Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

1

1.0 PENDAHULUAN

Hilezan et al. (2013) menyatakan bahawa penaksiran atau pentaksiran berasal


daripada perkataan Greek ”Assidere” yang bermaksud “duduk bersama” dengan pelajar dan
mengesahkan respon dengan apa yang dimaksudkan. Dalam kata lain, pentaksiran ialah
satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan (Norhaslina Binti Adam 2013).

Berdasarkan jurnal Pendidikan Sains dan Matematik oleh Mohd Faizal Nizam et al.
(2014) pentaksiran merupakan fasa penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Tiga
tujuan pentaksiran adalah pentaksiran terhadap pembelajaran, pentaksiran untuk
pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran (Azizi Ahmad, 2011). Oleh yang
demikian, pelaporan ini bertujuan untuk mentaksir sama ada murid boleh mengaplikasikan
konsep, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan hasil kurikulum
seterusnya membantu guru mengenal pasti kelemahan dalam pengajaran.

2.0 JSU (JADUAL SPESIFIKASI UJIAN)

Perancangan ujian adalah tidak semudah membina ujian. Segelintir guru mengambil jalan
mudah tanpa mengamalkan prosedur pembinaan ujian bilik darjah yang betul (Mohd
Fakhrudzafie, 2010). Salah satu daripada prosedur dalam merancang ujian bilik darjah ialah
dengan membina JSU.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) menurut Mohamed Najib (2011) ialah jadual yang
mengandungi jumlah soalan atau item untuk setiap isi kandungan, tahap kemahiran dan
jenis-jenis soalan. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) juga disebut Jadual Penentuan Ujian. JSU
juga adalah satu matriks atau cara yang mewakili bilangan item yang hendak diuji mengikut
setiap topik dan aras objektif (Yuznaili 2016).

Pembinaan JSU dapat membantu guru mengenalpasti kemahiran atau objektif yang
hendak diuji (Abd Wahid Mukhari & Yuszaida Yusof, 2009). Melalui JSU, guru atau pembina
ujian akan dapat merancang topik atau kemahiran yang hendak diuji dalam item
berdasarkan tahap kognitif yang dicadangkan dalam Taksonomi Bloom (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2013). Tahap Kognitif Bloom yang digunakan dalam JSU ialah
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, penilaian dan rekacipta. Bagi memastikan ujian
bilik darjah yang dibina oleh guru menepati tujuan sebenar ujian tersebut dan memenuhi ciri-
2

ciri kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, maka prosedur pembinaan ujian hendaklah
diikuti oleh guru.

2.1 Langkah-Langkah Penyediaan JSU

2.1.1 Langkah 1- Menyenaraikan semua topik yang hendak diuji dan jangka masa
topik diajar.

Di dalam Siri Pendidikan Guru: Pentaksiran Dalam Pendidikan, ada menyatakan


bahawa langkah penyediaan JSU ialah dengan menyenaraikan tajuk-tajuk yang telah diuji
serta masa yang digunakan dalam pengajaran (Boon, Lee dan Lawrence, 2017).

Menurut Mohd Hazim (2016) tajuk-tajuk mestilah diambil dari standard kurikulum,
topik, dan masa mengajar. Jadual 1 menunjukkan senarai tajuk dan masa yang diperlukan
untuk mengajar.

Bil Topik Masa mengajar


(jam interaksi)
1 1.0 Koordinasi Badan 6 x 30min
1.1 Memahami koordinasi badan 180 min=3 jam
1.5 Memahami otak manusia dan kerencamannya
1.8 Menilai kesan penyalahgunaan dadah terhadap
koordinasi badan dan kesihatan

2 6.0 Cahaya, Warna dan Penglihatan 2 x 30 min


6.8 Menilai kepentingan warna dalam kehidupan 60 min = 1 jam
Harian

3 7.0 Bahan Kimia Dalam Perindustrian 2 x 30 min


7.4 Menyedari kepentingan pemeliharaan dan 60 min = 1 jam
pemuliharaan sekitar dari pencemaran sisa
buangan industri untuk kepentingan manusia
sejagat
3

4 8.0 Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan 2 x 30min


8.5 Menganalisis kaedah pencegahan yang 60 min = 1 jam
disebabkan oleh mikroorganisma
5 10.0 Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar 2 x 30 min
10.3 Mensintesiskan idea tentang pemeliharaan 60 min = 1 jam
dan pemuliharaan alam sekitar dan pengawalan
pencemaran
6 11.0 Sebatian Karbon 2 x 30min
11.4 Menganalisis kelapa sawit dan kepentingannya 60 min = 1 jam
kepada pembangunan negara
7 13 Teknologi Dan Pengeluaran Makanan 4 x 30 min
13.1 Menganalisis kaedah dan bahan yang 120 min = 2 jam
digunakan dalam teknologi makanan
13.4 Mengamalkan pemikiran kritis dan analitis
dalam membuat pemilihan makanan yang
diproses
Jumlah jam interaksi 10 jam

Jadual 1: Senarai topik dan jumlah jam interaksi

2.1.2 LANGKAH 2- Menyatakan peruntukan markah.

Mengira peratus masa bagi setiap topik untuk menentukan pemberatan setiap topik (Abu
Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar, 2008). Pemberatan setiap topik ditentukan dengan
menggunakan formula:

Jumlah jam interaksi x 100

Jumlah keseluruhan interaksi

Bil Topik Masa mengajar Peratus (%)


(jam interaksi)
1 Koordinasi Badan 6 x 30min 3/10 x 100
1.1 Memahami Koordinasi Badan 180 min=3 jam 30%
1.5 Mehahami otak manusia dan kerencamannya
4

