Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/283256488

PERANAN AMALAN PENGURUSAN RISIKO TERHADAP PERKEMBANGAN


AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DALAM MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN
HIDUP MASYARAKAT

Conference Paper · October 2015

CITATIONS READS

0 9,286

3 authors:

Jaffry Zakaria Mohd Taib Harun


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Kebangsaan Malaysia
37 PUBLICATIONS   6 CITATIONS    21 PUBLICATIONS   50 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Norlena Salamuddin
Universiti Kebangsaan Malaysia
28 PUBLICATIONS   74 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Neurodevelopmental disorders in the education of Malaysian athletes View project

Muslim in the outdoors View project

All content following this page was uploaded by Jaffry Zakaria on 27 October 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

PERANAN AMALAN PENGURUSAN RISIKO TERHADAP


PERKEMBANGAN AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DALAM
MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN HIDUP MASYARAKAT
Jaffry Zakaria1, Mohd Taib Harun2, Norlena Salamuddin3
1,2,3 Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA


1E-mail: jaffry@fsskj.upsi.edu.my

ABSTRAK

Aktiviti sukan dan rekreasi sememangnya tidak dapat lari dari terdedah kepada pelbagai isu
keselamatan sama ada sebelum, semasa dan juga selepas aktiviti. Penerapan amalan yang positif
dapat menghindarkan dari berlakunya kejadian kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan
kepada peserta. Amalan pengurusan risiko merupakan elemen yang amat penting dalam penganjuran
mahupun pengurusan aktiviti sukan dan rekreasi. Elemen ini amat signifikan dalam meningkatkan
kesejahteraan hidup masyarakat dalam melahirkan warga masyarakat yang selamat di samping sihat
dan cergas. Setiap aktiviti yang dianjurkan dan juga kemudahan yang disediakan seharusnya bebas
dan selamat daripada sebarang insiden kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan sama ada
secara langsung atau tidak. Perkembangan dalam aktiviti sukan dan rekreasi memerlukan tenaga kerja
yang berilmu, berkemahiran dan berkelayakan dalam menawarkan pelbagai produk serta
perkhidmatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Penawaran pelbagai produk dan perkhidmatan dapat
membantu perkembangan ekonomi yang jitu dan daya saing di dalam negara. Aktiviti sukan dan
rekreasi serta pelbagai aktiviti lain yang seiringan dengannya dapat menjana peluang perniagaan yang
baharu, penawaran perkhidmatan dan juga produk-produk yang terkini. Objektif artikel ini adalah
untuk melihat dan menjelaskan bagaimana amalan pengurusan risiko melalui aktiviti sukan dan
rekreasi dapat membantu menjamin kualiti dan kesejahteraan hidup masyarakat.

Kata Kunci: Pengurusan Risiko, sukan, rekreasi

ABSTRACT

Sports and recreation activities are always exposed to various safety issues before, during and after
activities. Positive practices could avoid the occurrence of accidents that causes injuries to the
participants. Risk management practices are the most important element in the organization or
management of sports and recreation activities. This element is significant in increasing the wellbeing
of a society where a safe and healthy population could be developed. Each activity that are about to
be organized and the facilities provided must be free and safe from incidents that could cause injuries
either direct or indirectly. The development in sports and recreation activities need the involvement
of knowledgeable, skilled and qualified personnel in order to offer various products and services to
the society. The products and services offered could develop a competitive and precise economy to
the nation. Sports and recreation activities as well as others could offer new business prospects,
services and latest products. The objective of this article is to look into and explain on how risk
management practices through sports and recreation activities could help assure and secure the
quality and wellbeing of a society.

Keywords: Risk management, sport, recreation


ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

PENGENALAN

Pengurusan risiko telah dibangunkan sebagai konsep dari tahun 1950-an dan telah dimulakan dalam
aktiviti berkaitan dengan program-program angkasa, kewangan dan tenaga nuklear (Eriksson 2010).
Satu lagi perkembangan awal pengurusan risiko adalah di dalam industri insurans dan ia kemudiannya
digunakan untuk disiplin lain seperti projek pembinaan, klinikal, perubatan, tenaga dan pengurusan
risiko operasi (Hopkin 2010). Pengurusan risiko juga telah dimasukkan dalam bidang sukan dan
rekreasi dan hari ini sebahagian elemen penting secara keseluruhan termasuk belanjawan,
penjadualan, perlindungan insurans, kelayakan, peralatan dan pengurusan kemudahan, kontrak dan
tugas-tugas lain (Appenzeller 2005).

Pengurusan risiko merupakan faktor utama yang mempengaruhi dan memberi implikasi terhadap
status keselamatan dan sememangnya boleh mengundang kepada kecederaan. Kadar kemalangan
dalam persekitaran sukan dan rekreasi yang semakin meningkat boleh memberi kesan yang buruk
kepada industri. Trend peningkatan yang berlaku ini telah memberikan kesan kepada industri yang
mana boleh menyebabkan industri ini suram disebabkan oleh tiada permintaan dalam aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan (Paul 2012).

Masalah yang timbul berkaitan isu keselamatan dan kecederaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor
dalam amalan pengurusan risiko seperti tiada pemantauan daripada aspek alatan, kemudahan terlalu
uzur, jurulatih yang kurang bertauliah, jurulatih bukan bidang serta tidak menyediakan kemudahan
perubatan yang sempurna (Richard 2005).

Senario di Malaysia, masalah berkaitan amalan pengurusan risiko telah menjadi satu kebimbangan
dan kes berkaitan kecederaan semakin mendapat liputan pihak media. Memandangkan kekerapan
kemalangan yang tinggi dalam program sukan ianya telah menimbulkan pelbagai komplikasi yang
negatif. Komplikasi yang negatif ini adalah kebimbangan penjaga dan ibu bapa untuk membenarkan
anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan dan rekreasi kerana dikhuatiri akan mendatangkan
risiko kecederaan (Mawarni, Mohd Sofian, Lee, Zarina & Rosli 2006)

LATARBELAKANG

Perkhidmatan sukan dan rekreasi yang terurus dan terancang dapat membantu meminimumkan risiko
berkaitan keselamatan kepada individu dan peserta yang terlibat. Terdapat banyak kajian yang telah
dijalankan dalam bidang pengurusan risiko menjelaskan kepentingan amalan pengurusan risiko yang
baik dapat mengelakkan peserta dan individu daripada risiko kecederaan. Kebiasaannya, senario yang
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

dapat dilihat di Malaysia sendiri ialah tindakan pemantauan, penyelenggaraan dan perancangan
pengurusan yang di buat dibuat bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan (Jamliah Abdullah
2014). Manakala, kajian yang berkaitan pengurusan risiko dalam aktiviti sukan dan rekreasi masih lagi
berkurangan di negara ini (Mawarni, Mohd Sofian, Soon, Zarina & Rosli 2006).

Kebanyakan kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa amalan pengurusan risiko yang baik
dapat mengelakkan daripada risiko kecederaan. Melalui kajian yang telah dijalankan lokasi sukan dan
rekreasi merupakan antara tempat yang kerap berlakunya kemalangan dan kecederaan (Mawarni,
Mohd Sofian, Soon, Zarina & Rosli 2006).

Masalah berkaitan amalan pengurusan risiko ini sememangnya secara tidak langsung mempengaruhi
penglibatan individu dan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Jika perkara ini dibiarkan
berlarutan, kelak di khuatir bahawa kempen kerajaan dalam menggalakkan penglibatan masyarakat
melalui aktiviti sukan dan rekreasi akan tergendala dan sekali gus menyumbang kepada pelbagai
masalah sosial yang lain.

