Surat Pelepasan Kelas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TATAU

KM 60 Jalan Bintulu - Sibu


97200 Tatau, Bintulu
Sarawak.
Tel : 086 - 584616
Faks : 086 - 584251
E-mel: smktatau97200@gmail.com

Kepada,

Penolong Kanan Sesi Petang , Tarikh : 11 September 2019


SMK Tatau, 97200, Tatau,
Sarawak.

UP: Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum

Tuan,

KEBENARAN PENGECUALIAN MENGIKUTI SESI PDPC UNTUK MENJALANI LATIHAN KAWAD KAKI
SEMPENA HARI KOR KADET POLIS SMK TATAU
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Pasukan Kor Kadet Polis SMK Tatau akan mengadakan Majlis Sempena Hari Kor
Kadet Polis pada 25 September 2019, Rabu. Majlis tersebut akan melibatkan IPD Cawangan Tatau, semua anggota
Kadet Polis Sekolah dan guru-guru pembimbing.

3. Sehubungan dengan perkara tersebut, Pasukan Kor Kadet Polis akan mengadakan latihan kawad kaki
sempena Hari Kor Kadet Polis yang akan diadakan. Ketetapan adalah seperti berikut:
Tarikh : 11 – 24 September 2019
Masa : 2.30 – 5.00 Petang
Tempat : Dewan Terbuka, SMK Tatau
Senarai Nama Pelajar : Rujuk Lampiran

4. Besar harapan pihak kami atas keprihatinan yang diberikan oleh pihak tuan. Segala kerjasama didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

-----------------------------
Nurazwarin binti Seman
Guru Pembimbing Kor Kadet Polis,
SMK Tatau.

You might also like