1.8Menilai Kesan Penyalahgunaan Dadah


Terhadap Koordinasi Badan Dan Kesihatan
2 Cahaya, Warna dan Penglihatan 2 x 30 min 1/10 x 100
6.8 Menilai kepentingan warna dalam 60 min = 1 jam 10%
kehidupan Harian
3 Bahan Kimia Dalam Perindustrian 2 x 30 min 1/10 x 100
7.4 Menyedari kepentingan pemeliharaan dan 60 min = 1 jam 10%
pemuliharaan sekitar dari pencemaran sisa
buangan industri untuk kepentingan
manusia sejagat
4 Mikroorganisma Dan Kesannya Ke Atas Hidupan 2 x 30min 1/10 x 100
8.5 Menganalisis kaedah pencegahan yang 60 min = 1 jam 10%
disebabkan oleh mikroorganisma
5 Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar 2 x 30 min 1/10 x 100
10.3 Mensintesiskan idea tentang 60 min = 1 jam 10%
pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar dan pengawalan pencemaran
6 Sebatian Karbon 2 x 30min 1/10 x 100
11.4 Menganalisis kelapa sawit dan 60 min = 1 jam 10%
kepentingannya kepada pembangunan
negara
7 Teknologi Dan Pengeluaran Makanan 4 x 30 min 2/10 x 100
13.1 Menganalisis kaedah dan bahan yang 120 min = 2 jam 20%
digunakan dalam teknologi makanan
13.4 Mengamalkan pemikiran kritis dan analitis
dalam membuat pemilihan makanan yang
diproses
Jumlah jam interaksi 10 jam 100%

Jadual 2: Peratus markah bagi setiap topik


5

2.1.3 LANGKAH 3- Membina JSU untuk menentukan aras kemahiran untuk tajuk
mengikut aras Taxonomi Bloom

Aras Taksonomi Bloom terdiri daripada enam peringkat iaitu pengetahuan,


pemahaman, aplikasi, analisis, penilaian dan rekacipta (Bloom et al. 1956; Krathwool, 2002).
Penentuan aras tersebut dihuraikan secara lanjut dalam subtopik item ujian.

Reka cipta

Penilaian

analisis

aplikasi

kefahaman

pengetahuan

Gambar Rajah 1: Aras kemahiran Taxonomi Bloom

2.1.4 LANGKAH 4- Menentukan aras rendah, sederhana dan tinggi

Aras kesukaran Taxonomi Bloom yang diberikan adalah menggunakan nisbah 1:3:1, yang
merujuk kepada 1 soalan aras rendah, 3 soalan aras sederhana, dan 1 soalan aras tinggi
(Vincent Pang & Denis Lajium, 2008). Berdasarkan nisbah tersebut, saya dikehendaki
membina 10 item soalan berbentuk objektif. Oleh itu, nisbahnya adalah 2:6:2, yang
membawa kepada aras rendah sebanyak 2 soalan, aras sederhana 6 soalan, dan aras
tinggi sebanyak 2 soalan.

Elemen Aras Jum soalan (nisbah 1:3:1)

Mengingat
Rendah 2
Memahami
Mengaplikasi
Sederhana 6
Menganalisis
6

Menilai
Tinggi 2
Merekacipta

Jumlah soalan 10

Jadual 3: Menentukan jumlah dan aras soalan

2.1.5 LANGKAH 5- Menentukan Jumlah item mengikut jadual yang sama

Bagi menentukan jumlah item bagi setiap topik, peratus yang telah dikira berdasarkan
pemberatan jam interaksi didarabkan dengan jumlah soalan.

Formula= Peratus (%) x jumlah soalan

Bil Topik Masa Peratus Perkiraan Jumlah


mengajar (%) item
1 Koordinasi Badan 3 jam 30% 30/100 x 10 3

2 Cahaya, Warna dan Penglihatan 1 jam 10% 10/100 x 10 1

3 Bahan Kimia Dalam Perindustrian 1 jam 10% 10/100 x 10 1

4 Mikroorganisma Dan Kesannya Ke 1 jam 10% 10/100 x 10 1


Atas Hidupan
5 Pemeliharaan Dan Pemuliharaan 1 jam 10% 10/100 x 10 1
Alam Sekitar
6 Sebatian Karbon 1 jam 10% 10/100 x 10 1

7 Teknologi Dan Pengeluaran 2 jam 20% 20/100 x 10 2


Makanan

Jumlah 10 jam 100% 10


soalan

Jadual 4: Menentukan jumlah item bagi setiap topik


7

2.1.6 Langkah 6- Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ialah jadual yang disediakan dalam dua lajur iaitu lajur
menegak dan lajur melintang. Lajur menegak menyenaraikan item ujian mengikut topik atau
sub topik manakala lajur melintang mengikut aras kesukaran item mengikut taksonomi
Bloom. Maklumat dalam dua lajur tersebut, berupaya memberi maklumat mengenai taburan
dalam sesuatu ujian yang dibangunkan (Abu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar, 2008;
Vincent Pang & Denis Lajium, 2008).

JSU yang telah dibina bagi ujian sains ini juga menggunakan dua lajur tersebut iaitu
seperti yang terdapat dalam jadual 5 di bawah.

Jadual spesifikasi ujian


Sains Tingkatan 5

Bil Tajuk Konstruk Aras


Kesukaran
Jumlah item soalan
Jam Pembelajaran

Mengaplikasi
Menganalisis
Memahami

Sederhana
Wajaran %

Mengingat

Mencipta
Rendah
Menilai

Tinggi
1.0 Koordinasi Badan
1.1 Memahami koordinasi badan 1 1 10 1 1
1.5 Memahami otak manusia dan 1 1 10 1 1
kerencamannya
1.8 Menilai kesan penyalahgunaan 1 1 10 1 1
dadah terhadap koordinasi badan
dan kesihatan
6.0 Cahaya, Warna dan Penglihatan
6.8 Menilai kepentingan warna dalam 1 1 10 1 1
kehidupan harian
7.0 Bahan Kimia Dalam Perindustrian
7.4 Menyedari kepentingan 1 1 10 1 1
pemeliharaan dan pemuliharaan
sekitar dari pencemaran sisa
8

buangan industri untuk


kepentingan manusia sejagat
8.0 Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
8.5 Menganalisis kaedah pencegahan 1 1 10 1 1
yang disebabkan oleh
mikroorganisma

