Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.0 Pengenalan.

Perang dunia kedua berlangsung sekitar tahun 1939 sehingga 1946. Perang ini berlaku

dikatakan rentetan daripada Perang Dunia Pertama yang masih belum selesai. Perang ini

berlaku bermula selepas Jerman dibawah pimpinan Adolf Hitler menyerang Poland pada 1939.

Peristiwa ini telah menyebabkan Perancis dan Britian mengistiharkan perang kepada Jerman.

Kemuncak kepada perang ini selepas Jepun menyerang pelabuhan Pearl yang merupakan

pangkalan tentera laut Amerika Syarikat ketika itu pada 7 Disember 1941. Tetapi pada tahun

1945 perang ini tidak memihak kepada Jerman dan Jepun. Terdapat pelbagai sebab yang telah

mencetuskan perang dunia kedua seperti disebabkan oleh perjanjian Vaselies yang menekan

Jerman. Kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar di rantau Asia hasil daripada pembaharuan

Meiji dan kepimpinan dibawah kuasa tentera di Jepun. Namun menurut Ruth Henig dalm

bukunya The Origins Of The Second World War 1933-1941, membincangkan faktor

berlakunya perang dunia kedua ini dari segi jangka pendek dan faktor jangka panjang

khususnya di Eropah.

Tujuan penulisan ini bagi menjelaskan apakah punca berlakunya perang dunia kedua

berdasarkan buku Ruth Henig The Origins Of The Second World War 1933-1941 yang

membincangkan faktor jangka pendek dan faktor jangka panjang berlakunya perang ini. Secara

umumnya, perang dunia kedua ini tercetus akibat daripada ketidakpuasan hati selepas tamatnya

perang dunia pertama oleh Jerman khususnya dengan Perjanjian Versailles 1919. Oleh itu,

tugasan ini telah membahagikan kepada beberapa bahagian seperti pengenalan, latar belakang

perang dunia kedua dan Ruth Henig, faktor berlakunya perang dunia kedua menurut Ruth

Henig seperti faktor jangka pendek dan faktor jangka panjang dan akhir sekali adalah

kesimpulan yang dapat dibuat. Hasil penulisan ini akan dapat memahami apakah faktor-faktor

yang telah membawa kepada berlakunya perang besar ini pada abad ke-20 dan akhirnya

meninggalkan kesan mendalam kepada negara-negara yang terlibat.

1
2.0 Latar Belakang.

2.1 Latar Belakang Perang Dunia Kedua.

Perang dunia kedua pada awalnya hanyalah merupakan konflik atau peperangan orang

Eropah sahaja sebelum Jepun menyerang pelabuhan Pearl atau lebih dikenali sebagai Pearl

Harbor pada 7 Disember 1941.1 Namun jika dilihat pada awal ia merupakan konflik Eropah

sahaja hasil daripada ketidakselesaian Perang Dunia Pertama. Lebih jelas ia sebagai satu

rentetan ketidakpuasan hati selepas tamatnya perang dunia pertama pada 1919 dengan

kekalahan pada pihak Jerman. Antara negara Eropah yang terlibat adalah seperti Jerman,

Perancis, Britian, Rusia, Itali dan sebagainya. Perang ini bermula apabila Jerman telah

menyerang Poland pada tahun 1939 seterusnya menyebabkan Britian dan Perancis

mengistiharkan perang ke atas Jerman. Namun, pada 1940 Jerman berjaya menawan ibu kota

Paris telah menyebabkan Perancis menyerahkalah. Seterusnya, Jerman pada 1941 telah

memulakan operasi yang dikenali sebagai ‘Operasi Babbarosa’ iaitu sebuah operasi

ketenteraan terbesar di dunia dengan menyerang Soviet Union. Selepas Jepun menyerang Pearl

Harbor pada 7 Disember 1941, barulah Amerika Syarikat terlibat dengan konflik di Eropah

yang akhirnya membawa kepada kekalahan Jerman pada 1945.

