Perlombongan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Perlombongan ialah aktiviti mengeluarkan galian atau bahan geologi berharga lain dari bumi.

Pelombong bermaksud
orang yang mengerjakan lombong. Lombongbermaksud lubang atau gelombong iaitu sebuah lubang seperti terowong dari
sebuah bukit atau dari sebuah tebing.
Bijih yang dapat dilombong termasuklah logam, batu arang dan syal minyak, permata, batu kapur dan batu dimensi, garam
batu dan potasy, batu kerikil dan tanah liat. Perlombongan diperlukan untuk mendapat sebarang bahan yang tidak dapat
ditanam melalui proses pertanian, atau dibuat tiruan dalam makmal atau kilang. Perlombongan dalam erti yang lebih
meluas termasuk pengeluaran sebarang sumber tak boleh dibaharui seperti petroleum, gas asli atau malah air.
Pada tahun 1979, Malaysia menghasilkan hampir 63,000 tan timah, yang menyumbang 31% daripada pengeluaran dunia.
Penyebaran deposit tin di seluruh Semenanjung Malaysia, terutamanya Lembah Kinta di Perak. Pada tahun 1883, Malaysia
adalah pengeluar timah terbesar di dunia. Pada tahun 1885, keretapi 12.8 km dibina menyambung Taiping ke Port Weld di
Perak. Jalan utama di Semenanjung Malaysia dibina melalui bandar perlombongan utama di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan yang kebanyakannya digunakan untuk mengangkut timah dari lombong ke pelabuhan. Pada tahun 1920-an, mesin
penggerudian diperkenalkan untuk meningkatkan pengeluaran timah. Bermula dari 1980-an, perlombongan bijih timah di
Malaysia mengalami penurunan mendadak disebabkan persaingan dari Brazil dan penurunan harga timah. Pada tahun 1989,
Persatuan Pengilang Produk Tin Malaysia ditubuhkan untuk mempromosikan dan melindungi industri hiliran industri timah di
negara ini. [2]

Bijih Timah adalah salah satu hasil bumi yang tidak akan habis dan penggunaanya sentiasa
diperlukan. Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport
utama di Tanah Melayu.
Kesimpulannya, perkembangan pesat perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terbukti didorong
faktor kemasukan orang Cina, dasar pemerintahan British, permintaan tinggi di pasaran dunia,
dan penggunaan kapal korek dalam perlombongan. Malangnya, perusahaan ini menemui
kejatuhan yang amat teruk ketika zaman kemelesetan ekonomi dunia 1929-1932 hingga
menjadikan industri tidak lagi diminati oleh sebilangan pengusaha dan syarikat. Rentetan
kejatuhan ini, kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah menjalankan pelbagai langkah bagi
memulihkan harga bijih timah seperti mengurangkan pengeluaran, tidak meluluskan sebarang
permohonan bagi membuka lombong-lombong baru, dan terlibat dalam Perjanjian Bijih Timah
Antarabangsa.
Seiring dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti perlombongan bijih
timah telah berkembang pesat dan ini didorong oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran.
Hasilnya, pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun.
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya
dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek keusahawanan (SUK 1011) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada
Puan Nor Kamilah Bt. Wan Idris ,selaku Pensyarah Usahawan kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha
membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Puan Nor Kamilah Bt. Wan
Idris atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu,
saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan baik.

You might also like