Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Menurut Jacobs dan Rosenbaum (1968) yang menggunakan pendekatan

Transformasi Generatif untuk menganalisis ayat pasif bahasa Inggeris, transformasi


pasif ialah satu proses yang menukarkan unsur frasa nama (FN) struktur dalaman dan
struktur permukaan. Tokoh-tokoh seperti Lutfi Abbas (1971), Nik Safiah Karim
(1976), Sanat Md. Nasir (1977), Farid M. Onn (1983) dan Awang Sariyan (1984)
turut menggunakan model Transformasi Generatif untuk menghuraikan bentuk dan
jumlah ayat pasif dalam bahasa Melayu. Lutfi Abas (1971) merupakan tokoh terawal
yang menggunakan teori Transformasi Generatif iaitu model 1957 untuk
menghuraikan ayat pasif. Beliau mendapati ayat pasif adalah struktur yang menerima
awalan di-. Struktur pasif kedua ialah aspek ketidaksengajaan iaitu kata kerja
menerima awalan ter- dan struktur ketiga ialah ditandai dengan ke-…-an. Beliau turut
berpendapat perubahan aku menjadi ku, engkau menjadi kau, dia menjadi nya serta
hilangnya kata oleh telah mengalami rumus transformasi. Namun begitu, analisis oleh
Lutfi Abas mengenai ayat pasif adalah secara khusus dan keseluruhan.

Nik Safiah Karim (1976) pula telah membahagikan struktur pasif bahasa Melayu
kepada pasif struktur di- dengan kata ganti nama diri (KGND), pasif struktur ter-,
pasif struktur kena, pasif struktur ber, pasif struktur ke-…-an dan pasif bentuk variasi
srtuktur di-. Secara khususnya, struktur ayat pasif oleh Nik Safiah Karim adalah pasif
KGND dan pasif bukan KGND. Beliau berpendapat transformasi rumus pilihan telah
mengubah tempat subjek dan objek frasa nama (FN) struktur dalaman iaitu frasa nama
subjek (FN1) dan frasa nama objek (FN2) untuk menerbitkan ayat permukaan. Rumus
pemasifan yang kedua ialah Rumus Pemenggalan Imbuhan iaitu Rumus Penyalinan
Kata Kerja daripada pelbagai imbuhan struktur pasif dan seterusnya Rumus Agen
yang memindahkan subjek dalaman frasa sendi nama dengan penyisipan oleh.

Analisis ayat pasif oleh Sanat Md. Nasir (1977) menyatakan proses pasif
merupakan proses yang menukar kedudukan di antara subjek dengan objek iaitu
menukar kedudukan FN subjek dengan FN objek pada struktur dasar. Farid M. Onn
menyatakan bentuk-bentuk pasif terdiri daripada pasif jati dan struktur pasif yang kata
kerjanya tidak mengambil awalan di- contohnya dalam ayat Kucing itu saya kejar.
Awang Sariyan (1984) dalam analisis ayat pasif terdiri daripada struktur ayat pasif
diri pertama, kedua dan ketiga iaitu ayat pasif diri ketiga struktur biasa dan struktur
songsang. Oleh itu, dapat dilihat bahawa terdapat perbezaan dari segi bentuk struktur
pasif dan penggunaan istilah oleh para pengkaji.
Namun begitu, Chung (1976) dalam bukunya “ The Cononical Passive of Malay”,
mengatakan frasa preposisi adalah berbeza dengan pasif di- kerana ia merupakan pasif
jati. Chung juga menyangkal dengan tidak bersetuju terhadap Nik Safiah Karim
bahawa terdapat dua jenis pasif dalam bahasa Melayu iaitu pasif jati dan pasif semu.
Chung turut mengatakan pasif di- merupakan bentuk lama manakala frasa preposisi
adalah bentuk baru.