2.2 Latar Belakang Ruth Henig.

Ruth Henig merupakan seorang ahli akademik Britian bahagian sejarah yang dilahirkan

pada 10 November 1943. Beliau juga merupakan seorang aktivis politik. Ruth Henig telah

menghabisan sepanjang 34 tahun di Universiti Lancaster dan 24 tahun sebagai ahli yang dipilih

Majlis Daerah Lancashire. Beliau merupakan pengajar sejarah di Universiti Lancaster sebelum

dilantik pensyarah kanan dalam sejarah dan kemudiannya Ketua Jabatan Sejarah. Pada tahun

1
David Thomson, 1978, Eropah Sejak Napoleon, Jilid 2, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 407.

2
1997, Ruth Henig telah dinaikkan pangkat kepada Dekan Fakulti Sastera dan Kemanusiaan

sehingga tahun 2000. Beliau kemudiannya bersara awal daripada university pada tahun 2002.

Sepanjang kerjaya, beliau telah dianugerahkan ‘The Faculty of Humanity's Teaching Prize’

pada tahun 1993 dan merupakan salah seorang daripada enam orang menerima Fellowships

kehormat pertama Universiti Lancaster pada tahun 2006. 2 Terdapat banyak hasil penulisan

yang telah dihasilkan oleh Ruth Henig. Antaranya seperti The Origins of The Second World

War 1933-1939, Makers of Modern World Subscription : The League of Nations, The Origins

of the First World War, Versailles and After, 1919 – 1933 dan sebagainya.3

3.0 Faktor Perang Dunia Kedua Berdasarkan Buku Ruth Henig.

3.1 Faktor Jangka Pendek Berlakunya Perang Dunia Kedua.

Faktor jangka pendek pertama adalah pengukuhan rejim Nazi. Nazi merupakan

sebuah Parti Buruh Sosialis Kebangsaan atau National Socialist German Workers’ Party

(NSDAP) yang dipimpin oleh Anton Drexler sebelum diambil alih oleh Adolf Hitler (Rujuk

Lampiran 1) pada sekitar 1920-an. 4 Nazi terkenal dengan uniform, lambang swastika dan

slogan-slogan yang sering dilaungkan oleh Hitler dan pengikutnya. Ia mengunakan keganasan

yang merupakan satu pergelutan bagi dikenali dan berkuasa. Menurut yang ditulis dalam Mein

Kampf (Pergelutanku) oleh Adolf Hitler semasa dipenjara di Kubu Landsberg selepas tindakan

cuba untuk berkuasa dalam Pemberontakan Beer Hall di Munich pada lewat 1923.5 Dua isu

utama yang ditekankan oleh Hiter adalah Race atau bangsa dan mendapatkan (Lebensraum)

Living Space atau ruang hidup pertanian yang produktif untuk rakyat Jerman.6 Adolf Hitler

2
Ruth Henig, dirujuk pada Oktober 21, 2016, daripada http://ruthhenigassociates.co.uk/academic-
career.html
3
Ibid.,
4
P. M. H. Bell, 1986, The Origins of The Second World War in Europe, London : Longman, hlm. 71.
5
Ruth Henig, 1985, The Origins of The Second World War 1933-1939, London : Lancaster
Pamphlets, hlm. 11.
6
Ibid., hlm 11.

3
yakin bahawa bangsa atau Races merosot kerana mereka berkahwin campur. Bagi beliau,

hanya satu cara bagi bangsa Jerman untuk mengekalkan daya hidup serta menjamin masa

depannya adalah dengan memastikan kesuciannya. 7 Selepas peristiwa kebakaran bangunan