10.0 Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar


10.3 Mensintesiskan idea tentang 1 1 10 1 1
pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar dan pengawalan
pencemaran
11.0 Sebatian Karbon
11.4 Menganalisis kelapa sawit dan 1 1 10 1 1
kepentingannya kepada
pembangunan negara
13.0 Teknologi Dan Pengeluaran Makanan
13.1 Menganalisis kaedah dan bahan 1 1 10 1 1
yang digunakan dalam teknologi
makanan
13.4 Mengamalkan pemikiran kritis 1 1 10 1 1
dan analitis dalam membuat
pemilihan makanan yang
diproses
Jumlah 10 10 100 1 1 2 4 1 1 2 6 2

Jadual 5: Jadual Spesifikasi Ujian Sains Tingkatan 5

3.0 ITEM UJIAN

Setiap item mempunyai beberapa pilihan jawapan iaitu terdiri daripada jawapan sebenar dan
pengganggu. Pembinaan pengganggu dalam item ini berasaskan kepada prinsip pembinaan
pengganggu oleh Mislevy dan Riconscente (2005). Menurut mereka, pengganggu ialah
semua perkara yang berkemungkinan untuk menjadi jawapan kepada murid.
9

Item ujian terdiri daripada 10 soalan objektif berbentuk soalan aneka pilihan dan
aneka gabungan. Soalan aneka pilihan ialah beberapa pilihan jawapan (A,B,C,D) manakala
soalan aneka gabungan ialah kombinasi pilihan jawapan (i, ii, iii, iv).

1 Rajah 1 menunjukkan satu arka refleks.

Reseptor R

Saraf tunjang
Efektor S

Rajah 1

Apakah R dan S?

R S
A Neuron deria Neuron motor
B Neuron deria Neuron perantaraan
C Neuron motor Neuron deria
D Neuron perantaraan Neuron deria

Aras: Memahami (Rendah)

2 Rajah 2 menunjukkan struktur otak manusia. Bahagian otak yang manakah


mengawal proses peristalsis?

Rajah 2
Aras: mengingat (Rendah)
10

3 Antara yang berikut, dadah yang manakah digunakan dalam bidang perubatan
untuk mengurangkan kesakitan?

A Morfina
B Nikotina
C Ganja
D Amfetamina

Aras: Aplikasi (Sederhana)

4 Rajah 3 menunjukkan sebatang pokok betik.

Betik kuning

Rajah 3

Apakah kepentingan warna pada buah tersebut?

A Amaran
B Pendebungaan
C Penyamaran
D Penyebaran biji benih

Aras: Aplikasi (Sederhana)


11

5 Rajah 4 menunjukkan seorang lelaki menghidap suatu penyakit.

Tompok-tompok merah yang gatal

Rajah 4

Apakah kaedah terbaik bagi mencegah penyakit itu?

A Tidur dalam kelambu


B Menjaga kebersihan diri
C Tingkatkan aktiviti fizikal
D Mengambil diet seimbang

Aras: Analisis (Sederhana)

6 Rajah 5 menunjukkan proses pengekstrakan minyak kelapa sawit semasa fasa penulenan.

Penulenan

Stim dialirkan melalui minyak Minyak dialirkan melalui karbon


kelapa sawit teraktif

Rajah 5

Apakah tujuan mengalirkan minyak kelapa sawit melalui karbon teraktif?

A Memperbaiki rasa
B Mensterilkan minyak
C Menyingkirkan warnanya
D Menyingkirkan sebarang bau

Aras: Analisis (Sederhana)

7 Antara makanan berikut, yang manakah tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan
isi rumah?

A Epal
B Bawang
C Kubis
D Susu segar

Aras: Analisis (Sederhana)


12

8 Rajah 6 menunjukkan label pada sekeping pembalut coklat.

COKLAT BADAMPEKAT
KICAP MANIS CAP ROS

Berat bersih: 250 g D

Ramuan: Mentega, koko, gula, lesitin C

Dikilang oleh:

Sultan Abdul Halim Sweet Manufacturing Sdn Bhd, B

Lot PJV8100, Kuala Ketil,

Tarikh luput: 1 September 2017 A

Rajah 6

Rosli telah membeli coklat itu pada Ogos 2018.


Antara label A, B, C dan D pada pembalut itu, yang manakah beliau terlepas pandang?

Aras: Analisis (Sederhana)

9 Rajah 7 menunjukkan carta palang mewakili peratus pembebasan gas karbon dioksida dari tiga
buah bandar yang berbeza.

Peratus pembebasan karbon dioksida

2 Aras normal karbon dioksida dalam atmosfera

1
Bandar
0
A B C
Rajah 7
13

Apakah amalan terbaik di Bandar A?

A Menanam lebih banyak pokok


B Guna produk HCFC
C Bina lebih banyak kilang
D Tanam sisa-sisa domestik

Aras: Menilai (Tinggi)

10 Rajah 8 menunjukkan penipisan lapisan ozon di atmosfera.

Sinar ultra ungu

Lapisan ozon

Bumi

Rajah 8

Apakah teknologi yang boleh dicadangkan untuk mengatasi fenomena di rajah 8?

I Menggantikan pengunaan kloroflourokarbon (CFC) ke hidroklourokarbon (HCFC)

II Menghasilkan kipas ais menggantikan alat penghawa dingin

III Menghasilkan kenderaan hibrid

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III

Aras: Rekacipta (Tinggi)


14

4.0 RUBRIK JAWAPAN

Jumlah
No. soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 10 soalan
Jawapan A B A D B C B A A A 5A, 4B, 1C, 1D
Markah (%) 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 100%

Jadual 6: Rubrik jawapan ujian Sains Tingkatan 5

Jadual 6 menunjukkan rubrik jawapan serta pemarkahan bagi ujian Sains Tingkatan 5 Puteri
Maktab Mahmud Pendang. Soalan telah disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang
ditetapkan. Terdapat 10 soalan dengan pilihan jawapan berbentuk objektif aneka bentuk.
Soalan juga telah ditadbirkan kepada pelajar tingkatan 5 seramai 20 orang.

