Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 55

BATA TANPA BAKAR

ABDULLAH BIN AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

JUDUL: BATA TANPA BAKAR

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya ABDULLAH BIN AHMAD


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di


PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sajaha.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh


______________________ _______________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
24, LORONG MERDEKA,
TAMAN SRI MAHKOTA, PM IR DR. MOHD HANIM BIN OSMAN
82200, BENUT, PONTIAN, Nama Penyelia
JOHOR DARUL TAKZIM

Tarikh: 26 APRIL 2006 Tarikh: 26 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
‘Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam”

Tandatangan : …………………………………………….

Nama Penyelia : PM IR DR. MOHD HANIM BIN OSMAN

Tarikh : …………………………………………….
BATA TANPA BAKAR

ABDULLAH BIN AHMAD

Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Falkuti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006
ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : ABDULLAH BIN AHMAD

Tarikh : ……………………………..
iii

Setulus kasih buat insan-insan teristimewa…..

Ayahanda dan Bonda serta adik-beradik tercinta ;


En Ahmad bin Teh dan Pn Siti Saperah binti Hj Shapie
Serta Abang, Kak Ikin, Kak Mah dan Idah
Tersayang yang sentiasa berkorban dan memberi semangat.

Kepada anak-anak saudara tersayang ;


Ilyana, Nasrin, Fatihah, Nazura, Aida dan Nazirah
Yang comel dan manja.

Kepada sahabat sejati ;


Johari, Hafiz dan Aidil
Yang mewarnai hidupku selamanya.

Kepada Rakan sepejuangan ;


Paeng, Dato, Kent, Adi, Lan serta rakan Palapes Pengambilan ke 10
Yang sentiasa bersama merempuh suka dan duka.

Kepada penyelia psm


Pm Ir Dr. Mohd Hanim bin Osman
Yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan.

Kehadiranmu dalam hidup ini amat bermakna. Semoga Allah Melindungi dan
merahmati kalian. Terima kasih semua.
iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikun w.b.t…..

Syukur alhamdulilah kehadrat ialahi kerana dengan limpah dan kurnianya,


maka dapat saya lahirkan sebuah laporan Projek Sarjana Muda (PSM) bagi
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Terlebih dahulu ingin saya mengukir jutaan sayang dan kasih kepada kedua
ibubapa dalam usaha melahir dan mendidik saya sebagai seorang insan. Saya juga
bersyukur kerana dianugerahkan lima orang adik beradik sebagai rakan sepejuangan
dalam merempuh kehidupan ini.

Kalungan terima kasih saya hadiah kan kepada PM Ir Dr. Mohd Hanim bin
Osman selaku peyelia PSM. Segala bimbangan dan tunjuk ajar yang diberikan,
banyak membantu dalam menjayakan penulisan PSM ini. Begitu juga saya ucapkan
kepada rakan semakmal saya , Mohd Bakti kerana sentiasa berkerja keras dan
bertungkus lumus dalam menjayakan kerja makmal kali ini. Tidak ketinggalan juga
kepada semua kakitangan di Makmal Struktur dan Bahan kerana sentiasa memberi
bantuan dan kerjasama sepanjang saya menyiapkan kerja-kerja makmal.

Kepada rakan seperjuang di universiti dan juga dikampung, saya juga ingin
mencarik sedikit rasa terima kasih kerana sentiasa mewarnai kehidupan ini dan tidak
lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini.
Akhir kata saya mengucapkan maaf yang tidak terhingga kepada semua di
atas sebarang kesalahan yang tidak disengajakan. Sesungguhnya yang baik dan jahat
itu datangnya dari Allah S.W.T bagi menguji kita sebagai makhluknya.
v

ABSTRAK

Bata bakar adalah bata yang popular digunakan di industri pembinaan. Ini

adalah kerana ramai pembekal membekalkan bata jenis ini. Proses pembuatan bata

ini adalah tidak begitu mudah, memerlukan kepakaran dan kos yang tinggi

terutamanya ketika proses pembakaran. Bagi mencari altenatif yang baru, bata tanpa

bakar adalah jalan yang terbaik. Kajian ini adalah berkisar tentang pembuatan dan

ujian bata tanpa bakar. Bata tanpa bakar ini direka mengunakan simen dan tanah liat

sebagai bahan utamanya. Dalam kajian ini peratus kandungan simen yang berbeza-

beza telah digunakan iaitu 10%, 20%, 30%, 40% dan 50%. Kedua-dua bahan tadi

diadun mengunakan kandungan air yang sama iaitu 20% dari beratnya. Kemudian

sampel diuji menggunakan dua jenis ujian yang lazim bagi melihat sifatnya. Kedua-

dua ujian ini adalah ujian serapan air dan ujian kekuatan mampatan. Ujian ini

dilakukan berdasarkan BS 3921 sebagai garis panduan.


vi

ABSTRACT

Baked brick is a most popular in construction industry, because so


many suppliers supply this material to construction industry. But the process
to make the baked brick is not easy, necessary high coast and technique
especially in burning process. For finding the new alternative, non baked
brick is the best way. These studies are introduced the making process and the
tests for non baked brick. The non baked brick are designed by using soil and
cement which are the most important raw materials. In this study non baked
brick are design by several ratios of cement, that is 10%, 20%, 30%, 40% and
50%. Both of this material is mixed by using the same water content for each
mixture. Then two normally testing are made to see the physical property for
these mixtures. These two tests are water absorption test and compressive
strength test. This tests are doing based on BS 3921 as a guard line.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI TERJEMAHAN xii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Masalah Kajian 2
1.3 Matlamat Kajian 3
1.4 Objektif Kajian 3
1.5 Skop Kajian 4
1.6 Kepentingan Kajian 5
viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 6
2.2 Seramik 7
2.2.1 Kumpulan Seramik 7
2.2.2 Bahan Seramik 8
2.2.3 Kesan Keliangan Dalam Seramik 9
2.2.4 Proses Pembentukan Seramik 10
2.3 Simen 11
2.3.1 Komposisi Kimia Utama Simen 12
2.3.2 Penghidratan 13
2.3.3 Jenis-Jenis Simen 13
2.4 Bata Bakar Tanah Liat 14
2.4.1 Proses Pengilangan Bata 15
2.5 Ujian-Ujian Terhadap Bata 17

BAB 3 PEMBUATAN BATA TANPA BAKAR

3.1 Pengenalan 19
3.2 Penyediaan Bahan 20
3.2.1 Tanah 20
3.2.2 Simen 21
3.2.3 Air 21
3.3 Nisbah Campuran 21
3.4 Proses Pembuatan 22

BAB 4 UJIAN DAN ANALISA

4.1 Pengenalan 24
4.2 Ujian Serapan Air 25
4.2.1 Radas Dan Peralatan 26
4.2.2 Penyedian Sample 26
ix

4.2.3 Cara Kerja 26


4.2.4 Pengiraan Peratus Serapan Air 27
4.2.5 Keputusan Ujian 27
4.3 Ujian Kekuatan Mampatan 30
4.3.1 Keputusan Ujian 30

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan 34
5.2 Cadangan 35

BIBLIOGRAFI 37

LAMPIRAN 38
x

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Piawai demensi bagi bata. 17

3.1 Nisbah bacuhan untuk membuat bata tanpa 22


Bakar.

