Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SULIT

MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI PERAK


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SUBJEK : BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Nama Murid : ____________________________________________________________________________

Kelas : ____________________________________________________________________________

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


PEPERIKSAAN PENGESANAN SATU – TAHUN 2016

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011


Januari 2016
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawaban objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.


Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 2 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Satu

011 © 2016 Hak Cipta Haji Md. Ramli Sabran (HMRS/GCBM/KPM) [Lihat halaman
sebelah
SULIT

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Haironi tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang menunaikan
umrah di Tanah Suci.
A kami
B kalian
C beliau
D mereka

2 “________ telah mengarahkan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan


Selat Melaka,” kata Temenggung kepada baginda sultan.
A Beta
B Patik
C Hamba
D Tuanku

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diamalkan oleh penenun-penenun


songket terutamanya di Terengganu.
A menekat
B menenun
C menyulam
D menganyam

4 Abang ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka
silang kata itu.
A memerah
B mengilap

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 3 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Satu

C menerjah
D mencanai

5 Pasukan bola sepak sekolahnya gigih menjalani latihan. ________, mereka gagal menjuarai
pertandingan itu.
A Setelah itu
B Kalau begitu
C Tambahan pula
D Namun demikian

6 Pegawai kesihatan ________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam
kalangan penduduk di taman itu.
A terhebat
B kehebatan
C memperhebat
D memperhebatkan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Albert Lee belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
A tekun
B cakna
C bernas
D hikmah

8 Suara Muhammad Redzuan ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang
tidur lena.
A lunak
B garau
C manja
D nyaring

9 Dua buah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai
sukan yang bertugas.
A atas
B bawah

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 4 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Satu

C tengah
D belakang

10 Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada
waktu malam.
A bari-bari
B obor-obor
C sibur-sibur
D Kunang-kunang

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Mak Cik Siti menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut sebelum diserahkan
kepada pelanggannya.
A bilah
B berkas
C batang
D rumpun

12 “Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,”
pesan Puan Zuraini kepada anak gadisnya.
A tutur kata
B tutur nista
C tutur bicara
D tutur bahasa

Soalan 13
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13 I Kerbau menarik bentang yang berisi peti-peti ikan di tepi Pantai Beserah.
II Abang Aidil diminta bentang permaidani yang baru dibeli itu di ruang tamu.
III Bentang kertas kerja projek belia itu akan disampaikan oleh pengerusinya sendiri.
IV Kawasan hutan yang luas bentang itu dipenuhi oleh pelbagai spesies flora dan fauna.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 5 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Satu

D I dan IV

Soalan 14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 “Lemang dan rendang kambing yang dihidangkan oleh nenek ini enak sungguh,” kata adik
kepada kakak.
A Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang kambing masakan nenek yang
sungguh enak.
B Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang kambing yang telah
disajikan oleh nenek.
C Adik diberitahu tentang keenakan lemang dan rendang kambing yang dimasak oleh
nenek dan kakak mereka.
D Adik dan kakak diberitahu tentang kepandaian nenek membuat lemang dan rendang
kambing yang sangat enak.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Encik Nordin singgah di kedai itu untuk membeli sekilogram kayu arang.
B Batu arang merupakan antara bahan bakar yang penting pada masa dahulu.
C Seri Rampai Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan tradisional Melayu.
D Amalina suka mendengar koleksi lagu-lagu nyanyian seniman agung P. Ramlee.

16 I Cik Elissa menghiasi mukanya supaya lebih kelihatan cantik dan ceria.
II Hujan yang mula melebat menyebabkan kawasan rendah itu ditenggelami air.
III Mukanya berkerut cemas sambil menajam matanya memandang kepada budak itu.
IV Perajurit kita sanggup berkorban nyawa demi untuk mempertahankan negara tercinta.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 6 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Satu

Soalan 17 hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SABTU
10 OKTOBER 2015

7:00 pagi
Kami bersiap-siap untuk pergi ke Tanah Tinggi Genting. Ayah membawa kami bercuti hujung
minggu sempena meraikan ulang tahun hari kelahiran saya yang ke-12 pada hari berikutnya.
Perjalanan ke Tanah Tinggi Genting melalui pekan Bidor, Tanjung Malim, dan Batang Kali.
Kami berhenti seketika di pekan Bidor untuk mengisi minyak kereta, selepas itu kami
meneruskan perjalanan kami ke Tanjung Malim. Kami berhenti sekali lagi untuk riadah, berehat
seketika serta minum pagi di sebuah restoran yang terletak berhampiran Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI).

12:00 tengah hari


Kami sampai di Tanah Tinggi Genting. Ayah terus memandu kereta ke Hotel Purnama. Ayah dan
ibu pergi ke kaunter khidmat pelanggan sementara saya dan adik melihat-lihat dan meninjau
kawasan sekitar. Udara yang dingin menyegarkan suasana. Kami membawa beg pakaian ke bilik
penginapan yang ditempah oleh ayah. Kami berehat sambil menikmati makanan yang kami beli
semasa singgah di pekan Tanjung Malim.

5:00 petang
Saya dan keluarga bersiar-siar di sekitar kawasan tempat kami menginap. Saya mengajak adik
mandi-manda di kawasan taman tema air mini yang disediakan oleh pihak hotel. Ayah dan ibu
mengawasi kami sambil minum di restoran yang berdekatan dengan taman tema air mini itu.

8:00 malam
Ayah mengajak kami menjamu selera di Cafe Purnama. Semasa makan, kami telah dihiburkan
oleh persembahan muzikal oleh sekumpulan pemain muzik ghazal. Selesai makan malam, kami
bersiar-siar di lobi hotel untuk menyaksikan pameran orkid. Pelbagai jenis bunga orkid
dipamerkan di ruang legar tersebut, ibu berkesempatan membeli tiga pasu orkid untuk
menambah koleksi bunga di taman mini di tepi rumah kami.
Selepas itu, kami balik ke bilik hotel. Saya dan adik menonton televisyen. Setelah selesai
menonton televisyen, ayah dan ibu menyuruh kami tidur kerana esok merupakan hari yang padat
dengan atur cara lawatan. Kami tidur lena kerana suasana nyaman di kawasan pergunungan.

17 Bilakah keluarga penulis meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya?


A 9 Oktober 2015
B 10 Oktober 2015
C 11 Oktober 2015

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 7 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Satu

D 12 Oktober 2015

18 Apakah aktiviti pertama yang dilakukan oleh penulis semasa bercuti Tanah Tinggi Genting
bersama-sama keluarganya?
A Makan sambil mendengar muzik.
B Membeli orkid di ruang legar hotel.
C Bermain di Taman Rekreasi Genting.
D Mandi-manda di taman tema air mini.

19 Penulis dan keluarganya menikmati hidangan makan tengah hari di


A Cafe Purnama
B sebuah restoran
C dalam bilik hotel
D pekan Tanjung Malim

20 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.


A Bapa penulis mengisi minyak keretanya sebanyak dua kali.
B Penulis dan keluarganya minum pagi di pekan Tanjung Malim.
C Hotel Purnama merupakan tempat penginapan penulis sekeluarga.
D Di tepi rumah keluarga penulis terdapat sebuah taman bunga mini.

KERTAS SOALAN TAMAT

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 8 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Satu

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131

You might also like