5.0 STATISTIK ASAS

Statistik asas merupakan satu kaedah yang menggunakan matematik untuk memproses,
menyusun, menganalisis dan membuat penilaian seterusnya kesimpulan tentang data yang
berbentuk kuantitatif (Roxy, P. & Jay, L. Devore. 2012).

Ujian peperiksaan menggunakan kaedah statistik untuk menganalisis dan membuat


kesimpulan terhadap data yang dipungut. Ini kerana, selalunya data yang diperoleh belum
lagi disusun dengan teratur. Bagi memudahkan data dirujuk, data tersebut harus direkod
secara teratur dan sistematik.

5.1 Analisis Skor Ujian

Setelah ujian formatif ini ditadbirkan kepada 20 orang pelajar tingkatan empat, kertas
tersebut telah diperiksa dan keputusan ujian tersebut dianalisis seterusnya membuat
kesimpulan terhadap prestasi dan pencapaian pelajar. Berikut adalah skor mentah bagi 20
orang pelajar tingkatan lima bagi ujian Sains.
15

30 70 40 40 20
50 90 30 30 90
60 70 70 50 60
60 60 50 60 80

Apabila skor ujian diperoleh daripada sekumpulan pelajar, ia biasanya akan berada
dalam susunan rawak yang dipanggil skor mentah seperti yang ditunjukkan di atas. Data ini
perlu diorganisasikan dan dipamerkan dalam bentuk teratur supaya mudah untuk dianalisis.

5.2 Penyusunan Skor Mengikut Tertib

Setelah skor mentah bagi ujian tersebut diperoleh, guru perlu membuat pengiraan mudah
untuk mentafsirkan data secara tepat. Terdapat dua cara iaitu taburan secara menaik dan
menurun. Berikut merupakan contoh skor yang disusun mengikut tertib menaik dan menurun
untuk memudahkan data tersebut dianalisis.

Susunan menaik: rendah – tinggi

20, 30, 30, 30, 40, 40, 50, 50, 50, 60, 60, 60, 60, 60, 70, 70, 70, 80, 90, 90

Susunan menurun: tinggi- rendah

90, 90, 80, 70, 70, 70, 60, 60, 60, 60, 60, 50, 50, 50, 40, 40, 30, 30, 30, 20

5.3 Jadual Kekerapan

Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu skor wujud dalam sesuatu taburan.
Bilangan pelajar yang memperoleh setiap skor tersebut dikatakan kekerapan (Abdul Wahid
dan Yusnaida, 2009).

Jadual 7 menunjukkan jadual kekerapan yang mengandungi skor mentah murid yang
disusun mengikut tertib menaik dan kekerapan iaitu jumlah murid yang mendapat skor
tersebut. Seramai 2 orang murid yang mendapat skor 90, seorang murid mendapat skor 80
dan seterusnya.
16

Skor Kekerapan Peratus (%) Peratus Terkumpul (%)


10 0 0 0

20 1 5 5

30 3 15 20

40 2 10 30

50 3 15 45

60 5 25 70

70 3 15 85

80 1 5 90

90 2 10 100

100 0 0 0

Jumlah 20 100 100

Jadual 7: Jadual Kekerapan skor ujian Sains Tingkatan 5

5.4 Jadual Kekerapan Taburan Skor Terkumpul

Selang kelas ialah satu kumpulan skor yang terdapat di dalamnya skor-skor yang dikumpul
bersama. Taburan skor pula diproses berdasarkan selang kelas (Ahmad Atory, 2004).

Saiz Kelas: 19.5- 9.5 = 10

Selang Sempadan Sempadan Titik tengah Gundalan Kekerapan


kelas bawah atas
20-29 19.5 29.5 24.5 I 1

30-39 29.5 39.5 34.5 III 3

40-49 39.5 49.5 44.5 II 2

50-59 49.5 59.5 54.5 III 3

60-69 59.5 69.5 64.5 IIII 5


17

70-79 69.5 79.5 74.5 III 3

80-89 79.5 89.5 84.5 I 1

90-99 89.5 99.5 94.5 II 2

Jadual 8: Jadual kekerapan taburan skor terkumpul

5.5 Perwakilan Graf

Setelah jadual kekerapan taburan skor bagi 20 orang pelajar tingkatan lima bagi 10 item
yang diuji dikumpulkan, data tersebut diwakilkan ke dalam bentuk histogram, poligon
kekerapan dan ogif.

5.5.1 Histogram

Graf di bawah menunjukkan histogram bagi taburan skor terkumpul berdasarkan jumlah
kekerapan tertinggi dan terendah di antara skor-skor pelajar. Histogram dibina berdasarkan
jadual kekerapan taburan skor terkumpul (Chua 2006).

Histogram Skor Ujian Sains


5

3
kekerapan

0
19.5 29.5 39.5 49.5 59.5 69.5 79.5 89.5
skor

Graf 1: Histogram bagi taburan skor terkumpul


18

Graf 1 menunjukkan Histogram bagi taburan skor terkumpul dalam jadual 8.


Berdasarkan graf 1, Histogram bagi taburan skor terkumpul menunjukkan jumlah kekerapan
tertinggi adalah dalam kelas 59.5 – 69.5 dengan 4 orang murid. Manakala jumlah kekerapan
terendah adalah dalam kelas 19.5 -29.5 dan 79.5-89.5 dengan masing-masing seorang
murid.