4.1 Piawai yang patut dilepasi oleh bata, seperti 25


yang terdapat di BS3921.

4.2.1 Kumpulan dan bilangan setiap campuran. 25

4.2.2 Data keputusan ujian serapan air bagi bata 27


tanpa bakar.

4.3.1 Kekuatan bata pada hari ke 21 30

4.3.2 Kekuatan bata pada hari ke 30 31

4.3.3 Kekuatan bata pada hari ke 40 31


xi

SENARAI RAJAH

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Proses-proses yang dilakukan di industri 16


pengilangan bata

4.2.1 Graf serapan air melawan peratus 28


kandungan simen.

4.2.3 Model ikatan simen dan tanah. 29

4.3.1 Graf kekuatan melawan peratus kandungan 32


Simen.

4.3.2 Model hubungan ikatan simen dengan zarah 32


Tanah.

4.3.3 Graf kekuatan bata melawan hari 33


penghidratan untuk campuran 30%
xii

SENARAI TERJEMAHAAN

BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS

Bata tanpa bakar Non baked brick


Pensinteran Sintering
Emeri Emery
Penghidratan Hydration
Pengoksidaan Oxidation
Pengacaan Classifications
Kaedah tanah lunak Soft mud method
Kaedah penyemperitan Extrusion method
Kaedah separa kering Semi dry method
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Dalam industri pembinaan, bata merupakan bahan binaan yang penting,


terutamanya dalam pembinaan dinding, jalan, tempat letak kereta dan pelbagai lagi.
Setiap bata yang digunakan memiliki kekuatan, keupayaan dan bentuk yang berbeza-
beza sesuai dengan kegunaanya. Bata juga merupakan bahan binaan yang tertua
diguna semenjak 5000 tahun dahulu dikawasan kering dan kurang hujan .

Penggunaan bata yang meluas pada masa sekarang telah membawa kepada
perkembangan teknologinya yang mendadak. Bata sekarang bukan sahaja dicipta
berdasarkan kekuatan dan saiznya sahaja tetapi nilai estika dan ketahanan juga
dipertimbangkan.

Oleh kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang pembinaan pelbagai


teknik untuk menghasilkannya telah dikaji bagi mengurangkan kos dan menambah
kebolehkerjaannya. Antara yang menarik perhatian sekarang ialah penghasilan bata
tanpa bakar yang boleh mengurangkan kos ketahap minimum.

Penghasilan bata tanpa bakar ini dapat mengurangkan kos dari segi penyediaan untuk
melakukan pembakaran yang patut dilakukan di dalam relau yang mahal harganya.
2

Selain dapat mengelakkan pembaziran bahan bakar ianya juga dapat mengelakkan
pencemaran alam sekitar.

Kajian tentang bata tanpa bakar ini telah lama dilakukan oleh pihak-pihak
tertentu tetapi tidak disebarkan bagi menjaga kepentingan syarikat masing-masing.
Di Malaysia sahaja telah banyak syarikat pembinaan bata telah menghasilkan bata
tanpa bakarnya sendiri. Pelbagai kaedah dan campuran telah digunakan untuk
memastikan bata keluaran syarikatnya melepasi piawai yang telah ditetapkan.

Kajian ini akan berkisar tentang penghasilan bata tanpa bakar yang
memenuhi piawai dan kehendak pengguna. Pelbagai kaedah akan dipertimbangkan
untuk menghasilkan bata tanpa bakar yang bermutu dengan harga yang murah dari
bata biasa.

Selain itu,ia juga akan melihat sifat fizikal dan mekanikal bata itu melalui
beberapa ujian yang lazim dilakukan pada bata biasa, bagi memastikan bata tanpa
bakar yang dihasilkan itu memenuhi piawai yang sama seperti bata bakar yang lain.

1.2 Masalah Kajian

Penyediaan bata tanpa bakar telah lama diusahakan oleh pengusaha bata.
pelbagai teknik dan fomula telah digunakan bagi menghasilkan bata yang sentanding
dengan bata yang dibakar. Walaubagaimanapun proses penghasilannya tidak
disebarkan dan diketahui oleh umum. Hal ini adalah untuk menjaga kepentingan
syarikat penghasilan bata itu sendiri. Kajian yang meluas juga tidak dijalankan
dimana-mana pusat penyelidikan secara terperinci. Oleh itu segala data tentang
proses dan bahan yang digunakkan tidak boleh didapati dari mana-mana rujukan.
3

Masalah ini telah mendorong saya untuk mengkaji secara mendalam tentang
penghasilan bata tanpa bakar ini. Dengan kejayaan dalam kajian ini membolehkan
bata ini dipatenkan dan proses pembikinannya dapat dibukukan.

Antara yang menjadi masalah besar dalam menyiapkan projek sarjana muda
ini adalah kurangnya maklumat mengenai bahan untuk digunakan di sebabkan
penghasilan bata ini tidak dibukukan atau disebarkan kepada ramai. Oleh itu langkah
yang diambil adalah dengan mengkaji teknik yang berkaitan dengan penghasilan bata
dan juga kelakuan tanah liat itu sendiri dari segi sifat kimia dan fiziknya.

Selain itu juga kebanyakkan syarikat pengeluaran bata enggan memberi


kerjasama yang sepenuhnya tentang proses dan bahan yang digunakan dalam
penghasilan bata ini. Dengan kekurangan yang dialami , kajian saya ini terpaksa
bergantung kepada kajian makmal untuk mendapatkan kesimpulannya.

1.3 Matlamat Kajian

Matlamat utama dalam projek sarjana muda ini, adalah melihat samada bata
tanpa bakar yang dihasilkan memiliki sifat fizik dan mekanikal yang standing dengan
bata bakar yang biasa digunakan.

1.4 Objektif Kajian

Bata yang lazim digunakan adalah bata bakar yang sangat popular dan
penggunaannya telah lama digunakan dalam industri pembinaan. Bata ini telah
terbukti dari segi kebolehkerjaanya dan memenuhi kehendak piawai, jika ianya
4

diproses dengan betul. Oleh itu penghasilan bata tanpa bakar mestilah mengikut
segala sifat bata bakar ini. Antara obkjektif kajian ini ialah :

1. Menghasilkan bata yang memenuhi kehendak piawai dan melepasi ujian yang
dijalankan terhadap bata biasa.
2. Melakukan beberapa ujian bagi melihat sifat fizik dan mekanikal bata yang
dihasilkan.

