Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Peranan guru dalam menguruskan bilik darjah aliran inklusif yang merangkumi murid

hiperaktif(ADHD) berdasarkan intervensi-intervensi Model Pengurusan Kelompok


Kounin

1.0 Pengenalan

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam


pembelajaran serta usaha mengekalkan iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran (Hasfarina Abas, 2012). Guru berperanan untuk
menguasai kemahiran mengurus bilik darjah untuk menghasilkan satu persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat
meningkatkan minat, menumpukan perhatian serta meningkatkan penglibatkan murid
dalam pembelajaran.

Disiplin merupakan suatu proses mengawal tingkah laku serta membangunkan


peribadi individu untuk melahirkan sebuah persekitaran yang kondusif (Muhammad
Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi& Simin Ghavifekr, 2014). Pengurusan disiplin
pelajar adalah satu aspek yang sangat penting bagi mewujudkan suasana yang
kondusif dalam pembelajaran dan pengajaran.

Guru sebagai aktivator merujuk kepada peranan guru mengaktifkan para murid
dalam aktiviti-aktiviti transformasi ke arah kecemerlangan. Dalam sebuah bilik darjah,
guru perlu bertindak sebagai pendorong untuk menyemarakkan semangat murid
dalam pembelajaran.

2.0 Masalah tingkah laku murid hiperaktif

Murid hiperaktif merupakan kanak-kanak berkeperluan khas yang berkenaan


dengan bilik darjah aliran inklusif. Pelajar Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD) mempunyai simptom-simptom kegagalan memberi tumpuan dalam suatu
tempoh tertentu, tidak berkeupayaan untuk mematuhi peraturan serta arahan,
bertindak tanpa berfikir, bergerak secara keterlaluan dan sukar duduk di suatu tempat
dalam jangka masa yang panjang (Adibah Hanim Latif, Mohd Hanafi Mohd Yasinb &
Mohd Mokhtar Tahar, 2016). Dalam pengurusan bilik darjah, tingkah laku murid
hiperaktif akan memberi impak yang besar kepada suasana bilik darjah.

Masalah yang pertama bagi murid ADHD ialah mereka tidak dapat memberi
tumpuan sepanjang masa. Murid hiperaktif mudah hilang tumpuan terhadap sesuatu
benda atau perkara yang sama dan berkonsistant. Sebagai contoh, mereka akan mula
bergerak, membuat bising, serta melakukan aktiviti yang disukai setelah beberapa
minit sahaja selepas aktiviti pdp berlaku. Hal ini bukan sahaja mempengaruhi
keberkesanan guru mengajar dalam kelas, maka akan mempengaruhi murid lain
hilang tumpuan.

Seterusnya, masalah yang kedua ialah murid ADHD akan melakukan tingkah
laku yang mengganggu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Murid
ADHD sering berlari merata-rata atau memanjat dengan melampau dalam situasi yang
tidak sesuai (Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, 2009). Misalnya murid hiperaktif
akan bersepak, berlari dan melompat di dalam kelas ketika guru sedang mengajar.
Perbuatan ini sering menyebabkan murid-murid lain tidak dapat belajar dalam suasana
yang selesa.

Masalah yang ketiga ialah murid-murid ADHD menunjukkan sikap impulsif di


dalam bilik darjah. Murid-murid ini menunjukkan sikap tidak sabar dalam pelbagai
aktiviti sama ada dalam aktiviti pdp dan aktiviti kumpulan. Sebagai contoh, murid
ADHD menyampuk semasa orang lain sedang berbual, mengganggu rakan bermain
dan memberi tindak balas sebelum guru habis bercakap. Perbuatan ini telah
mengganggu peraturan bilik darjah kerana bilik darjah akan menjadi bising dan tidak
teratur.

3.0 Model Pengurusan Kelompok Kounin

Model Pengurusan Kelompok Kounin menunjuk kepada pengawasan dan


penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Model
Pengurusan Kelompok Kounin menekankan perihal tentang bagaimana seorang guru
melaksanakan pengurusan disiplin yang betul serta berkesan dalam bilik darjah.
Perkara-perkara tersebut sebagai garis panduan dan setiap daripada itu amat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) guru.