5.5.2 Poligon kekerapan

Berdasarkan histogram dalam graf 1, poligon kekerapan dibina bagi skor ujian sains
tingkatan 5. Poligon kekerapan dibina dengan memplotkan titik pada nilai tengah setiap
selang kelas sehingga ketinggian selaras dengan bilangan kekerapan berkenaan.
Seterusnya, sambungkan kesemua titik-titik dengan garis lurus. Pastikan titik awal dan akhir
harus berada pada paksi-x (Yuznaili 2016).

Graf 2 pada muka surat 19 menunjukkan poligon kekerapan skor ujian yang
mengandungi titik tengah.

5.5.3 OGIF

Jadual 9 menunjukkan jadual kekerapan loggokan bagi skor dalam jadual 8. Berdasarkan
jadual kekerapan loggokan ini, dapat diketahui bahawa bilangan murid yang mendapat
sama atau kurang daripada 49 ialah 6. Graf 3 menunjukkan ogif yang telah dibina.

Skor Sempadan atas Kekerapan Kekerapan loggokan

20-29 29.5 1 1
30-39 39.5 3 4
40-49 49.5 2 6
50-59 59.5 3 9
60-69 69.5 5 14
70-79 79.5 3 17
80-89 89.5 1 18
90-99 99.5 2 20

Jadual 9: Jadual kekerapan loggokan bagi skor ujian Sains Tingkatan 5


19
20
21

6.0 UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT: MIN, MOD MEDIAN

Ukuran kecenderungan memusat merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor.
Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat iaitu mod, median dan min (Roxy dan
Jay, 2012). Berdasarkan jadual 8, mod, median dan min dibina.

PENGIRAAN MOD

Mod diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul secara menaik atau menurun.
Skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi ialah Mod.

Susunan markah menaik: 20, 30, 30, 30, 40, 40, 50, 50, 50, 60, 60, 60, 60, 60, 70, 70, 70,
80, 90, 90

Mod = 60.
Atau

=L+

L = sempadan bawah kelas mod


= perbezaan kekerapan antara kelas mod dan kelas sebelumnya
= perbezaan kekerapan antara kelas mod dan kelas selepasnya
= saiz kelas
2
Mod = 59.5 + 10
2+2
Mod = 64.5 2+2

Mod berada pada selang kelas 60-69

Pengiraan Median

M= L +

L = sempadan bawah kelas median


N= Jumlah kekerapan
s = kekerapan longgokan bagi kelas sebelum kelas median
= kekerapan kelas median
= saiz kelas median

Median = 59.5 + 20 - 9 10
2
5
Median = 61.5

Median berada pada selang kelas 60-69


22

Pengiraan Min

Min dikira dengan menjumlahkan titik tengah (x’) darab kekerapan (f), kemudian bahagikan jumlah
tersebut dengan jumlah kekerapan.

fx’

=Jumlah, f = kekerapan, x’ = titik tengah

Selang Kelas Titik Tengah (x’) Kekerapan (f) fx’


20-29 24.5 1 24.5
30-39 34.5 3 103.5
40-49 44.5 2 89
50-59 54.5 3 163.5
60-69 64.5 5 322.5
70-79 74.5 3 223.5
80-89 84.5 1 84.5
90-99 94.5 2 189
Jumlah - 20 1200
Min = jumlah (titik tengah darab kekerapan) bahagi jumlah kekerapan

Min = 1200

20
Min = 60
Min berada pada selang kelas 60-69

7.0 SISIHAN PIAWAI

Noradzimah (2012) menyatakan bahawa sisihan piawai merupakan ukuran kebolehubah


atau sebaran skor-skor. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil juga sebaran skor
yang diperoleh. Jika ini yang berlaku, maka data yang diperoleh adalah berbentuk
(homogen) iaitu berhampiran antara satu sama lain. Sebaliknya jika sisihan piawai semakin
besar, sebaran skor dalam taburan ini akan semakin besar yang mengakibatkan data
tersebar luas antara satu sama lain juga dikenali dengan data berbentuk (heterogen).
23

Berdasarkan maklumat yang telah dikumpul, jadual pengiraan sisihan piawai dibina seperti
dibawah.

Selang Kelas Titik Kekerapan fx x’ – x (x’ – x)2 f(x’ – x)2


Tengah (f)
(x’)
20-29 24.5 1 24.5 -35.5 1260.25 1260.25

30-39 34.5 3 103.5 -25.5 650.25 1950.75


40-49 44.5 2 89 -15.5 240.25 480.5

50-59 54.5 3 163.5 -5.5 30.25 90.75

60-69 64.5 5 322.5 4.5 20.25 101.25

70-79 74.5 3 223.5 14.5 210.25 630.75

80-89 84.5 1 84.5 24.5 600.25 600.25

90-99 94.5 2 189 34.5 1190.25 2380.5

N = 20 ∑ 7495

=1200

Jadual 10: Pengiraan sisihan piawai

Sisihan piawai:
=

= 7495
20

= 19.35

8.0 PELAPORAN ANALISIS DATA DAN PRESTASI MURID

Guru perlu menganalisis pola jawapan bagi motor pembelajaran yang lemah atau amat
lemah bagi mengenal pasti punca kelemahan murid. Pembinaan prosedur bagi mengenal
pasti punca kelemahan turut dilaksanakan berdasarkan empat langkah yang telah
24

disarankan oleh Butler dan McMunn (2006). Empat langkah tersebut ialah meneliti pola
jawapan, membuat kesimpulan, mengesahkan kesimpulan dan mentafsir.

8.1 Pengenalan

Saya merupakan pelajar PDPP DINI di Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim yang
juga merupakan seorang guru di Maktab Mahmud Pendang, Kedah. Saya mengajar mata
pelajaran KBD, sains dan Bahasa Inggeris yang mempunyai pengalaman mengajar selama
satu tahun 6 bulan. Saya telah diberi tugasan bagi matapelajaran EDUP 2063 iaitu
Pentaksiran dalam Pendidikan untuk menyediakan satu set soalan berbentuk objektif
kepada 20 orang murid berdasarkan jadual spesifikasi ujian. Pada hari Isnin, 25 ogos 2019,
ujian tersebut telah ditadbirkan pada jam 8:30 hingga 9:00 pagi kepada pelajar tingkatan 5 di
Maktab Mahmud Pendang, Kedah.

