Melalui temu bual, salah
seorang informan berpendapat bahawa keadaan ekonomi di negara kita semakin maju
dan kewangan bukan lagi menjadi perkara yang perlu dibimbangkan oleh pelajar-
pelajar untuk membeli pakaian. Terdapat juga 3 orang responden atau bersamaan
10.00% daripada jumlah 30 orang responden tidak pasti sama ada faktor kewangan
mendorong pelajar-pelajar lelaki di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli
pakaian secara dalam talian atau tidak. Pakaian yang dijual dalam talian ada yang
mahal tetapi juga ada yang murah.
980318-13-5738

Faktor keempat yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah faktor
perkhidmatan. Faktor perkhidmatan merujuk kepada maklumat yang mesra pelanggan
dan terkini serta segala persoalan tentang pakaian tersebut dijawab dengan tepat.
Terdapat 24 orang responden atau bersamaan 80.00% daripada jumlah 30 orang
responden tidak bersetuju bahawa faktor pekhidmatan merupakan faktor yang
mendorong pelajar-pelajar lelaki di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli
pakaian secara dalam talian. Hal ini demikan kerana mereka pernah menghadapi
masalah seperti layanan penjual yang tidak memuaskan dan menerima maklumat palsu.
Melalui temu bual, salah seorang informan mengatakan bahawa mereka selalu
menghadapi penjual yang tidak sopan dan lambat menjawab soalan yang dikemukakan.
Tambahan pula, banyak maklumat yang diberikan dalam laman sesewang adalah tidak
benar. Sebaliknya, terdapat juga 3 orang responden atau bersamaan 10.00% daripada
jumlah 30 orang responden bersetuju bahawa faktor pekhidmatan merupakan faktor
yang mendorong pelajar-pelajar lelaki di SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli
pakaian secara dalam talian. Hal ini demikian kerana mereka dilayan dengan baik
semasa membeli pakaian secara dalam talian. Walau bagaimanapun, terdapat 3 orang
responden lagi atau bersamaan 10.00% daripada jumlah 30 orang responden tidak pasti
bahawa sama ada faktor pekhidmatan merupakan faktor yang mendorong mereka
membeli pakaian secara dalam talian atau tidak kerana mereka kadang-kala menghadapi
layanan penjual yang tidak memuaskan dan kadangkala menerima layanan yang baik.

Akhir sekali, faktor kelima yang dinyatakan dalam borang soal selidik adalah faktor
keselesaan. Terdapat 16 orang atau bersamaan 53.33% daripada jumlah 30 orang responden
tidak pasti sama ada faktor keselesaan yang mendorong atau tidak mendorong mereka
membeli barangan kecantikan secara dalam talian. Hal ini disebabkan mereka tidak pasti
sama ada pembayaran yang dilakukan semasa membeli pakaian memudahkan mereka atau
sebaliknya. Mereka berasa semua cara pembayaran sama sahaja. Terdapat sebanyak 11 orang
atau 36.67% daripada jumlah 30 orang responden tidak setuju terhadap faktor kemudahan.
Hal ini disebabkan bagi mereka berasa prosedur dan cara pembayaran amat merumitkan
mereka.Terdapat 3 orang atau bersamaan 10.00% daripada jumlah 30 orang responden setuju
dengan pernyataan tersebut. Hal ini disebabkan cara pembayaran terutamanya melalui
Internet (online banking) telah memudahkan mereka dan cara pembayarannya amat mudah
sahaja. Mereka tidak perlu berbaris di bank dan membazir masa mereka menunggu giliran
980318-13-5738

mereka utuk menjalankan urusan pembayaran dan mereka dapat membeli pakaian yang
diperlukan pada bila-bila masa.
980318-13-5738

6.0 RUMUSAN

Kajian ini bertema ekonomi yang merujuk kepada perniagaan dalam talian. Tajuk kajian ini
adalah ‘ Amalan Pembelian Pakaian Secara Dalam Talian Dalam Kalangan Pelajar Lelaki Tingkatan
Lima SMK St. Anthony, Sarikei, Sawarak’.

Dapatan kajian telah menunjukkan jenis-jenis pakaian yang dibeli oleh golongan pelajar lelaki
Tingkatan Lima SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor-faktor
yang mendorong mereka mengadakan pembelian pakaian secara dalam talian.

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah rujukan, kaedah soal selidik dan kaedah
temu bual.

Bagi jenis-jenis pakaian yang dibeli oleh golongan pelajar lelaki Tingkatan Lima SMK St.
Anthony, Sarikei, Sarawak, dapatan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar lelaki Tingkatan Lima
SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli baju sukan secara dalam talian kerana baju sukan
banyak diperlukan oleh pelajar dalam pelbagai aktiviti sukan di sekolah.

Kebanyakan pelajar lelaki Tingkatan Lima SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak juga membeli baju
T secara dalam talian kerana baju T yang dijual dalam talian mempunyai pelbagai jenis dan pilihan
serta design yang agak menarik.

Sesetengah pelajar lelaki Tingkatan Lima SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak membeli seluar
panjang dan pendek secara dalam talian kerana pelbagai seluar panjang atau pendek yang
dipamerkan dalam talian dengan harga yang lebih murah.

Kebanyakan pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak tidak membeli
baju batik secara dalam talian kerana mereka kurang memakai baju batik.

Sesetengah pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak tidak
membeli baju kemeja secara dalam talian kerana mereka tidak perlu memakai baju kemeja ke
sekolah atau tempat lain.

Bagi faktor-faktor yang mendorong pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony
Sarikei, Sarawak mengadakan pembelian pakaian secara dalam talian, kebanyakan pelajar
lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak menyetujui bahawa faktor
kewangan merupakan salah satu faktor utama yang mendorong pelajar lelaki membeli
pakaian secara dalam talian. Hal ini kerana harga pakaian yang dijual atas talian adalah lebih
murah.

Seterusnya, sesetengah pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei,
Sarawak bersetuju bahawa faktor kepelbagaian pilihan telah mendapat persetujuan daripada
pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei, Sarawak. Hal ini
demikian kerana terdapat pelbagai jenis pakaian dijual dalam Internet.
980318-13-5738

Tambahan pula, sebilangan besar pelajar-pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St.
Anthony Sarikei, Sarawak juga bersetuju bahawa faktor masa yang mendorong mereka
membeli pakaian lelaki secara dalam talian kerana masa mereka dapat dijimatkan dengan
tidak perlu mengambil masa ke pasar untuk membeli pakaian yang diingini.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony


Sarikei, Sarawak tidak bersetuju bahawa faktor perkhidmatan yang mendorong mereka
membeli pakaian secara dalam talian kerana mereka pernah menghadapi masalah seperti
layanan penjual yang tidak sopan dan menerima maklumat palsu.

Akhir sekali, sesetengah pelajar lelaki Tingkatan Lima di SMK St. Anthony Sarikei,
Sarawak tidak bersetuju bahawa faktor masa yang mendorong mereka membeli pakaian
perempuan secara dalam talian kerana mereka telah menghadapi masalah masa
penghantaran yang lama.

You might also like