Parlimen Jerman atau Reichstag, Hitler telah mengunakan peluang mengistiharkan bahawa ia

peringkat pertama komunis bagi menjatuhkan kerajaan Jerman dan menjadikan Jerman negara

komunis. Hitler telah merayu kepada Hindenburg untuk mengistiharkan perintah kecemasan

yang menarik balik hak asas. Pada musim panas 1933, semua parti politik di Jerman telah

dihancurkan dan dihapuskan, tinggal hanyalah parti Nazi yang sah di Jerman. 8 Pada 1934,

selepas kematian Hindenburg, Hitler menjadi Presiden dan semua ahli Nazi bersumpah setia

kepada Hitler. Kem tahanan Dachau telah pun beroperasi pada 1933 bagi mengawal musuh

politik kepada Reich dan seterusnya bagi mengurus Yahudi, gipsies dan lain-lain. Hitler telah

sepenuhnya berkuasa mengawal semua situasi dan mengenakan Doktrin Nazi dalam semua

aspek kehidupan Jerman.9

Faktor seterusnya adalah persenjataan semula Jerman. Setelah Jerman dikalahkan

pada 1918 dalam Perang dunia pertama dengan Perjanjian Versailles. Jerman telah dihadkan

jumlah ketenteraannya dari segi kekuatan tentera laut, malah dilarang mempunyai tentera

udara. Namun segalanya berubah sekitar 1935 apabila Jerman mula membina semula tentera

udara yang agak besar. Hitler juga telah mengambil segala peluang untuk mengambarkan ia

sementara beliau sanggup untuk berunding had persenjataan jika kuasa Eropah lain melakukan

perkara yang sama.10 Baldwin telah memberi amaran kepada rakyat British bahawa sempadan

Britain adalah di Rhine setakat ini sebagai pertahanan Eropah yang membimbangkan, dan

pesawat pengebom boleh melepasinya selalu. Pada masa yang sama, beliau telah meyakinkan

7
Ibid., hlm. 12.
8
Ibid., hlm. 13.
9
Ibid., hlm. 14.
10
Ibid., hlm. 19.

4
House of Commons bahawa kekuatan udara Britain adalah berdasarkan pengiraan penting

dengan kuasa udara paling kuat di Eropah. Maklumat datang dari Jerman melihatkan bahawa

tentera udara Jerman secara pantas mengatasi kekuatan persaingnya British dari segi kedua

kualiti dan kuantiti dan rancangan peluasan pada masa hadapan.11 Di bawah Daladier, Perancis

telah memperkuatkan pertahanannya tetapi ramai yakin bahawa Garis Maginot di sempadan

Perancis Jerman adalah kebal. Namun, De Gaulle dan Reynaud berpendapat bahawa kereta

kebal dan pesawat perang telah mengubah cara peperangan. Bagaimanapun persenjataa semula

Perancis kurang mengutamakan senjata-senjata seperti kereta kebal, kapal perang, meriam anti-

kereta kebal dan pesawat dan sebagainya.12 Menurut Thomson, pensejataan semula Jerman ini

telah menyebabkan Perancis dan Britian terpaku menerima dengan serius ancaman terhadap

keselamatan mereka dan mula menjalankan rancangan melengkapkan senjata peperangan scara

besar-besaran. 13 Polisi ini adalah jauh lebih maju dan direka bagi menguatkan permintaan

Jerman bagi mengubah perjanjian di mana ia mungkin selamat dengan kuasa jika mereka tidak

boleh berunding secara damai14

Selain itu, berlaku remilitarization di Rhineland dan berlaku Perang Saudara Sepanyol.

Selepas Perjanjian Versailles, Jerman tidak dibenarkan mempunyai ketenteraan dikawasan

Rhineland. Namun, Hitler telah memutuskan bagi remilitarize di Rhineland. Keputusan ini

adalah kerana dengan tidak ada alasan klausa di dalam Perjanjian Versailles menetapkan

bahawa Rhineland sepatutnya bebas dari tentera Jerman atau kemudahan tentera. 15 Menurut

Weinberg, kawasan cegah senjata adalah penghalang amat serius. Ia merumitkan

perkembangan umum persenjataan semula Jerman.16 Pada 7 Mac 1936, tentera Jerman telah

11
Ibid., hlm. 20.
12
Thomson, Op.cit, hlm 371-372.
13
Ibid., hlm. 371.
14
Ruth Henig, Op.cit, hlm. 20.
15
Ibid., hlm. 24.
16
Gerhard L. Weinberg, 1970, The Foreign Policy of Hitler’s Germany, Chicago : The University of
Chicago Press, hlm. 240.

