Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KEBUN PINANG,

05400 TANDOP, ALOR SETAR,

KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR

TEMPAT:

ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

TARIKH DAN MASA:

2 JULAI 2013
8.30 AM – 12.00 PM

ANJURAN :

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)


SEKOLAH KEBANGSAAN KEBUN PINANG,
ALOR SETAR, KEDAH
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
ALOR SETAR

A. PENGENALAN
Program Lawatan sambil belajar merupakan satu program yang
dianjurkan untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Sekolah Kebangsaan Kebun Pinang untuk melihat dan merasai dan
menikmati sendiri keunikan serta tempat yang menarik di sekitar Alor Setar.
Selain itu, mereka boleh melihat dengan lebih dekat serta mendapat
pengalaman daripada tempat-tempat yang dilawati.
Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menimbulkan
perasaan seronok kepada murid-murid khas ini semasa lawatan seperti mana
kehendak dan objektif Falsafah Pendidikan Khas. Aktiviti seperti ini amat perlu
untuk murid-murid ini bagi memperkembangkan diri mereka dari aspek
jasmani, rohani dan intelek serta memupuk perasaan bangga dan lebih
dihargai walaupun mengalami kekurangan.

B. MATLAMAT
 Mendedahkan murid dengan situasi dan meningkatkan tahap
keyakinan diri.

C. OBJEKTIF
 Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap
keupayaan ke arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Khas.
 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dan merasai sendiri
keseronokan dan keunikan yang terdapat di Alor Setar.
 Memberi peluang kepada murid untuk berkomunikasi dengan
masyarakat sekeliling dan persekitaran.
 Mendedahkan murid dengan persekitaran dunia luar supaya mereka
dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
D. PENGLIBATAN

Murid-murid : 16 orang PKBP Bilangan murid bersama guru : 18 orang


Murid-murid : 2 orang Pra PKBP Bilangan murid bersama waris : 0 orang

Guru-guru : 10 orang
PPM : 3 orang

JUMLAH : 32 orang JUMLAH : 17 orang

E. AGENDA LAWATAN

Tarikh : 2 Julai 2013

Hari : Selasa

Tempat : Alor Setar

Sasaran : Murid-murid Program Pendidikan Khas

ATURCARA

Masa Aktiviti

8.00 pagi Berkumpul di sekolah dan bersarapan pagi

8.15 pagi Taklimat ringkas daripada GPK Pendidikan Khas

8.30 pagi Bertolak ke Alor Setar

9.15 pagi Tiba di tempat lawatan

9.20 pagi Melawat tempat-tempat menarik di Alor Setar


 Pusat Sains Negara Alor Setar
 Muzium Padi

11.30 tengahari Makan tengahari dan berehat

12.00 tengahari Bersiap pulang ke sekolah


F. JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT
PN. NORIZAN BT SAAD (GURU BESAR)

PENGERUSI
EN. MOHD YAMAN BIN ABD. RANI (GPK PENDIDIKAN KHAS)

SETIAUSAHA
CIK NOORFARRAH HAYATI BT RAMADZAN

NAIB SETIAUSAHA
CIK NURHAJAR BT JAYA

BENDAHARI
RABIATUL ADAWIYAH BT AZID

JAWATANKUASA KERJA

URUSETIA

PN. SITI NORHASYIMAH BT SAID


(Kawalan Murid)

EN. MOHD YAMAN BIN ABD RANI


(Penyelia)

EN. MOHD ASMUNIR BIN IBRAHIM


(Juru Gambar/Fasilitator)

PN. MURSHIDAH BT IDRIS


(Keselamatan & Disiplin)

CIK BASHARINA BT AHMAT


PN.ROHANA BT JAMALUDIN
(Kawalan Murid)
PN. ZUBAIDAH BT HARUN
PN. AZLINDA BT ISMAIL
(Khidmat Sokongan)

G. SENARAI NAMA MURID


 rujuk lampiran A

H. ANGGARAN PERUNTUKAN

PERBELANJAAN

PERKARA KOS INDIVIDU JUMLAH KOS

MINYAK KERETA 5 (kereta) X RM 10.00 RM 50.00

MAKANAN DAN MINUMAN 17 X RM 4.00 RM 72.00

TIKET MASUK PERCUMA -

JUMLAH RM 122.00

PENDAPATAN

PERKARA PERUNTUKAN

PERUNTUKAN MATA PELAJARAN SAINS RM 122.00

JUMLAH RM 122.00

I. PENUTUP

Adalah diharapkan supaya dengan mengadakan lawatan ini bukan sahaja


dapat memberikan keseronokan kepada murid-murid tetapi juga pengalaman
yang berguna dalam kehidupannya.
Disediakan oleh:

…………………………….. ..................................................

( ) ( )

Noorfarrah Hayati bt Ramadzan Nurhajar binti Jaya,


Setiausaha, Naib Setiausaha,
SK. Kebun Pinang, SK Kebun Pinang,
Tandop, Alor Setar. Tandop, Alor Setar.

Disemak oleh : Diluluskan/Tidak Diluluskan :

........................................ ...............................................

( ) ( )

En. Mohd Yaman bin Abd. Rani, Norizan bt Saad,

Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru Besar,

SK Kebun Pinang, SK Kebun Pinang,

Tandop, Alor Setar. Tandop, Alor Setar.

You might also like