Merasakan diri dan anggota fizikal badan yang lain selamat juga merupakan antara faktor yang
mempengaruhi masyarakat untuk menyertai aktiviti sukan dan rekreasi. Tahap keselamatan individu
adalah berbeza-beza antara satu sama lain dan bergantung mengikut situasi dan persekitaran semasa.
Keselamatan selalunya dapat didefinisikan sebagai satu keadaan yang bebas daripada bahaya yang
terdapat di persekitaran individu. Keselamatan merupakan satu keadaan di mana situasi tersebut
tidak akan mendatangkan apa-apa risiko sama ada kemalangan, kecederaan ataupun kematian (Mohd
Asrul Rafiin 2005). Jika aspek keselamatan tidak diambil berat maka ianya akan mendatangkan
masalah dan musibah kepada individu dan masyarakat secara keseluruhannya dalam aktiviti yang
dijalankan.

Masalah berkaitan amalan pengurusan risiko dan juga prosedur keselamatan sama ada dalam
perkhidmatan sukan, rekreasi serta industri merupakan masalah bersama demi kepentingan
masyarakat umumnya. Perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran dari pihak
pengurusan dan juga dipengaruhi oleh sikap segelintir individu dalam masyarakat yang kurang
mementingkan elemen keselamatan yang boleh mengundang kecederaan. Beberapa badan kerajaan
di bawah Kementerian Sumber Manusia seperti National Institutes of Occupational Safety and Health
(NIOSH) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa menganjurkan kempen-kempen,
kursus-kursus, panduan dan nasihat berkaitan kepentingan keselamatan. Perkara ini secara tidak
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

langsung bertindak sebagai salah satu proses jangka panjang dalam membentuk sikap individu untuk
lebih menitikberatkan soal keselamatan dalam setiap aktiviti yang di anjurkan.

Bidang dan industri sukan dan rekreasi di Malaysia sememangnya memerlukan pengurusan yang
beretika dan mengamalkan prinsip-prinsip dan amalan pengurusan risiko yang positif. Perkembangan
elemen yang positif ini akan membantu melonjakkan prestasi ekonomi negara dalam bidang sukan
dan rekreasi sekali gus secara tidak langsung memberi impak yang kuat kepada industri pelancongan
sukan negara. Menurut Sharp, Moorman & Claussen (2010), keselamatan merupakan ‘core value’
organisasi dalam memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada pengguna.

Kecederaan dan kemalangan dalam persekitaran sukan dan rekreasi sememangnya tidak dapat
dielakkan jika tidak ditangani dengan baik. Hal ini jelas menuntut pihak yang berwajib untuk membina,
mengaplikasikan dan membuat penilaian terhadap polisi pengurusan risiko yang sesuai. Amalan
pengurusan risiko yang baik sememangnya bukanlah suatu platform yang dapat menghapuskan
jumlah kemalangan tetapi hanya berfungsi sebagai pencegahan dalam mengurangkan jumlah
kemalangan yang berlaku. Sesetengah kemalangan yang terjadi dan berlaku adalah sesuatu perkara
yang di luar jangkaan. Walau apa sahaja pendekatan yang diambil, namun pengguna tetap terdedah
kepada risiko yang terjadi. Kaedah yang dapat mengurangkan pendedahan kepada risiko ialah
mengurangkan jumlah kecederaan yang boleh dielakkan. Menurut Sharp, Moorman dan Claussen
(2010) pengurus-pengurus kemudahan melihat amalan pengurusan risiko kemudahan sebagai sesuatu
yang amat penting dan sememangnya boleh memberi implikasi yang besar kepada perkhidmatan.
Perkara ini seiring dalam industri yang sememangnya bergantung kepada perkhidmatan perlulah
menyediakan kualiti perkhidmatan yang baik bagi menjamin kepuasan pelanggan Shemwell, Yavas &
Bilgin (1998). Pertalian yang baik antara kualiti perkhidmatan dan ‘customer satisfaction’ telah
mendapat liputan yang besar dalam komuniti penyelidik yang berkaitan dengan perkhidmatan
(Sureshchandar, Rajendran & Anantharam 2002).

Namun, adalah terlalu sukar untuk menetapkan terlalu banyak polisi dalam amalan pengurusan risiko
kerana kekangan yang melibatkan pengguna dan masyarakat itu sendiri. Kesukaran yang amat ketara
adalah merangkumi kemudahan sukan dan rekreasi yang telah uzur dan usang, kurangnya
perancangan pengurusan risiko, kurang ilmu pengetahuan dan kekurangan kakitangan yang
berpengalaman dan berpengetahuan dalam pengurusan kemudahan. Justeru itu, kertas kerja ini akan
mengupas dengan lebih lanjut berkaitan perkembangan amalan pengurusan risiko, teori-teori
pengurusan risiko yang seringkali menjadi rujukan dan juga amalan pengurusan risiko dalam aktiviti
sukan dan rekreasi.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

PERKEMBANGAN AMALAN PENGURUSAN RISIKO DI MALAYSIA


Perkembangan aktiviti sukan dan rekreasi telah lama bermula iaitu sejak bermulanya era Tanah
Melayu lagi. Masyarakat pada masa tersebut telah mula kreatif membina dan mencipta permainan
bagi mengisi ruang pada masa lapang. Antaranya seperti permainan tradisional iaitu bermain gasing,
sepak raga, permainan galah panjang dan juga bermain layang-layang (Ikmalhisham & Chia 2012). Hal
ini adalah jelas menunjukkan bahawa aktiviti sukan dan rekreasi telah mula bertapak pada ketika itu
dan ianya berkembangan mengikut situasi pada masa tersebut. Ini mungkin kerana lokasi penduduk
dan komuniti pada masa tersebut berhampiran dengan sungai, laut, persisiran pantai dan
berhampiran bukit serta gunung. Pada masa tersebut para remaja akan bermain dan mendapat
pengalaman sukan dan rekreasi dalam persekitaran yang sebenar dan pengalaman tersebut dapat
diterjemahkan dalam kehidupan mereka seharian.

Era bidang rekreasi moden telah mula berkembang dengan bermulanya penjajahan kerajaan British
pada masa itu. Dengan pembukaan dan pembinaan bangunan di kawasan tanah tinggi telah
merancakkan lagi aktiviti rekreasi berasaskan cabaran seperti di Bukit larut) Perak), Tanah Tinggi
Cameron (Pahang), Bukit Fraser (Selangor) dan juga Bukit Bendera (Pulau Pinang). Kerancakan aktiviti
rekreasi ini telah tertubuhnya Taman Negara Malaysia di Kuala Tahan, Pahang yang dahulunya dikenali
sebagai King George V National park sebelum negara mencapai kemerdekaan. Aktiviti di kawasan ini
memfokuskan kepada aktiviti rekreasi berasaskan cabaran seperti mendaki gunung, menyusuri sungai
dan gua serta aktiviti air.

Kepesatan dan pengaruh aktiviti sukan dan rekreasi yang kuat telah membantu memperkembangkan
lagi perkhidmatan sukan dan rekreasi ini ke seluruh pelosok tanah air. Rentetan daripada
perkembangan tersebut dan pada tahun 1983 mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad
telah melancarkan program “Malaysia Cergas”. Program ini memfokuskan kepada konsep gaya hidup
sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan pengenalan program ini ianya telah membantu dari
aspek perkembangan dan pembinaan kemudahan sukan dan rekreasi di Malaysia dan sekali gus
merancakkan lagi perkhidmatan berasaskan sukan dan rekreasi. Dana yang besar telah disalurkan
melalui Kementerian Belia dan Sukan bagi membina pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi (Md
Amin Md Taff 2012).