1.5 Skop Kajian

Bagi memastikan kajian yang dijalankan ini memenuhi objektifnya, beberapa


garis panduan diwujudkan bagi melancarkan lagi perjalanan atau perlaksanaa kajian.
Kajian ini melibatkan ujikaji makmal seperti yang terdapat dalam BS 3921.

Antara skop yang ditetapkan bagi ujikaji ini adalah :-

1. Membuat bata tanpa bakar yang berbentuk kiub dengan saiz 70 mm x 70mm
x70mm.

2. Membuat beberapa campuran yang berbeza peratus kandungan tanah dan


simenya.

3. Ujian yang dilakukan terhadap sample hanyalah ujian serapan dan kekuatan
pada selang masa 21, 30, dan 45 hari.
5

1.6 Faedah Kajian

Sehingga kini tiada lagi mana-mana kajian yang dilakukan terhadap


penghasilan bata tanpa bakar di Malaysia. Jika ada pun hanya berkisar tentang
keupayaan bata ini dalam kerja pembinaan dan kelebihan serta kelemahannya sahaja.
Ini kerana tiada banyak intutusi-intutusi serta pusat kajian mengambil berat tentang
proses penghasilannya, jika adapun hanyalah syarikat yang menghasilkan bata itu
sendiri dan segala proses ini menjadi rahsia syarikat dan tidak didedahkan terhadap
umum. Oleh itu dengan adanya kajian saya ini dapat memberi serba sedikit idea dan
panduan kepada pengkaji yang lebih mahir di masa akan datang. Diharap juga
dengan kajian saya ini dapat menambah sedikit ilmu dalam industri pembinaan
Negara. Antara faedah-faedah yang boleh diperolehi dalam penggunaan bata tanpa
bakar ini adalah:

1. Mengurangkan kos penghasilannya dari segi bahan dan poroses


pembakarannya.

2. Mengurangkan peralatan yang digunakan seperti relau.

3. Kerugian bata akibat retak dan pecah dalam proses pembakaran dapat
dikurangkan.

4. Pencemaran alam akibat haba dan asap yang dikeluarkan semasa proses
pembakaran dapat dikurangkan.

5. Mencari altenatif lain dalam menghasilkan bata untuk kegunaan industri.

6. Penghasilan dalam kuantiti yang sedikit tidak menambahkan kos yang tinggi.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Melalui pembacaan dan pemahaman buku-buku, nota-nota dan segala risalah


yang berkaitan dengan bahan binaan telah menjadi asas dalam kajian literature ini.
Antara yang akan diterangkan dalam bab ini adalah tentang bahan, teori serta proses
yang digunakan dalam menghasilkan bata bakar. Sifat seramik dan simen akan
diterangkan secara terperinci dalam bab ini. Pembaca akan dapat mengenali beberapa
jenis seramik serta simen berserta dengan sifatnya. Hal ini penting bagi membuat
analisis tentang jenis serta nisbah campuran yang patut dilakukan semasa pembikinan
bata tanpa bakar. Selain itu juga proses bata bakar yang biasa dilakukan juga
diceritakan serba sedikit dalam bab ini. Dengan adanya pendedahan terhadap proses
bata bakar ini pembaca dapat sedikit gambaran terhadap proses pembuatan bata
secara umumnya.
7

2.2 Seramik

Keramos adalah perkataan asal seramik yang membawa makna tanah liat.
Seramik adalah gabungan sebatian unsur logam dan bukan logam. Penggunaan
seramik telah bermula semenjak 4000 SM sebagai tembikar dan batu-bata. Kini
penggunaannya semakin meluas dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang-
bidang kejuruteraan.

Buku karangan Jasmi Hashim yang bertajuk ‘Pemprosesan Bahan’


mengelaskan seramik kepada dua, iaitu seramik tradisional dan seramik industri.
Seramik tradisional terdiri daripada komponen asas iaitu tanah liat, silika, dan
feldspar. Tanah liat dikenali sebagai aluminium silikat terhidrat (Al2O3SiO2H2O),
silika sebagai flint atau quaza (SiO2), dan feldspar pula mempunyai persamaan kimia
K2O.Al2O3.6SiO. Manakala contoh seramik industri pula ialah silika (SiO2), alumina
(Al2O3), silica nitrida (Si3N4), silikon karbida (SiC), dan zirkornia (ZrO2).

2.2.1 Kumpulan Seramik

Struktur hablur seramik terdiri daripada pelbagai unsur dengan saiz yang
berbeza dan merupakan sesuatu yang komplek. Biasanya ikatan antara atom seramik
adalah ikatan kovelan dan ikatan ionik, oleh itu bahan seramik mempunyai kekerasan
dan ketahanan terma yang lebih tinggi berbanding dengan logam. Seramik biasanya
wujud dalam bentuk hablur tunggal dan polihablur. Berdasarkan kepada struktur
seramiknya, seramik dapat dikelaskan kepada empat kumpulan utama iaitu:

1. Seramik amorfus
2. Seramik habluran
3. Seramik terikat
4. Seramik simen
8

2.2.2 Bahan Seramik

Tanah liat merupakan unsur utama yang membolehkan bahan seramik


bersifat plastik apabila bercampur dengan air. Tanah liat digunakan sebagai
komposisi utama dalam kebanyakan produk asas seramik. Terdapat pelbagai jenis
tanah liat seperti tanah liat kaoliat, tanah liat cina, tanah liat bola dan tanah liat api.

Alumina yang dikenali sebagai korundum atau emery merupakan alumina


oksida yang digunakan dengan meluas dalam bentuk tulen. Alumina mempunyai sifat
kekerasan yang tinggi dan kekuatan yang sederhana yang membuatkannya sesuai
sebagai bahan penebat dan juga sebagai alat pemotong.

Zirkornia mempunyai keliatan dan rintangan terhadap kejutan terma yang


baik. Selain itu zirkornia juga bersifat pengaliran terma yang baik dan pekali geseran
yang rendah. Zirkornia separuh stabil adalah mempunyai sifat yang lebih baik
daripada zirkornia yang biasa Zirkornia digunakan sebagai acuan atau dai untuk
penyemperit logam panas.

Karbida yang biasa digunakan ialah tungsten karbida dan titanium karbida.
Bahan ini digunakan sebagai bahan acuan dan alat pemotong. Manakala silikon
karbida sesuai digunakan untuk membuat komponen yang terdedah kepada suhu
yang tinggi misalnya dalam enjin haba.