8.2 Analisis Data

Ahmad Atory Hussain (2004) menyatakan bahawa perkara pertama yang harus dilakukan
terlebih dahulu berdasarkan prosedur memproses data adalah penyusunan skor mengikut
tertib iaitu susunan menaik dan susunan menurun. Susunan skor bagi ujian Sains ini
mempunyai 20 angka berdasarkan 20 skor ujian yang diperolehi dari pelajar tingkatan 5
Maktab Mahmud Pendang. Setelah susunan skor dibuat, didapati bahawa markah terendah
yang diperoleh ialah 20% manakala markah tertinggi ialah 90%. Perbezaan yang dilihat ini
menunjukkan bahawa terdapat jurang yang besar dalam penguasaan dan pencapaian
pelajar-pelajar tingkatan 5 dalam mata pelajaran Sains. Peratus bagi setiap skor yang
diperoleh dihasilkan ke dalam jadual kekerapan.

Menurut Chua Yan Piaw (2006). skor mentah yang disusun secara menaik atau
menurun dengan kekerapannya dinyatakan dalam sesuatu jadual dikenali sebagai jadual
taburan kekerapan. Berdasarkan jadual 7, dapat difahami bahawa skor 20 dan skor 80
mempunyai peratus yang paling rendah iaitu 5. Manakala skor 60 memperoleh peratus yang
paling tinggi iaitu sebanyak 25. Kesemua peratus yang diperoleh ini dikira berdasarkan
kekerapan pada skor tersebut. Kekerapan yang tinggi membawa kepada peratusan yang
tinggi begitu juga sebaliknya. Jika dilihat berdasarkan data yang diperoleh, majoriti pelajar
25

tingkatan 5 mendapat 60 markah dalam ujian Sains kerana skor 60 memperoleh peratus
yang paling tinggi.

Seterusnya, berdasarkan jadual kekerapan yang diperolehi, jadual kekerapan


taburan skor terkumpul pula telah dibina. Di dalam jadual 8, dinyatakan sempadan atas dan
sempadan bawah bagi skor yang diperoleh. Data ini sangat diperlukan untuk membentuk
perwakilan graf histogram. Selain itu, di dalam jadual taburan skor terkumpul juga
dinyatakan gundalan yang mana gundalan ini dikira untuk memperoleh kekerapan bilangan
skor dalam setiap selang kelas. Julie Bergeron et al. (2011) berpendapat jadual taburan
kekerapan skor terkumpul bertujuan membolehkan taburan skor dilihat dengan lebih jelas
ekoran data yang diperoleh telah dikurangkan dan diperincikan.

Selepas itu, perwakilan graf dihasilkan ke dalam tiga bentuk iaitu histogram, poligon
kekerapan dan ogif. Jika dilihat kepada histogram, ia berbentuk graf bar. Histogram ini
dibina untuk mengetahui pembahagian atau taburan data untuk memudahkan kesimpulan
dibuat berdasarkan data yang diperoleh (Roxy dan Jay, 2012). Graf 1 menunjukkan taburan
skor terkumpul yang diwakili bar iaitu saiz selang kelas, dan ketinggian mewakili kekerapan
bagi setiap selang kelas. Dilihat dari graf 1, selang kelas 20-29 dan 80-89 mempunyai
kekerapan yang terendah iaitu 1, manakala saiz selang kelas 60-69 mempunyai kekerapan
yang tertinggi dengan 5.

Setelah histogram dihasilkan, poligon kekerapan pula dibina. Poligon kekerapan


mestilah berpandukan histogram yang telah dibuat dan bermula dari paksi-x dan berakhir
juga di paksi-x. Poligon juga ialah satu graf berbentuk graf garisan mengenai taburan
kekerapan. Selepas poligon dihasilkan, ogif dibina untuk mendapatkan anggaran bilangan
pelajar yang lulus dan gagal berdasarkan jadual kekerapan longgokan. Jadual kekerapan
longgokan terhasil dari taburan kekerapan terkumpul yang ditambah dengan jumlah
kekerapan terdahulu. Dengan ini, kekerapan longgokan membolehkan guru mengetahui
bilangan murid yang mendapat skor tertentu. Contohnya, bilangan murid yang mendapat
skor sama atau kurang daripada 59 ialah 9.

Di samping itu juga, ukuran kecenderungan memusat min, mod dan median dikira
untuk memproses data pelajar. Pengiraan min penting kerana ia memudahkan kita
menggunakan formula statistik untuk mengira sisihan piawai. Untuk data tidak terkumpul,
min dikira dengan menjumlahkan semua skor dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini
dengan bilangan skor. Berdasarkan data tidak terkumpul, mod yang diperolehi ialah 64.5
dan berada pada selang kelas 60-69. Seterusnya, median dikira untuk melihat skor tengah
26

bagi kumpulan nombor yang disusun. Median membahagikan sesuatu nilai sebelah atas dan
bawah kepada separuh bahagian. Median yang diperoleh adalah 62.5, manakala min
adalah 60.

Akhir sekali, sisihan piawai dikira bagi skor yang terkumpul. Data yang diperoleh
sebanyak 19.35 mengesahkan bahawa nilai sisihan piawai bagi skor 20 orang pelajar
adalah benar. Sisihan piawai menunjukkan sebaran skor yang diperoleh adalah kecil, maka
data yang diperoleh adalah berbentuk (homogen) iaitu berhampiran antara satu sama lain.

8.3 Analisis Prestasi Murid

Penganalisisan data secara saintifik dan penganalisisan item ujian telah dilakukan
terhadap keputusan markah bagi 20 orang pelajar. Berikut adalah senarai 20 orang pelajar
tingkatan 5 yang menduduki ujian sains.