Kesan daripada program “Malaysia Cergas” ini pelbagai prasarana dan kemudahan telah di bina dan
di naik taraf mengikut keperluan setempat. Antaranya seperti kemudahan sukan dan rekreasi
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

berkonsepkan terbuka seperti tembok mendaki tiruan, gelanggang bola tampar, gelanggang papan
luncur roda, gelanggang aksi BMX dan lain-lain lagi. Manakala kemudahan yang bercirikan tertutup
pula seperti gimnasium, gelanggang badminton dan lain-lain. Semua kos untuk membina dan
menyediakan kemudahan ini menelan belanja yang tinggi dan memerlukan ciri-ciri keselamatan yang
berkualiti terutamanya aktiviti elemen tinggi seperti aktiviti mendaki tembok tiruan. Kelemahan dan
kecuaian ketika menjalankan aktiviti akan menyebabkan berlakunya kemalangan yang tidak
sepatutnya berlaku.

Berdasarkan dana yang besar ini juga, pihak kementerian melalui jabatannya di seluruh negara telah
menjalankan pelbagai inisiatif dalam membantu perkembangan aktiviti sukan dan rekreasi. Melalui
pelbagai program yang telah dijalankan maka terhasil juga produk-produk yang dimuatkan dalam
program “Malaysia Cergas” antaranya program-program rakan muda dan penganjuran kursus-kursus
berkaitan aktiviti sukan dan rekreasi yang lain.

Sumbangan dan penglibatan Kementerian Belia dan Sukan tidak dapat dinafikan lagi dalam membantu
perkembangan aktiviti berasaskan sukan dan rekreasi. Dengan perkembangan ini maka beberapa
persatuan yang berorientasikan aktiviti sukan dan rekreasi telah ditubuhkan. Antaranya ialah,
Persatuan Bola Sepak Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia, Persatuan Kanu Malaysia, Persatuan
Mendaki Malaysia, Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia, Persatuan Orienteering Malaysia dan lain-
lain lagi. Kesemua persatuan ini berfungsi dalam memperkembangkan bidang sukan dan rekreasi
masing-masing secara spesifik dengan bantuan dana daripada pihak kementerian. Namun begitu,
pergerakan persatuan hanya terhad dengan dana yang di berikan oleh pihak kementerian sahaja bagi
menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi. Walau bagaimanapun dengan penawaran yang agak
terbatas oleh pihak NGO di Malaysia, pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk membina kompleks-
kompleks kemudahan sukan dan rekreasi untuk masyarakat dan komuniti setempat. Antaranya
seperti kompleks jabatan belia dan sukan negeri, kompleks rakan muda, gimnasium rakyat,
gelanggang futsal 1Malaysia dan taman-taman cabaran yang mengendalikan aktiviti-aktiviti sukan
yang ekstrem.

Namun begitu, impak daripada perkembangan perhidmatan sukan dan rekreasi yang meluas ini dan
juga dengan penglibatan serta penyertaan peserta yang ramai sedikit sebanyak telah menimbulkan
beberapa masalah seperti dari aspek pengawalan, keselamatan alatan dan sebagainya. Ini adalah
kerana penawaran perkhidmatan sukan dan rekreasi sememangnya senantiasa berkait rapat dengan
sentimen kecederaan dan kemalangan. Manusia dan persekitaran adalah merupakan isu global yang
acap kali didebatkan oleh pelbagai golongan masyarakat (Erten 2008). Perkara ini telah menampakkan
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

satu perkaitan dan saling bergantungan yang jelas di antara kedua elemen ini atas kapasiti aktiviti dan
perkhidmatan sukan dan rekreasi. Walau bagaimanapun, jika setiap aktiviti yang dijalankan penganjur
seringkali mengambil mudah dari aspek pengurusan risiko. Maka, persekitaran kemudahan juga boleh
menjadi punca kepada kes-kes kemalangan dan kecederaan apabila digandingkan lagi dengan elemen-
elemen yang lain seperti kecuaian dan sebagainya.

Kecederaan dan kemalangan secara umumnya dapat dijelaskan sebagai satu peristiwa yang tidak
diingini yang mana boleh menyebabkan kecederaan, kerosakan atau gangguan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (Hollnagel & Goteman 2004). Jika dilihat dalam aspek penawaran
perkhidmatan sukan dan rekreasi persekitaran adalah sebagai satu elemen yang biasa dan
berkemungkinan tidak mendatangkan bahaya kepada peserta. Walau bagaimanapun amalan
pengurusan risiko merupakan tunjang yang penting dalam menjalankan aktiviti di kemudahan-
kemudahan sukan dan rekreasi agar persekitaran masyarakat lebih sejahtera dan harmoni dan bebas
dari ancaman kecederaan dan kemalangan.

TEORI PENGURUSAN RISIKO

Amalan pengurusan risiko merupakan amalan yang penting dalam proses pengurusan aktiviti sukan
dan rekreasi. Perkara ini telah menjadi perhatian khusus oleh para penyelidik, ahli akademik,
organisasi dan juga pihak kerajaan. Beberapa teori pengukuran yang seringkali digunakan telah di
perkenalkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dalam menjalankan pengukuran amalan pengurusan
risiko. Antara teori yang seringkali dibincangkan ialah seperti Teori Penyebab Kemalangan Domino,
Teori Faktor Manusia Ferrel dan juga Teori Kemalangan Petersen.

TEORI PENGURUSAN RISIKO

Teori merupakan ilmu pengetahuan asas yang membenarkan manusia mendalami dan mengetahui
sesuatu fenomena dengan lebih jelas dan mendalam, membina strategi pelaksanaan dan secara tidak
langsung mengutarakan panduan-panduan proaktif yang boleh diambil bagi menyelesaikan sesuatu
masalah atau fenomena. Di samping itu juga, kefahaman yang jelas tentang konsep dan peranan
sesuatu teori itu membantu individu membuat ramalan terkini tentang sesuatu perkara yang
kebarangkalian nya mungkin berlaku. Kefahaman yang jelas dari aspek teori sememangnya penting
bagi mereka yang berfungsi secara langsung dalam dunia akademik. Para sarjana menjelaskan bahawa
kefahaman secara jelas tentang teori sememangnya membezakan di antara penyelidik dan juga
penyelidik yang lebih bercirikan akademik.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

Teori merupakan satu cabang ilmu yang mempunyai saling kaitan di antara pemboleh ubah yang ada
dalam sesuatu fenomena yang diselidiki. Wujudnya setiap pemboleh ubah ini adalah akibat daripada
proses penyelidikan-penyelidikan yang berpanjangan dan teratur. Pemboleh ubah yang telah dikenal
pasti dalam sesuatu teori seringkali digunakan sebagai hipotesis untuk menyelidiki sesuatu fenomena
yang mungkin akan terjadi. Dapatan penyelidikan terhadap hipotesis tersebut akan diaplikasikan sama
ada menyanggah, menyokong atau membuat penambahbaikan berdasarkan teori yang sedia ada.
Implikasi daripada itu juga, maka terhasil satu cabang ilmu yang terkini dan boleh diaplikasikan dalam
proses kehidupan bagi mempertingkatkan lagi kualiti hidup masyarakat.

Terdapat berbagai-bagai teori yang dapat dikaitkan dengan pengurusan risiko yang boleh
dibincangkan bersama dalam menjalankan sesuatu penilaian. Sesuatu teori yang digunakan boleh di
umpamakan sebagai jalan yang membantu seorang pemandu agar tidak sesat ataupun memandu ke
jalan yang salah (McKenzie 2000). Teori juga merupakan lambang ataupun simbol yang mencerminkan
keadaan ataupun situasi yang sebenar (Hill 2012). Bagi beliau, teori ini akan menjelaskan situasi
sebenar dalam bentuk yang ringkas dan padat tetapi amat komprehensif. Antara pakar-pakar yang
mengkaji kesan undang-undang mengenai rekreasi ialah Kaiser (1986), Van Der Smissen (2003), sukan
dan pendidikan fizikal (Clement 2004), (Head & Horn 1991), pengurusan acara (Berlonghi 1990), (Fried
1999) dan kemudahan sukan (Mulrooney 1998) telah membangunkan sebuah badan yang bertindak
sebagai memberi garis panduan bagi menjalankan program dan aktiviti yang lebih bebas dari risiko.
Dalam kajian ini terdapat tiga teori pengurusan risiko yang akan digunakan bagi mendasari kajian ini.