Nitrida utama ialah boron nitrida kubus, titanium nitrida, dan silikon nitrida.
Boron nitrida kubus merupakan bahan kedua terkeras selepas intan, oleh itu ianya
digunakan sebagai alat pemotong dan pencanai. Nitrida ini tidak wujud secara
semula jadi tetapi melalui kaedah yang digunakan untuk menghasilkan intan tiruan.

Sermet adalah gabungan ikatan bahan seramik dengan fasa logam. Ianya juga
mengabungkan oksida, nitrida, dan karbida yang lain. Sermet yang terhasil
mempunyai sifat rintangan pengoksidaan suhu tinggi, rintangan kejutan terma dan
kemuluran logam. Digunakan pada muncung enjin jet dan brek pesawat.
9

Silika merupakan bahan yang banyak dalam alam semulajadi.silika adalah


bahan polimorf dan mempunyai struktur hablur yang berbeza. Silikat adalah hasil
dari tindakbalas silika dan oksida aluminium, magnesium, kalsium, natrium, dan
besi.

2.2.3 Kesan Keliangan Dalam Seramik

Secara amnya bahan seramik mengandungi sejumlah tertentu keliangan atau


lompang. Jumlah atau isipadu keliangan, saiz dan taburannya ini akan mempengaruhi
sifat mekanikal seramik, umumnya keliangan. Keliangan yang wujud di dalam
sesuatu produk seramik akan merendahkan kekuatannya. Walaubagaimanapun,
kehadiran keliangan dalam jumlah yang optimum boleh memberi kebaikan
terutamanya jika seramik itu digunakan sebagai bahan penebat haba. Kandungan
keliangan ini meningkatkan keupayaan seramik sebagai penebat dan tentunya
menjadi lebih ringan. Peningkatan jumlah keliangan dapat dilakukan dengan tiga
cara iaitu:

1. Mencampurkan serbuk kayu atau pepejal meruap misalnya naftalena


basah kedalam serbuk bahan seramik sebelum proses pembentukkan
dilakukan.

2. Memaksa udara memasuki bahan seramik ketika seramik tersebut dalam


keadaan plastic.

3. Memaksukkan agen pencampur yang akan bertindak balas secara kimia


dan membentuk gas dalam bahan seramik tersebut.
10

2.2.4 Proses Pembentukan Seramik

Bahan seramik tidak melebur seperti logam kecuali kaca. Oleh itu terdapat
pelbagai kaedah lain yang dapat digunakan untuk membentuk komponen seramik.
Kebanyakan seramik tradisional dan seramik kejuruteraan dihasilkan melalui kaedah
pemadatan serbuk atau partikel kepada bentuk yang dikehendaki. Peringkat asas
proses ini melibatkan tiga langkah iaitu penyediaan bahan mentah, pembentukan dan
rawatan terma melalui pengeringan atau pembakaran. Serbuk seramik dibentuk
kepada bentuk yang dikehendaki melalui pelbagai kaedah. Selepas proses
pembentukan ini, komponen yang dihasilkan mempunyai kekuatan hijau sahaja dan
melalui proses pembakaran dapat menghasilkan ikatan yang lebih kuat antara
partikelnya

Dalam proses penyedian bahan, serbuk seramik perlu disediakan dalam


bentuk yang sesuai dengan kaedah pemprosesan yang dipilih. Jika proses
pembentukan kering digunakan, maka serbuk ini perlu menjalani proses semburan
kering terlebih dahulu. Proses ini terdiri daripada penggabungan buburan seramik
berasaskan air yang bercampur dengan bahan pengikat, bahan pemplastik ke dalam
suatu kebuk yang panas. Jika proses pembentukan secara tuang dipilih, buburan
seramik berasaskan air perlu disediakan terlebih dahulu sehingga mencapai kelikatan
yang sesuai. Bahan penyerak dimasukkan kedalam buburan supaya menghalang
partikel seramik mendak di bawah takungan.

Proses pembentukan ialah proses untuk membentuk bahan seramik mengikut


bentuk yang dikehendaki. Ianya dapat dilakukan dalam keadaan basah atau kering.
Terdapat tiga proses yang lazim digunakan iaitu:

1. Proses tuangan buburan


2. Proses pembentukan plastic
3. Proses penekanan kering
11

Proses pembakaran seramik dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat


pengeringan dan peringkat pensinteran. Dalam peringkat pengeringan berlaku
pengeluaran semua bahan tambah seperti air, bahan pengikat, bahan pemerai, dan
pelincir. Pengeringan merupakan peringkat yang kritikal kerana pada peringkat ini
lendingan dan keretakan mudah berlaku. Masalah ini dapat diatasi dengan mengawal
suhu pembakaran. Pada peringkat pensinteran,ia melibatkan pemanasan ke suhu yang
sangat tinggi sehingga 1000oc. Proses ini akan meningkatkan lagi ciri mekanikal dan
kekuatan komponen seramik. Peningkatan ini diperolehi kerana terbentuknya ikatan
antara pertikel seramik dan berlakunya pemadatan struktur apabila keliangan
terhapus. Terdapat dua jenis proses pensinteran iaitu pensinteran keadaan cecair dan
pensinteran keadaan pepejal.

Akhir sekali proses kemasan dilakukan. Proses ini adalah proses dimana rupa
luar seramik dikemaskan sifatnya. Terdapat beberapa teknik penyudahan, antara
contohnya ialah penyalutan, pencanaian, pemesinan ultrasonic dan beberapa teknik
lagi.

2.3 Simen

Senjak zaman Mesir lagi manusia telah menggunakan bahan pengikat dalam
menghasilkan binaannya. Orang Mesir telah mencipta simen dari proses pembakaran
manakala orang Rom pula telah pandai menghasilkan simen melalui campuran kapur
dan abu gunung berapi dan bukti kekukuhan struktur yang dibina pada zaman dulu
adalah dengan melihat ianya kekal hingga ke hari ini. Simen moden yang digunakan
sekarang dicipta pada kurun ke 19 dan dinamakan simen Portland berdasarkan
rupanya yang serupa dengan batu yang terdapat di Portland di selatan England.

Simen adalah bahan yang mempunyai lekitan semasa basah, kemudian


memejal dan mengeras serta mengikat pepejal menjadi jasad yang padu. Ianya
terbahagi kepada dua iaitu simen hidraulik dan simen bukan hidraulik. Simen
12

hidraulik boleh memejal dan mengeras dengan bertindakbalas dengan air manakala
simen bukan hidroulik memerlukan udara untuk mengeras.

