Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK,

AMPANG, SELANGOR

KERTAS KERJA
INOVASI PERMAINAN

TAJUK:
CONGKAK
PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu
diberi penekanan. Bukan dalam pendidikan sahaja malah dala permainan juga boleh menyelitkan
unsur inovasi yang sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi dalam permainan ini diharap
dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Taman Tasik untuk lebih kreatif dan inovatif dalam
bidang reka cipta.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.


2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baharu daripada pelbagai sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan
produk baharu yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melahirkan para usahawan muda.

RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara
keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

SASARAN

Semua murid SK Taman Tasik, Ampang, Selangor.

ANGGARAN KOS PROJEK

1) Permainan congkak (3 set)


Bil Barang Kuantiti Kos
1. Tempurung 48 biji
2. Spray cat – merah Merah 1 RM 17
kuning Kuning 1
3. Hot glue gun 1 -
4. Batu warna 210 biji RM 17
5. Sand paper 1 gulung -
6. Kotak 1 -
JUMLAH RM 24
KESIMPULAN

Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam


kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta. Akhir
sekali, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid.

LAMPIRAN

Disediakan Oleh,

(VELLASHENE A/P SUBRAMANIAM)


Guru SK Taman Tasik, Ampang.

Disahkan Oleh,

(PN. JULIYANA BINTI HERMAN)


Penolong Kanan Kokurikulum
SK Taman Tasik, Ampang

You might also like