Teori Penyebab Kemalangan Domino

Teori ini telah diperkenalkan oleh Herbert W. Heinrich yang pada masa itu bertugas di salah sebuah
firma insurans. Pada tahun 1920, adalah dianggarkan beliau telah mula mengkaji 75,000 laporan kes
kemalangan industri dan beliau membuat beberapa kesimpulan iaitu (i) sebanyak 88 peratus
kemalangan disebabkan oleh tindakan tidak selamat yang dilakukan oleh pekerja, (ii) 10 peratus
kemalangan adalah disebabkan oleh keadaan yang tidak selamat dan (iii) 2 peratus kemalangan
disebabkan oleh punca-punca yang tidak dapat dielakkan.

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang dijalankan, beliau mendefinisikan kemalangan sebagai
sesuatu yang tidak dirancang dan tidak boleh dikawal walaupun semasa reaksi dengan kemalangan,
objek, individu, bahan ataupun kebarangkalian kemungkinan berlaku. Heinrich menyatakan bahawa,
teori penyebab kemalangan adalah hubungan antara manusia dan kemudahan, frekuensi dan
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

hubungan yang teruk, sebab akta yang tidak selamat, peranan pengurusan dalam mencegah
kemalangan, kos kemalangan dan kesan keselamatan terhadap kecekapan.

Heinrich telah mengembangkan teori kemalangan domino yang berpandukan kepada lima faktor yang
berurutan iaitu;

i. Pematuhan dan persekitaran sosial: iaitu merupakan proses mengetahui adat dan budaya
serta kemahiran di persekitaran kerja. Kekurangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
lemah semasa menjalankan tugasan, pergaulan sosial yang lemah dan kondisi persekitaran
akan menyebabkan individu melakukan kesalahan.

ii. Kecuaian individu: kecuaian dan kesalahan yang dilakukan oleh individu memberi ciri-ciri
personaliti yang negatif kepada individu, walau bagaimanapun ciri-ciri yang tidak diperlukan
ini kemungkinan berlaku dan keputusan daripada kecuaian tersebut merupakan akta atau
kondisi yang tidak selamat.

iii. Akta atau kemudahan fizikal yang tidak selamat: faktor ini termasuklah kesilapan dan
kelemahan teknikal yang menyebabkan berlakunya kemalangan.

iv. Kemalangan: kemalangan berlaku adalah disebabkan oleh akta atau kondisi yang tidak
selamat yang membawa kepada kecederaan.

v. Kecederaan: merupakan akibat daripada kemalangan yang berlaku.

Pematuhan Kesalahan atau Akta atau


dan Kecuaian kemudahan fizikal
Persekitaran Individu yang tidak Kemalangan Kecederaan
Sosial selamat

Rajah 1: Model teori penyebab kemalangan domino

Teori Faktor Manusia Ferrel (1997)


Teori ini telah diperkenalkan oleh Doktor Russel Ferrel pada tahun 1997. Belia mempercayai bahawa
kesalahan manusia merupakan sebab yang paling utama kemalangan yang berlaku. Kemalangan yang
berlaku adalah disebabkan beberapa faktor iaitu bebanan berlebihan, tindak balas yang tidak
bersesuaian dan aktiviti yang tidak sesuai. Faktor kapasiti berlebihan bertindak balas terhadap
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

ketidakserasian di antara bebanan dan kemampuan manusia. Keputusan yang diperoleh hasil
daripada faktor ini ialah kebimbangan, tekanan, keletihan dan emosi. Faktor tindak balas yang salah
pula adalah melibatkan individu yang berada dalam situasi dan persekitaran yang kurang sesuai.
Manakala faktor aktiviti yang kurang sesuai pula adalah di mana individu menjalankan aktiviti dengan
cara yang salah berkemungkinan disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang aktiviti ataupun
sememangnya berkeinginan untuk mengambil risiko.

Persekitaran Fizikal Keupayaan Mental

Ketidakserasian atau Tidak Sepadan (Persekitaran Fizikal – Keupayaan Mental)

Bebanan berlebihan (kebimbangan – tekanan - keletihan – emosi)

Tindakbalas yang tidak bersesuaian

Aktiviti yang tidak sesuai oleh individu

Kemalangan

Rajah Error! No text of specified style in document.: Teori Faktor Manusia Ferrel

Teori Kemalangan Petersen

Teori kemalangan Petersen merupakan salah satu teori yang dibina berasaskan sistem pengurusan
bukan hanya disandarkan pada individu semata-mata. Pendekatan ini merujuk kepada kelemahan
dalam pengurusan sesebuah organisasi sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Petersen telah
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

menyenaraikan tiga elemen yang penting dalam teorinya iaitu elemen perangkap ergonomik,
keputusan yang mendorong kesilapan dan juga kegagalan sistem. Beliau telah memberi keutamaan
bahawa kegagalan sistem merupakan penyumbang utama di dalam teori ini. Sistem ini adalah merujuk
kepada sistem pengurusan yang dilaksanakan dalam aspek keselamatan di dalam sesebuah organisasi.
Sistem sememangnya akan melibatkan pihak pengurusan organisasi yakni merupakan tanggungjawab
organisasi dalam memastikan semua peraturan dan panduan dilaksanakan adalah bersesuaian dan
sentiasa dipatuhi.

Di dalam teori ini, Petersen telah menjelaskan beberapa kegagalan berkaitan sistem iaitu;

i. Tidak ada penyertaan secara serius daripada majikan dan juga pihak pengurusan dalam aspek
pengurusan risiko keselamatan.

ii. Pihak pengurusan tidak menyediakan prosedur risiko dan keselamatan yang lengkap di
organisasi.

iii. Pihak pengurusan tidak menjelaskan secara jelas tentang tanggungjawab dan penguatkuasaan
berkaitan risiko dan keselamatan.

iv. Prosedur pengurusan risiko dan keselamatan di dalam organisasi tidak dipatuhi sama ada dari
aspek pemantauan, pelaksanaan dan penyelenggaraan tidak dilaksanakan dengan betul.

v. Program latihan teknikal tidak disediakan dengan secukupnya.

Petersen telah menjelaskan bahawa faktor organisasi adalah penyumbang kepada kemalangan.
Perkara ini merangkumi aspek polisi serta prosedur keselamatan yang longgar, tiada latihan yang
secukupnya, sistem pemantauan dan tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Faktor-
faktor tersebut berpotensi mendatangkan kemalangan dan kecederaan kepada individu. Beliau
menekankan bahawa, kesedaran dan tindakan perlu sentiasa di ambil berat oleh pihak pengurusan di
dalam organisasi.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

Teori Teori
Teori Faktor
Manusia
Manusia Kemalangan
Domino
Peralatan Kemalangan
Petersen
Persekitaran

Rajah 3: Teori-Teori Pengurusan Risiko

Berdasarkan kepada perbincangan ketiga-tiga teori ini, amatlah jelas bahawa elemen faktor manusia,
persekitaran dan alatan sememangnya memainkan peranan yang penting dalam amalan pengurusan
risiko. Ketiga-tiga faktor ini mempunyai saling kaitan dalam persekitaran aktiviti sukan dan rekreasi.