2.3.1 Komposisi Kimia Utama Simen

Pembakaran dalam tanur menghasilkan pelbagai sebatian kimia yang


komplek tetapi hanya empat sahaja yang mempengaruhi sifat simen secara umum.
Empat sebatian ini adalah seperti berikut:

Nama sebatian Komposisi kimia Ringkasan


Trikalsium silikat 3CaO.SiO2 C3S
Dwikalsium silikat 2CaO.SiO2 C2S
Trikalsium aluminat 3CaO.Al2O3 C3A
Tetrakalsium alumino ferit 4CaO.Al2O3.Fe2O3 C4AF

Di antara empat sebatian utama ini, C3S dan C2S adalah paling stabil. Apabila
bercampur dengan air. C3S akan terhidrat dengan cepat dan melepaskan haba yang
banyak pada peringkat awalnya. Manakala C2S pula terhidrat dengan perlahan dan
kekal terhidrat dengan jangka masa yang panjang. C2S juga didapati mempunyai
rintangan kimia yang lebih baik dan kecutan pengering yang rendah.

Berbanding dengan C3S dan C2S, C3A adalah yang tercepat mengalami
proses penghidratan dengan pelepasan haba yang tinggi. Sumbangan C3A kepada
kekuatan adalah sangat sedikit dan ianya mudah diserang sulfat. C4AF adalah yang
paling cepat terhidrat tetapi kesan pemejalan dan kekuatannya adalah paling rendah .
13

2.3.2 Penghidratan

Tindakbalas yang berlaku antara simen dan air dikenali sebagai penghidratan.
Penghidratan menyebabakan simen memejal dan mengeras dan seterusnya mengikat
pepejal.

Tindakbalas berlaku antara air dan zarah simen kerana simen mengandungi
bahan aktif seperti kasium silikat dan kalsium aluminat. Kasium silikat hidrat dan
kalsium hidroksid adalah antara bahan yang akan terhasil. Sebatian ini adalah sangat
kuat dan mempunyai ketelarutan yang sangat rendah.

Semasa proses penghidratan, haba akan dibebaskan. Haba yang dihasilkan


dinamakan haba penghidratan yang boleh memberi kesan buruk dari segi kelasakan
seperti retak mikro akibat cerun suhu pada struktur yang tebal. Kadar penghidratan
mengambil masa yang panjang. Kadarnya adalah tinggi pada permulaan dan
menurun mengikut masa.

2.3.3 Jenis-Jenis Simen

Biasanya simen yang digunakan dalam industri pembinaan terbahagi kepada


empat kategori iaitu:

1) Simen Portland
2) Simen Portland Teradun
3) Simen Portland dengan bahan campur
4) Simen Alumina
14

Selain itu juga simen Portland juga boleh diubahsuai semasa proses
pengilangnya menjadi beberapa jenis simen yang mempunyai ciri-ciri berlainan yang
sesuai dengan kegunaannya di tapak bina. Antara simen yang dihasilkan dari simen
Portland adalah:

1) Simen Portland biasa


2) Simen Portland cepat keras
3) Simen Portland haba rendah
4) Simen Portland rintang sulfat
5) Simen Portland putih

2.4 Bata Bakar Tanah Liat

Bata ialah bahan binaan yang diperbuat dari tanah liat atau campuran simen
atau pasir yang mempunyai ukuran panjang dua kali lebarnya. Saiz yang kecil
membolehkannya dipengang dan diangkat oleh sebelah tangan. Bata bakar tanah liat
boleh dibahagikan kepada tiga jenis

1. Bata biasa
2. Bata muka
3. Bata kejuruteraan
15

2.4.1 Proses Pengilangan Bata

Proses pembuatan bata bakar tanah liat melalui empat peringkat iaitu:

1. Penyediaan
2. Pembentukan
3. Pengeringan
4. Pembakaran

Tanah liat perlu melalui proses penyediaan supaya tidak timbul masalah
seperti retak, peroi dan lain-lain. Antara kerja-kerja penyediaan:

1. Meluluhawa untuk menghilangkan garam terlarut.

2. Pemisahan untuk membuang akar dan ketulan besi.

3. Pemecahan dan pegisaran untuk menghancurkan tanah.

4. Pengkadaran untuk mendapat campuran yang sesuai.

5. Penggaulan dan pelembapan supaya keplastikan tanah bersesuaian.

Kaedah pembentukan bata boleh dibahagikan kepada tiga, mengikut jenis


tanah liat dan kandungan lembapannya. Antara kaedahnya ialah:

1. Kaedah tanah lunak


2. Kaedah penyemperitan
3. Kaedah separa kering
16

Bata yang telah dibentuk perlu dikeringkan untuk mengelakkan daripada


terpiuh, bengkok, dan rekah semasa pembakaran. Pengeringan boleh dilakukan
samada menggunakan tenaga matahari atau bahan bakar. Kadar pengeringan pada
peringkat awal dilakukan dengan perlahan sehingga tanah liat mencapai kadungan
lembapan kritikal untuk mengelakkan retak pada bata. Setelah itu kadar pengeringan
boleh ditingkatkan.

Pembakaran menukar bata daripada bahan larut air kepada jasad yang mampu
menanggung beban mekanikal dan tindakkan kimia. Pembakaran adalah proses yang
paling kritikal dalam pembuatan bata bakar tanah liat. Suhu tanur semasa
pembakaran mesti dikawal dan diawasi kerana sebarang perubahan suhu akan
mempengaruhi hasilnya. Pembakaran bata akan mengalami tiga peringkat iaitu:

1. Pengewapan dimana sisa air yang masih ada disejat.

2. Pengoksidanan dimana berlaku perubahan pada sebatian secara kimia.

3. Pengkacaan dimana sebahagian sebatian akan melakur dan menutupi


permukaan.

Rajah 2.1: Proses-proses yang dilakukan di industri pengilangan bata


17

2.5 Ujian-Ujian Terhadap Bata

Biasa terdapat beberapa ujian yang perlu dijalankan untuk menguji


kebolehankerjaan dan piawai bata yang dihasilkan. BS 3921 menetapkan empat jenis
ujian yang patut dijalankan adalah ujian mampatan, serapan, dimensi dan peroi

Ujian mampatan dijalankan terhadap 10 biji bata yang mana cerapannya akan
dipuratakan. Sebelum membuat ujian ini bata hendaklah direndam selama 24 jam.
Semasa melakukan ujian mampatan kedua-dua permukaan bata hendaklah dialas
dengan papan bagi menyerap ketidakrataan permukaan. Ujian dimensi pula
menggunakan 24 biji bata. Ujian ini dijalankan dengan mengukur panjang, lebar dan
tinggi bata yang dibandingkan dengan dimensi piawai yang ditetapkan.berikut adalah
dimensi yang ditetapkan dan had maksimumnya:

Jadual 2.1: Piawai demensi bagi bata.


