Surat Merentas Desa

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ruj Kami : SMKBBS 100/1/2/5 ( )

Tarikh : 5 September 2019

Ketua Polis Balai,
Balai Polis Semporna,
Polis Diraja Malaysia
Peti Surat No 75,
91308 Semporna,
Sabah

Tuan,

MOHON BANTUAN POLIS PERONDA BAGI PROGRAM LARIAN MERDEKA SMK

BUM BUM SEMPORNA 2019

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2. SMK Bum Bum Semporna akan mengadakan program Larian Merdeka ‘Malaysia Bersih’
sempena Bulan Kemerdekaan 2019.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memerlukan bantuan
dari Unit Peronda Polis dari jabatan tuan bagi mengawal lalulintas dan keselamatan untuk
melancarkan program pada masa seperti berikut:

Tarikh : 12 September 2019

Masa : 7.30 pagi-9.00 pagi
Permulaan / Penamat : Kawasan pagar sekolah - Dataran Seri Kumala SMKBBS

3. Bagi memudahkan pihak tuan, bersama-sama ini disertakan pelan larian tersebut. Pihak
sekolah amat mengharapkan kerjasama pihak tuan yang sewajarnya. Kerjasama yang diberikan
amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(JOHAN BIN OKASA)

Pengetua
SMK Bum Bum
Semporna
Ruj Kami : SMKBBS 100/1/2/5 ( )
Tarikh : 5 September 2019

Pengarah
Klinik Kesihatan Pulau Bum Bum
d/a Klinik Kesihatan Kawasan Semporna,
Peti Surat 395,
91308 Semporna,
Sabah.

Tuan,

MOHON PERSEDIAAN RAWATAN KECEMASAN BAGI PROGRAM LARIAN

MERDEKA SMK BUM BUM SEMPORNA 2019

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2. SMK Bum Bum Semporna akan mengadakan program Larian Merdeka ‘Malaysia Bersih’
sempena Bulan Kemerdekaan 2019.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memerlukan bantuan
rawatan kecemasan untuk persediaan jika sekiranya berlaku sebarang kecederaan sepanjang
program berlangsung pada masa seperti berikut:

Semporna.

You might also like