AMALAN PENGURUSAN RISIKO DALAM AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI

Setiap pendekatan memerlukan satu proses yang jelas dan yang boleh memberi implikasi yang baik
dalam pengurusan organisasi. Tanpa proses yang baik ini, secara tidak langsung akan menjejaskan
matlamat sesuatu organisasi. Berasaskan kepada kaedah yang di amalkan dalam pengurusan risiko ini,
terdapat tiga proses pengurusan risiko yang diambil sebagai sumber yang utama dalam menguruskan
risiko iaitu (i) mengenal pasti risiko, (ii) menilai risiko dan (iii) pengawalan risiko.

Proses mengenal pasti risiko membawa maksud memeriksa dari mana datangnya sumber risiko
tersebut. Dalam proses ini juga jenis risiko tersebut perlulah juga ditentukan bagi memudahkan
pengurus dalam mengenal pasti risiko yang wujud. Kaedah yang seringkali digunakan adalah membuat
tinjauan awal di kawasan persekitaran kemudahan yang terlibat dan komunikasi dua hala bersama
pengguna kemudahan. Terdapat lima kategori yang berkemungkinan mempunyai kebarangkalian
berisiko iaitu yang pertamanya kemudahan sukan dan rekreasi seperti gelanggang permainan,
gimnasium, kemudahan aktiviti tali aras tinggi dan kolam renang sememangnya boleh mendatangkan
risiko kemalangan. Contohnya seperti lantai gelanggang yang tidak rata dan berlubang boleh
mengakibatkan pengguna berisiko untuk jatuh dan secara tidak langsung mengakibatkan kecederaan.

Kedua, peralatan yang telah tamat tempoh atau telah tidak boleh digunakan lagi semestinya boleh
memudaratkan dan mendatangkan risiko kecederaan dan kemalangan kepada pengguna. Aktiviti
elemen tinggi seperti mendaki tembok tiruan, tali yang telah digunakan dan melebihi jangka masa
penggunaan sudah tidak boleh digunakan dan perlu ditukar yang baharu kerana tali jenis kernmantel
ini mempunyai jangka hayat yang tertentu (DiMartino & Sandwith 2009). Begitu juga dengan peralatan
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

lain seperti mesin alatan bebanan di gimnasium jika sudah rosak dan masih lagi dibiarkan akan
mengundang kecelakaan kepada pengguna akhirnya.

Kategori yang ketiga adalah berkaitan dengan pegawai atau petugas yang tidak berkelayakan dan
mempunyai kemahiran. Kebanyakan kompleks-kompleks kemudahan tempat sememangnya tidak
menempatkan mereka-mereka yang berkelayakan dalam menguruskan kemudahan sukan dan
rekreasi ini. Kebanyakan kes-kes kemalangan terjadi akibat daripada kurangnya pengawasan,
komunikasi yang tidak jelas dan juga tidak mempunyai perancangan yang lengkap dalam
mengendalikan situasi kemalangan dan kecemasan.

Seterusnya, maklumat tentang peserta yang menyertai aktiviti haruslah di kenal pasti. Sebagai
contohnya, kegagalan peserta menyerahkan maklumat berkaitan rekod kesihatan atau biodata diri
akan menyebabkan maklumat mengenai risiko yang mungkin terjadi tidak dapat dikenal pasti. Sudah
semestinya pihak pengurusan kemudahan tidak dapat mengetahui tahap persediaan fizikal pengguna
kemudahan sebelum menjalankan aktiviti ataupun menggunakan kemudahan yang ada. Manakala
yang terakhir ialah berkaitan program atau aktiviti yang dianjurkan. Sebagai contohnya, sememangnya
jika aktiviti bercorak ataupun berasaskan cabaran seperti berkayak di arus deras ataupun aktiviti white
water rafting merupakan risiko yang boleh diramalkan seperti kejadian lemas dan kayak terbalik atau
capsize.

Kesemua kategori yang dibincangkan ini merupakan rangkuman kesemua prosedur untuk pengurusan
sesebuah organisasi yang menguruskan sesuatu kemudahan atau menyediakan aktiviti sukan dan
rekreasi. Sememangnya, jika pihak pengurusan mempunyai kemahiran mengenal pasti risiko yang
wujud dalam setiap kategori tersebut sekali gus dapat memberi panduan yang jelas dalam
meramalkan kemungkinan yang akan berlaku. Perkara ini secara tidak langsung boleh mencacatkan
pengurusan organisasi dan sekali gus mengundang kerugian sama ada kepada pengguna kemudahan
mahupun pihak pengurusan.

Manakala, penilaian risiko pula sememangnya mudah jika pihak pengurusan mempunyai maklumat-
maklumat berkaitan pengguna yang serba lengkap. Namun, jika pihak pengurusan tidak mempunyai
kesemua data dan maklumat berkaitan pengguna seharusnya pihak pengurusan perlulah
menggunakan segala pengalaman yang ada dan dipelajari dalam membuat penilaian terhadap risiko
yang telah dikenal pasti. Pengalaman yang ada dapat membantu pihak pengurusan dalam
menguruskan sesuatu situasi dengan lebih sistematik dan berkesan.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

Dalam proses menilai risiko, prinsip yang paling penting ialah menentukan apakah tahap keutamaan
setiap risiko yang ada. Secara jelasnya, dalam menentukan tahap risiko yang ada memerlukan
gabungan dua entiti iaitu kekerapan berlakunya bahaya dan kemungkinan yang teruk kesan daripada
berlakunya bahaya tersebut. Kombinasi dua entiti ini akan menentukan keutamaan sesuatu risiko yang
dinilai.

Proses yang terakhir ialah pengawalan risiko itu sendiri. Selepas mengenal pasti tahap risiko dan
penilaian yang telah dijalankan. Proses yang selanjutnya ialah menentukan apakah kaedah atau cara-
cara dalam merawat dan mengawal risiko tersebut. Kebiasaannya terdapat empat strategi yang telah
digariskan dalam teknik mengawal risiko iaitu mengekalkan, mengelakkan, mengurangkan dan
memindahkan (Kaiser 1986).

Strategi mengekalkan risiko iaitu dengan kaedah menerima risiko itu tanpa berbuat apa-apa. Walau
bagaimanapun, strategi seperti ini hanyalah sesuai untuk risiko-risiko yang bersifat tidak
memudaratkan atau sangat kecil risikonya. Sebagai contohnya risiko alam semula jadi yang tidak boleh
dielakkan dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Strategi seperti ini juga boleh diguna pakai jika
pengurusan yang bertanggungjawab bersedia membuat bayaran pampasan di atas kemalangan atau
kerugian yang telah dialami oleh pengguna.

Proses yang kedua ialah mengelakkan risiko (risk avoidance) iaitu dengan cara mengelakkan secara
keseluruhan kemungkinan berlakunya risiko. Ini adalah salah satu cara supaya tidak akan berlakunya
kerugian yang pasti. Strategi jenis ini amatlah sesuai digunakan jika risiko yang akan dialami adalah
sangat teruk jika ianya terjadi. Sebagai salah satu contoh, pertandingan bola sepak tidak dapat
dijalankan disebabkan hujan dan kilat yang kuat. Melalui kaedah ini, kemungkinan risiko seperti
pemain di sambar petir dapat dielakkan dari berlaku.

