Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ucapan pengerusi kdca beluran

Yang Berbahagia,
Datuk Johnny goh,
ahli dewan undangan negeri n.13,
inanam & datin

yang dihormati,
encik jenigo moggunting,
pengerusi pertubuhan peladang kawasan inanam,

yang dihormati,
encik jamlin bin ladin,
pengurus besar,
lembaga pertubuhan peladang kawasan, inanam

yang dimuliakan,
encik usin tanor, ketua kampung,
kg binaung baru, manggatal,

yang berusaha,
puan rokiah kangit, ketua unit pertubuhan peladang cawangan kg. binaung baru manggatal serta ahli jawatan
kuasanya,

yang berusaha,
barisan ahli jawatan kuasa kemajuan dan keselamatan kampung, kg binaung baru manggatal,dan seterusnya
kepada ketua-ketua kampung, pengerusi jkkk, ketua-ketua unit peladang kawasan inanam, ketua-ketua jabatan
persekutuan dan negeri, datuk-datuk, datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang di hormati sekalian.

Selamat Petang, salam sejahtera, salam kaamatan asas perpaduan dan persaudaraan, dan selamat datang ke majlis
perayaan pesta menuai anjuran KDCA Pekan dan Restoran Labuk, Beluran

Datuk-Datuk/Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Kita berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana sekali lagi kita dapat berkumpul
bersama-sama pada petang yang mulia ini, bagi meraikan pesta kaamatan kali yang ke-5, anjuran bersama
KDCA Pekan dan Restoran Labuk, Beluran.

Saya bagi pihak penganjur perayaan pesta kaamatan pada tahun ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronal Kiandi, Ahli Dewan Rakyat P. 183 BeluranTuan OCPD, ketua
umno, p.171, sepangar merangkap presiden kehormat lembaga pertubuhan peladang kawasan inanam diatas
kesudian bersama-sama dengan masyarakat di Daerah Beluran dalam perayaan pesta kaamatan pada tahun ini.
Ribuan terima kasih saya ucapkan di atas komitmen dan usaha, maufakat serta kerjasama yang sangat baik oleh
semua AJK Pelaksana perayaan pesta kaamataan pada tahun ini dalam memastikan pelaksanaan program aktiviti
berjalan dengan baik seperti yang telah dirancang. Terima kasih juga atas kerjasama dan sokongan padu yang
telah diberikan oleh En. Ronny Michael iaitu ipar saya sendiri yang merupakan penganjur bersama sambutan
kaamatan pada kali ini yakni sebagai pengurus Restoran Labuk Beluran yang semenangnya dikenali oleh
masyarakat disekitar daerah beluran ini khususnya pengemar-pengemar makanan tradisi suku kaum labuk.

Datuk-datuk/Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian


Perayaan seumpama ini sememangnya perayaan yang amat dinanti-nantikan oleh kita semua. Hal ini kerana,
kita dapat mempromosikan dan komersilkan adat dan budaya yang telah diamalkan sejak zaman nenek moyang
kita lagi. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan dan memartabatkan lagi kebudayaan yang
sememangnya menjadi identiti masyarakat Kadazan Dusun dan Murut, lebih-lebih lagi kita di daerah beluran ini
yang terdiri daripada suku kaum Labuk, Sungai, Tidong dan berbagai-bagai lagi. Sebagai pencinta budaya, saya
bersama-sama dengan pengerusi penganjur bersama iaitu En. Ronny Michael mengambil inisiatif ini supaya
pendedahan terhadap penganjuran aktiviti kebudayaan pada kali ini akan dapat disemai di kalangan anak-anak
muda agar ianya akan berkekalan sampai bila-bila.