5
masuk ke Zon Bebas Tentera, Menteri Luar Jerman, von Neurath memaklumkan kepada

kedutaan kuasa besar mengenai pergerakan Jerman. Berita ini sampai di Paris dan London pagi

tersebut, semua terkejut namun tiada tindakan diambil. 17 Menurut Thomson, langkah ini

mencabar secara terang-terangan kepada perjanjian Versailles melah lebih serius dari langkah

persenjataan semula Jerman yang ditentang oleh ramai penasihat tenteranya. Ini kerana

melanggar perjanjian Locarno yang ditandatangi secara sukarela Jerman. Sekiranya Britian

atau Perancis menentang ketika itu masih belum pasti akan menang. Tetapi menurut Thomson,

perkara ini tidak berlaku kerana Kerajaan di Sarrout adalah lemah dan dalam keruntuhan, dan

ia menjadi lambat kerana terpaksa berunding dengan Britian dan menyampaikan bantahan

kepada Liga Bangsa-bangsa. Selain itu, Hitler meneruskan usaha membina kubu-kubu kuat di

‘Garis Siegfried’ di barat Jerman, dan menguatkan kedudukannya bagi persediaan bagi

meneruskan pencerobohannya di tenggara Eropah. Perancis kini terdedah kepada serangan,

Jerman lebih terlindung dari serangan.18

Perang Saudara di Sepanyol yang berlaku pada musim panas 1936 telah mengariskan

di mana kerajaan British dan Perancis telah diheret ke pertahanan.19 Perang saudara menjadi

begitu hebat menyebabkan campurtangan luar di kedua belah pihak. Ia menunjukkan krisis

dalam negeri dan antarabangsa bergabung sepenuhnyan dan juga menunjukkan rakyat

Sepanyol adalah mangsa pertama Perang Dunia Kedua. Perang ini melanjutkan perang ini

mengecewakan rancangan-rancangan pemberontak untuk mengadakan satu rampasankuasa

tentera ialah punca keluaran asli yang seimbang antara kedua pihak.20 Menjelang akhir 1936,

golongan nasionalis telah berjaya menguasai lebih separuh dari Sepanyol, kebanyakannya di

selatan, barat dan barat laut. Seterusnya di kepulauan Balearik, Jeneral Franco menabalkan

17
Ibid., hlm. 253.
18
Thomson, Op.cit, hlm. 368-369.
19
Ruth Henig, Op.cit, hlm 28.
20
David Thomson, Op.cit, hlm. 340.

6
dirinya sebagai Ketua Negara Sepanyol di Burgos di utara Castile yang mengetuai kerajaan

nasionalis. Jerman telah membantu Franco dengan menyumbang tiga puluh buah pesawat

pengangkut Junker membolehkan tentera menyeberang dari Moroko ke Sepanyol. Kerajaan


21
republik Sepanyol terpaksa berpindah ke Valencia. Sementara itu, Mussolini mula

menghantar tentera Itali dalam skala besar bagi membantu Franco dan Jerman membekal

pesawat dan juruterbang dan memperlajari banyak perang udara moden yang praktikal.

Sepanyol menjadi medan tempur bagi perjuangan Eropah luas antara kuasa komunis dan

sosialis manakala pihak pesaingnya adalah kuasa Fasis.22 Britian dan Perancis cuba untuk tidak

campur tangan tetapi gema pegelutan telah memberi kesan mendalam terhadap dua negara dan

seluruh Eropah.23 Pada 1 April 1939, perang itu telah berakhir dan kemenangan yang mutlak

kepada Jeneral Franco.24 Franco telah menubuhkan kedudukan yang kuat, dan Perancis telah

berada dalam keadaan yang bahaya apabila diancam oleh kerajaan Fasis dari 3 penjuru

sempadan.25

Akhir sekali adalah Anschluss dengan Austria dan krisis Czech. Anschluss dengan

Austria menurut Tarte merupakan satu penyatuan Jerman dengan Austria.26 ‘Takdir’ seperti

menurut Hitler telah mereka kawasan sempadan antara Jerman dan Austria sebagai tanah

kelahiran beliau, dan pasti pengabungan kedua-dua negara ini menjadi penaklukannya.27 Sejak