Strategi yang seterusnya ialah mengawal risiko iaitu bermotifkan untuk mengurangkan atau
merendahkan tahap kekerapan dan impak kemalangan dari berlaku. Strategi ini melihat bahawa
apakah keuntungan yang boleh diperoleh dan kekangan yang akan dihadapi jika kemudahan yang
berisiko mengakibatkan kemalangan terus digunakan. Walau bagaimanapun, dalam konteks
pengurusan dalam menyediakan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat setiap kemudahan yang
digunakan mempunyai risikonya yang tersendiri. Namun, adalah menjadi satu kelemahan jika
kemudahan yang berisiko terus di hentikan penggunaannya disebabkan untuk mengelak dari
berlakunya risiko kemalangan. Ini merupakan satu langkah yang kurang tepat dan kurang bijak dari
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

aspek pengurusan risiko. Dalam mengurangkan risiko kemalangan berkaitan kemudahan, pihak
pengurusan boleh menggunakan kaedah seperti;

i. Polisi atau garis panduan keselamatan yang jelas perlulah disediakan dan boleh digunakan
sebagai bahan rujukan oleh semua pihak yang terlibat sama ada pengguna mahupun
pengurusan kemudahan.
ii. Pemeriksaan terhadap kemudahan dan peralatan perlulah dijalankan secara berhemah
dan terancang agar tidak mengundang masalah pada masa hadapan.
iii. Pegawai atau staf yang terlibat secara langsung dengan kemudahan haruslah dilatih dan
diberi latihan berkaitan aspek pengurusan risiko agar setiap prosedur risiko diamalkan dan
dipatuhi.
iv. Pemasangan papan tanda amaran yang jelas di tempat-tempat yang difikirkan
kemungkinan berlakunya risiko kemalangan.

Strategi yang terakhir ialah, memindahkan risiko iaitu mengalihkan risiko tersebut kepada pihak yang
lain. Sememangnya strategi ini meletakkan pihak pengurusan dalam keadaan yang selesa. Ini kerana
segala tanggungjawab di atas segala kerugian dan akibat daripada risiko tersebut dialihkan kepada
pihak yang lain. Pembelian polisi insurans adalah kemalangan dan penggunaan dokumen seperti
(liability waiver form). Strategi ini merupakan antara menjadi pilihan pengurusan dalam merungkaikan
isu-isu berkaitan risiko di kemudahan mereka.

Secara jelasnya, kesemua organisasi yang menawarkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna
seharusnya mempunyai tanggungjawab dalam memastikan persekitaran yang selamat dan kondusif
kepada pengguna kemudahan. Pihak pengurusan perlu mempunyai pegawai atau staf yang
mempunyai pengetahuan yang jelas tentang aspek pengurusan risiko. Mereka perlu mempunyai
perlakuan yang senantiasa mempunyai sifat berjaga-jaga dan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan. Perlakuan yang tidak mencapai dan mengikut standard yang jelas sememangnya akan
membawa kepada kecuaian dan akhirnya akan mengundang kepada risiko kemalangan. Justeru,
pengurusan risiko merupakan pendekatan terbaik dalam memastikan keselamatan pengguna dan
masyarakat terjamin. Perkara ini secara tidak langsung mereka dapat menjalankan aktiviti dalam
keadaan yang selamat dan terjamin. Beberapa amalan positif dalam pengurusan risiko di bincangkan
dan menjurus kepada perkaitan teori-teori pengurusan risiko. Antara amalan-amalan tersebut ialah
proses pemeriksaan, prosedur penyelenggaraan, kakitangan pengurusan, pelan kecemasan, reka
bentuk kemudahan, pengurusan program, maklumat pengguna dan juga polisi insuran.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

Proses Pemeriksaan

Proses pemeriksaan merupakan kunci utama dalam menguruskan dan mengurangkan risiko
berlakunya kecederaan dan kemalangan (Sekendiz 2011). Dalam konteks kajian ini, proses
pemeriksaan yang bersistematik oleh kakitangan yang bertugas dapat membantu mengelakkan dari
berlakunya kecederaan dan kemalangan terhadap pengguna kemudahan sukan dan rekreasi.
Pemeriksaan dan penyelenggaraan adalah perlu jika sekiranya ada kerosakan atau sebarang tanda
dapat dikesan yang mana akan mendatangkan kerosakan dan kecacatan. Jika proses ini tidak
dijalankan atau dilaksanakan akan menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti
kemalangan, kerosakan dan seumpamanya sama ada untuk tempoh jangka masa panjang atau
sebaliknya (Shahrul Bazlin 2003). Manakala Miller & Gary (2003) dalam penyelidikan berkaitan amalan
pengurusan risiko aktiviti pendidikan jasmani menjelaskan bahawa pengurusan yang sempurna dalam
setiap program dapat memberi kesan yang positif kepada diri pengguna tetapi jika sebaliknya akan
berisiko mengalami kecederaan. Bagi Bucher & Krotec (2002), alatan dan kemudahan harus di periksa
dan dipastikan agar berada dalam keadaan yang baik, jika rosak perlu di baiki atau digantikan dengan
yang baharu bagi menjaga kualiti perkhidmatan di kemudahan. Menurut Gulhane (2014) kemudahan
dan peralatan seharusnya menarik, mudah serta ekonomi dari aspek penyelenggaraannya agar dapat
menarik minat pengguna untuk menjalankan aktiviti dengan lebih bermotivasi.

Prosedur Penyelenggaraan

Penyelenggaraan merupakan aspek yang penting berkaitan pengurusan kemudahan sukan dan
rekreasi. Proses kerja ini dilakukan bagi memelihara peralatan dan juga kemudahan dalam keadaan
yang baik (Richard Hsio 2005). Dalam konteks kajian ini, penyelenggaraan merujuk kepada kerja-kerja
yang dijalankan bagi membaiki dan juga membetulkan kemudahan dan peralatan yang rosak agar
dapat digunakan dan berfungsi dengan baik. Proses penyelenggaraan perlu di ketahui dan difahami
agar dapat mengenal pasti setiap ciri-ciri dan sifat-sifat kerosakan bagi menentukan sistem
penyelenggaraan yang sesuai, pihak yang layak menjalankan penyelenggaraan dan seterusnya
menganalisis proses penyelenggaraan tersebut (Shahrul Bazlin 2003). Menurut Brown (1996), dalam
menjalankan penyelenggaraan organisasi perlu mempunyai kakitangan yang efektif, latihan yang
berkesan, jadual yang tersusun di rancang, kewangan yang mencukupi dan rekod yang lengkap.
Perkara ini perlu diambil kira bagi mencapai matlamat dalam memberi perkhidmatan yang sentiasa
menepati masa, penyelenggaraan yang berkualiti dan berupaya memastikan kemudahan kelas
pertama dalam semua aspek pada setiap masa. Disokong pula oleh Leong (2004), menjelaskan bahawa
bagi memenuhi keperluan penyelenggaraan pihak pengurusan perlu mempunyai pengetahuan yang
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

lengkap mengenai aset, terutamanya tentang keadaan aset dan prestasi perkhidmatan yang diberikan
agar kualiti penyelenggaraan di tahap yang terbaik.

Kakitangan Pengurusan

Kakitangan merupakan sumber manusia yang bekerja di sesebuah organisasi dalam pelbagai tingkat
pengurusan. Dalam konteks kajian ini, kakitangan merujuk kepada kakitangan yang bekerja di
kemudahan kompleks JBS negeri dan Kompleks Rakan Muda di Malaysia. Pekerja yang cekap,
dipercayai dan bertanggungjawab tentang skop kerja serta tugasnya akan dapat membantu organisasi
meningkatkan prestasinya (Kristin 2005). Kakitangan yang berpengalaman dan mempunyai ilmu
pengetahuan yang jelas tentang skop kerjanya dapat membantu organisasi meminimumkan risiko
yang ada. Menurut Dave (2006), alatan utama yang paling besar dalam meminimumkan risiko ialah
memastikan kakitangan yang ada sentiasa menerima arahan dan maklumat yang terkini dalam
menangani risiko. Kakitangan yang telah dilatih dengan baik dapat membantu dan menjaga organisasi
daripada masalah dengan membantu memantau kerja-kerja seperti proses pembinaan kemudahan,
masalah keselamatan bangunan dan memberi laporan kepada majikan jika terdapat sebarang
masalah. Pemantauan awal seperti ini dapat membantu organisasi daripada dikenakan tindakan
undang-undang jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini kerana maklumat awal telah
diperoleh daripada kakitangan.

