Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Laporan Program Pertandingan Ikatan dan Balutan

SJK(T) Ladang Seremban, Seremban

(Jaringan Professional IPG Kampus Raja Melewar)

Pada hari Rabu yang lepas, 21 Ogos 2019 Program pertandingan ikatan dan balutan
bersama Murid tahun 4 dan 5 telah diadakan di SJK(T) Ladang Seremban, Seremban
yang dianjurkan oleh sepuluh orang guru pelatih IPG Kampus Raja Melewar. Program
ini telah diketuai oleh Cik Nanthini Maniveloo bersama-sama guru kokurikulum SJK(T)
Ladang Seremban. Pada pukul 1.45 petang, Murid-murid tahap dua seramai 223
orang murid berkumpul di kantin sekolah Ladang Seremban bagi meneruskan aktiviti
pendaftaran dan sesi taklimat mengenai aturcara program tersebut.

Pada mulanya, murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri


daripada 30 orang murid dan juga seorang guru pelatih sebagai fasililator. Sebagai
pengetahuannya, pertandingan ikatan dan balutan ini dijalakan dalam bentuk stesen
permainan dimana jumlah stesyen adalah 6 iaitu stesen pertama ialah aktiviti balutan
anduh tangan di tapak perhimpunan. Seterusnya, stesen kedua ialah ikatan buku sila
di 2 Bharathi dan stesen ketiga merupakan aktiviti bunga geti di kelas 2 Kambar.
Sementara, stesen keempat dan kelima pula aktiviti simpul manok dan lilit balak di 3
Bharathi dan 3 Elango. Akhir sekali, stesen 6 pula ialah aktiviti tindih kasih yang
berlangsung di 2 Valluvar. Pada pukul 2.15 petang, pertandingan ini dimulakan.
Sepanjang pertandingan berlangsung, murid –murid melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti ikatan dan balutan. Murid berasa sangat seronok dan teruja untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti tersebut.

Setelah selesai aktiviti tersebut, semua murid berkumpul semula di tapak


perhimpunan mengikut kumpulan yang telah dibentuk bagi menjalankan aktiviti
penutup. Selanjutnya, sesi mengambil gambar mengikut kumpulan murid dengan guru
sekolah tersebut telah dijalankan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini telah menjadi satu
pengalaman baru kepada kami kerana melalui aktiviti ini kami telah mempelajari
pelbagai maklumat baru serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami.
Intihannya, kami berasa sangat gembira dan berpuas hati kerana Matlamat Program
Pertandingan ikatan dan balutan Bersama Murid tahun 4 dan tahun 5 tersebut telah
dicapai seperti yang kami hasratkan. Murid-murid tahun 4 dan 5 dapat melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Saya amat bersyukur kerana dapat
menjayakan program ini dengan bersungguh- sungguh. Walaubagaimanapun,
program seperti ini juga perlu dianjurkan oleh pihak sekolah dalam bentuk
pertandingan diantara badan beruniform selain daripada aktivititi seperti biasa. Saya
juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi mengizinkan
saya dan kumpulan sayan untuk menjalanakan pertandingan ini. Jesturu, program ini
memdapat sumbutan yang hangat daripada para guru dan murid – murid sekolah.
Pada pukul 4.00 petang kami bersurai.

DISEDIAKAN OLEH:

-----------------------------------------------------------

(NANTHINI A/P MANIVELOO)

GURU PELATIH IPGKRM


Laporan bergambar Program Pertandingan Ikatan dan Balutan
SJK(T) Ladang Seremban, Seremban

Gambar 1, 2 : Menunjukkan aktiviti mewarna & menjahit.


Gambar 3, 4 : Menunjukkan aktiviti tunjuk cara oleh guru pelatih
Gambar 5, 6 : Menunjukkan aktiviti memberikan hadiah
kepada para pemenang
Gambar 7, 8 : Menunjukkan aktiviti sesi bergambar

You might also like