Model ini diperkenalkan supaya pelajar melibatkan diri dan mengurangkan


gangguan dalam kelas. Ia juga membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang
digunakan oleh guru lebih penting berbanding personaliti guru dalam aspek
pengurusan bilik darjah (Haliza Hamzah& Joy Nesamalar Samuel, 2016).

4.0 Intervensi-intervensi Guru terhadap Pengurusan Bilik Darjah

Murid hiperaktif telah menimbul banyak masalah kepada pengurusan bilik


darjah guru. Tingkah laku murid hiperaktif yang impulsif bukan sahaja merosotkan
suasana pembelajaran bilik darjah, maka juga mempengaruhi tingkah laku murid lain
di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, guru susah untuk menangani murid yang
bersifat hiperaktif dan hanya dapat mengurangkan kekerapan tingkah laku tersebut
berlaku. Oleh itu, guru perlu mengambil tindakan bagi mengurangkan berlakunya
masalah tersebut agar dapat mengurus bilik darjah dalam keadaan yang baik.

4.1 Melaksanakan aktiviti PdP dengan lancar dan menarik

Dalam Model Kounin, momentum menunjuk guru memulakan


pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran yang
lancar, dan melibatkan murid dalam aktiviti pdp dengan baik (Haliza Hamzah&
Joy Nesamalar Samuel, 2016). Bagi memastikan pengurusan bilik darjah
berada dalam keadaan baik, guru perlu merancang aktiviti pdp yang menarik
dan lancar.

Bagi memastikan kelancaran pdp, guru perlu mengelakkan penerangan


yang meleret dan perlu melakukan fragmentasi. Hal ini demikian kerana murid
ADHD dapat menumpukan perhatian dalam masa yang singkat sahaja. Aktiviti
pdp yang berpecah dalam unit-unit kecil dapat mengekalkan perhatian mereka.
Misalnya, guru membahagikan aktiviti pdp kepada beberapa bahagian seperti
menggunting gambar, melekat gambar, dan seterusnya mewarnakan gambar.
Aktiviti yang dipecah kepada unit kecil dapat menangkap perhatian murid
ADHD kerana ini memberikan kesempatan mereka untuk rehat sebelum aktiviti
selepas bermula (Yayuk Yuliana, 2017). Dengan ini, bilik darjah yang kondusif
dapat dihasilkan atas kelancaran pdp guru.

Bagi murid ADHD, guru perlu merancang aktiviti pdp yang menarik dan
sesuai dengan sifat mereka iaitu aktiviti berkinestetik. Sebagai contoh, aktiviti
hands on, main peranan, permainan dan lain-lain. Terapi bermain digunakan
sebagai cara untuk membantu anak ADHD untuk meningkatkan perhatian,
pengenalan diri, dan mengurangkan impulsif anak-anak ADHD (Ella Kholilah &
Yulia Solichatun, 2017). Aktiviti tersebut dapat menarik minat serta melibatkan
murid ADHD dalam pembelajaran tanpa berasa bosan. Contohnya, permainan
lego dalam subjek matemetik dapat menarik minat murid ADHD untuk melibat
dalam pembelajaran. Jadi, guru sebagai aktivator perlu merancang aktiviti-
aktiviti menarik yang sesuai dengan kemampuan dan minat murid ADHD.

4.2 Memberi teguran dan arahan

Menurut Model Pengurusan Kelompok Kounin, teguran atau tindakan


guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku mesti jelas, tegas
dan serius terhadap pesalah laku tersebut. Bagi murid ADHD, mereka akan
bergerak merata-rata semasa pdp dan ini akan mengganggu keberkesanan
pembelajaran murid-murid. Dengan ini, guru dapat memberikan teguran
secara jelas dan terus kepada murid ADHD supaya murid tersebut dapat
mengenali masalah mereka. Bagi murid ADHD, arahan yang diberikan mesti
jelas dan ringkas, teguran perlu dilakukan atas setiap ketidakpatuhan yang
dilakukan bagi membentuk tingkah laku yang lebih baik (Mohd Huzairi Awang,
Hajarul Bahti Zakaria& Syar Meeze Mohd Rasyid, 2019).