Pelan Kecemasan

Pelan tindakan kecemasan atau pelan kecemasan adalah merupakan satu sistem di mana jika berlaku
sesuatu kemalangan atau bencana kakitangan yang bertanggungjawab dapat melaksanakan tindakan
mengikut sistem dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan (Alzamani Mohammad 2008). Dalam
kajian ini, pelan kecemasan merujuk kepada kaedah atau sistem yang digunakan oleh kakitangan di
kemudahan sukan dan rekreasi jika berlaku kemalangan yang melibatkan pengguna. Menurut
Anderson, Ronald, Douglas & Todd (2002), pelan kecemasan perlu dibangunkan oleh kakitangan
organisasi atau institusi dengan mengambil kira keperluan dari agensi kecemasan setempat.
Komponen pelan kecemasan termasuk mengenal pasti kakitangan yang terlibat, spesifikasi peralatan
yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap kecemasan, dan penubuhan sistem komunikasi bagi
menghubungi jika berlaku kecemasan. Pelan kecemasan perlu di semak dan di kemas kini setiap tahun
dengan dokumentasi bertulis. Pelan ini harus mengenal pasti tanggungjawab untuk dokumentasi
tindakan yang diambil semasa kecemasan, penilaian tindak balas kecemasan, latihan kakitangan
institusi dan juga berkaitan alatan serta kemudahan.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

Rekabentuk Kemudahan

Dalam konteks kajian ini, reka bentuk kemudahan adalah berkaitan dengan kemudahan yang
disediakan adakah ianya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi
yang bertanggungjawab. Ianya juga berkaitan dengan penempatan kemudahan sukan dan rekreasi itu
di tempatkan. Menurut Dave (2002), pelbagai undang-undang negeri, definisi mahkamah, dan tafsiran
menentukan kecacatan pembinaan dan umumnya kecacatan reka bentuk kemudahan ini dapat di
bahagikan kepada empat kategori iaitu kekurangan reka bentuk, kekurangan bahan dalam
pembinaan, kelemahan dalam pembinaan dan masalah permukaan lantai. Menurut Fred, Jeffrey,
Sonya & Derek (2008), arkitek, jurutera dan perunding telah mula mengamalkan tanggungjawab sosial
dengan menggabungkan konsep reka bentuk kemudahan yang baik dan kepentingan teknologi bagi
projek-projek pelanggan mereka dan secara tidak langsung sukan dan rekreasi profesional boleh
mendapat manfaat dengan mendapat yang sewajarnya. Kesemua aspek ini perlu di beri perhatian oleh
pihak pengurusan dalam menyediakan sesuatu kemudahan agar tiada tindakan mahkamah jika
berlaku sebarang perkara yang tidak diingini berkaitan keselamatan di kemudahan sukan dan rekreasi.
Dalam kes Marshbaum v Loose Fit Pty Ltd and Anor (2011) di South Wales, Australia, pihak plaintif
mendakwa bahawa beliau telah turun dari tangga di pusat kecergasan yang dikendalikan oleh Loose
Fit Pty Ltd, beliau jatuh dan mengalami kecederaan di bahu kirinya. Butiran ini adalah akibat daripada
kecuaian dan perlanggaran tanggungjawab penjagaan yang telah dijalankan oleh pihak Loose Fit
kerana tidak menyediakan susur tangan yang dipasang pada anak tangga tersebut. Manakala dalam
kes Mannone v Holiday Health Clubs and Fitness Centres, Inc (1992), pihak plaintif telah cedera
disebabkan oleh alat latihan bebanan. Pihak plaintif membuat beberapa tuntutan kecuaian seperti
tidak menyediakan ruang aktiviti latihan bebanan secukupnya, tidak memberi arahan yang sepatutnya
tentang penggunaan alatan dan kakitangan yang membuat penyeliaan tidak mencukupi, kurang
kemahiran dan tidak berkelayakan. Kes-kes seperti ini sememangnya berlaku dan pihak pengurusan
tidak boleh mengambil mudah tentang keselamatan pengguna.

Pengurusan Program

Elemen pengurusan program merupakan antara faktor yang mempengaruhi seseorang individu
menyertai aktiviti-aktiviti yang di anjurkan. Dalam konteks kajian ini, program membawa maksud apa
sahaja program yang di anjurkan di kemudahan sukan akan memberi implikasi positif kepada
pengguna dan juga individu. Kelemahan dalam pengurusan program akan memberi pelbagai implikasi
yang negatif terhadap program yang dijalankan. Menurut Rozhan Othman (2001), pengurusan
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

program yang baik dapat meningkatkan kualiti organisasi dari aspek pengurusan. Kecekapan
pengurusan merupakan satu prasyarat dalam memastikan kejayaan sesuatu program.

Maklumat Pengguna

Dalam konteks kajian ini, maklumat pengguna adalah merujuk kepada pengisian maklumat peribadi
pengguna sebelum menggunakan sebarang kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan. Pihak
pengurusan juga menyediakan borang pelepasan tanggungan untuk di isi oleh pengguna sebelum
menggunakan kemudahan yang telah disediakan bagi mengelakkan tindakan insurans dan sebagainya.
Borang pelepasan tanggungan (Waiver and liability form) ini sememangnya diguna pakai bagi
memindahkan liabiliti organisasi kepada pihak insurans. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan
tidak boleh ambil mudah jika berlaku sesuatu kecederaan kepada pengguna jika diakibatkan oleh
kecuaian daripada pihak pengurusan kemudahan. Namun borang maklumat ini digunakan bagi
mengurangkan kos kerugian organisasi jika berlaku tuntutan kerugian daripada plaintif. Borang
pelepasan tanggungjawab ini perlu jelas dan juga sebelum di gunakan perlu dirujuk kepada peguam
yang pakar. Dalam kes Belna Pty Ltd v Irwin (2009), borang pelepasan tanggungjawab yang digunakan
adalah tidak lengkap dan pihak mahkamah menolak hujah yang telah dikemukakan oleh pihak Belna
Pty Ltd. Menurut Noe (2009), kakitangan yang cekap dan serba boleh seharusnya didedahkan dengan
maklumat yang tepat secara berterusan supaya dapat menyempurnakan segala arahan dan kerja yang
telah diberikan oleh pengurusan.

Polisi Insurans

Polisi insurans adalah dokumen yang mengandungi kontrak insurans dan ianya mengandungi
rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat sesuatu
keputusan atau tindakan. Dalam kajian ini, polisi insurans merujuk kepada amalan pendaftaran polisi
insurans sebelum sesuatu aktiviti dijalankan sama ada terhadap kakitangan mahupun pengguna
kemudahan sukan dan rekreasi. Polisi insurans amat penting sama ada kepada peserta mahupun pihak
pengurusan. Menurut Australian Sport Commission (2002), implementasi rawatan dan pencegahan
yang terbaik dalam menangani risiko adalah pembelian polisi insurans yang bersesuaian dengan
aktiviti atau program yang dianjurkan. Polisi insurans merupakan salah satu kaedah mengalihkan
liabiliti pihak pengurusan kepada pihak insurans. Perkara ini sememangnya dapat membantu pihak
pengurusan daripada menanggung kerugian yang besar jika terpaksa membayar kerugian akibat
daripada kecuaian yang tidak di jangka.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