Saiz sebenar (mm) Ukuran 24 biji bata (mm)
Maksimum Minimum
215 5235 5085
102.5 2505 2415
65 1605 1515

Ujian serapan pula terdapat tiga jenis yang lazim dijalankan, iaitu ujian
serapan rebus 5 jam, serapan sejuk, kadar serapan awal atau sedutan. Dalam ujian
serapan rebus 5 jam, bata direbus selama 5 jam kemudian dibiarkan sejuk didalam air
tersebut selama 18 jam. Nisbah berat bata kering dan bata basah di ambil. Bagi ujian
serapan sejuk, bata hanya direndam menggunakan air sejuk selama 24 jam dan
nisbah berat kering dan basah diambil. Manakala bagi ujian serapan awal, berat air
yang diserap oleh bata per unit luas diambil dalam masa 2 minit.
18

Ujian yang terakhir adalah ujian peroi yang dilakukan dengan merendam
sebahagian bata didalam air untuk beberapa hari dan kemudian menilai sebanyak
mana penghabluran garam diatas permukaannya. Penghabluran garam ini dapat
dilihat dengan kehadiran tompok-tompok putih pada permukaan bata.
BAB 3

PEMBUATAN BATA TANPA BAKAR

3.1 Pengenalan

Kajian yang dijalankan ini melibatkan pembinaan blok-blok batu bata dan
ujikaji yang dijalankan di makmal Bahan dan Struktur Fakulti Kejuruteraan Awam.
Matlamatnya adalah untuk mengkaji kebolehkerjaan bata yang direka untuk
mengantikan bata bakar yang sedia ada. Rekabentuk ini, hanya menggunakan
campuran simen dan tanah. Beberapa kadar campuran yang sesuai antara tanah dan
simen direka dan di adun. Kesemua adunan ini dicetak menggunakan acuan bersaiz
70mm x70mm x70mm.Ujikaji makmal dilakukan mengikut tatacara ujikaji biasa
yang dilakukan terhadap bata bakar seperti yang tertulis di dalam BS3921. Skopnya
melibatkan kadar serapan bata yang direkabentuk dan kekuatan pada selang waktu
yang tertentu.
20

3.2 Penyediaan Bahan

Bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini adalah tanah liat, simen
Portland biasa dan air yang dicampur mengikut kadar yang berbeza dan ditentukan
mengikut kaedah cuba ralat.

3.2.1 Tanah

Tanah yang digunakan dalam kajian ini adalah tanah liat yang di ambil dari
bukit cerapan Universiti Teknologi Malaysia. Semasa pengambilan tanah dilakukan,
bahagian tanah atasnya dibuang terlebih dahulu bagi memastikan tiada campuran
benda asing. Tanah ini disimpan di dalam beg plastik hitam supaya kadungan asal
lembapannya tidak berubah sebelum kerja – kerja pembuatan dijalankan. Setelah itu
kajian makmal tentang kelembapan dilakukan di makmal. Keputusan ujian kelempan
yang diperolehi adalah seperti di bawah:

Berat piring, a 9.986g


Berat piring + tanah basah, b 48.030g
Berat piring + tanah kering, c 37.626g

Kelembapan tanah = b-c x 100%


b-a

= 48.030g - 37.626g x100%


48.030g – 9.986g

= 27.35 %
21

3.2.2 Simen

Simen yang digunakan adalah simen Portland biasa (OPC) yang


ditetapkan mengikut Ms 522 part 1:1977. Masa pemejalan awal adalah tidak kurang
dari 45 minit dan masa pemejalan akhir melebihi 10 jam.

3.2.3 Air

Air yang digunakan adalah air yang bebas dari asid, alkali dan bahan organic.
Bagi kajian ini, air paip yang bersih dan boleh diminum digunakan. Tiada ujian
dijalankan keatas sample air ini.

3.3 Nisbah Campuran

Dalam menentukan nisbah campuran kaedah cuba jaya telah digunakan.


Nisbah ini adalah berdasarkan berat semen dan tanah yang digunakan. Sebanyak 5
jenis iaitu 10%, 20%, 30% 40% dan 50% nisbah simen berbanding tanah telah
digunakan bagi setiap campuran. Manakala nisbah air yang digunakan ditetapkan
sebanyak 20% dari keseluruhan berat campuran. Hal ini bagi memastikan kesan
peratus kandungan air tidak mendatangkan effek terhadap setiap campuran.berikut
adalah jadual nisbah bacuhan bagi setiap campuran:
22

Jadual 3.1: Nisbah bacuhan untuk membuat bata tanpa bakar

Campuran Nisbah simen - tanah Nisbah air - campuran


1 0.1
2 0.2
3 0.3 20%
4 0.4
5 0.5

3.4 Proses Pembuatan

Radas-radas yang digunakan :


1. Alat penimbang
2. Dulang
3. Selinder penyukat
4. Acuan saiz 70mm x70mm x70mm

Langkah – langkah jalan kerja adalah seperti berikut

1. Timbang bahan-bahan asas untuk membuat unit bata mengikut nisbah yang
telah ditentukan.

2. Tanah dimasukan terlebih dahulu dan proses penghancuran dilakukan dengan


mengunakan penukul dan tangan.

3. Setelah semua tanah telah dihancurkan barulah simen dimasukkan dan digaul
sama rata.
23

4. Akhir sekali air dimasukan sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan digaul
sekali lagi sehingga semua bahan – bahan sebati.

5. Kemudian acuan yang bersaiz 70mm x 70mm x 70mm disediakan. Sedikit


minyak disapukan di sekeliling acuan untuk memudahkan proses penaggalan.

6. Setelah itu adunan dimasukan sedikit demi sedikit dan dipadatkan dengan
cara menekan menggunakan tangan.

7. Bahagian atas dan bawah acuan yang berisi adunan tadi diratakan.

8. Akhir sekali adunan dikeluarkan dengan membuka salah satu sisi acuan . dan
dibiarkan mengering mengikut tempoh yang telah ditetapkan iaitu 21, 30 dan
40 hari.
BAB 4

UJIAN DAN ANALISA

4.1 Pengenalan

Teknologi pembuatan bata tanpa bakar masih tidak meluas lagi, lantaran itu
tiada ujian khas yang telah ditetapkan untuk menguji tahap kebolehkerjaan bata ini.
Walaubagaimanapun, kajian kali ini telah mengunnakan beberapa ujian yang biasa
dilakukan terhadap bata biasa mengikut piawai dan jalan kerja yang tertera di BS
3921. Beberapa ujian yang sering dilakukan terhadap bata telah digunakan untuk
mengaji peratus resapan bata ini dan juga kekuatan bata pada selang hari yang
tertentu.

BS 3921 telah menetapkan beberapa garis panduan untuk melakukan ujian


terhadap bata. Ujian serapan dilakukan untuk mengetahui kadar serapan air oleh bata
manakala ujian kekuatan mampatan pula bagi mengetahui kekuatan fizikal bata.
Berikut adalah jadual yang menunjukan piawai dan jenis bata yang patut dilepasi
mengikut BS 3921:
25

Jadual 4.1 : Piawai yang patut dilepasi oleh bata, seperti yang terdapat di
BS3921.