Dalam Linguistik Transformasi Generatif Suatu Penerapan pada Bahasa Melayu


yang telah disusun oleh Nik Safiah Karim, ayat pasif diterbitkan melalui tiga proses
transformsi yang berasingan iaitu pertama, proses pemindahan subjek tulen ke tempat
frasa oleh di sebelah kanan frasa nama subjek, proses kedua pula, proses penyisipan
di- dan proses ketiga iaitu pemindahan objek langsung (OL) tulen ke tempat subjek.
Proses-proses ini dijalankan dalam dua peringkat transformasi iaitu peringkat
pengunduran agen dan frasa nama subjek serta peringkat pendepanan frasa preposisi.
Peringkat pertama iaitu pengunduran agen merupakan transformasi pilihan kerana ia
hanya perlu dijalankan jika ingin menerbitkan ayat pasif sahaja. Pengunduran agen
akan memindahkan frasa nama subjek tulen ke tempat rekaan , pancangan atau
‘dummy’ (Δ) di bawah frasa nama objek dalam frasa oleh dan meninggalkan tempat
rekaan yang lain (Δ) di tempat asal subjek tulen. Transformasi pendepanan frasa nama
objek pula memindahkan frasa nama objek yang berfungsi sebagai OL ke hadapan
iaitu ke tempat rekaan yang dikosongkan oleh transformasi pengunduran agen kerana
frasa nama objek yang terlibat ialah OL yang juga dikenali sebagai transformasi
depan OL. Transformasi depan OL ini pula akan menyisipkan di- di hadapan kata
kerja yang berada di sebelah kiri OL sebelum OL dipindahkan.

Contohnya ayat Saya melukis gambar ini , berlaku permutasi iaitu FN objek pada
struktur dalaman menjadi FN subjek pada struktur terbitan menjadi gambar ini
melukis saya*. Namun, KGND 1 dan KGND 2 perlu diletakkan di hadapan kata kerja
dan kata kerja tersebut perlu digugurkan imbuhan iaitu Rumus Pemenggalan Imbuhan
menjadi Gambar ini saya lukis. Selain itu, contoh ayat bentuk dasar struktur dalaman
ayat pasif KGND 1 dengan dua objek iaitu Saya sudah melupakan kisah lama itu. FN
objek iaitu kisah lama itu menjadi FN subjek pada struktur permukaan menjadi kisah
lama itu sudah melupakan saya*. KGND 1 dan KGND 2 perlu diletakkan di hadapan
kata kerja dan kata kerja tersebut mengalami Rumus Pemenggalan Imbuhan menjadi
Kisah lama itu sudah saya lupakan.
Struktur dalaman untuk ayat pasif KGND 2 ialah Engkau belum membaca buku
ini. Proses permutasi berlaku apabila FN objek menjadi FN subjek untuk struktur
permukaan menjadi buku ini belum membaca engkau*. KGND 2 perlu diletakkan di
hadapan kata kerja dan kata kerja tersebut mengalami Rumus Pemenggalan Imbuhan
menjadi Buku ini belum engkau baca. Berbeza pula dengan KGND 3 seperti dalam
ayat Guru saya memandu kereta itu pada struktur dalaman menjadi kereta itu
memandu guru saya* apabila proses permutasi berlaku dimana FN objek menjadi FN
subjek pada struktur terbitan. Seterusnya, Rumus Pemenggalan Imbuhan di-
membentuk ayat kereta itu dipandu guru saya*. Akhir sekali, proses Rumus Agen
berlaku iaitu dengan menyisipkan kata sendi nama oleh yang akan membentuk ayat
Kereta itu dipandu oleh guru saya.

Pelaku yang dipindahkan ke bahagian belakang ayat masih tetap menjadi pelaku
manakala penderita yang dipindahkan ke hadapan ayat iaitu ke tempat subjek masih
dianggap sebagai penderita walaupun pelaku yang merupakan subjek aktif tidak lagi
menjadi subjek dalam ayat pasif yang menempatkan pelaku dalam frasa oleh dan
penderita yang menjadi objek aktif berubah fungsi menjadi subjek pasif. Oleh itu,
konsep-konsep seperti ini perlu diasingkan untuk menerangkan tentang struktur pasif
supaya tidak timbul kekeliruan iaitu tentang perbuatan, pelaku dan penderita. Hal ini
demikian kerana perbuatan yang berorientasikan pelaku akan menghasilkan ayat aktif
manakala perbuatan yang berorientasikan penderita akan menghasilkan ayat pasif.

You might also like