Guru dapat menegur dan memberi arahan jelas untuk memastikan


murid ADHD mengurangkan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh, guru
memberikan teguran “Amin, jangan berlari di dalam kelas! Semua murid perlu
berada pada tempat duduk masing-masing apabila guru bercakap”. Pada
masa yang sama, teguran dan arahan tersebut akan menghasilkan satu kesan
gelombang kepada murid-murid lain untuk menjaga disiplin masing-masing.
Murid-murid yang memahami peraturan juga dapat membantu guru mengawal
tingkah laku murid ADHD. Jadi, sebuah bilik darjah yang kondusif dapat
dihasilkan kerana guru dan murid sentiasa saling mengawal untuk mematuhi
peraturan bilik darjah.

4.3 Pertindanan (overlapping)

Pertindanan(overlapping) bermaksud guru dapat menangani lebih


daripada satu situasi dengan serentak (Haliza Hamzah& Joy Nesamalar
Samuel, 2016). Berdasarkan konsep pertindanan, guru boleh mengawal kelas
dalam dua situasi yang berbeza pada masa yang sama. Di dalam bilik darjah,
guru sepatutnya dapat mengambil berat tingkah laku murid ADHD dan murid
biasa. Hal ini demikian kerana kedua-dua jenis murid tersebut tidak dapat
dipinggirkan agar mencapai keharmonian dan keseimbangan suasana bilik
darjah.

Dengan ini, guru perlu mengadakan tindakan pertindanan bagi


mengawal tingkah laku murid ADHD. Cara ini dapat menangani sikap murid
ADHD yang impulsif dan tidak bersabar apabila murid lain sedang menjalankan
aktiviti. Contohnya, ‘Ali, berhenti bercakap dan dengar kepada jawapan Aini.
Aini, berikan jawapan awak’. Dalam contoh ini, guru dapat mengawal tingkah
laku murid ADHD, pada masa yang sama guru juga dapat mengawal tingkah
laku murid lain untuk meneruskan aktiviti pdp. Cara tersebut sangat penting
kerana pengurusan bilik darjah adalah satu proses yang merangkumi semua
murid tanpa mengetepikan salah satu individu.
Tambahan pula, guru juga dapat mengadakan tindakan pertindaan
dalam pembahagian peranan sesuatu aktiviti. Murid ADHD mempunyai
semangat apabila diberikan peranan menjalankan sesebuah aktiviti tertentu.
Aktiviti yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid ADHD dapat mendorong
mereka membentuk tingkah laku yang positif (Roshiza Abdul Wahab, 2015).
Aktiviti bersesuaian dengan kebolehan akan menyebabkan mereka berasa
diutamakan dan bersemangat untuk melaksanakan tugasan dengan baik.
Sebagai contoh, guru menyuruh murid ADHD untuk menolong guru melekat
gambar pada papan hitam apabila murid lain sedang menjawab soalan. Hal ini
dapat mengurangkan sikap impulsif murid ADHD kerana setiap murid
mempunyai tugasan masing-masing. Selanjutnya, cara pertindaan ini
menunjukkan guru dapat mengagihkan tugasan kepada dua pihak pada masa
yang sama. Dengan ini, guru berperanan sebagai aktivator untuk mendorong
setiap murid melibatkan diri ke dalam aktiviti pdp.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, guru berperanan sebagai aktivator dalam menghasilkan


sebuah bilik darjah yang kondusif. Sebagai guru yang profesional, murid ADHD perlu
diberikan lebih banyak perhatian untuk memastikan kelancaran sesi pdp dijalankan.
Pada masa yang sama, sesi pembelajaran bagi murid normal perlu dijalankan dengan
baik. Jadi, guru perlu menguasai pelbagai kemahiran menguruskan disiplin bilik darjah
supaya menghasilkan suasana pembelajaran yang selesa dan meningkatkan
keberkesanan pembelajaran murid.

(1396 patah perkataan)

You might also like