Kelas Kekuatan Serapan air, %


mampatan, N/mm2
Bata kejuruteraa A > 70 < 4.5
Bata kejuruteraan B > 50 < 7.0
Bata tahan lembap 1 >5 < 4.5
Bata tahan lembap 2 >5 < 7.5
Lain-lain >5 Tiada batasan

4.2 Ujian Serapan Air

Ujian serapan air adalah satu ujian di mana kadar serapan air ditentukan, ujian
ini bertujuan untuk memastikan kandungan air morta yang sesuai digunakan untuk
mengikat bata tersebut. Pada kajian kali ini sebanyak 25 biji bata yang mempunyai
kadar campuran simen yang berbeza telah digunakan bagi. Berikut adalah kumpulan
dan kadar campuran simen bata yang telah diuji:

Jadual 4.2.1: Kumpulan dan bilangan setiap campuran.


kumpulan Peratus kandungan simen, % Bilangan bata
1 10 5
2 20 5
3 30 5
4 40 5
5 50 5
26

4.2.1 Radas Dan Peralatan

1. Oven pengering
2. Dapur dan periuk
3. Alat penimbang elektronik

4.2.2 Penyediaan Sampel

Sampel bata dikeringkan sehingga mencapai berat konstan di dalam oven


pada suhu 1100C hingga 1150C selama 48 jam. Selepas itu, sample dikeluarkan dan
disejukan pada suhu bilik. Apabila sampel sudah sejuk, berat setiap sampel
ditimbang sehingga ketepatan 0.1 %.

4.2.3 Cara Kerja

Sampel bata diletakan di dalam periuk yang berisi air sebaik sahaja ianya
ditimbang. Pastikan satu jarak minimum 10 mm dibenarkan antara bata dengan bata
dan antara bata dengan dinding periuk. Air dipanaskan sehingga takat didih selama
satu jam dan diteruskan untuk mendididh selama 5 jam seterusnya. Selepas itu, ia
dibiarkan menyejuk didalam suhu bilik sekurang-kurangnya 16 jam dan tidak
melebihi 19 jam. Setelah itu bata dikeluarkan dan dilapkan permukaan bata dengan
kain sebelum ditimbang.

Pastikan berat sample diambil dalam masa 2minit sebaik ia dikeluarkan dari
air.
27

4.2.4 Pengiraan Peratus Serapan Air

Setiap sample bata dikira peratus serapan airnya dengan menggunakan


fomula seperti berikut :

A = 100 (berat basah – berat kering)


Berat kering

4.2.5 Keputusan Ujian

Jadual 4.2.2 : Data keputusan ujian serapan air bagi bata tanpa bakar.

Berat kering Berat basah purata


Peratus sebelum selepas rebus Peratus peratus
No batu simen, (%) rebus (g) (g) Serapan (%) serapan (%)
11 418 579 38.5
12 409 568 38.9
13 10 409 568 38.9
14 410 569 38.8
15 411 569 38.4 38.7
21 468 628 34.2
22 475 640 34.7
23 20 473 636 34.5
24 472 634 34.3
25 467 626 34.0 34.3
31 498 653 31.1
32 508 662 30.3
33 30 502 656 30.7
34 501 655 30.7
35 508 664 30.7 30.7
41 495 648 30.9 30.6
28

42 498 644 29.3


43 40 490 643 31.2
44 495 651 31.5
45 491 638 29.9
51 555 689 24.1
52 559 695 24.3
53 50 550 686 24.7
54 551 686 24.5
55 562 697 24.0 24.3

GRAF PERATUS SERAPAN AIR MELAWAN


PERATUS KANDUNAN SIMEN

50
P E RATUS S E RAP AN

40
AIR, %

30

20

10

0
0 10 20 30 40 50 60
PERATUS KANDUNGAN SIMEN,%

Rajah 4.2.1: Graf serapan air melawan peratus kandungan simen.


29

Daripada ujian yang dilakukan didapati kadar serapan adalah berkurang


dengan penambahan peratus simen di mana hubungan kedua parameter itu berkadar
terus antara satu sama lain. Hal ini boleh dilihat pada rajah 4.2.1.

Zarah simen

Zarah tanah

Rajah 4.2.3 : Model ikatan simen dan tanah.

Apabila proses penghidrattan berlaku, simen akan berubah dari segi sifat
kimia dan sifat fiziknya. Perubahan ini akan menjadikan zarah-zarah simen
mengembang dan menutupi kebanyakan ruang dan menyukarkan air memasukinya.
Dengan kehadiran tanah didalam campuran akan mewujudkan ruang antara zarah-
zarah. Hal ini seperti ditunjuklkan didalah rajah 4.2.3

Semakin banyak tanah yang ditambah akan menyebabkan peratus ruang


kosong didalam campuran bertmbah.dengan pernambahan ruang kosong Ini akan
memudahkan kemasukan air.

Daripada keputusan yang diperolehi dari ujikaji didapati peratus serapan


adalah lebih daripada 7%. Ini menunjukan kadar serapan yang tinggi jika
dibandingkan dengan keperluan bata kejuruteraan seperti mana yang terdapat di
jadual 4.1. Walaubagaimanapun nilai ini masih sesuai digunakan untuk kerja bata
yang lain seperti membuat tembok pembahagi dan lanskap.
30

4.3 Ujian Kekuatan Mampatan

Ujian mampatan biasa dilakukan untuk mengetahui kekuatan sesuatu bahan


pejal. Bahan akan dihancurkan mengunakan mesin mampatan dan bacaan akan dapat
diketahui. Dalam kajian ini kekuatan bata pada hari ke 21, 30 dan 40 telah digunakan
untuk melihat perbezaan kekuatannya. Setiap campuran akan mengunakan 3 biji bata
bagi setiap kali cubaan. Kemudian kekuatan bata akan dipuratakan.

Berikut adalah fomula yang digunakan untuk mendapatkan kekuatan bata:

Kekutan bata, N/mm2 = bacaan pada mesin, N .


Luas permukaan bata, mm2

4.3.1 Keputusan Ujian

Jadual 4.3.1 : Kekuatan bata pada hari ke 21.

Peratus
Kekuatan bata, N/mm2
campuran
Bata 1 Bata 2 Bata 3 Peratus
simen,%

10 2.84 2.71 2.74 2.76


20 4.47 4.73 4.51 4.57
30 4.82 5.06 4.92 4.93
40 6.00 6.29 6.59 6.29
50 10.57 9.22 10.71 10.17
31

Jadual 4.3.2 : Kekuatan bata pada hari ke 30.