BIL NAMA PELAJAR MARKAH GRED KEPUTUSAN


DIPEROLEH
1 AIN FAQIHAH BINTI 30 F GAGAL
SAIFULIZHAM
2 AISYAH BINTI AHMAD 70 B LULUS
SHAZALI
3 ALEEYA NUR PUTRI BINTI 40 E LULUS
TARMIGI
4 ALYA SOLIHAH BINTI 40 E LULUS
SALAHUDIN
5 ANIS ZULAIKHA BINTI ABU 20 F GAGAL
YAZID
6 AUNI BINTI AZIZAN 50 D LULUS
7 HANIS BINTI MUHD 90 A LULUS
AFIFUDDIN
8 HIDAYATUL AKMA BINTI 30 F GAGAL
SOLAHUDDIN
9 HUMAIRAK BINTI ABDUL 30 F GAGAL
27

WAHAB
10 KU SYAZA 'ILMUNA BINTI KU 90 A LULUS
MUNIR
11 NUHA KAMILA BINTI 60 C LULUS
BADAREALAAM
12 NUR AINAA' NASUHA BINTI 70 B LULUS
MAT NASIR
13 NUR AISYA SOFEA BINTI 70 B LULUS
NASRUL KHAIRI
14 NUR AISYA SYAFIQA BINTI 50 D LULUS
NASRUL KHAIRI
15 NUR ALIYA NABILAH BINTI 60 C LULUS
MAT ZUKI
16 NUR AMALINA BINTI ABD 60 C LULUS
RAZAK
17 NUR AMIRA ZILA BINTI MOHD 60 C LULUS
NASIR
18 NUR AZATUL NASUHA BINTI 50 D LULUS
MALEK REDZUAN
19 NUR BALQIS BINTI ISMAIL 50 D LULUS
20 NUR FARIESYA RAIHANA 80 A LULUS
BINTI MOHD JEFFRYZAN
PERATUS 16 PELAJAR LULUS = 16/20 X 100
LULUS & = 80%
GAGAL 4 PELAJAR GAGAL = 4/20 X 100
= 20%

Jadual 11: Skor ujian Sains pelajar Tingkatan 5

Daripada jadual 11, jelas menunjukkan markah serta gred bagi 20 orang pelajar Tingkatan 5
yang menduduki ujian Sains mengikut tafsiran dan keputusan keseluruhan lulus dan gagal.
Merujuk kepada jadual 11, didapati seramai 3 orang pelajar mendapat gred A dengan 2
orang daripada mereka mendapat markah 90 dan seorang 80 markah. 3 orang pelajar
Tingkatan 5 mendapat gred B, 4 orang pelajar masing-masing mendapat Gred C dan Gred
D. Seterusnya, pelajar yang mendapat Gred E seramai 2 orang tetapi masih mencapai
keputusan lulus. Walaubagaimanapun, terdapat 4 orang dari pelajar Tingkatan 5 puteri ini
28

gagal dalam ujian Sains yang ditadbirkan. Maka peratus keseluruhan bagi pelajar yang
lulus adalah 80% manakala 20% daripada pelajar gagal dalam ujian.

Berdasarkan analisis data di atas, kita dapat melihat prestasi pelajar-pelajar


Tingkatan 5 Puteri secara keseluruhannya dengan jelas. Prestasi pelajar dikatakan
sederhana secara keseluruhan. Sehubungan itu, markah yang kurang daripada 40 markah
dikira gagal dalam ujian dengan mendapat gred F. oleh itu, bilangan murid yang gagal
menakluk 1/5 daripada 20 orang pelajar Tingkatan 5 yang menduduki ujian ini. Data yang
diperoleh ini merumuskan bahawa soalan-soalan yang diberikan adalah sukar bagi mereka.

Pada masa yang sama, data menunjukkan bahawa antara 10 item ujian yang diuji,
hanya 3 soalan dan ke bawah yang mampu dijawab oleh mereka. Tambahan lagi, didapati
antara 3 soalan yang pelajar mampu untuk menjawab adalah pada aras rendah iaitu
mengingat dan memahami.

Walaubagaimanapun, 4/5 daripada pelajar Tingkatan 5 yang menduduki ujian ini


telah Berjaya mendapat keputusan lulus dengan 3 orang daripada mereka mendapat gred
A. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar mampu menjawab soalan ujian Sains yang
diberikan. Sehubungan itu, golongan pelajar yang mendapat markah 80 dan 90 telah diberi
gred A. Berdasarkan jadual 11, 3 orang pelajar Tingkatan 5 yang mendapat keputusan
cemerlang ini menonjolkan bahawa hanya sebilangan kecil pelajar yang Berjaya menjawab
soalan ujian dengan tepat. Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa 10 item soalan
yang diberikan kepada mereka adalah mudah bagi golongan murid ini. Ini menunjukkan
kemampuan dn kemahiran mereka untuk berfikir pada aras tinggi (KBAT).

