Professional Documents
Culture Documents
Maklumat Tambahan Permarkahan PAJSK Sekolah Rendah Dan Menengah PDF
Maklumat Tambahan Permarkahan PAJSK Sekolah Rendah Dan Menengah PDF
MAKLUMAT TAMBAHAN
PEMARKAHAN PAJSK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
1
2.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Kebangsaan:
2.1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui BKK dan BS, KPM
2.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK dan BS, KPM.
Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negeri (3 buah sekolah dari setiap negeri)
TIDAK termasuk tuan rumah. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak sama atau bertindan dengan
aktiviti yang dikelolakan oleh KPM bagi tahun semasa. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai keturunan
kaum
2.3. Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak sekolah tanpa kelulusan BKK dan BS, KPM adalah dikira
markah penyertaan peringkat sekolah sahaja.
2.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak
menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
2.5. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain di KPM selain BKK dan BS dianggap sebagai kelulusan untuk
menjalankan program sahaja. Bagi tujuan pengiktirafan diminta merujuk kepada BKK dan BS.
3.1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Jabatan
Pendidikan Negeri.
3.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 Daerah (sekurang-kurangnya 3
buah sekolah bagi setiap daerah) TIDAK termasuk tuan rumah. Bagi negeri yang tiada daerah
2
pengelolaan hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 10 buah sekolah. Penyertaan mestilah melibatkan
pelbagai keturunan kaum. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dengan aktiviti yang
dikelolakan oleh JPN bagi tahun semasa.
3.3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh diiktiraf sebagai program peringkat negeri dengan
syarat melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah dari 3 daerah dan mendapat kebenaran daripada
Pengarah Pendidikan Negeri. Kos tidak melibatkan JPN dan PPD.
3.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati
tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
4.1 Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan serta diurus sepenuhnya oleh Pejabat
Pelajaran Daerah.
4.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pejabat Pelajaran
Daerah. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 5 sekolah
4.3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan Pejabat
Pelajaran Daerah adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah sahaja.
4.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak
menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
3
5.0. HURAIAN PEMBERIAN MARKAH
4
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
5
Huraian/ penjelasan
Bil. Isu/ Perkara berbangkit
5.4. Pengujian secara terus (On-Line Assessment) Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah
bagi program Ko-Akademik kokurikulum, kerana:
Penglibatan murid-murid dalam Kuiz Matematik i. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran Bahagian
dan seumpamanya, secara individu berbayar Kokurikulum dan Kesenian/KPM.
(Peringkat Antarabangsa)
ii. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan mempunyai
Contoh: kemudahan IT.
i. International Competititions and iii. Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak jelas dan
Assessments for School), tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan diragui.
Penganjur: Educational Assessment
iv. Tidak diketahui siapa penganjur di peringkat kebangsaan dan
Australia, The University of New
bertanggungjawab bagi sebarang perkara berbangkit.
South Wales, Sydney, Australia
v. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi
ii. “Essay writing”/Penulisan
pemilihan calon berbanding ”Aktiviti Olimpiad” Sains dan
sajak/pertandingan melukis /cipta
Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Kokurikulum dan
laman blog
Kesenian, KPM.
iii. Skor A
vi. Taraf penglibatan dan pencapaian di peringkat sekolah
5.5. Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan i. Sebarang kelulusan aktiviti dan pengiktirafan perlu mendapat
kelulusan BKK, KPM
i. Kebangsaan
ii. Pengiktirafan hanya akan diberi selepas sesuatu program itu
ii. Antarabangsa
selesai dijalankan dan laporan dihantar ke BKK, KPM
6
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
5.6. Pemarkahan Aktiviti Olimpiad / Kuiz seperti: i. Peringkat pertama yang dijalankan di sekolah dikira sebagai
khidmat sumbangan peringkat sekolah (10 markah).
i. International Mathematics Olympiad (IMO)
ii. Peringkat kedua, peserta dipanggil oleh BKK KPM untuk
ii. International Physics Olympiad (IPHO)
menghadiri kem latihan peringkat kebangsaan layak mendapat
iii. International Junior Science Olympiad markah penyertaan peringkat kebangsaan (17 markah) dan
(IJSO) markah pencapaian sekiranya berjaya.
iv. National Science Challenge iii. Peserta yang terpilih untuk mewakili Negara ke peringkat
v. Kuiz Kimia Kebangsaan antarabangsa layak untuk mendapat markah penyertaan
peringkat antarabangsa (20 markah) dan markah pencapaian
sekiranya berjaya.
5.8. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian
berkaitan dengan Agensi Bukan Kerajaan (NGO), Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan
contoh aktiviti: Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan).
Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.
i. Khidmat Masyarakat – Highway Duty
Peringkat penglibatan :
ii. Perkhemahan
a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah
iii. Pertandingan Kawad Kaki
b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri
iv. Pertandingan Seni Bela Diri
c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan
Sekiranya penglibatan tanpa kelulusan KPM/JPN/PPD – markah
penglibatan dan pencapaian tidak dikira.
7
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
5.9. Penglibatan murid-murid dalam pertubuhan Sekiranya aktiviti yang dianjurkan mendapat kelulusan daripada
yang tidak terdapat/tidak berdaftar di sekolah KPM/JPN/PPD maka markah Penglibatan dan Pencapaian murid boleh
diambil kira walaupun aktiviti tersebut tidak tersenarai di peringkat
sekolah.
5.10. Penglibatan murid dalam aktiviti yang berkaitan Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian
dengan Agensi Kerajaan (GO), contoh: Pendidikan Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran
Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan).
i. Sambutan Hari Kor Kadet Polis
Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.
ii. Festival Kebudayaan
Peringkat penglibatan :
iii. Hari Kebangsaan
a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah
iv. Hari Pahlawan
b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri
v. Hari Koperasi
c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan
vi. Larian Bomba
vii. Hari Belia Kebangsaan
5.11. Aktiviti yang berkaitan dengan pihak Istana Semua aktiviti yang melibatkan Institusi Raja dan Setiausaha Kerajaan
dan Kerajaan Negeri Negeri perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri
dan dikira sebagai penglibatan peringkat negeri.
8
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
5.12. Aktiviti Khidmat Masyarakat (Ekstra Kurikulum) Sebagai kawalan pihak sekolah diminta membuat verifikasi dengan
maklumat seperti berikut:
i. Aktiviti Kejiranan/Komuniti
a. Nama aktiviti
ii. Aktiviti Alam Sekitar
b. Rekod kehadiran / penglibatan
iii. Aktiviti Bencana Alam
c. Ulasan pencapaian / hasil
iv. Aktiviti Khidmat Jabatan/Agensi
d. Pengesahan dan perakuan
v. Aktiviti Kebudayaan/ Kesenian/Integrasi
# Aktiviti Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan dalam aktiviti
vi. Aktiviti Kerohanian
sedia ada seperti Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan
vii. Aktiviti Insaniah Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan tidak dikira
# Pengenalan Khidmat Masyarakat sebagai Ekstra Kurikulum
Sebagai Syarat Graduat Pendidkan
Menengah
Disediakan oleh: