Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

 Bismillahirohmannirohim.

 Yang dihormati Encik Syed Khairul Amilin bin syed mohd nadzir,
penceramah jemputan, Yang berusaha Encik Zainal Abidin Bin
Ahmad, guru besar SKPTLDMII, Puan Maznah Bt. Abdul Malek,
guru penolong kanan pentadbiran, Puan Nor Zubaidah Bt.
Zakaria, guru penolong kanan hal ehwal murid, Encik Norul
Hisham bin mokhtar, penolong kanan ko kurikulum, Puan Wan
Nor Hashina Bt. Wan Sahak, guru penolong kanan pendidikan
khas, guru-guru seterusnya anak didik pewaris bangsa pemimpin
negara sekalian.

 Assalamualaikum dan selamat pagi.

 Saya bagi pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada


yang dihormati encik syed khairul alimin bin syed mohd nadzir,
guru bimbingan dan kaunseling, sekolah kebangsaan sungai
batu kerana sudi memenuhi jemputan kami bagi menjayakan
Program konsultasi keibubapaan bagi tahun 2019.

 Marilah kita merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah


swt kerana dengan keizinanNya dapat kita bersama-
sama berada dalam program pada pagi ini. Semoga majlis ini
dapat dijadikan wadah untuk kecemerlangan anak didik yang
dikasihi sekalian.

 Bagi memohon keberkatan Allah swt terhadap majlis kita pada


pagi ini, dipersilakan yang berbahagia ustaz abdul halim bin
yusof untuk mengetuai bacaan doa. Dengan itu, dipersilakan
yang berbahagia ustaz abdul halim.

 Aamin aamin aamin ya rabbal a’lamin. Diucapkan ribuan terima


kasih kepada ustaz abdul halim atas bacaan doa itu tadi.

1
 Tanpa melengahkan masa, tanpa memanjangkan bicara, pihak
majlis menjemput dan mempersilakan yang dihormati Encik
syed khairul alimin bin syed mohd nadzir, guru bimbingan dan
kaunselor sekolah kebangsaan sungai batu, pantai remis untuk
menyampaikan ceramah beliau bagi slot yang pertama.

 Syukur alhmdulillah, telah selesai sesi ceramah untuk slot yang


pertama. Sebelum majlis diteruskan dengan sesi yang kedua,
majlis berhenti dibenarkan rehat untuk seketika.

 Dengan itu, majlis mempersilakan yang berusaha encik zainal


abidin bin ahmad, guru besar sekolah kebangsaan pangkalan
tldm 2 bagi mengiringi yang dihormati encik syed khairul alimin
bin syed mohd nadzir untuk menikmati jamuan ringan.
dipersilakan.

 perhatian kepada ibu-bapa, anda diminta masuk ke dewan dan


mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar
lagi.

 tuan-tuan dan puan-puan,


Pihak majlis mengucapkan selamat datang ke program
konsultasi keibubapaan kepada semua tetamu. Semoga
pengorbanan tuan-puan hadir ke majlis kami ini akan memberi
impak positif kepada calon-calon upsr 2019.

Tengah malam pasang pelita,


benang sebuku di bawah kerusi
kejayaan mereka aspirasi kita,
sama berusaha mencapai misi

 bagi meneruskan majlis, sekali lagi dipersilakan yang dihormati


encik syed khairul alimin bin syed mohd nadzir, guru bimbingan
dan kaunseling, sekolah kebangsaan sungai batu untuk
meneruskan program. dengan segala hormatnya dipersilakan.

2
 jutaan terima kasih diucapkan kepada yang dihormati encik
syed khairul alimin bin syed mohd nadzir, guru bimbingan dan
kaunseling, sekolah kebangsaan sungai batu di atas kesudian
beliau menyampaikan ceramah itu tadi.

 Berikut adalah ikrar akur janji oleh murid-murid tahun enam


sekolah kebangsaan pangkalan tldm 2. dengan itu dipersilakan

………………………………………………………………………….
untuk mengetuai ikrar akur janji.

 terima kasih diucapkan kepada


………………………………………………………………………
kerana mengetuai bacaan ikrar akur janji itu tadi.

 seterusnya adalah penyampaian cenderahati kepada yang


dihormati encik syed khairul alimin bin syed mohd nadzir, guru
bimbingan dan kaunseling, sekolah kebangsaan sungai batu.
dengan itu, dipersilakan yang berusaha encik zainal abidin bin
ahmad, guru besar sekolah kebangsaan pangkalan tldm2
untukmenyempurnakan acara ini. dipersilakan.

 ribuan terima kasih diucapkan kepada yang berusaha encik


zainal abidin bin ahmad, guru besar sekolah kebangsaan
pangkalan tldm2 kerana menyampaikan cenderahati itu tadi.

 dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka tamatlah


sudah program konsultasi keibubapaan untuk murid-murid
tahun 6. majlis merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung
penghargaan kepada semua yang sudi hadir bagi menjayakan
majlis ini. hanyan Allah swt sahajalah yang dapat membalas
pengorbanan tuan-puan.

 saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah


wassalamualaikum w.b.t

You might also like