1934 lagi, kerajaan Austria telah bergelut bagi mengekalkan Nazi Austria terkawal dan

21
Ibid., hlm. 343.
22
Ruth Henig, Ibid., hlm. 28.
23
Ibid.,Hlm. 28.
24
Gabriel Jackson, 1967, The Spanish Republic and The Civil War 1931-1939, New Jersey : Princeton
University Press, hlm. 477.
25
Ruth Henig, Op.cit, hlm. 29.
26
Elizabeth A. Tarte, 1967, “The Anschluss Movement And British Policy: May 1937 - March
1938”, Tesis Ijazah Sarjana Sastera Fakulti Pengajian Siswazah, Marquette University,
Wisconsin, Dirujuk pada November 5, 2016, daripada
http://www.marquette.edu/library/theses/already_uploaded_to_IR/tarte_e_1967.pdf, hlm. ii.
27
Christopher Thorne, 1967, The Approach of War 1938-1939, New York : St. Martin’s Press,
hlm.35.

7
pengaruh Jerman di teluk. Pada 1937, di Austria telah memperlihatkan surat khabar Nazi

beredar secara bebas sekitar bandar-bandar utama Austria, dan dua penyokong Nazi telah

menyertai kabinet Austria. Canselor Austria, Von Schuschnigg hilang kawalan dalam situasi

politik di Austria dan Duta Jerman di Vienna, von Papen mencadangkan perjumpaan dengan

Hitler dapat membantu meletakkan hubungan masa hadapan yang lebih jelas. 28 Peristiwa

Anschluss selaras dengan matlamat Hitler dalam Mein Kampf muka surat pertama mengenai

sebuah negara Jerman Agung di mana penduduknya terdiri dari semua bangsa Jerman di

Eropah. Pada Julai 1936, Canselor Austria menandatangani satu perjanjian dengan Hitler iaitu

beliau akan mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Jerman, dan Jerman menghormati

kemerdekaan Austria. Pada bulan Februari 1938, Hitler memanggil Canselor Austria bagi

memaksa menerima Arthur Seyss-Inquart, Ketua Parti Sosialis Nasional Austria ke dalam

kerajaan Austria sebagai Menteri Keselamatan Umum. Secara tidak langsung Nazi berjaya

kuasai polis. Schushnigg cuba gagalkan dengan adakan pungutan suara mengejut bagi isu

kemerdekaan Austria. Namun Hitler mengalakkan Nazi Austria membuat huru-hara bagi

mengagalkannya. Schuschigg terpaksa menyerahkan jawatan kepada Seyss-Inquart dan

dengan serta-merta Canselor baru meminta tentera Jerman mengembalikan keamanan dan pada

12 mac 1938, tentera Jerman telah masuk ke Austria. Bagi mengesahkan, satu pungutan suara

diadakan di Austria dan Jerman pada April, dan majoriti besar menerima Anschluss. Ini telah

menjadi kemenangan tanpa pertumpahan darah oleh Hitler dan telah menambah 7 juta rakyat

Austria ke dalam 6 juta rakyat Jerman.29

Seterusnya krisis Czech. Hasil daripada Anschluss telah menimbulkan perasaan Pan-

Jerman di negara jiran seperti Czechoslovakia. Dilihat dalam sempadan kawasan Sudeten

(Rujuk lampiran 2) berlaku penekanan berat oleh orang berbahasa Jerman. Terkejut dengan

28
Thomsan, Op.cit, hlm. 379.
29
Ibid., hlm. 379-380.

8
Anschluss, pemimpin British dan Perancis terpaksa menghadapi tuntutan daripada ketua

Sudeten bagi mengabungkan semua orang berbahasa Jerman di Czech ke dalam Jerman atau

kuasa autonomi penuh dalam Pentadbiran Czech. Kerajaan Czech enggan memenuhi

permintaan mereka, dan dalam bulan Mei terdapat khabar angin bahawa Jerman bersedia bagi

menyerang Czechoslovakia. 30 Namun menurut Thomson, Hitler perlu berhati-hati kerana

dibawah persetiaan saling membantu dengan Perancis dalam 1925 dan Soviet Union 1935.

