Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN KOIR

SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH RENDAH


ANJURAN SMK BELAGA

1. PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan


aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya
gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan


sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi,
estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai
penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri,
penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri
yang tinggi.

Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekali gus membina
keyakinan kental dalam diri.

2. LATAR BELAKANG

Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan


aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan
lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan
perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah
mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang
agak singkat.

3. MATLAMAT

Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan


dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang
mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

4. OBJEKTIF

4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik


pelajar.

4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui


persembahan.
4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.

4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.

4.5 Memperkembangkan bakat pelajar.

5. PELAKSANAAN

5.1 TARIKH PERTANDINGAN

5.1.1 HARI : 19 SEPTEMBER 2019


WAKTU : 7.30 MALAM – 10.00 MALAM

5.2 PENYERTAAN

5.2.1 Terbuka kepada semua semua ahli kelab dan persatuan


SMK BELAGA dan SK Abun Matu

5.2.2 Hanya satu pasukan sahaja mewakili setiap kelab dan


persatuan .

5.3 ANGGARAN PENGLIBATAN & PENYERTAAN KELAB DAN


PERSATUAN.

BIL KATEGORI JUMLAH MURID


KELAB DAN
1 20 KE 30 ORANG MAKSIMUM
PERSATUAN
SEKOLAH
2 20 KE 30 ORANG MAKSIMUM
RENDAH

6. JENIS KOIR

Sesebuah pasukan koir terdiri daripada koir suara campuran (mixed voice
choir) atau koir suara lelaki/perempuan sahaja (male/female voice choir).

7. AHLI PASUKAN KOIR

7.1 Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah tidak melebihi
30 orang sahaja (termasuk konduktor dan pemain muzik iringan
dan Pembantu Pemuzik).
8. LAGU

8.1 Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu


atau sebuah lagu + satu medley.

8.1.1 Lagu Pertama/ Kedua:Dalam BAHASA INGGERIS Sahaja

8.2 Lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak tersenarai dalam lagu-


lagu yang diharamkan oleh pihak berkuasa negara ini.

8.3 Jangka masa persembahan bagi setiap pasukan hendaklah tidak


melebihi 8 minit.

9. MUZIK IRINGAN (Accompaniment)

9.1 Hanya minus one sahaja dibenarkan

10. PAKAIAN

Pakaian ahli koir, konduktor dan pemain muzik iringan hendaklah


bersesuaian dan sopan.

11. PERMARKAHAN

11.1 Harmoni : 40 markah

11.2 Dinamik : 20 markah

11.3 Intonasi
(tone colour/pitching) : 10 markah

11.4 Imbangan : 10 markah

11.5 Attack/Release : 10 markah


(Tempo/stabiliti)

11.6 Sebutan : 5 markah

11.7 Ketrampilan : 5 markah


14. Perancangan Hadiah & Sijil Pertandingan & Cenderamata

Bil Kategori Anugerah Jenis Perincian


Johan HAMPER Hamper buku berserta Sijil
BUKU Pencapaian
Sekolah Naib Johan HAMPER Hamper buku berserta Sijil
1
Menengah BUKU Pencapaian
Ketiga HAMPER Hamper buku berserta Sijil
BUKU Pencapaian
Johan HAMPER Hamper buku berserta Sijil
BUKU Pencapaian
Sekolah Naib Johan HAMPER Hamper buku berserta Sijil
3
Rendah BUKU Pencapaian
Ketiga HAMPER Hamper buku berserta Sijil
BUKU Pencapaian
SENARAI PESERTA PERTANDINGAN KOIR
KOKURIA SMK BELAGA

BIL KELAB PERSATUAN GABUNGAN UNTUK


PERTANDINGAN KOIR KOKURIA
1 BM & KELAB KOIR
2 ISCF
3 KEBUDAYAAN SETIAP
4 PECINTA ALAM DAN BI PASUKAN
5 SAINS DAN SPBT
6 GEOGRAFI , KERJAYA DAN MORAL HENDAKLAH
7 SEJARAH DAN SENI MENYEDIAKAN
8 ISLAM, INOVASI DAN RUKUN NEGARA
9 MATEMATIK, PENGERAK DIGITAL DAN DUA LAGU

KOPERASI BAHASA
10 PASUKAN JEMPUTAN SK ABUN MATU INGGERIS
BELAGA UNTUK
PERTANDINGAN KOIR. LAGU MINUS ONE HENDAKLAH DISEDIAKAN
OLEH PASUKAN MASING-MASING

 DAPATKAN BORANG PENYERTAAN DARIPADA CIKGU JENNY UGAT.

DISEDIAKAN OLEH :

________________
( HERMAN SANI )

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN KOIR KOKURIA.

NAMA PERSATUAN/ KELAB


JUMLAH AHLI
NAMA PENGURUS
NAMA KONDUKTOR
BIL NAMA KELAS
DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

________________ ________________
( ) ( )

You might also like