Peratus
Kekuatan bata, N/mm2
campuran
Bata 1 Bata 2 Bata 3 Peratus
simen,%

10 3.06 3.27 2.86 3.06


20 5.1 5.92 5.71 5.58
30 6.12 5.92 6.53 6.19
40 8.16 8.57 8.12 8.28
50 12.65 13.06 12.65 12.79

Jadual 4.3.3 : Kekuatan bata pada hari ke 40.

Peratus
Kekuatan bata, N/mm2
campuran
Bata 1 Bata 2 Bata 3 Peratus
simen,%

10 4.08 3.88 4.90 4.29


20 5.92 6.12 4.49 5.51
30 7.12 7.55 7.12 7.26
40 9.39 8.78 9.59 9.25
50 14.08 14.29 14.69 14.35
32

GRAF KEKUATAN MELAWAN


PERATUS KANDUNGAN SIMEN

20.00
KEKUATAN BATA,
15.00 hari ke 21
KN/mm 2
10.00 hari ke 30

5.00 hari ke 40

0.00
10 20 30 40 50
PERATUS KANDUNGAN SIMEN,
%

Rajah 4.3.1 : Graf kekuatan melawan peratus kandungan simen.

Daripada keputusan yang diperolehi didapati kekuatan bata meningkat


dengan bertambahnya peratus kandungan simen. Ini kerana semakin banyak zarah-
zarah simen maka lebih banyak daya ikatan yang terhasil di dalam campuran. Hal ini
dapat difahami melalui rajah 4.3.3.

Peratus simen tinggi Peratus simen rendah

- Zarah tanah

- Ikata zarah simen

Rajah 4.3.3 : Model hubungan ikatan simen dengan zarah tanah.


33

Dari keputusan yang diperolehi juga didapati kadar kekuatan simen


meninggkat dengan dengan penambahan hari pengawetan. Fenomena ini adalah
benar dari segi teori kerana simen memerlukan masa untuk menjalani proses
penghidratan. Umumnya pada umur 29 hari hampir 90 peratus penghidratan telah
tercapai pada simen yang diawet sepenuhnya.

KEKUATAN MELAWAN HARI PENGHIDRATAN


KEKUATA BATA, KN/mm2

8
7
6
5
4
3
2
1
0
0 10 20 30 40 50
HARI PENGHIDRATAN

Rajah 4.3.4: Graf kekuatan bata melawan hari penghidratan untuk campuran 30%.

Pada keseluruhanya bata yang mengandungi 30% simen adalah campuran yang
terendah yang memberi nilai kekuatan yang lebih dari 5 N/mm2 pada hari ke 40.
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

Bata adalah salah satu bahan yang penting dalam industri pembinaan,
walaubagainamapun proses pembuatannya yang rumit dan memerlukan kos yang
agak tinggi membuatkan harganya turut meningkat. Dalam kaedah pembuatannya,
bata terpaksa dibakar pada suhu melebihi 1000oC untuk menjalani proses pelakuran.
Hal ini memerlukan bahan api yang agak tinggi kosnya serta ruang pembakaran yang
besar. Melalui pendekatan bata tanpa bakar ini dapat menangani kedua –dua masalah
ini.

Tujuan kajian ini adalah menghasilkan bata tanpa bakar dan melihat sifat fizik
dan mekanikalnya berbanding BS 3921. Saiz bata yang dipilih adalah 70mm X
70mm X70mm dengan mengunakan acuan besi yang biasa terdapat dimakmal.
Bahan utama dalam pembuatan bata ini adalah simen, tanah liat, dan air. Campuran
diadun pada kadar 10%, 20%, 30%, 40% dan 50% kandungan simen dengan nisbah
campuran 20% kandungan air berbanding keseluruhan beratnya.

Dua ujian penting telah dilaksanakan iaitu ujian serapan dan ujian mampatan.
Ujian serapan telah menggunakan 5 biji bata setiap satu campuran dan purata berikut
adalah keputusan yang diperolehi dari ujian:
35

1. Kadar serapan air menurun bagi setiap pernambahan simen.

2. Semua campuran tidak melebihi 40% kadar serapan.

3. Kekuatan bata meningkat dengan penambahan hari pengawetan.

4. Pada hari ke 40, semua campuran melepasi kekuatan 5 N/mm2 kecuali bata
yang memiliki 10% kandungan simen.

Pada kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektif dan iaitu
melihat sifat fizik dan mekanikal bata tanpa bakar yang direka. selain dapat
menjimatakan kos bahan mentahnya dan ruang, bata jenis ini juga dapat
mengurangkan kadar retak dan pecah yang biasa terjadi semasa proses pembakaran.

5.2 Cadangan

Oleh kerana kajian ini adalah sekadar kajian awal, maka terdapat banyak masalah
dan pembaikan yang perlu dilakukan baik semasa proses pembuatan dan ujian. Bagi
membantu kajian lanjut yang mungkin akan dilaksanakan oleh mana-mana individu
dimasa akan datang, di sini disenaraikan beberapa cadangan yang difikirkan
munasabah oleh penulis sepanjang pengalaman menghasilkan kajian ini.:

1. Kajian boleh dilakukan dengan menggunakan beraneka jenis tanah yang


berbeza dari segi fizik dan kimianya bagi melihat pelibatan proses susunan
tekstur molekul dan zarahnya.

2. Kajian juga boleh dilakukan dengan menggunakan kandungan air yang


berbeza bagi melihat peranan air semasa proses pengerasan.
36

3. Selain itu penggunaan bahan tambah lain juga boleh dipertimbangkan bagi
memperkukuhkan lagi rekaan dari segi kekuatan dan kadar serapannya.

4. Semasa proses pembuatan, dicadangan menggunakan mesin yang sesuai bagi


mengaul campuran bagi mendapatkan adunan yang rata.
37

Bibliografi

1. Jasmi Hashim (2003), “Pemprosesan Bahan”, University of Technology


Malaysia, Skudai.

2. James Keddie (1980), “Brick manufacture in Developing Countries”, Scottish


Academic.

3. Robert Maynard (1908), “Structure and Properties of Engineering Material”, New


York.

4. Dr Ahmad Mahir Makhtar, “Nota Kuliah Bahan Kejuruteraan Awam”, University


of Technology Malaysia, Skudai.

5. HFW Toylar (1990), “Cement Chemistry”, Lodon Academic Press, United


Kingdom.

6. Itzhak soroka (1979), “Portland Cement Paste and Concrete”, Macmillan,


London.

7. “Himpunan website tentang bata tanpa bakar”, Cetu, Falkuti Kejuruteraan


Awam, Skudai, Malaysia
LAMPIARAN
39

Gambar 1: Tanah liat dihancurkan

Gambar 2: Campuran tanah, simen dan air

Gambar 3: Campuran dimasukan di dalam acuan


40

Gambar 4: Bata yang sudah siap

Gambar 5: Ujian serapan air

Gambar 6: Ujian kekuatan mampatan

You might also like