Rakyat Czechoslovakia diberi jaminan akan mendapat bantuan serta-merta sekiranya diserang.

Tetapi Chamberlain dalam Dewan Rakyat, enggan memberi jaminan bahawa Britian akan

membantu Perancis sekiranya ia diminta untuk membantu Czechoslovakia menentang

Jerman.31 Pada 15 September, kerajaan British dan Perancis telah mengemukakan keputusan

bersama mereka kepada Presiden Benes (Czechoslovakia) menyerahkan semua wilayah di

mana lebih separuh penduduknya bangsa Jerman Sudeten kepada Jerman. Tindakan ini adalah

bagi mengelak meletusnya peperangan besar-besaran.32 Akhirnya pada 15 Mac 1939, seluruh

kawasan Czechoslovakia jatuh ke tangan Jerman selepas diancam oleh Jerman untuk

menyerangnya.33

3.2 Faktor Jangka Panjang Berlakunya Perang Dunia Kedua.

Menurut dalam buku Ruth Henig, faktor jangka panjang pertama adalah cita-cita

tentera Jerman. Menurut A. J. P. Taylor dalam akaun kontroversi bahawa faktor perang dunia

kedua berlaku adalah ‘tersirat sejak tamatnya perang dunia pertama’ kerana kegagalan perang

tersebut sama ada untuk memenuhi cita-cita Jerman atau bagi menghancurkan pihak bersekutu

secara keseluruhan. Pandangan Taylor adalah bahawa Perang Dunia Pertama menjelaskan

Perang Kedua dan secara tepatnya menjadi punca berlakunya perang, satu peristiwa

30
Ruth Henig, Op.cit, hlm. 32
31
Thomson, Op.cit, hlm. 382.
32
Ibid., hlm. 385.
33
Ibid., hlm. 388.

9
menyebabkan satu peristiwa yang lain. Menurut beliau lagi, cita-cita telah pun ada sejak

sebelum Perang Dunia Pertama dan kekal kuat sepanjang tempoh antara perang. Kekalahan

Jerman ketika Perang Dunia Pertama menurut Ruth Henig adalah merupakan kekecewaan

sementara seperti yang diterangkan oleh Tylor bahawa Jerman berperang secara khusus ketika

Perang Dunia Kedua bagi menterbalikkan keputusan yang pertama dan memusnahkan

penyelesaian yang diikuti.34

Di samping itu, kerapuhan penyelesaian damai yang mengikuti akhir perang dunia

pertama, dan sesungguhnya hasilnya tidak muktamad dari konflik itu sendiri. ‘Masalah Jerman’

yang tidak selesai. Jerman masih lagi merupakan kuasa kuat di Eropah selepas kehilangan

Rusia. Jerman mempunyai populasi yang ramai, kekuatan yang lebih besar dalam sumber

ekonomi arang batu dan besi. Perjanjian Damai diakhiri dengan penyatuan Jerman. Jerman

hanya mempunyai untuk menjamin suatu pengubahsuaian perjanjian, atau bagi

mengoncangkan ia daripada sama sekali, dan ia mungkin muncul sebagai kuat, atau hampir

kuat seperti dalam 1914.35 Seperti yang dikatakan Tylor, kekalahan Rusia dan Jerman berbeza,

Rusia dibawah kerajaan revolusi kewujudannya tidak dipedulikan oleh Kuasa yang menang,

manakala Jerman pula masih lagi kuat yang diiktiraf oleh kuasa yang menang.36 Perang Dunia

Pertama telah meninggalkan ekonomi Eropah lemah dan ketidakstabilan politik, dengan

bahagian timur berpecahbelah dan terbuka kepada penguasaan Jerman atau Rusia.37

Perkara paling utama masalah selepas Perang Dunia Pertama adalah Jerman telah kalah

perang dan tidak menerima kekalahan tersebut dan perjanjian damai yang seterusnya yang

mengikutinya sebagai hasil yang saksama atau muktamad. Tiada pun kerajaan Jerman pada

34
Ruth Henig, Op.cit, hlm. 3.
35
Ibid., hlm. 4.
36
A. J. P. Taylor, 1961, The Origins of The Second World War, Dirujuk pada November 5, 2016,
daripada http://www.jrbooksonline.com/PDF_Books/Origins_Second_World_War.pdf, hlm.
14.
37
Ruth Henig, Op.cit, hlm. 4.