Datuk-datuk/Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian


Penglibatan anak-anak muda khususnya belia pada masa kini memang tidak dapat dipertikaikan lagi sedikit
sebanyak dapat membawa kita untuk terus melihat dan menikmati suasana kaamatan yang sangat unik. Sebagai
contoh, pertubuhan NGO “Persatuan Kesenian dan Warisan Labuk (LASTAG) dibawa seliaan belia kita iaitu
En. Peter Haryson Nianti banyak membantu dalam mempromosikan kebudayaan suku kaum labuk di daerah
Beluran ini sehingga ke peringkat global. Kerahan tenaga muda yang merupakan aset peneraju serta pewaris
bangsa harus dititikberatkan. Tidak hanya melalui perayaan seumpama ini, pendidikan awal di rumah harus
diberi tumpuan penuh agar adat budaya kita dapat diserap secara total kerana ibu bapalah yang mencorakkan
anak-anak sejak anak-anak kita masih kecil lagi bak kata pepatah “Biar mati anak, jangan mati adat”.

“love for culture, creates a caring society” atau dalam bahasa malaysia nya cinta terhadap kebudayaan
melahirkan masyarakat penyayang atau dalam bahasa kadazandusunya koupusan koubasanan kopombulai
sunduvan obinginavo. ungkapan ini adalah tepat dan bersesuaian pada masa nya dimana elemen ini merupakan
pemangkin utama ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang. peranan dan tanggungjawab kita bersama dalam
menentukan usaha ini dijadikan sebagai budaya hidup bagi memastikan perpaduan dan keharmonian melalui
kebudayaan dapat dipupuk dan di wariskan kepada genarasi muda.

Yang Berhormat Datuk Seri, Tuan OCPD serta para hadirin sekalian,
Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang boleh kita laksanakan bagi memastikan budaya kita tidak tenggelam
oleh arus modenisasi dewasa ini. Saya sebagai pengerusi KDCA Pekan sangat mengharapkan kekuatan dan
tenaga dari semua untuk menjalakan segala perancangan masa depan persatuan ini. Sebagai contoh, kita
memerlukan kanak-kanak yang mewarisi hasil seni budaya kita seperti tenunan baju tradisi, permainan alat
tradisi, penyediaan makanan tradisi dan bermacam-macam lagi. Namun kekangan seperti kesedaran minda iaitu
cinta akan budaya serta masalah kewangan khususnya menghambat saya dan kita semua untuk merealisasikan
impian ini. Dengan ini, besarlah harapan saya agar Yang Berhormat Datuk akan meletakkan perhatian yang
sepenuhnya mengenai isu ini kerana jika dibandingkan dengan masyarakat KDMR di seluruh negeri sabah ini,
suku kita agak tercorat dan kurang mendapat perhatian umum. Kita juga bakal menghantar 2 orang wakil Unduk
Ngadau Tina iaitu Puan Kathleen Ansil dan Puan Anna Peter yang bakal berentap ke pertandingan Unduk
Ngadau Tina peringkat Negeri Sabah pada 29 & 30 bulan Julai ini. Mohon kiranya agar Yang Berhormat Datuk
Seri akan dapat membantu dari segi keperluan kewangan bagi meringankan sedikit beban mereka. “Berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul”.
Datuk-datuk/Tuan-tuan dan Puan yang dihormati sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih diatas kesudian Yang Berhormat
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Ahli Dewan Rakyat P.183 Beluran, Tuan OCPD Beluran, tetamu-tetamu VIP
serta tuan-tuan sekalian diatas kehadiran dalam majlis perayaan pesta kaamatan pada pagi ini. Kami akan
menyajikan anda dengan pelbagai persembahan menarik seperti pertandingan sugandoi, unduk ngadau,
mitogunggu, persembahan nyanyian dan satu lagi persemabahan unik yang jarang-jarang kita lihat iaitu
perkahwinan adat istiadat suku kaum labuk.
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang bagi cabutan tikit bertuah sama
ada dalam bentuk wang ringgit ataupun material bagi sama-sama menjayakan program yang telah di rancang
sepanjang program majlis hari ini.

saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan
dalam penganjuran majlis pada hari ini.

sekian dan terima kasih.

kotobian konsikaan do tadau tagayo do kaamatan kumaa toinsanan.

You might also like