Menurut Siti Rahayah (2008), tidak ada satu ujian yang benar-benar dapat menguji
tahap kemampuan pelajar menjawab ujian, tetapi semata-mata pelajar berkemungkinan
dapat meneka dengan betul. Lantaran itu, soalan yang ditadbirkan kepada 20 orang pelajar
Tingkatan 5 ini mempunyai peratus sebanyak 20% untuk pelajar meneka dengan betul. Ini
kerana soalan yang diberikan adalah ujian formatif berbentuk objektif yang mengandungi
soalan aneka pilihan dan gabungan. Soalan objektif kebiasannya agak susah untuk dinilai
kemampuan dan tahap pencapaian seseorang pelajar.
29

8.4 Kesimpulan

Analisis prestasi murid serta data yang diperoleh di atas dapat menyimpulkan bahawa item
penting yang perlu ada dalam memproses skor pelajar adalah berdasarkan skor min, mod
dan median yang diperoleh (Mokhtar Ismail, 2009). Data yang dihitung menunjukkan
kekerapan yang paling tinggi ialah markah 60 yang mewakili mod bagi skor keseluruhan
skor pelajar. Selain itu, median yang diperoleh setelah pengiraan dibuat menggunakan
formula asas pengiraan median adalah 61.5. Di samping itu, ketika menghitung sisihan
piawaian, min haruslah dikira terlebih dahulu untuk melihat sebaran skor dalam taburan.
Seterusnya perwakilan graf yang dibina seperti histogram, poligon kekerapan serta ogif
mampu mentafsir prestasi pencapaian murid dengan lebih sistematik dan tepat. Graf-graf
yang dibina menunjukkan skor murid yang mendapat markah terendah adalah 20 dan
markah tertinggi pula 90. Ini berkemungkinan kerana Maktab Mahmud Pendang tidak
mengamalkan “streaming class”, hasilnya pelajar yang diuji tergolong dalam golongan tahap
lemah, sederhana dan pandai. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti kaedah pengajaran dan
pembelajaran bagi pelajar yang lemah dan merancang aktiviti intervensi untuk meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran.

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhan, adalah amat penting bagi guru untuk mengikut posedur dalam
menghasilkan sesuatu ujian dalam dimensi pentaksiran dalam kelas khususnya langkah-
langkah penyediaan JSU, pembinaan item, rubrik jawapan serta statistik asas. Amalan
pentaksiran akan bertambah baik apabila pengetahuan guru terhadap prosedur-prosedur
tersebut meningkat. Hubungan pengetahuan dan kemahiran menganalisis soalan
berdasarkan aras Taxonomi Bloom adalah sangat penting dalam pembinaan soalan yang
berkualiti. Bertepatan dengan pendapat Ismadiah Omar (2012) bahawa penilaian menjadi
satu kemestian dengan menggunakan pelbagai teknik penilaian bagi memastikan sebarang
keputusan penilaian yang diambil adalah berdasarkan kebolehan pelajar supaya data yang
diperoleh adalah adil dan tepat.
30

BIBLIOGRAFI

Abd Wahid Mukhari & Yuszaida Yusof (2009). Tahap Kefahaman Kriteria Dan Masalah Guru
Terhadap Penilaian dan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup (KH) Di Daerah
Segamat, Johor. Tesis Sarjana Muda Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.

Abu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar. (2008). Penaksiran dalam Pendidikan dan Sains
Sosial. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahmad Atory Hussain. (2004). Pengantar statistik: Pendekatan Memahami Statistik


Penyelidikan untuk Golongan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors

Azizi Ahmad. (2011). Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Open University
Malaysia, Selangor.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan.
(2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis dan Interpretasi
Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Bloom, B.S. Englehert , M.D. Furst, E.J., Hill, W.H., & Krathwohl, D. R. (1956). Taxonomy of
Educational Objectives :The Classifications Of Educational Goals. Handbook 1:
Cognitive Domain. New York: David Mc Kay.

Boon P.Y, Lee L. H. & Lawrence A. A. (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Shah Alam:
Oxford Fajar.

Butler, S. M. & McMunn, N. D. (2006). A teacher’s guided to classroom assessment:


understanding and using assessment to improve student learning. San francisco: A
Wiley Imprint.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1.
Malaysia: Mc Graw Hill Education.

Hashim Othman. (2009). Pemantapan pentaksiran kemahiran menulis. Educationist, III(2).


31

Hilezan Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam & Tan Kim Lan (2013). Amalan Pentaksiran
Dalam Matematik. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.

Ismadiah Omar. (2012). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah-


sekolah Kebangsaan sekitar Gelang Patah, Johor. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia

Julie, B. Roch C. Michel J. (2011). The Impact of Teacher-Student Relationships and


Achievement Motivation on Students’ Intentions to Dropout According to Socio-
economic Status. Canada: David Publishing

Krathwool, D. R. (2002). A revision of Bloom’s Taxanomy: An overview. Theory into Practice.

Lembaga Peperiksaan Malaysia, K.P.M. (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir aras Tinggi.
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mahzan Arshad & Yuznaili Saleh. (2013). Pembinaan Instrumen Mengenal Pasti Postur
Badan Murid Semasa Menulis Dalam Intervensi Kemahiran Asas Menulis. Prosiding
Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan. Pulau Pinang: Institut
Pendiidkan Guru Kampus Darul Aman dan Universiti Sains Malaysia.

Mislevy R. J. & Riconscente, M. M. (2005). Principled Assessment Design For Inquiry:


Evidenced, Centered Assessment Design: Layers, Sructures And Terminology.
California.

Mohd Faizal Nizam (2014). Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik.

Mohd Fakhrudzafie. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) Dalam Membina Ujian Bilik Darjah. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamed Najib Abdul Ghafar. (2011). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah, Edisi
Kedua. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Hazim. (2016). Pentaksiran Pendidikan: Teori dan Praktis Ke Arah Transformasi
Sistem Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Kentalmas Jati Sdn. Bhd.
32

Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Noradzimah. (2012). Analisis dan persembahan Data Kualitatif.

Norhaslina Binti Adam. (2013). Pemahaman, Amalan Dan Permasalahan Guru Pendidikan
Islam Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dalam Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Roxy, P. & Jay, L. Devore. (2012). Statistics: The Exploration and Analysis of Data (Seventh
Edition). New York: Richard Stratton.

Siti Rahayah Ariffin. (2008). Inovasi Dalam Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan. Bangi:
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Vincent Pang & Denis Lajium. (2008). Penilaian Dalam Pendidikan. Kota Kinabalu: Penerbit
Universiti Malaysia Sabah.

Yuznaili Salleh. (2016). Pembangunan Ujian Diagnostik kemahiran Menulis Mekanis Bahasa
Melayu. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

You might also like