10
1920-an yang dengan mudah bersetuju kepada penetapan perjanjian oleh pihak bersekutu tanpa

menimbulkan kebencian orang ramai secara meluas. Tema perjuangan nasionalis berkekalan

termasuk ‘Kemaluan oleh Versailles’, ‘Penipuan Kesalahan Perang’, dan ‘Jenayah November’.

Semua ini didakwa cuba menikam Jerman dari belakang dengan mencetuskan demotrasi dan

bantahan di kawasan industri Jerman, dengan itu ia menghalang tenteranya memenangi

kejayaan terbilang yang hampir dalam gemggaman.38

4.0 Kesimpulan.

Perang dunia kedua telah memberi kesan besar kepada seluruh dunia pada hari ini

khususnya di Eropah. Perang ini juga tidak berakhir begitu sahaja kerana seterusnya berlakunya

Perang Dingin atau Cold War kerana persaingan dua kuasa besar yang menang perang dunia

kedua iaitu, Amerika Syarikat dan Soviet Union. Terdapat banyak faktor yang telah mendorong

kepada berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah khususnya. Berdasarkan buku yang

dikarang oleh Ruth Henig iaitu The Origins of The Second World War 1933-1941 telah jelas

ditunjukan dari segi faktor jangka pendek dan panjang berlakunya perang tersebut. Secara

keseluruhan dilihat bahawa Perang Dunia kedua ini telah berlaku disebabkan oleh

ketidakselesaian Perang Dunia Pertama dan ketidakpuasan hati dipihak Jerman. Selain itu,

polisi-polisi Hitler telah menjadi dorongan kepada tercetusnya perang. Selepas perang ini

berakhir telah meninggalkan pelbagai kesan kepada dunia moden masa kini. Banyak

pengajaran perlu diambil daripada kedua-dua perang ini supaya tidak berulang semula.

Kesimpulannya jelas dapat dibuat bahawa terdapat pelbagai punca kepada berlakunya Perang

Dunia Kedua berdasarkan karya Ruth Henig.

38
Ibid., hlm. 4.

11
Rujukan.

Bell, P. M. H., 1986. The Origins of The Second World War in Europe. London : Longman.

Henig, Ruth., 1985. The Origins of The Second World War 1933-1939. London : Lancaster

Pamphlets.

Jackson, Gabriel., 1967. The Spanish Republic and The Civil War 1931-1939. New Jersey :

Princeton University Press.

Tarte, Elizabeth A., 1967. “The Anschluss Movement And British Policy: May 1937 - March

1938”. Tesis Ijazah Sarjana Sastera Fakulti Pengajian Siswazah. Marquette

University, Wisconsin. Dirujuk pada November 5, 2016, daripada

http://www.marquette.edu/library/theses/already_uploaded_to_IR/tarte_e_1967.pdf,

hlm. Ii.

Taylor, A. J. P., 1961. The Origins of The Second World War. Dirujuk pada November 5,

2016, daripada

http://www.jrbooksonline.com/PDF_Books/Origins_Second_World_War.pdf.

Thomson, David., 1978. Eropah Sejak Napoleon. Jilid 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka, hlm. 407.

Thorne, Christopher., 1967. The Approach of War 1938-1939. New York : St. Martin’s Press.

Weinberg, Gerhard L., 1970. The Foreign Policy of Hitler’s Germany. Chicago : The

University of Chicago Press.

Internet

Henig, Ruth., dirujuk pada Oktober 21, 2016. Daripada

http://ruthhenigassociates.co.uk/academic-career.html.

12
13

You might also like