KESIMPULAN

Melalui penerangan ini, amatlah jelas bahawa amalan pengurusan risiko mampu memberi pelbagai
kesan yang positif kepada kualiti dan kesejahteraan masyarakat melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
Keselamatan sememangnya merupakan hak setiap individu untuk berasa selamat tanpa ada rasa was-
was ketika menjalankan aktiviti dan juga dalam kehidupan seharian. Aspek keselamatan ini
diterjemahkan kepada sesuatu yang lebih sistematik dan terancang melalui amalan pengurusan risiko.
Pengurusan risiko sememangnya amat penting dalam kehidupan seharian dan terutamanya dalam
menguruskan kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi. Kelemahan daripada aspek pengurusan
risiko akan mengakibatkan implikasi yang buruk dan negatif terhadap organisasi. Menurut Ali dan Carl
(2002), pengurusan risiko yang sempurna dapat mengurangkan kos organisasi dan pada masa yang
sama memberi kelebihan yang positif kepada organisasi dari kaca mata pengguna. Amalan
pengurusan risiko yang baik dan berkualiti merupakan nadi utama kepada pihak pengurusan.
Pengurusan risiko yang berkesan perlulah mengambil kira kesemua elemen amalan asas yang perlu
agar lebih sistematik dan terurus. Persekitaran yang kondusif dapat diwujudkan jika kesemua elemen
amalan pengurusan risiko diterapkan dan sekali gus pengguna akan rasa selamat dan selesa sepanjang
menjalankan aktiviti.

RUJUKAN

Ali Fatemi, & Carl Luft. 2002. Corporate risk management costs and benefits. Global Finance Journal

Alzamani Mohammad Idrose. 2008. Pelan Tindakan kecemasan dan Bencana HKL 2008 (pp. 1–169).
Kuala Lumpur.

Anderson, J. C, Ronald, W. C, Douglas, M. K & Todd, A. M. 2002. National Athletics Trainers


Association Position Statement: Emergency Planning in Athletics. Journal of Athletics Training
1: 99-104.

Appenzeller, H. 2005. Risk Management in Sport Issues and Strategies (2nd ed). Durham: Carolina
Academic Press.

Australian Sports Commission. 2002. Risk Management for Directors and Board members of National
Sporting Organizations (pp. 1-55), Standards Australia International.

Belna Pty Limited v Irwin (2009) NSWCA 46

Berlonghi, Alexander. 1990. The Special Event Risk Management Manual. Dana Point: Alexander
Berlonghi.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

Brown, D.W. 1996. Facility Maintenance-The Managers Practical Guide and Handbooks. New York:
American Management Association.

Clement, A. 2004. Law in Sport and Physical Activity. (3rd ed). Dania: Sport and Law Press.

Dave Seitter. 2006. Managing risk through employee training. Proquest Education Journal 100(6):74-
76.

DiMartino, T. J. & Sandwith, C. J. 2009. Proper care, maintenance, and inspection of climbing ropes
to reduce degradation and help determine when to retire them. Proceedings OCEANS 2009,
MTS/IEEE Biloxi-Marine Technology for Our Future, hlm. 1-8.

Eriksson Zetterquist, U. 2010. Risk and Organizing: The Growth of a Research Field. UK: Edward Elgar
Publishing Limited.

Erten, S. 2008. Insight to Ecocentric, Antrhropocentric and Antipathetic Attitudes Towards


Environment in Diverse Cultures. Eurasian Journal of Educational Research. 33: 141-156.

Fred Gibson, Jeffrey Lloyd, Sonya Bain & Derek Hottel. 2008. Green Design and Sustainability in Sport
and Recreation Facilities. The Smart Journal 4: 26-33.

Fried, G. 1999. Safe At First: A Guide to Help Sport Administrators Reduce Their Liability. Durham:
Carolina Academic Press.

Gulhane, T. F. 2014. Need for advanced facilities and equipment in physical education colleges.
Journal of Sport and Physical Education 1(6): 48-49.

Head, G. & Horn, S. 1991. Essentials of Risk Management. Malvern: Insurance Institute of America.

Hill, A. 2012. Developing approaches to outdoor education that promote sustainability education.
Australian Journal of Outdoor Education, 16(1): 15–27.

Hopkin, P. 2010. Fundamental of Risk Management. London: Kogan Page Limited.

Hollnagel, E. & Goteman, Ö. (2004). The functional resonance accident model. Cognitive Systems
Engineering in Process Control, November 4-5, Sendai, Japan.

Ikmalhisham Daroji & Chia Chiow Ming. 2012. Pendidikan Luar. Puchong: Penerbitan Multimedia.

Jamliah Abdullah. 2014. MBPJ di rayu baiki kemudahan taman permainan. Utusan Malaysia, 20
Ogos: 19

Kaiser, R. A. 1986. Liability and Law in Recreation, Parks, and Sports. Englewood Cliffs: Prentice-Hall.

Kristin, L. S. 2005. The Effect of Supervisor's Trust of Subordinates and Their Organization on Job
Satisfaction and Organizational Commitment. International Journal of Leadership Studies 1: 86-
101.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

Leong, K. C. 2004. The Essence of Good Facility Management: A Guide to Maximization of Facility
Assets Economic Life and Assets Optimization for Reliable Services and Users Satisfaction.
Buletin Ingenieur 24: 7-19.

Loose Fit Pty Limited v Marshbaum & Ors [2011] NSWCA 372

Mannone v Holiday Health Clubs and Fitness Centers (1992) 92 CV 0707

Mawarni Mohamed, Mohd Sofian Omar Fauzee, Lee Teik Soon, Zarina Jusoh & Rosli Jamil Ahmad
Zainudin. 2006. Persepsi Guru Sukan Terhadap Aspek Keselamatan dalam Program Sukan.
Asian Journal of University Education 2(2): 1–20.

McKenzie, M. 2000. How are adventure education program outcomes achieved?: A review of the
literature. Australian Journal of Outdoor Education 5(1): 19–28.

Md Amin Md Taff. 2012. Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan (2nd ed.). Tanjung Malim: Penerbit
UPSI.

Miller, J.J & Gary, J. 2003. Risk management practices of university physical education activity
supervisors. Journal of Legal Aspects 12(2): 117-13

Mulrooney, A.L. & Farmer, P.J. 1998. Law for Physical Educators & Coaches (2nd ed.). Ohio: Publishing
Horizons.

Paul F. Thomas. 2012. Recreational Boating Statistics. Washington: Washington Publisher.

Richard Hsio. 2005. Analysis of Risk management Practices and Litigation Status in Aquatic Centers.
Tesis Ph.D. University of Florida.

Razhan Othman. 2001. Pelaksanaan program pengurusan kualiti. Jurnal Pengurusan. 20: 111-124.

Sekendiz, B. 2011. An Investigation of Risk Management Practices In The Health and Fitness Facilities
in Queensland. Tesis Ph.D. University of Bond.

Sharp, L. A., Moorman, A. M. & Claussen, C. L. 2010. Use of Waivers and Exculpatory Clauses: Sport
Law: A Managerial Approach 2nd edition. United States: Holcomb Hathaway Publishers.

Shemwell, D.J., Yavas, U. & Bilgin, Z. 1998. Customer service provider relationships: An empirical test
of a model of service quality, satisfaction and relationship oriented outcome. International
Journal of Service Industry Management 9: 155-168.

Shahrul Bazlin. 2003. Sistem penyelenggaraan bangunan yang dijalankan di Malaysia. Tesis Sarjana,
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia.

Sureshchandar, G.S., Rahendran, C. & Anantharaman, R.N. 2002. The relationship between service
quality and customer satisfaction: A factor spesific approach. Journal of Service Marketing 16(4):
363-379.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015
7-8 Oktober 2015, Malaysia

Van der Smissen, B. 1990. Legal Liability and Risk Management Entities. Cincinnati: Anderson
Publishing Co.

View publication stats

You might also like